19 Nov 2011

Bijak Sifir

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


145 x 11 = ______
1234x 11 = ________
23143 x 11 = _________


Berapa lama masa yang korang amik untuk jawab soalan ni tanpa menggunakan kalkulator?

Saya boleh jawab dalam tempoh tak sampai 1 minit.....wah, hebat nye saya!...hahaha..(perasan!)
Tapi memang betul pun..sebab saya belajar Bijak Sifir...anda ada belajar?..hehe


Korang pernah dengar tak Bijak Sifir Kaedah Sifu Taj ni? Sape yang join Bengkel @ Seminar Bijak Sifir ni InsyaALLAH akan bijak dalam Matematik..Yang tak minat matematik, akan mulai minat mengira. Yang lemah mengira akan mulai pandai. Parents yang hantar anak-anak masuk bengkel ni memang tak rugi la bayar yuran sbb anak diorang akan berubah 100% ke arah minat dan pandai matematik!......Dengan syarat anak diorang berusaha la...hehe










Saya mengenali Kaedah Bijak Sifir ni masa menjadi fasi bengkel Bijak Sifir kat Johor Bharu pada 2hb Oktober 2011.....Masa tu kawan yang ajak sebab tak cukup Fasi..Best jugak bila join benda ni. At least dapat jugak pengalaman melayan kerenah budak-budak...kata nak jadi cikgu....hehe...


Ni gambar-gambar masa kat JB 

ramai jugak yang join..dekat 100 orang




saya, enab, kak haiza dan kak nurul

Kak Nurul ni merangkap manager kepada Sifu Taj bila kat luar dan  Isteri bila kat rumah...hehe



afifah, enab, kak haiza (akak enab), kak nurul



Fasi yang tak berapa nak fasi sangat!...haha








Iya.......antara peserta yang sporting


Bengkel Bijak Sifir ni bermula pada pukul8 pagi hingga pukul 5 petang.....tapi pukul 4 parents dah datang dah sebab Sifu Taj nak ajak yang tua-tua pulak...hehe



Parents dok belakang


Hujung bulan 10 ritu ada buat jugak dekat Batu Pahat......Seminar Bijak Sifir buat kat UTHM pada hari sabtu...Bengkel Bijak Sifir pulak buat kat KKTM Sri Gading pada hari ahad.....saya lupa nak amik gambar yang kat BP ni..sebab budak-budak yang join nya tak ramai.


Kalau anda ada terjumpa banner @ pamphlet Bijak Sifir ni di sekitar tempat anda, suruh la anak-anak @ adik-adik join..memang tak rugi...untuk menjamin masa depan diorang jugak..Bijak Sifir ni sesuai untuk budak yang berumur 8-12 tahun..tapi kalau umur 13 tahun ke atas nak join pun boleh......


Sifu Taj bukan setakat ajar Kaedah Bijak Sifir je.Ada jugak Bijak Formula untuk Add Math....Motivasi dan banyak lagi....Orang yang mengajar ni pun muda + kelakar + hensem (haha...marah kak nurul nnt klu baca ni)......korang takkan ngantuk punya sebab memang best dia ajar..hehe





Akhir kata, belajar la selagi masih muda ni......



Wassalam



18 Nov 2011

Lasagna

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Apa kebenda la LASAGNA tu kan?...haha...

Kalau sapa yang suka makan kat PIZZA HUT tu tahu la apa Lasagna ni.
Dalam menu tertulis SEAFOOD LASAGNA....harga RM 11.20 kalau x silap.
Ianya sejenis makanan ITALI.........wah, dari ITALI kot!

HeHE........kat sana kan dorang suka makan pasta...





Haaa.......ni la ghupe Lasagna...nampak sodap je kan?..hehe





Hari ni saya nak share resepi Beef Lasagna buatan saya.....wah, BEEF LASAGNA gitu!..hahaha...atau nama melayu nya "Lasagna Inti Daging"....



BAHAN-BAHAN

- Daging Cincang
- Cili potong kiub
- Tomato potong kiub
- Carrot potong kiub
- Bawang besar potong kiub
- Tomato puree
- Cili kering kisar @ cili giling
- Sos cili
- Sos tiram
- Gula & Garam secukupnya
- Keju Cheddar (saya guna Cheesedale je..hehe)
- Kepingan Instant Lasagna

(sukatan ikut suka hati je la ye...hehe)


Instant Lasagna


CARA-CARA NAK BUAT:

Rebus kepingan Instant Lasagna sampai kepingan tu lembut...jangan terlalu lama, nanti hancur.Tos dan ketepikan.

INTI:

1. Tumis bawang besar sampai naik bau. kemudian masukkan cili giling. (saya guna lada kering yang di blend)

2.Kemudian masukkan daging cincang. Biarkan seketika sehingga air dari daging tu kering.

3.Masukkan cili, carrot, dan tomato yang di potong kiub tadi.kemudian masukkan sos cili,tomato puree,sos tiram,gula dan garam.

4. Kacau rata dan biarkan hingga sedikit kering. (sebab kalau basah sgt, susah nak letak atas kepingan Instant Lasagna)


CARA NAK MELAPIS:


1. Letak satu lapisan pasta dalam loyang. Kemudian letak inti yang dibuat tadi.








2. Then tabur keju atas inti.




alahai.....tak mampu nak beli cheese yg mahal2....
cheesedale ni  je yang mampu beli...hehe





3. Ulangi no 1 & 2 sehingga 4 @ 5 lapisan.




nampak tak lapisan pasta ni macam terputus?...
ni la akibat rebus terlalu lama...hehe





4. Bakar dalam oven selama +- 15 minit

5. Keluarkan dan Siap untuk di makan!



Mudahkan?..sedap hingga menjilat pinggan okeh!.......hehehehe



ni la ghupe Beef Lasagna yang saya buat!




Haa.... APA??!!


Ya ya...saya tahu.....Lasagna saya buat ni tak macam Lasagna kat Pizza Hut....Buruk bebenor ghupenye kan?...haha....Lasagna ni keluaran orang Kampung Lubuk Chekok okeh!..sapa nak, bleh la request ........tapi bagi duit la... nak beli bahan...hak3...


Actually, saya buat Lasagna ni masa raya haji ritu.....alang2 ada daging kurban dan Instant Lasagna ni, saya pun dengan rela hati buat la mende nih......


P/S : Sebenarnya Instant Lasagna ni saya tersalah beli...ingatkan instant yang dah siap tinggal masuk oven terus je , sekali, bukak2 tengok ada kepingan "kayu" nipis nih....Haiyaaa......nak tak nak kena cuba buat jugak la...hehe





Ok la ....itu saja........selamat mencuba!




Wassalam




Hakikat Tudung

Assalamualaikum Warahmatullah



Entri kali ini berkenaan dengan kisah benar yang berlaku di Indonesia
Saya copy paste je cerita ni..
Tapi banyak maksud tersirat yang dapat kita amik iktibar


Sama -sama kita hayati....

.........................................................................................

KISAH BENAR

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur
annisa,seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar
dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun,
perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan
guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung.Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali
berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka.
Pernah pada suatu masa,adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba
mama tengok,jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai
tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai
kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating
dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak
pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa,tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya
si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,
"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya
dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia
suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya,
solat sunatnya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila
kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai
Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu khoiri..di
situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannyaseperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapatbanyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan
baik.Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..

pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan
bercakap perkara yang sia sia ..
sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT,
lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat ,
lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu,
lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu..
tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua,.pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam
yang panas,
tiada rumput mahupun tumbuhan ,
ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita,
ketika seluruh manusia ketakutan,
ketika ibu tidak mempedulikan anaknya ,
anak tidak mempedulikan ibunya,
sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,
ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya,
dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya
akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan,
ada yang berbentuk seperti haiwan,
ada yang berbentuk seperti syaitan,
semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..

belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di
padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..

Duhai Annisa,bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan
apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha
Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .





Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya..

Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya
dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu
"buta ,tuli dan bisu..
wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya,
wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin


................................................................................

Subhanallah....

Ya ALLAH, mampukah aku menjadi seperti dia?...
Lindungi dan rahmatilah diriku Ya ALLAH dari segala tipu daya syaitan..
Sesungguhnya aku hanyalah insan yang lemah yang terkadang terjerumus ke dalam lembah kemungkaran...pimpinlah aku ke jalan yang diredhai MU..Ya ALLAh....amin


saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita semua.



Wassalam...

16 Nov 2011

Akulah Hawa

Akulah Hawa

Aku umpama bunga
Kembang mekar dipuja
Kumbang rerama berlumba
Bila layu dilupa.

Aku ibarat gula
Banyak semut suka
Ditutup aku terbela
Terbuka aku ternoda.

Aku bagai kertas
Bernilai andai dirias
Terkoyak bila dihiris.

Ibarat kertas gula dan bunga
Hakikatnya aku cuma wanita
Ada masanya disanjung dipuja
Kala waktunya dikutuk dihina.

Aku hanyalah wanita
Punya rasa dan airmata
Biarlah apa kata mereka
Mengabdi diri hanya pada-Nya.

Aku seorang wanita
Di sini sebagai hamba
Jangan tunduk pada dunia
Teguhkan hati pada yang Esa
Akulah hawa
Di dunia ini cuma sementara
Bunga kan layu
Gula kan cair
Kertas kan koyak
Tapi bukan jiwaku
Kerana akulah hawa
Hidup dan mati kerana Dia.


 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...