July 14, 2012

Bermulanya Satu Episod Baru

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bermula 15 Julai 2012 hingga 14 September 2012, saya akan menjalani LATIHAN MENGAJAR di Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah sebagaimana yang tertera dalam surat dibawah ni..





RISAU

TAKUT

GEMENTAR

Macam-macam perasaan timbul

Huhuhuhuhu



Yela....Mana tak risau kalau2 bakal student nanti lebih hebat dari pensyarahnya..Tak ke malu nanti bila ngajar...hihi

Tanggal 12 Julai 2012, saya terlebih dahulu pergi berjumpa dengan Ketua Program Senibina bagi mendapatkan jadual..Jumpa dengan Encik Arna..Orangnya hensem kot!....wahahaha...gataiii!...

Dia tengok transkrip akademik saya masa degree dulu..Yang paling risaunya bila dia cakap dia nak bagi saya 20jam kredit untuk SEMINGGU!!!.....wuaaa....Mau pengsan la camni..huhu...Tapi takpe la...Bersusah susah dahulu, bersenang-senang kemudian....Mana tahu kot2 pasni ada rezeki jadi pensyarah kat sini...InsyaALLAH....(Kawan2...sila doakan saya ye!!)....amin

Tapi kan Encik Arna...Jangan la bagi saya student sem 5 @ sem 6...Bagi saya budak sem 1 sudah......wuwuwuwuwuu...........T_T


Ramai jugak yang tanya kenapa saya pilih POLIMAS sedangkan kat Kelate pun ada je Poli KB dan Poli Jeli....

Jawapan saya: Saya malas nak compete dengan orang lain sebab saya tahu ramai yang pilih situ sedangkan kuota pengambilan Pensyarah Pelatih tak ramai pun.Lagipun kos senibina mana ada kat situ. Dah sah2 la saya takkan tersenarai nak buat Latihan Mengajar kat situ.. So, dengan  rela hati, saya memilih POLIMAS sebab ada kos saya (SeniBina) dan jugak satu-satunya politeknik yang menyediakan kos Perancangan Bandar dan Wilayah (Kos kawan baik saya)...Oleh itu, menetaplah kami berdua orang kelate di sini dikelilingi kawan2 pensyarah pelatih lain yang sememangnya asal orang kedah...hihihi

p/s : Malas nak pilih politeknik belah selatan sebab jauh nak balik kg hujung minggu ...hikhikhik

Bajet Datin!....Agak2 ada gaya tak??...kih3...(Gambar ketika dalam perjalanan balik dari Batu Pahat ke Kelantan..Balik berdua je)






Apepun...Di sini, bermula la satu episod cerita baru dalam hidup saya..Susah ke payah ke, kena tempuhi juga.....Ya ALLAH..Permudahkanlah segala urusan hambaMU ini.....




Semoga kami semua mendapat keberkatan dariNYA.....Amin



SEKIAN

3 comments:

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI