December 30, 2011

Mendekati Kematian

Assalamualaikum Warahmatullah...



        Korang perasan tak, semenjak 2 menjak ni banyak je kita dengar pasal kematian yang melibatkan dengan alatan @ mesin?....Ngeri kan?!...Kalau accident dalam kemalangan pun dah ngeri, apatah lagi kematian dalam keadaan kita sedang bekerja dengan mesin !....1000x ngeri !!....................Nauzubillahi min zalik...Ya Allah...Matikanlah kami dalam iman...Matikanlah kami dalam Husnul Khotimah...amin


        Dalam berita kelmarin pasal  BERKECAI DIKISAR MESIN  pengisar tandan sawit.....Ya Allah, dalam kita sedang sibuk bekerja, tak mustahil kita boleh mati di situ....Ajal Maut di tangan TUHAN..



Kejadian berlaku di Taiping


Petikan dari Harian Metro :

TAIPING: “Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.





        Berita hari ni pulak pasal KEPALA BERSEPAI   dihempap motor penarik lif mengangkat barang . Masya ALLAH.....tak leh nak bayang betapa ngerinya kejadian itu.. Kita yang tak ada pertalian dengan mangsa pun rasa sedih dan simpati, apatah lagi kaum keluarga mangsa yang pastinya berGANDA-GANDA sedihnya....


Gambar kecik adalah mangsa


Petikan Dari Harian Metro :

KUALA KANGSAR: “Saya tergamam melihat kepala arwah pecah dan otak terkeluar,” kata rakan sekerja Mohd Abdillah Mohd Khairuddin, 27, yang maut dihempap motor penarik lif mengangkat barang di sebuah kedai perabot di Jalan Raja Chulan di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa dari Kampung Banjir di sini, sedang memindahkan perabot di tingkat satu premis berkenaan menggunakan lif.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30, berkata lif itu tiba-tiba tersangkut sebelum rantainya terputus menyebabkan motor penarik lif itu tercabut dan menghempap kepala mangsa.

Kejadian turut mengakibatkan tubuh mangsa tersangkut pada lif sebelum alat pengangkat berkenaan terjunam ke tingkat bawah premis bersama mangsa.







         Masya Allah.....Dari MU kami datang, dan Kepada MU kami kembali....





         Yang ni pulak kisah MAUT BERGUMPAL BERSAMA DODOL.......Astaghfirullahhal Azim.........ngeri sangat2 mendengarnya. Apatah lagi orang yang kat tempat kejadian...Seram sejuk di buatnya...


Petikan dari Harian Metro :

TUMPAT: “Panas ni! Tolong la wei! Cepat, panas ni,” rintih seorang warga emas, Wan Zainab Wan Ali, 62, ketika ditemui bergelumang dalam mesin kawah pengacau dodol panas oleh anak saudaranya, Nik Roslan Nik Hussein, 41, di bangsalnya di Kampung Laut, di sini, petang semalam.
Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Nik Roslan yang mengumpulkan kayu api untuk diletakkan di bangsal itu tergamam sebelum melihat badan ibu saudaranya bergumpal bersama dodol di dalam kawah berkenaan.





Ada banyak lagi kejadian yang kita tak jangka berlaku.....


Yang melibatkan lif je dah banyak 


1. DITEMUI MATI DALAM LUBANG LIF BANGUNAN
2. HILANG NYAWA DIMAMAH LIF
3. MATI DIBAKAR DALAM LIF






Ya Allah.......Tempatkanlah roh2 mereka di kalangan orang yang beriman....amin




Korang pernah dengar tak orang cakap tak elok tengok orang mati dalam keadaan ngeri, nanti gelap hati?......Oleh itu, seeloknya elakkan lah dari melihat kejadian-kejadian ngeri di depan mata......Kalau ada accident kat tepi jalan tu, jangan lah dok sebok2 nak pi tengok jugak ye.....Buang masa je......>_<
















Apa pun mari kita hayati pasal Husnul Khatimah.......( Husnul Khatimah ni bukan orang ye!...mentang2 lah korang ada kawan yang nama Husnul Khatimah ye!...hehe)......Bagi yang tak tahu apa maksud Husnul Khatimah, elok lah baca ni....




Firman Allah :


Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(QS. Al Hadiid, 57 : 3-4)






Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal saleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiyat kepada Allah. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika di akhir hidupnya. Akhir hidup yang baik sulit didapat jika kita sehari-harinya tidak taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Oleh karena itu, supaya akhir hidup kita menjadi baik (husnul-khatimah) maka mulai sekarang kita harus menjadi orang yang taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan selalu beramal saleh. Orang yang doanya akan dimakbul oleh Allah adalah mereka yang beriman, taat, mengamalkan sunnah Rasul, banyak beramal saleh, banyak berjasa kepada orang lain dan menjauhi dosa dan maksiyat kepada Allah. Mintalah kepada Allah untuk akhir hidup kita yang baik dengan doa-doa di bawah ini :
Di antara doa-doa yang perlu didawamkan adalah :
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”







Tanda-tanda Husnul Khatimah:


 [1] Mengucapkan syahadat menjelang kematiannya, 
[2] Meninggal dalam keadaan berkeringat di dahi (keningnya), 
[3] Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya, 
[4] Mati syahid di medan jihad, 
[5] Mati sebagai tentara di jalan Allah, 
[6] Meninggal dengan sebab sakit tha’un (pes/sampar), 
[7] Meninggal dengan sebab sakit perut, 
[8] Meninggal karena tenggelam, 
[9] Meninggal karena keruntuhan bangunan, 
[10] Seorang wanita yang meninggal di dalam masa nifasnya yaitu meninggal karena melahirkan anaknya, 
[11] Meninggal dengan sebab terbakar, 
[12] Meninggal dengan sebab sakit dzatul jambi (radang selaput dada), 
[13] Meninggal dengan sebab sakit paru-paru (TBC), 
[14] Meninggal dalam rangka mempertahankan harta yang akan dirampas, 
[15-16] Meninggal dalam rangka mempertahankan agama dan jiwa, 
[17] Mati sebagai murabith (pasukan yang berjaga di daerah perbatasan) di dalam perang di jalan Allah, 
[18] Meninggal di atas amalan shalih.










Mari lah sama-sama kita amalkan doa-doa ini......Moga pengakhiran hayat kita dalam keadaan yang baik-baik saja sebagaimana sempurnanya kita ketika di lahirkan.......


Sumber dari : orido.wordpress.com










p/s : Masa kecik-kecik dulu saya pernah tengok orang mati di langgar kereta api kat hujung kampung saya.....Hancur berkecai badannya.......Dan Organ pertama yang saya tengok adalah PAHA !............Memang ngeri sangat-sangat sampai malam2 asyik mimpi benda2 yang ngeri je..........huhu






SEKIAN




IKLAN BERBAYAR RM10.00


1. Weekly Samsung Galaxy Y Giveaway for the best ringtone and wallpaper

December 28, 2011

Tragedi Hari Krismas !

Assalamualaikum Warahmatullah..


      Tajuk nak gempak je kan?...haha.......ni nak cerita skit.....

Tanggal 25 Disember 2011 telah berlaku sesuatu yang tak di ingini pada DBL saya.....
Kejadian berlaku masa saya dalam perjalanan ke Rantau Panjang..Masa tu dalam pukul12.30 tengah hari.
Sedang si Driver memandu dan saya sebagai Mem Besar duk bersenang lenang kat seat belakang, tetiba kuar bau hangit..Si Assistant Driver yang terbau dan bagitahu kepada si Driver tentang bau itu....Si Driver pulak boleh cakap " Kete orang lain tuu...."

Tak sampai 10 minit si Driver cakap camtu, tiba-tiba dia bagi signal ke kiri jalan dan berhenti....Mem Besar kat belakang terpinga-pinga tak tahu mende........+__+


Rupa-rupanya temperature "H" telah menyala menyatakan "Saya tengah HOT sekarang ni, anda PAHAM tak.............?!"






Baik lah Encik Kereta..Kami faham !..........=___='





Bukak je bonet kete, tengok2 air dalam tangki kering.....mana nak cari air woii.....dah la kat area tu  takde umah orang.......dalam kereta pun takde sebab si Mem Besar ni tak suka botol air bersepah-sepah dalam kete.......Nah, sekarang....rasakan..!!....>_<


Nasib baik si Assistant Driver ni ada.....Dia yang tolong cari air..Kutip botol air tepi jalan, dan isi air dari tangki air terbiar yang ada di sebalik semak-semak.......Thanks kawan !...=)


Bila dah ada air tu, si Driver pun isi la air dalam tangki kete..tengok2 meleleh kat bawah tandanya BOCOR !


Si Mem Besar pun terpaksa la call Big Boss a.k.a Abah Mem Besar memberitahu tentang kejadian itu...Big Boss suruh hantar bengkel baiki..........dan automatik rancangan untuk bersiar-siar di pekan Rantau Panjang TERBATAL !


Si Driver kemudian isi air sekali lagi ke dalam tangki kete dan memandu perlahan-lahan ke bengkel kereta...





Dan........melayang lah RM300......!!....wuwuwuwu....







Apa pun thanks  En.DRIVER dan En. ASSISTANT DRIVER kerana menolong Mem Besar yang tak reti apa pun pasal kereta ni...Reti pandu je...hehehe





Thanks jugak kat Big Boss sebab terpaksa melayangkan RM300 untuk DBL......>_<







Harap2 pasni DBL tak buat hal lagi....umur baru 2 tahun setengah..muda lagi tu....jangan la wat hal lagi...pleaseeee!




SEKIAN








December 10, 2011

Mari Buat Duit Dengan Internet...!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...



              Duit @ Wang @ Pitih @ Fulus @ Money.......Yang mana satu korang panggil ?...haha

              Betul ke dengan Internet kita bleh buat duit?!....Dulu saya tak caya jugak......Tapi bila dah try, memang betul la...Seronok jugak sebab bila orang klik je, secara tak langsung duit masuk kat kita....Alah, lagi pun untuk suka-suka je kan..bukan nak keje ngan benda nih pon.......hehe


Haaa.....meh sini nak perkenalkan


1. Says.my

         Kat sini setiap iklan yang korang share dan orang klik, korang akan dapat lebih kurang RM0.20 per klik......best kan?!....hehe

          Pastu kalo setiap orang yang korang invite join benda nih, korang akan dapat RM1.00 per person.....Wohooo....kalo 10 orang join, dah dapat RM10.00 dah dalam akaun korang......seronok2!!....hehe


        Perlu letak no.account tak masa nak register?


         Jawapannya TAK PERLU!.......Sebab nilai reward yang korang dapat, akan tersimpan dalam akaun Says korang tuh.....Bila dah boleh cash Out, korang cuma perlu klik kat Cash Out then dorang akan hantar Cek kat umah korang........Senang kan?!....=)


              Ini adalah akaun saya.....baru dapat RM41.60..........rasanya kena cukupkan RM50.00 baru bleh cash out.......=_="






               Haa....tunggu apa lagi?....join la.......hehe....join kat sini  Say.my








2. Churp Churp




    Yang ni pun functionnya sama je dengan says.my tu.........Korang share iklan dan korang dapat reward......Cuma yang ni kena cukupkan RM100.00 baru boleh cash out.....>_<







             Ok, ni print screen akaun Churp Churp saya.....baru dapat RM4.62....Orang lain dan beribu riban dah masuk akaun......hehe






Tunggu apa lagi?...Meh join kat sini....Churp Churp.....=)












Ok...itu saja.......wassalam

December 09, 2011

Satu Amanah



Dengan BismilLah ku bermula
Bingkisan hati buatmu teman
Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini

Ku harap hanyalah di dunia
Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi

Oh Tuhan satukanlah
Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai

Kita dicipta sebagai khalifah
Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia

“Oh Tuhan..
Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”

Tuhan itu harus diutama
Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya

“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati
Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”

“Hanya di dunia
Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”







Suka sangat dengar lagu ni......Satu Amanah- Hijjaz





Tuhan Berikan Aku Cinta






Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta


Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina


Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta


Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta













By : AyuShita







Sila Klik Iklan Berbayar - RM10.00

Book your seats now, it’s the MAS Year End sales!: From Paris to Japan, MAS wants you to enjoy a wintery holiday with special year-end, all-inclusive fares! Travel anytime now till 31 December 2011; booking period ends 11th December 2011.

Kahwin, yok!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


            Sebut je pasal kahwin, semua mata bersinar-sinar....Yela...sape yang tak nak kahwin kan?...haha



Maka, tersebut lah kisah............



            Dua minggu lepas saya pergi Putrajaya..Kalau bukan sebab nak kan tandatangan abah untuk Borang Perjanjian MyBrain15 , takde nye saya nak pegi sana.....sebab takut nak naik turun bas kat tempat yang tak biasa pergi.....hehe.....=_="

            Mula tu ingat nak pos je borang kat rumah ( Pasir Mas) tapi takut tak sampai kat tangan abah pulak..Ye la..masa tu kan Kelantan tengah banjir...>_<.....Alang-alang abah nak gi Putrajaya, so saya pun ikut jugak la pegi sana...(Family dari Kelantan, Saya dari Johor)


            Nape kitorang pegi Putrajaya?.....Sebabnya anak sedara abah a.k.a Sepupu saya kahwin...Isteri dia tu orang Batu Pahat tapi majlisnya buat kat Putrajaya sebab dua-dua keje kat Kementerian Pengajian Tinggi....Diorang Akad Nikah kat Masjid Besi a.k.a Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin pada 25hb November 2011.....Majlis Persandingan belah perempuan buat keesokan harinya kat Presint 9 - Perumahan Penjawat Awam dan Majlis Persandingan belah lelaki buat pada 3 Disember 2011 kat umah family spupu saya kat Tanah Merah.




Jom Layan Gambar.......................Zaaasssszz!





Baru sampai depan Masjid Besi



Dari Batu Pahat amik bas ke KL...tapi saya turun kat Nilai sebab adik saya a.k.a Tengku Mohd Khaidir nak amik kat situ....thanks jugak kat  kawan dia sbb sudi menumpangkan saya...hehe......Dari Nilai terus ke Kajang..Diorang drop saya kat Masjid Kajang, kemudian saya naik kete ngan spupu saya yang nak kahwin ni pulak...Kitorang balik ke rumah sewa dia..Sampai2 family saya dah ada kat sana...


Pastu kitorang pun bersiap2 untuk ke Masjid Besi sebab Akad Nikah pukul3 petang (lepas semayang Jumaat).














Ini la sepupu saya...ish, sebok je Nabila nih!...hehe...(Sila klik untuk tumbesaran)


kali ke-2 menjejakkan kaki ke Masjid ni



Gambar-gambar masa akad nikah tu tak banyak dalam nset saya sebab amik gambar ngan kamera abah...Lupa nak amik ngan abah...>_<




Ok...ni gambar-gambar masa majlis persandingan...pun tak banyak...=_="




Perumahan Penjawat Awam - Presint 9, Putrajaya


My sis & My Bro


My Sis & Me........ada persamaan tak?...hehe


Ma & Abah cayam

Si Gendut Koya!!....wakakaka


Antara kitorang bertiga....Ma yang paling menyerlah!....hehehe



Paling kiri tu sepupu saya dan anaknya....


Sebahagian Hantaran



Diorang bersanding kat tempat parking kete....bukak khemah kat situ




acara potong kek


My Siblings.......Nabila, Yie, Dir & Kak ifah


Mama Cumil.........tak berkelip mata abah tengok...kih3....
P/s : saya yang mekapkan ma....tp sy sndri tak mekap...hehe



Kakak Mithali dengan adiknya yang nakal!...kikiki





Sepanjang berada di Putrajaya....kitorang 1 family menginap kat umah adik my mom a.k.a pak sedara saya.....Dia keje kat Istana Kehakiman..Umah dia kat Presint 11








Di sini kitorang menginap




Habis je majlis, saya terus naik komuter kat Bangi dan turun kat Seremban...Then naik pulak bas kat Seremban untuk ke Batu Pahat......26 November 2011 tu adalah hari yang sangat2 memenatkan!




Ok....itu saja ceritanya...................Wassalam




Sila Klik Iklan Berbayar - RM10.00

3 new designs in stores! Get all 6 tin cases now!: This December, collect all three, all new specially designed tin cases from Libresse that come with free paper cut dolls! With every purchase of a Libresse promo bag (2 x 12s Maxi Night Wings / 2 x 20s Maxi Non Wings / 2 x 16s Maxi Wings). Get yours now!































 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI