July 28, 2013

Moga Diberi Kesabaran...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Alhamdulillah...Entri ini adalah entri pertama dalam bulan yang mulia ini.... Dah 19 hari kita berpuasa, kejap je kan masa berlalu...Tinggal 10 hari je lagi.... =(

Sesungguhnya puasa itu mengajar erti kesabaran....
Sabar menahan lapar dan dahaga
Sabar mengawal hawa nafsu
Sabar mengawal kemarahan

Tapi bukan bulan puasa je kita kena bersabar..Bulan-bulan lain pun kena la belajar bersabar jugak..Sabar kan separuh daripada iman..... =)




Tapi, sebagai manusia biasa, kadang-kadang terbabas juga perasaan ni.
Sejak bekerja hampir 5 bulan ni, banyak yang saya belajar tentang MANUSIA...

Ada manusia yang baik sangat-sangat
Ada manusia yang bermuka-muka
dan....
Ada manusia yang tidak pernah pedulikan perasaan orang lain!


Dalam banyak-banyak jenis manusia, manusia yang mulutnya takde insuran tu la yang paling saya tak suka...huhuhuhu

Bila bercakap, hanya dia je yang betul...Orang lain salah...
Bila orang buat salah, cepat je dia sembur tanpa pikir perasaan orang tu..
Bukannya nak tegur cara berhemah..huhuhu
Kalau dia nak bergurau, kadang-kadang gurauan dia menyakiti hati..

T_T

Selama ni saya banyak bersabar...Bila kena sembur, diam adalah pilihan yang terbaik..Sometimes, hampir menangis jugak...huhu...Tapi, siapalah kita nak lawan dia..Dia siapa, kita siapa...

Bila banyak cakap, dikatanya "awak ni banyak bercakap la.."
Bila senyap, ditanya pulak "Kenapa diam je hari ni??"
Bila ketawa, dikatanya "Gelak macam gedik"

Ada je yang tak kena....huhuhu

Hmmm.....Lumrah berkerja dengan orang....


Tapi, takpe la...Always think positive...Mungkin itu memang sikap semula jadi dia...Kalau asyik pikir negatif je nanti makin sakit hati, nanti makin berdarah luka yang sedia ada tu...Betul tak?..hehe.. 

Dan.....Mungkin saya sendiri pun banyak silap...

Setiap hari saya berdoa moga diberi kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..Bimbang juga takut give up sebelum berjuang...Masih ada impian saya yang belum tercapai..

Selalu je saya pujuk diri sendiri dengan kata-kata "Mungkin sekarang ni kita dipertemukan dengan orang yang menyakitkan hati...Tapi, tak mustahil satu hari nanti kita akan dipertemukan dengan orang yang menyejukkan hati..."
Amin, mudah-mudahan Allah perkenankan..


Ya Allah, hanya kepadaMu ku berlindung daripada malapetaka dan anasir-anasir jahat.. Berikanlah hambaMu ini kesabaran yang tinggi dalam menempuhi dugaan dan cabaran...Amin Ya Robbal Alamin









SEKIAN


P/S : Kalau tak tahu nak luah kat sape, luah melalui tulisan pun sedikit sebanyak dapat mengurangkan pedih dalam hati... =)





July 06, 2013

Haiiyyyaa....Orang RABUN macam ni la...

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Jangan disangka orang yang tak ber"spek mata" adalah orang yang tidak RABUN!........ No...No...No...Mereka sebenarnya mengaburi mata anda kerana mereka sebenarnya sedang memakai kanta pembesor yang melekat kat bijik mata!...Hohoho...

Salah seorang daripada mereka adalah ---------------> SAYA!























Inilah saya kalau pakai spek....Kelakor je tengok..kan??
Ada gaya nak jadi PROFESSOR tak?....kih3



Gambar ni amik masa praktikal kat POLIMAS..... 

(Oh..!...Hai pelajar-pelajar Polimas.... Inilah hobby Cik Aisyah kamu masa bosan2 dok dalam unit SeniBina tu...SNAPPING LOT OF PICTURES!..kih3)

-Buruk perangai!..... >_< -



Actually I don't like to wear a spectacle!... Kalau pakai pun time dok umah je... Kalau keluar mesti saya akan pakai contact lens.. Dah nak wat macam mana..TERPAKSA!.... Batang hidung ni tak boleh tanggung beban spek dalam jangkamasa yang lama...huhu.... Alahai...Macam ni la nasib orang rabun...Sabor je la.... 





Nak dijadikan cerita....

Sebelum solat magrib tadi, saya tengok adik saya tengah mengaji kat atas katil..(She used my Al-Quran ).. Then, after saya solat magrib, saya pulak yang nak mengaji...

Dengan confident level yang tinggi, tanpa memakai spek, I just took that Al- Quran yang mana saya sangka ia adalah Al-Quran yang terletak kat atas katil...!

Bila dah capai benda yang saya sangka Al-Quran tu, saya pun pakai la spek dan duduk balik atas sejadah sambil mula baca Bismillah...

Then, when I looked at my hand to recite, it is not an Al-Quran!!.......................It is a PURSE!

Hahahahahaha.... Tergelak sakan adik saya...Masa saya capai purse dan duduk atas sejadah dalam gaya nak mengaji tu, dia dah pelik dah... Siap boleh pulak dia pikir macam ni , "Amboi, Kakcik ni semangat molep nak kira duit dalam purse sampai tak dan nak bukok telekung!"


Bhahahaha......

Haiyyyaaa..... Macam ni la nasib orang rabun...


T_T


Ini yang saya nampak tanpa pakai spek tadi..





Blurrrrrr


Hmmmm...Tapi sebenarnya munasabah jugak kenapa saya tertukar tadi...Maklumlah, warna Al-Quran dengan warna purse hampir sama.Saiz je lain... >_<!





Warna cover handset pun hampir sama jugak!..... >_<!!!!




Al-Quran ni dah lama dah saya guna...dari zaman Matrik lagi...Alhamdulillah..Masih setia bersamanya..




Ok...For the conclusion, jagalah mata anda.... Mata adalah pancaindera yang paling berharga dalam diri setiap makhluk TUHAN.... So, hargailah.... Jangan jadi macam saya ni... Muda2 lagi dah rabun dah. (Eh!..Muda kerr??!).. Dah tua nanti confirm2 la bertambah rabunnya...Haish!

Nampaknya kena kumpul duit untuk buat LASIK dengan Prof Muhaya...hehe



Ok la..Itu saja......Selamat malam semua!
Jangan lupa maafkan semua orang sebelum tidur... =)






Wassalam

July 05, 2013

Masa kini....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Masa kini..... Adalah masa sekarang
Masa kini...... Adalah realiti
Masa kini.... Adalah masa yang perlu diharungi

Walau baik.... Walau buruk...Walau perit... Walau payah....

Apapun yang berlaku, kita perlu harunginya...

Sabar...
Ikhlas....
Tenang....

dan

Sentiasalah berdoa kepadaNYA..
Moga apa jua cabaran yang tiba dapat kita harungi dengan lancar
Moga akan ada sinar yang menanti kita dihujung hari



INSYAALLAH dengan izinNYA





SEKIAN






 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI