February 24, 2015

RESEPI: STRAWBERRY CHEESE CAKE Gebusss

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tercetusnya idea nak buat Strawberry Cheese Cake ni sebab hujung minggu hari tu pergi makan angin kat Cameron Highlands..Pegi BOH Tea House makan Strawberry Cheese Cake.Sedap!..Pastu mula la berangan nak buat sendiri dah alang-alang boleh beli strawberry segar kat Cameron.hihi... 

Hmmmm....Tengah-tengah sengkek pun nak jugak pegi melancong...Aduyaiiii.. Pastu bila balik KL mula la nak menyesal sebab habis banyak duit.. Hahaha...... Malam dah balik KL tu En Hubby cakap "Duit kita berhabis kat Cameron ni sebenarnya dah boleh beli sebijik Aircond Stand dah!".... Arghhhh!!!... Menyesalnya pegi Cameron!

* Aircond Stand = Floor Standing Air Conditioners

Rasa menyesal tu datang bila susah nak tido malam sebab cuaca panas.huhu. Sekarang ni kan musim panas melanda kat Malaysia. Hari tu dah planning dengan en. Hubby nak beli aircond stand tu. Tapi hold dulu sebab tengah bajet nak beli barang baby... Haiii, nampak gayanya kena beli jugak aircond stand ni... Abang!Sila kumpul duit!..hihi

Ok, sebelum saya kelaut, mari kita tengok resepi Strawberry Cheese Cake yang sangat mudah ni.


RESEPI : Strawberry Cheese Cake

Bahan-bahan

6 keping cheese (Cheesedale) - carik-carik/siat-siat
300ml susu segar
100gm butter
6 biji telur - asingkan putih & kuning
125gm gula
100gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Topping

Jem strawberry
Buah strawberry segar

Cara Penyediaan

1. Campur cheese + susu + butter. Panaskan diatas dapur. (Api kecil) - BAHAN A
2. Pukul putih telur + gula. Pukul telur dulu sampai kembang baru masukkan gula sedikit demi sedikit sampai la jadi meringue.(Pukul guna mixer)- BAHAN B
3. Pukul kuning telur sampai kembang - BAHAN C
4. Campur A+C. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit + esen vanilla.
5. Kacau sebati baru masukkan BAHAN B
6. Masukkan ke dalam loyang
7. Cara nak bakar cheese cake: - bungkus bahagian bawah loyang yang berisi adunan dengan aluminium foil. Letak air panas dalam loyang besar, baru letak loyang yang berisi adunan tadi. (Kaedah steam bake)
8. Bakar dalam suhu 170c (20minit pertama) kemudian 140c (40minit terakhir).


Sebelum bakar. Letak loyang dalam loyang. Kaedah Steam Bake.


Siap bakar. Sebelum letak topping. Dont u see that?!...So gebusss....Lagi gebu dari span...hahaha.. Chooiiii..Ayat takleh blah!

Taddaaaa!!!!.......Ni dah letak topping. Alamak!.. Just ignore mee goreng dan telur goreng kat belakang tu. Menu sarapan pagi tadi untuk en. Hubby.. 24022015


Senang bukan?!....Cuba la buat...hihi

First time saya buat terus buat 2 bijik... Satu untuk en. Hubby bawa pegi ofis dia, satu untuk saya bawak pegi ofis saya... Selalunya kawan-kawan la yang jadi tukang tester.. Haha... Sedap kata mereka... (Eh!.. Entah-entah nak ambik hati je kan...sabor je laa)


Apepun, selamat mencobaaaaa....



SEKIAN resepi untuk kali ini on 24/02/2015




February 10, 2015

RESEPI: Kek Minyak Kukus Gebu Gebas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ni saya nak share resepi Kek Minyak atau Oil Cake.... Nama kek tak international langsung!..Haha... Tak tahu la kenapa pencipta resepi kek ni letak nama tu..Nak kata sebab letak minyak banyak, tak jugak sebab nak buat kek pisang pun letak banyak minyak. Sebab tu kalau kita beli kek pisang yang dah siap packing kat Giant ke kat Tesco ke atau kat mana-mana, bila potong dan picit-picit kek tu, confirm berminyak tangan... Tak caya??.... Haaaa....Cepat pegi beli kek pisang sekarang dan test sendiri!...haha

Ok, tanpa membuang masa, mari kita tengok resepi kek minyak yang amat gebu gebas ni...



KEK MINYAK KUKUS GEBU GEBAS

Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor 
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallete / sponge cake stabilizer
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit perisa (pisang/strawberri/coklat)- optional.tak letak pun takpe
sedikit pewarna 

Cara-cara penyediaan

1. Ayak tepung + baking powder
2. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper (tak alas pun takpe).
3. Pukul telur bersama gula + ovallete hingga kembang
4. Masukkan susu pekat + esen vanilla. Pukul sekejap
5. Masukkan minyak + perisa. Pukul sekadar sahaja
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul guna senduk sahaja
8. Bahagi adunan ikut warna yang disukai
9. Masukkan dalam loyang. Kukus selama 30-40 minit/ sehingga masak.



Saya guna 3 pewarna - Biru, Ungu, Hijau.. Lagi 1 tak warnakan (warna asal adunan)

Sebelum kukus. Buat corak sikit

Selepas kukus selama 40 minit. Lupa nak ambik gambar sebelum potong. Excited nak makan punya pasal.Hahaha


Kek ni sangat sedap dimakan sewaktu kek ni masih suam. Ummppphhhh!...Rasa melting je dalam mulut. Lepas makan sepotong, rasa nak makan sepotong lagi..Tambah-tambah kalau makan ramai-ramai, confirm cepat habis sebijik kek ni.hehe


Pada saya, kek ni mudah sangat-sangat nak buat. Sekali sekala nak pikat suami tu, apa salahnya buat kek sendiri. Takkan asyik nak beli kek kat kedai jer...haha.... So, pada sesiapa yang newbie lagi dalam pembuatan kek, boleh la bermula dengan kek ni. Tak perlu nak masuk baking class pun. Buat sekali pasti rasa nak buat berkali-kali!..Hihi

SELAMAT MENCUBA!



 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI