December 30, 2011

Mendekati Kematian

Assalamualaikum Warahmatullah...



        Korang perasan tak, semenjak 2 menjak ni banyak je kita dengar pasal kematian yang melibatkan dengan alatan @ mesin?....Ngeri kan?!...Kalau accident dalam kemalangan pun dah ngeri, apatah lagi kematian dalam keadaan kita sedang bekerja dengan mesin !....1000x ngeri !!....................Nauzubillahi min zalik...Ya Allah...Matikanlah kami dalam iman...Matikanlah kami dalam Husnul Khotimah...amin


        Dalam berita kelmarin pasal  BERKECAI DIKISAR MESIN  pengisar tandan sawit.....Ya Allah, dalam kita sedang sibuk bekerja, tak mustahil kita boleh mati di situ....Ajal Maut di tangan TUHAN..



Kejadian berlaku di Taiping


Petikan dari Harian Metro :

TAIPING: “Saya tak sanggup lihat mayatnya yang berkecai. Muka dan semua tubuhnya termasuk tulang hancur, malah tempurung kepala juga pecah,” kata rakan Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit, semalam.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 32, berkata kejadian berlaku pada jam 10.20 pagi di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah di sini, ketika mangsa melakukan tugas mencuci sisa tandan kelapa sawit pada mesin pengisar berkenaan.
Menurutnya, ketika kejadian dia berada tidak jauh dari mesin itu sebelum terdengar bunyi kecoh di kawasan mangsa bertugas.

Sejurus bergegas ke situ, Ahmad mendapati empat pekerja warga Nepal sedang mengerumuni mesin pengisar itu yang berfungsi mengasingkan tandan dan buah kelapa sawit sambil memberitahu mangsa terperosok di dalamnya.





        Berita hari ni pulak pasal KEPALA BERSEPAI   dihempap motor penarik lif mengangkat barang . Masya ALLAH.....tak leh nak bayang betapa ngerinya kejadian itu.. Kita yang tak ada pertalian dengan mangsa pun rasa sedih dan simpati, apatah lagi kaum keluarga mangsa yang pastinya berGANDA-GANDA sedihnya....


Gambar kecik adalah mangsa


Petikan Dari Harian Metro :

KUALA KANGSAR: “Saya tergamam melihat kepala arwah pecah dan otak terkeluar,” kata rakan sekerja Mohd Abdillah Mohd Khairuddin, 27, yang maut dihempap motor penarik lif mengangkat barang di sebuah kedai perabot di Jalan Raja Chulan di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.40 pagi itu, mangsa dari Kampung Banjir di sini, sedang memindahkan perabot di tingkat satu premis berkenaan menggunakan lif.
Rakan mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mat, 30, berkata lif itu tiba-tiba tersangkut sebelum rantainya terputus menyebabkan motor penarik lif itu tercabut dan menghempap kepala mangsa.

Kejadian turut mengakibatkan tubuh mangsa tersangkut pada lif sebelum alat pengangkat berkenaan terjunam ke tingkat bawah premis bersama mangsa.







         Masya Allah.....Dari MU kami datang, dan Kepada MU kami kembali....





         Yang ni pulak kisah MAUT BERGUMPAL BERSAMA DODOL.......Astaghfirullahhal Azim.........ngeri sangat2 mendengarnya. Apatah lagi orang yang kat tempat kejadian...Seram sejuk di buatnya...


Petikan dari Harian Metro :

TUMPAT: “Panas ni! Tolong la wei! Cepat, panas ni,” rintih seorang warga emas, Wan Zainab Wan Ali, 62, ketika ditemui bergelumang dalam mesin kawah pengacau dodol panas oleh anak saudaranya, Nik Roslan Nik Hussein, 41, di bangsalnya di Kampung Laut, di sini, petang semalam.
Kejadian jam 5 petang itu menyebabkan Nik Roslan yang mengumpulkan kayu api untuk diletakkan di bangsal itu tergamam sebelum melihat badan ibu saudaranya bergumpal bersama dodol di dalam kawah berkenaan.





Ada banyak lagi kejadian yang kita tak jangka berlaku.....


Yang melibatkan lif je dah banyak 


1. DITEMUI MATI DALAM LUBANG LIF BANGUNAN
2. HILANG NYAWA DIMAMAH LIF
3. MATI DIBAKAR DALAM LIF






Ya Allah.......Tempatkanlah roh2 mereka di kalangan orang yang beriman....amin




Korang pernah dengar tak orang cakap tak elok tengok orang mati dalam keadaan ngeri, nanti gelap hati?......Oleh itu, seeloknya elakkan lah dari melihat kejadian-kejadian ngeri di depan mata......Kalau ada accident kat tepi jalan tu, jangan lah dok sebok2 nak pi tengok jugak ye.....Buang masa je......>_<
















Apa pun mari kita hayati pasal Husnul Khatimah.......( Husnul Khatimah ni bukan orang ye!...mentang2 lah korang ada kawan yang nama Husnul Khatimah ye!...hehe)......Bagi yang tak tahu apa maksud Husnul Khatimah, elok lah baca ni....




Firman Allah :


Dialah Yang Awal dan Yang Akhir Yang Zhahir dan Yang Bathin; dan Dia Maha Mengetahui segala sesuatu. Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa: Kemudian Dia bersemayam di atas ´arsy Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepada-Nya. Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.
(QS. Al Hadiid, 57 : 3-4)






Sebaik-baik umur adalah yang dipanjangkan umur tetapi penuh dengan taat kepada Allah dan amal saleh. Seburuk-buruk umur adalah yang panjang umurnya tetapi penuh dengan dosa dan maksiyat kepada Allah. Orang yang akan selamat di alam akhirat adalah yang selamat di alam kubur. Orang yang selamat di alam kubur adalah orang yang selamat ketika di akhir hidupnya. Akhir hidup yang baik sulit didapat jika kita sehari-harinya tidak taat kepada Allah dan taat kepada Rasul. Oleh karena itu, supaya akhir hidup kita menjadi baik (husnul-khatimah) maka mulai sekarang kita harus menjadi orang yang taat kepada Allah, taat kepada Rasul dan selalu beramal saleh. Orang yang doanya akan dimakbul oleh Allah adalah mereka yang beriman, taat, mengamalkan sunnah Rasul, banyak beramal saleh, banyak berjasa kepada orang lain dan menjauhi dosa dan maksiyat kepada Allah. Mintalah kepada Allah untuk akhir hidup kita yang baik dengan doa-doa di bawah ini :
Di antara doa-doa yang perlu didawamkan adalah :
هَبْ لِي حُكْمًا وَأَلْحِقْنِي بِالصَّالِحِينَ
Hablii hukmaw wa al hiqniy bish shoolihiin
“Ya Tuhanku, berikanlah kepadaku hikmah dan masukkanlah aku ke dalam golongan orang-orang yang saleh” (Q.S. Asy-Sy’araa: 83)
اللهم اجعل خير عمري أخره و خير عملي خواتيمه و خير أيامي يوم لقائك
Allaahummaj’al khayra ‘umrii aakhirahu wa khayra ‘amalii khawaatiimahu wa khayra ayyaamii yawma lliqaa’ika
“Ya Allah jadikanlah sebaik-baik umurku pada ujungnya dan sebaik-baik amalku pada akhir hayatku, dan (jadikanlah) sebaik-baik hariku yaitu hari ketika aku bertemu dengan-Mu (di hari kiamat)” (H.R. Ibnus Sunny)
اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”







Tanda-tanda Husnul Khatimah:


 [1] Mengucapkan syahadat menjelang kematiannya, 
[2] Meninggal dalam keadaan berkeringat di dahi (keningnya), 
[3] Meninggal pada malam Jum’at atau siangnya, 
[4] Mati syahid di medan jihad, 
[5] Mati sebagai tentara di jalan Allah, 
[6] Meninggal dengan sebab sakit tha’un (pes/sampar), 
[7] Meninggal dengan sebab sakit perut, 
[8] Meninggal karena tenggelam, 
[9] Meninggal karena keruntuhan bangunan, 
[10] Seorang wanita yang meninggal di dalam masa nifasnya yaitu meninggal karena melahirkan anaknya, 
[11] Meninggal dengan sebab terbakar, 
[12] Meninggal dengan sebab sakit dzatul jambi (radang selaput dada), 
[13] Meninggal dengan sebab sakit paru-paru (TBC), 
[14] Meninggal dalam rangka mempertahankan harta yang akan dirampas, 
[15-16] Meninggal dalam rangka mempertahankan agama dan jiwa, 
[17] Mati sebagai murabith (pasukan yang berjaga di daerah perbatasan) di dalam perang di jalan Allah, 
[18] Meninggal di atas amalan shalih.










Mari lah sama-sama kita amalkan doa-doa ini......Moga pengakhiran hayat kita dalam keadaan yang baik-baik saja sebagaimana sempurnanya kita ketika di lahirkan.......


Sumber dari : orido.wordpress.com










p/s : Masa kecik-kecik dulu saya pernah tengok orang mati di langgar kereta api kat hujung kampung saya.....Hancur berkecai badannya.......Dan Organ pertama yang saya tengok adalah PAHA !............Memang ngeri sangat-sangat sampai malam2 asyik mimpi benda2 yang ngeri je..........huhu






SEKIAN




IKLAN BERBAYAR RM10.00


1. Weekly Samsung Galaxy Y Giveaway for the best ringtone and wallpaper

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI