September 29, 2012

Hei...!!...Ko Nak Jadi Apa, Hah??!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sori....Title terOVER pulak!...hihihi


Kepada kawan-kawan yang sebaya saya, masih ingat tak zaman sekolah rendah n sekolah menengah dulu?...Zaman menulis biodata diri..Tulis dalam buku dengan tulisan yang cantik habis....Dengan pen yang berkaler-kaler bajet takde sape pun boleh lawan kreativiti yang ko ada..Dengan lukisan bunga @ muka orang yang kononnya lukisan paling lawa dalam dunia.....Wahahaha....Sesungguhnya akulah manusia paling perasan dan bangga diri masa kawan-kawan mintak menulis biodata diri masa tu..Kih3....................................PanGG!!


=_='





Nama Penuh : Tengku Noraisyah Binti Tengku Zahari
Nama Manja: Kakcik, Ecah, Aisyah, Tengku
Tarikh Lahir: 13 Oktober 1989
Tempat Tinggal : Pasir Mas, Kelantan
Tempat Lahir: Sabah
Hobi: Baca Novel
Makanan Kegemaran : Ayam Goreng dan segala jenis masakan Mama tersayang
Minuman Kegemaran: Air Kosong
Cita-Cita : _____________________



Haa.....Kenapa saya kosongkan kat kolum Cita-Cita tu??!..

Sebabnya....


Cita-cita saya sentiasa berubah....!...hihi

SITUASI 1

"Weii !! Nanti besar mung nok jadi gapo?"
"Hmmm.....Nanti aku besar, aku nok jadi cikgu..Mace abah aku"

Yang nih zaman sekolah rendah...Setiap kali isi ruang cita-cita, mesti saya tulis GURU..Sebabnya masa tu abah adalah idola saya dan teringin sangat nak jadi macam dia....hihi



Masuk zaman sekolah menengah......


SITUASI 2

"Weii !! Cita-cita mung gapo?"
"Hmm....Cita-cita aku, aku nok jadi wartawan!"
"Bakpo pulop nok jadi wartawan?"
"Sebab aku tengok sedak jah jadi wartawan. Buleh gi wat liputan sapa ko luar negara! Best wooo....!"

Haha....Yang ni zaman Tingkatan 1..Seronok tengok TV sampai teruja nak jadi wartawan jugak!...kihkihkih



Zaman form 2 and form 3 lain pulak jadinya

SITUASI 3

"Mung ni nok jadi gapo sebenarnya? Gapo dio cita-cita sebenar mung?!"
" Hmmm... Aku nok jadi pensyarah @ Jurutera @ Arkitek"
"Amboi, banyok benaa cita-cita mung!"
"Eh..Mestilaaa.....Aku nok jadi supo watak dalam novel. Gadis berkerjaya gituu...."

Hahaha....Zaman ni memang zaman gila novel cinta..Selalu je kena marah kat Ma sebab baca novel sampai tak keluar bilik!



Masuk form4, saya dah lebih matang sikit...hihi

Masa tu saya dah tanam niat dalam diri nak jadi seorang Arkitek! Kenapa?....Sebabnya saya suka subjek Lukisan Kejuruteraan..Saya suka tengok rumah-rumah cantik dan saya suka tengok plan-plan rumah!...Masa tu saya pikir memang saya patut jadi arkitek...Nanti boleh design rumah sendiri!...Hihihi

Masuk form5 pun cita-cita saya dah tak berubah..Bahkan lepas SPM,dalam UPU saya isi Diploma Senibina pilihan pertama..Tapi tak dapat...>_<....Dalam permohonan politeknik pun saya isi Diploma Senibina tapi pilihan kedua la sebab kawan saya cakap kena letak kos yang kita minat kat pilihan kedua baru kita dapat!...Hah!..Dengar la lagi cakap kawan tu, tengok2 dapat pilihan pertama...wahaha

Takpela...Dah takde rezeki nak amik diploma....Kebetulan masa tu saya dapat masuk Matrikulasi


Masa saya kat matrik, saya dah tanam dalam diri siap2, nanti degree nak amik bidang senibina walaupun masa tu saya dah mula minat KIMIA..Tapi saya kuatkan diri.....Akhirnya, lepas interbiu kat USM, jadilah saya mahasiswi USM selama 3 tahun dalam bidang yang diingini...


NAMUN......



Segala-galanya berubah bila memasuk tahun 3...


"Ya ALLAH, aku taknak keluar nanti aku kerja dalam bidang ni...Aku tak mampu...Aku tak larat nak menghadap plan bertimbun-timbun, aku tak mampu kerja dalam keadaan stress, aku tak sanggup Ya Allah!" 

Tahun 3 @ Final Year kat USM adalah tahun yang saya paling banyak menangis, paling banyak stress!!...Masa tu lah saya menyesal kenapa la tak amik bidang pendidikan, ajar subjek KIMIA sebab saya suka subjek tu...wuwuwuwuuu

Tapi menyesal pun tak guna, mungkin ada hikmah disebalik tu.....Tak sempat habis degree lagi, saya dah usha laman web U lain untuk tengok kos-kos yang sesuai. Masa tu yang terbayang kat fikiran, dengan ijazah senibina yang aku ada ni, aku boleh mengajar subjek Lukisan Kejuruteraan!...

Lalu, dengan izin ALLAH, saya terjumpa kos Sarjana Pendidikan Teknikal dan Vokasional kat UTHM dan UPM..Dua-dua U saya apply dan dua-dua U saya dapat tapi jodoh saya dengan UTHM...Masa tu saya tak rujuk pada sape2 pun tentang kos ni sampai la saya masuk belajar sampai sekarang..


So apa dah jadi dengan cita-cita saya??!......Mesti boleh teka kan saya nak jadi apa??...Hihi.......

Ya, Saya nak jadi seorang PENDIDIK !


Gambar semasa jadi Pensyarah Pelatih di POLIMAS

Ya ALLAH, kepadaMU aku memohon..Permudahkanlah segala urusanku........Bukakanlah pintu rezeki buat diriku, rezeki buat ahli keluargaku, rezeki buat kawan-kawan ku dan rezeki seluruh umat Islam...Sesungguhnya Engkau Maha Pengasih dan Maha Penyayang...Amin





SEKIAN

Sabtu, 29 Sept 2012, 7:05 PM




P/S : Sekarang ni, dalam diam...Saya mula terasa nak jadi penulis novel pulak untuk kerja sampingan!..Maklumla...Sekarang ni dah jadi hantu novel balik...Hihi......Eh, dah dah la berangan...Macam la aku ni berbakat sangat menulis....=_="



September 22, 2012

PERLIS tripssss..........^_^

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Cerita ni dah lama tapi hari ni baru berkesempatan nak tulis..Nak buat macam mana..BUSY!...huhu

Anyway..... 7 September 2012 bersamaan hari Jumaat, kami para pensyarah pelatih POLIMAS seramai 13 orang daripada 23 orang telah meronggeng ke Perlis

Janji berkumpul di tempat parking kereta pukul 8...Tapi pukul 9 baru kami pegi..Hahaha...Sori ye kawan2 yang menunggu lama...


First check point

Amik gambar dulu....hihi






Then........The journey's begin...........







Gadis-gadis DBL





Yeay!!....Da masuk Perlis Indera Kayangan!




Pintu gerbang UniMAP....Cantik kan?!



Sempat lagi kami berhenti tepi jalan semata-mata nak amik gambar...hihi

Yang ni lagi teruk...Bergambar di tengah2 jalan...hihi

Konon nak tahan bas.....=_='

Err....Sori...terover pulak...+_+


First destination ialah PADANG BESAQ!



Tak banyak pun beli barang....Saya cuma beli sehelai baju, pes tomyam 2 botol, bakul comel untuk g picnic, buah-buahan, key chain dan replika skuter untuk di letak kat dashboard kete...hihi


Then....Destinasi kedua kami adalah ke Gua Kelam


Sampai-sampai terus makan...!!


Setiap sorang bawak sikit makanan....Kami satu rumah pulak bawak air botol je...hihi





Yang pakai baju purple tu nama dia Hakim...Pandai masak tau!...Siap pandai buat cupcake lagi!..Bertuah mak dia anak lelaki pandai masak...hihi



Dah kenyang makan, haruslah bergambar -gambar dulu..hihi





Dah besar gajah pun main benda alah ni lagi.....+_+









Next destination is.....Taman Ular...Mula tu nak pegi Ladang Anggur...Dah sampai dah, tetiba takleh masuk pulak sebab staf2 kat situ tengah buat majlis raya.....Sedih....huhu


Tapi....Sampai je Taman Ular, kami tak jadi masuk dalam tengok pulak sebab kereta api yang patut bawa pelancong tu dah bawak masuk garaj...Ye la...Dah nak pukul 5 petang, mesti la pekerja nak balik dah...hihi...So, bergambar kat signboard je la jawabnya


Next destination yang kami pergi adalah.....Tasik Timah Tasoh!...Serius cantik tempat ni....Ini adalah kali kedua saya jejak kaki di sini....Kali pertama masa 3rd Year USM..Tu pun datang tengok site 3 hari 2 malam..


Haha....konon nak jadi model tapi masa orang nak amik gambar boleh pulak tergelak-gelak...Hampeh betul!...Memang takde can langsung nak jadi model!.,..haha












Lepas puas bergambar di sini, kami menghala ke Kuala Perlis....







Lepas solat asar + bergambar sana-sini, maka...berakhirlah ekspedisi kami ke Perlis Indera Kayangan....

Banyak gambar yang nak di upload tapi dah tak larat dah nak upload...Caption setiap gambar pun malas nak letak...Pandai2 la korang faham ya...hihi...


Ok la...itu saja.....Selamat Berhujung Minggu buat semua...




SEKIAN





September 06, 2012

Doa Seorang Isteri Buat Suaminya





Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Subhanallah....Tersentuh hati ini selepas baca cerita ni..Mungkin ada yang dah baca..Tapi sesiapa yang belum baca, sila lah baca kisah yang menyentuh hati ini..



..............................................................


Seorang isteri menangis2 nak mandikan jenazah suami dia.. bapak mertua dgn polis forensik x bagi.. sambil menangis isteri berkata ini janji kami suami isteri.. jika abang mati dulu kamu (isteri) mandikanlah jenazah abang, Andai kamu (isteri) mati dulu dari abang, abang akan mandikan jenazah kamu.. 

Dari luar bilik mayat hospital seorang ustaz masuk tanye ape hal then ustaz tu kate x pe kalau isteri nak mandikan jenazah suami.. ustaz tadi bersama beberapa org lagi temankan si isteri mandikan jenazah suaminya.. 

Dengan tenang isteri membasuh muka suaminya sambil berdoa, "Inilah wajah suami yang ku sayang tetapi Allah lebih sayangkan abang.. Moga Allah ampunkan dosa abang dan satukan kite di akhirat nanti.."

Membasuh tangan jenazah suami sambil berkata "Tangan inilah yang mencari rezeki yang halal untuk kami, masuk ke mulut kami. moga Allah beri pahala untuk mu suami ku.."

Membasuh tubuh jenazah suami smbil berkata "tubuh inilah yg memberi pelukan kasih syg pd ku dan ank2,moga Allah beri pahala berganda untukmu wahai suamiku"

Membasuh kaki jenazah suami smbil berkata "Dgn kaki ini abang kluar mencari rezki utk kami, berjalan dan berdiri sepanjang hari semata2 untuk mencari sesuap nasi,terima kasih abang...moga Allah beri kau kenikmatan hidup d akhirat dan pahala yg berlipat kali gandanya"

Selesai memandikan jenazah suaminya, si isteri mengucup sayu suaminya dan berkata "trima ksih abang krana aku bahagia sepanjang mnjadi isterimu dan terlalu bahagia dan trima kasih krna meninggalkan aku bersama permata hatimu yg persis dirimu dan aku sbg seorang istri redha akn pemergianmu kerana kasih sayang Allah pada mu."

Ya Allah..menitis airmataku bila membaca cerita ni..
Betapa sucinya hati seorang isteri pada suaminya..






Bertemu kerana Allah, Kasih kerana Allah, Cinta kerana Allah, Berpisah kerana Allah.......Subhanallah..





SEKIAN




September 02, 2012

Andai Ku Bercinta Lagi....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Kini kau tiada
Senafas pun ku perlu mencuba
Kau bawa pergi sebahagian dari jiwa raga.....

Bersendiri hidup umpama hilang erti
Bagaimanakah meneruskan hayat ini........


Andai ku bercinta lagi suatu hari nanti
Tunjukkan di mana......
Ruang hati untuknya yang masih belum kau huni?

Apabila tiba waktu bersemuka
Ku perlu pejamkan mata dan memaksa lafaz cinta
Dengan bayangmu di minda...........

Tiada pengganti bisa hadir dan mampu menyembuh
Rawan di hati meleraikan semangat ku runtuh...........

Bersendiri masa umpama tak beralih
Berapa lama lagi harus ku merintih..........

Malam tidak berpurnama
Fajar tiada kejora
Aku hilang di dalam gelita kalbu
Tanpa dirimu asaku mati.....




SEKIAN
 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI