May 29, 2012

Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat ...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Arrgghhhhhh!!.....Tension sangat hari ni!!...Rasa nak pecah kepala ni...huhuhu

Ape pun, jom layan cerita ni dulu sebelum membiarkan diri di landa ketensionan yang makin menggunung!.........Zaaassszz

Kisah Isteri Cemburu Tak Bertempat 


Seorang isteri ingin menghubungi suaminya, tetapi telefonnya tidak ada kredit lalu menyuruh anak lelakinya menyampaikan mesej penting kepada si suami yang sedang bekerja di tapak pembinaan. 


Selepas si anak membuat panggilan, si anak memberitahu ibunya seorang perempuan lain yang menjawab pesanan telefon. Walaupun sudah berkali-kali si anak menelefon, tetap perempuan itu juga yang menjawab.

Si isteri pun dengan marahnya menunggu kepulangan suami dari kerja di depan pintu rumah. Sesampainya suami, si isteri membelasah habis-habisan si suami kerana perlakuan curangnya. 



Habis berkumpul jiran tetangga di depan rumah untuk melihat drama petang itu. Si isteri menyuruh anaknya memberitahu semua orang apa yang dikatakan oleh perempuan di talian tadi.

Si anak pun cakap "Harap maaf, nombor yang anda dail berada di luar kawasan liputan. Sila cuba sebentar lagi". 










Kekekekekeke......





Kesimpulannya?!......
Pikir2 lah sendiri ya...Saya malas nak pikir...tengah TENSION ni!..Nanti kang tak pasal2 saya buat perkara yang sama macam makcik ni buat!...

Errr.....Nauzubillah....Tak mau tak mau!.....>_<




SEKIAN

May 28, 2012

Orang Tamak VS Daging Panggang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Cerita ni saya copy dari FB Hamka (Kereta Mayat)

Rugi sangat2 sape yang tak baca tau!....Satu perkongsian dan peringatan buat sesiapa yang tak pernah pegi Kelantan!..hik3

Jom layanzzzz..........



Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaannya kisah penderitaan aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,


Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh, aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat sini sahajalah..


Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’ cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..


Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:


“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”


Chewah!!..


Atau pepatah keretamayat...


“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir kisah yang menyayat hati ini..


******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..


Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita namakan sebagai menantu Mak cik Limah.


Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana, kami di hidangkan dengan laksa kelantan...


Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..


Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak, sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk cili boh,


Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya mendapat dua ketul..


Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang, mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!


Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul daging panggang sebagai pembuka selera..


Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam daging mayat zombie?!


Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku, maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie..


Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..


Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan membangkitkan marah pada bapanya..


Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”


Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang, tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!




Woha!


Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya, tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!






Amacam?!...Dah tahu dah keseluruhan cerita?....Hihi...Tu la..Orang tamak selalu rugi...So, sebelum tamak tu, sila kawal diri anda!...hik3


SEKIAN

May 27, 2012

Sikit-Sikit, Lama-Lama Jadi Bukit....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selamat berhujung minggu buat semua...Entry ni pendek saje....Malas nak menulis panjang-panjang...>_<

Kenapa dengan "Sikit-sikit lama-lama jadi bukit"?


Ini dia......


Duit kat akaun Says.com saya dah cecah RM75.00...hihi

Bila la nak cecah RM100.00 ni...Nak cash out!...>_<

Camne dapat RM75 ni?.....Saya cuma share iklan, kemudian setiap kali orang klik, saya akan dpt RM0.20 untuk satu klik!....Agak lama jugak la nak kumpul sebanyak ni....Sabor je la kan..Kadang2 satu iklan tu, sorang je yang klik...So, dapat 20 sen je la...hihi


Nak join?!

Isi form kat sini SAYS.COM



Saya dah penah buat entry pasal buat duit guna internet dulu....KAT SINI

Ayuh kita manfaatkan ape yang ada...hihi




SEKIAN

May 26, 2012

Rahsia Warna Kegemaran Lelaki

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tadi Rahsia Warna Kegemaran WANITA ..sekarang, yang lelaki pulak...

Jom kita tengok....




PUTIH
Melambangkan kesucian dan kesegaran .Ia simbol seorang yang ingin memulakan hidup baru.Ia ibarat kain kanvas yang menunggu lakaran seorang artis .Ia juga melambangkan kebersihan dan kebolehan professional.
MERAH
Melambangkan tenaga fizikal..Dari segi kebaikannya dia melambangkan bahawa pemakainya dapat menyelesaikan kerja-kerjanya. Aspek negatifnya ,ia melambangkan bahawa pemakainya memaparkan paksaan dan keagresifan .Merah juga berkait denagn tenaga seksual ,juga kemarahan.
JINGGA
Ia adalah campuran merah dan putih . Ia melambangkan sifat kewanitaan .Ia melambangkan cinta, kelembutan dan juga perasaan.
OREN
Warna ini adalah campuran dan kuning .Ia melambangkan kekuatan kerana ia menggabungkan tenaga fizikal warna merah dan daya mental warna kuning .Warna ini melambangkan pencapaian dan pembelajaran tetapi ia di anggap warna yang amat kuat dan pelik bagi setengah setengah orang.
KUNING
Ini adalah warna tenaga mental dan berkait dengan penarian intelektual dalam berbagai bidang.Ia adalah warna yang baik untuk sesiapa yang cuba berfikir dan menumpukan perhatian terhadap sesuatu ,tetapi bagi setengah orang ia di anggap warna yang memaksa .Ada juga mengaitkan kuning dengan sikap pengecut.


HIJAU
Warna ini adalah kombinasi kuning dan biru .Ia di anggap warna alam .Ia berkait dengan pertumbuhan dan pembaikan dan di anggap warna yang baik untuk mereka yang bekerja dengan benda ;benda hidup dan yang menolong atau mengubati orang lain .Sekiranya anda sakit ,adalah baik memakai warna hijau kerana ia menolong tubuh untuk mengubati diri .Ia juga warna yang baik untuk berehat dan menenangkan fikiran .Warna hijau di kaitkan dengan cemburu.
UNGU
Ia adalah warna peningkatan spiritual dan tanda memahami apa yang tersembunyi .Orang yang memakai warna ini di katakan mempunyai pengetahuan khas dalam bidang kerohanian .
HITAM
Ia adalah warna yang melambangkan dukacita dan ketakutan .Ia juga melambangkan sifat sofistikated dan boleh menyesuaikan diri.
COKLAT
Ia tanda banyak wang .Ia juga tanda pengasih ,dan mempunyai prospek masa depan .Jika mahu banyak wang ,ada yang menyarankan agar memakai warna coklat .



So..Lelaki-lelaki sekalian, warna pilihan anda turut melambangkan personaliti diri anda...Bukan personaliti perempuan je yang korang boleh tengok..Kami si gadis2 comel ni pun boleh melihat personaliti anda melalui warna pakaian @ beg @ kasut @ motor @ kereta anda!....So, beware!......Kalau nak kaya dan di pandang kaya, pilihlah warna coklat!....hakhakhak
Eh...Bukan saya yang cakap tau!..Pengkaji yang cakap..kihkihkih


SEKIAN

Rahsia Warna Kegemaran Wanita

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dah lama rasanya tak update blog....Takde masa nak menaip sebab assignment berlambak perlu disiapkan...huhu...T_T


Ok la...Straight to the point

Menurut pengkaji, wanita dapat dinilai perwatakannya melalui warna kegemarannya. Di sini, disebut serba ringkas tentang wanita, warna dan tafsiran perwatakannya.






MERAH 
Berani, emosional, tegas, tamak, tahan melarat dan suka bersenang- senang.

BIRU 
Setia pada pasangan, pandai menyimpan wang, kuat kemahuan, suka berterus-terang, jujur, cekap memberi maaf dan tegas.

HIJAU 
Subur, suka kepada kebahagiaan, tidak suka bergaduh atau bertekak, patuh pada pegangan agama, suka berhias, teguh pendirian hingga kadang-kadang seakan kolot.

HITAM 
Suka menyendiri, prihatin, kuat menghadapi dugaan hidup, tidak mudah dipengaruhi, kuat berfikir, setia pada pasangan, baik hati tetapi cepat tersinggung.

COKELAT 
Kaya dengan sifat keibuan, suka merendah diri, sopan santun, halus budi pekerti, hati mudah merasa was-was dan takut berbuat salah.

UNGU 
Pemurah dan merdeka hatinya, tidak suka diperintah, berinisiatif, bijak tetapi agak beremosi, keinginannya tidak meluap-luap.

KELABU 
Suka merendah diri, tenang, suka mengalah, suka bekorban peranan cerdas dan bijak.

KUNING 
Menyukai ilmu, gemar membaca, tekun, cerdas dan tabah menghadapi cabaran.

PUTIH 
Bersih fikirannya (tidak banyak prasangka), berkata benar, jujur, rendah hati, sopan santun, ramah, kuat menerima ilmu, sentiasa tenteram hatinya, suka menolong dan hidup bertawakal.







Saya suka warna apa?....Cer teka cer teka!
Hehe...






SEKIAN

May 20, 2012

Bingkisan Doa BuatMU

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia, Tak Semestinya Manusia Cinta Kepada Kita......Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah, Nescaya Cinta Allah Tiada Penghujungnya.

Sekiranya Kita Cinta Kepada Manusia, Kita Akan Cemburu Kepada Orang Yang Mencintai, Orang Yang Kita Cintai.....Tetapi Sekiranya Kita Cinta Kepada Allah, Kita Akan Turut Mencintai Orang Yang Melabuhkan Cintanya Kepada Allah Juga.






Bismillahirrahmanirrahim...




Ya Allah,
Andainya Dia Adalah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Maka Campakkanlah Dalam Hatiku Cinta Kepadanya Adalah Kerana-Mu,
Dan Campakkanlah Dalam Hatinya, Cinta Kepadaku Adalah Kerana-Mu.


Namun,
Andainya Dia Bukanlah Jodoh Yang Ditetapkan Oleh-Mu Kepadaku,
Berikanlah Ku Kekuatan Agar Pasrah Dalam Mengharungi Ujian,
Yang Kau Berikan Kepadaku.


Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Cintakanlah Aku Pada Seseorang Yang Melabuhkan Cintanya Pada-Mu, Agar Bertambah Kekuatanku Untuk Mencintai-Mu.


Ya Muhaimin,
Jika Aku Jatuh Cinta,
Jagalah Cintaku Padanya Agar Tidak Melebihi Cintaku Pada-Mu.


Ya Rabbana,
Jika Aku Jatuh Hati,
Jagalah Hatiku Padanya Agar Tidak Berpaling Pada-Mu.


Ya Rabbul Izzati,
Jika Aku Rindu,
Rindukanlah Aku Pada Seseorang Yang Merindui Syahid Di Jalan-Mu.


Ya Allah,
Jika Aku Rindu,
Jagalah Rinduku Padanya Agar Tidak Lalai Aku Merindui Syurga-Mu.


Ya Allah,
Jika Aku Menikmati Cinta Kekasih-Mu,
Janganlah Kenikmatan Itu Melebihi Kenikmatan Indahnya Bermunajat Di Sepertiga Malam Terakhir-Mu


Ya Allah,
Jika Aku Jatuh Hati Pada Kekasih-Mu,
Janganlah Biarkan Aku Tertatih Dan Terjatuh Dalam Perjalanan Panjang Menyeru Manusia Kepada-Mu.


Ya Allah,
Jika Kau Halalkan Aku Merindui Kekasih-Mu,
Jangan Biarkan Aku Melampaui Batas Sehingga Melupakan Aku Pada Cinta Hakiki Dan Rindu Abadi Hanya Kepada-Mu.



Amin...Amin Ya Rabbal A'lamin....




SEKIAN

May 18, 2012

Gotong Royong.....Royong Gotong...Eh?!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dua minggu selepas penyemburan asap bebas denggi, komuniti Taman Pintas Jaya telah mengadakan program gotong royong membersihkan kawasan rumah masing-masing agar bebas dari nyamuk Aedes. Program ini berlangsung pada hari Ahad bersamaan dengan 13 Mei 2012...Sehubungan dengan itu, pengerusi taman telah mewajibkan setiap isi rumah untuk melibatkan diri...bla bla bla...


Ecececee.....Ayat..Skema giler!...hik3


Senang cite, hari ahad minggu lepas, kitorang telah bergotong royong...Kat kawasan umah masing-masing je...hihi

Mula tu ingat taknak join, sekali, felo taman ni datang umah suruh turun jugak.. huhu....Kalau ikutkan hati malas je rasa..Tapi bila tengok felo tu hensem giler, tetiba bersemangat nak turut serta!....hihihi...gatai !

Selepas mendermakan RM10 untuk tabung taman, kami pun memulakan operasi..Cewaahhh...Macam operasi besar je kan?!...haha

Dan....Inilah hasilnya....


SEBELUM





SELEPAS


Dengan hanya menggunakan jari jemari dan pisau, kami mencabut rumpat dan lalang2 yang ada...Maklumlah, umah perempuan, mana ada cangkul dan alat2 yang sepatutnya...hihi


Kak Tie, Are dan Kak Nik sedang bertungkus lumus







Sape2 nak tanam pokok pandan, boleh datang umah ya!...=)

Inilah Jingga House kami....hihi

Habis pokok jambu batu dicantas Kak Nik..>_<

Kerjasama...

Eh...Kereta pun tersenarai jugak!..haha



Ohya, mana gambar penulis blog?!....Tak tolong ker?!


Err..Saya kan tukang amik gambar, so takde la gambar nye.....hihihi


Apapun, selalu la check kawasan rumah anda ya...Jauhi nyamuk Aedes, hindari Denggi!...Saya dah pernah kena Denggi, saya tahu la camne peritnya...huhuhu








Ok la, itu saja...


Selamat Hari Jumaat








SEKIAN

May 16, 2012

Meronggeng Di Hujung Minggu


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Kepada adik/ kakak/ abang/ pakcik/ makcik yang tak faham apa itu "Meronggeng", haaa....meh sini nak bagi maksud...Meronggeng tu maksudnya jenjalan tak hingat dunia!....Hihihi...

Memandangkan hujung minggu je free/ bebas dari kelas yang padat, maka pada 13/5/2012, saya dan 2 orang housemate tercinta telah pegi meronggeng di Batu Pahat tersayang (sayang buat masa ni je...ahakss)

Pegi mana?...Alah, kat The Summit ngan The Store belakang The Summit tuh je...Dah bosan asyik pegi Batu Pahat Mall @ Square One je...Sekali sekala tukar mood plak...( Tetiba teringat kat Queensbay Mall + Perangin Mall + Kompleks BJ and so on yang ada kat Penang....wuwuwuwuu)

Dari Jingga House, kami turun dalam pukul 12.30 Tengah Hari.....Terus memecut ke The Summit...Masuk2 je, terus cari kedai makan...Kami makan kat MK Cafe & Bistro...

Ini kawan baik saya sejak dari USM lagi....Luv u sayang!!


Ini Kak Tie....Dia memang camtu...pemalu sikit..haha

Yang ni pulak sape?!.....Ini lah budak pelahap kalau nak kenal...Sebab tu gemuk..hihi

Saya amik Mee Goreng Ayam yang ibaratnya Mee dicelup dalam kicap dan di letak ayam seketul dalam pinggan...huk3


Komen kami tentang makanan kat sini adalah...TAK SEDAP!!...Tak berbaloi pun..Harga mahai nak mampuih!

Tapi disebabkan lapar, maka telan la jugak...huk3

Selepas makan, maka kami mulakan journey kami ni....Boleh dikatakan semua kedai kami masuk..Tapi kebanyakannya cuci mata je la...hihi

Penat berjalan + selepas solat, kami pun mulakan aksi sebagai model poster!...Glemer uuuu......Korang hadoo bergambar ngan poster pelakon pirates of caribeans?....Nan hadoo kan?!...haha

Hasilnya....Nah...!!


Agak2 kami ada gaya macam model tak?!..Hah!..ADA!!..Terima Kasih Terima Kasih....Hihi

(MUNTAH!.....)

Ini Cik Abe saya....Silalah percaya!


Konon terkezuutttt....

Comel je kakak saya 2 orang nih...kan kan?!


Habis bergambar kat poster, haruslah bergambar kat toilet pulak....Nampak sangat takde keje...Haha





Di antara ketiga-tiga gambar, gambar saya semuanya tak pandang depan......huk3


Semua ni adalah gambar kat Summit...Pastu kitorang bergerak ke The Store pulak...

Dua orang kanak-kanak sedang berjalan....hikhikhik...(gambar curik!)



Kat The Store tak amik gambar pun..Sebab masing2 rambang mata nak pilih baju..hihi....Keluar dari The Store, masing2 kering poket!...>_<

Dah penat memborong kami pun pulang...Hampir pukul6 baru sampai kat Parit Raja....

Tapi saya tak sudah sampai situ je...Lepas solat asar, keluar balik gi Astro Fiesta Mesra Belia kat Parit Raja....Keluar ngan ehem ehem..Buat apa gi situ?!....Opkos la beli belah lagiiii....hik3

Dekat Magrib baru pulang ke rumah......

Inilah dia hasil barangan yang dapat selepas melaburkan pitisss......T_T


Kepada para lelaki sekalian, jangan marah ya kalau perempuan suka membeli belah...Kerana, beli belah merupakan terapi yang paling mujarab sekiranya kami di datangi stress!!...hihi

Tapi saya ni, stress ke tak stress tetap membeli belah jugak...(kalau ada duit la..hihi)...Hari ni TERbeli 2 helai tudung lagi...wuwuwuuu...


Tak tau nak letak mana lagi dah tudung2 nih....1 lubang je dah 2-3 helai tudung...Yang tak pernah pakai pun ada!...Reti beli je...hihi...Sape2 yang nak pinjam, boleh datang rumah ya...hihihi





Ok la...itu saja.....



SEKIAN

May 10, 2012

Petua Untuk Anak Dara Kuruskan Badan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Err.....Please take note!.....Petua ni hanya untuk ANAK DARA ya!!....Hahaha......Bukan apa...Hanya yang tak kawen lagi je yang mampu mengamalkan petua ni..Yang dah kawen, mana leh amalkan petua ni..Kang tak pasal2 pengsan sebab tak cukup tenaga..Mana nak jaga anak..Mana nak jaga diri sendiri...Mana nak jaga suami..Betul tak?!....hik3









Hari tu saya dah cerita pasal Petua Kuruskan Badan kat ENTRI NI...Tapi petua kali ni lain sikit + lagi ADVANCE!....Konfem boleh turun 5 kilo dalam masa sebulan!...hihi






Ok la....Mari kita tengok apa petuanya....






LARANGAN

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.


2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.






AMALAN:

1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.




Amacam?!....Ada berani nak layan petua ni?.....Saya sendiri pun macam tak yakin boleh buat!...hik3...Tapi kalau anda benar2 mahu kurus, silalah amalkan petua ini....Berbaloi-baloi okeh!


Kawan saya ada perkenalkan DIET ATKINS...Kalau nak tahu apa itu diet atkins, silalah baca blog ini...





Baca yang kat dalam kotak merah tuh!





FYI, Pemilik blog ni mampu menurunkan berat badan sebanyak 60kg selepas mengamalkan diet ni....Tak sangka kan?!

Teruja pulak nak cuba diet ni...Tapi mampukah aku?.....wuwuwuuuu




Hmmm...kena kuat semangat la jawabnya...


Meh kita tengok apa menu yang dicadangkan oleh abang Dzul kita nih...(klik atas gambar untuk tumbesaran)



INGAT!!....Jangan makan nasik + roti + yang seangkatan dengan karbohidrat kalau anda mahu kurus!


Kalau anda benar2 mahu kurus, lupakan kata-kata yang menggores hati yang di tujukan kepada anda..Contohnya:


" Laa....sikitnya makan!...Diet letuuww?!"


"Amboi, diet ker?!"


"Al-maklumlah...Orang tu diet.."


Situasi ni dihadapi apabila anda mengambil makanan @ nasi dalam kuantiti sedikit...Betul tak?!


Saya dah selalu mengalaminya....hihi
Agak terencat jugak la plan nak diet bila dengar ayat2 camni....Huhuhu....Tapi takpe...jadikan kata2 itu sebagai motivasi untuk anda berusaha untuk kurus!!!








Caiyok2!!...


SELAMAT MENCUBA...










SEKIAN

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI