Akulah Hawa
Aku umpama bunga
Kembang mekar dipuja
Kumbang rerama berlumba
Bila layu dilupa.
Aku ibarat gula
Banyak semut suka
Ditutup aku terbela
Terbuka aku ternoda.
Aku bagai kertas
Bernilai andai dirias
Terkoyak bila dihiris.
Ibarat kertas gula dan bunga
Hakikatnya aku cuma wanita
Ada masanya disanjung dipuja
Kala waktunya dikutuk dihina.
Aku hanyalah wanita
Punya rasa dan airmata
Biarlah apa kata mereka
Mengabdi diri hanya pada-Nya.
Aku seorang wanita
Di sini sebagai hamba
Jangan tunduk pada dunia
Teguhkan hati pada yang Esa
Akulah hawa
Di dunia ini cuma sementara
Bunga kan layu
Gula kan cair
Kertas kan koyak
Tapi bukan jiwaku
Kerana akulah hawa
Hidup dan mati kerana Dia.
November 16, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
panjang kak cik.. tulis pendek ckit eh
ReplyDeletehehe....xleh la pendek sgt...kena la latih diri rajin membaca...hehe
ReplyDeletepuah doh bc hak panjang2.. dlm law xdok hak pendek.. huhuhu..
ReplyDelete