August 31, 2012

Kita Sudah Merdeka, Tapi Mereka...?!!



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Kemerdekaan yang ke-55 buat warga negara Malaysia. Syukur alhamdulillah kita semua di lahirkan di negara yang aman makmur dari sebarang peperangan. Kalau ada yang tak bersyukur lagi tu, bawak2 la bersyukur ya....=P



Dah lama rasanya tak menulis blog. Banyak yang nak di cerita tapi masa ni asyik cemburu je ngan saya kalau saya nak menulis blog..Ada je yang nak disuruh saya buat. Akibatnya, kesian blog ni terbiar bersawang.........Huh!..Over plak kau nih!....hihi

Sedar tak sedar, dah 55 tahun kita merdeka..Sedar tak sedar, dah hampir mencecah 23 tahun saya lahir ke dunia ni... Sedar tak sedar, dah hampir 3 tahun umur blog ni.....Sedar tak sedar, anda terbaca blog kusam saya nih.....Kui kui kui



Dalam kita gembira menyambut hari kemerdekaan, kadang kita tak sedar masih ada yang belum merdeka, bebas dari kekurangan yang dihadapi.......



Kadang, kita mengeluh makanan yang kita makan tak sedap..


Tapi, kita tak sedar, mereka tiada makanan langsung untuk di makan......







Kadang, kita mengeluh, kasut kita tak semahal dan secantik orang lain..


Tapi, kita tak sedar, mereka tiada langsung kasut untuk dipakai...







Kadang, kita merungut tiada pakaian untuk dipakai sedangkan pakaian melambak di dalam almari...


Tapi, kita tak sedar, mereka malah tiada langsung pakaian untuk dipakai....





Kadang, kita malu jika rumah kita tak sebesar dan secantik rumah orang lain...


Tapi, kita tak sedar, mereka cuma ada khemah kecil untuk dihuni...





Nah!....Sampai bila kita nak merungut?!....Sedangkan sudah begitu banyak kelebihan yang kita ada berbanding mereka....Kita sudah MERDEKA, tapi, mereka....?!!

Kita sudah merdeka, tapi masih ada yang mencemari keindahan kemerdekaan ini dengan seks bebas, dadah, arak dan sebagainya.....Kenapa jadi begitu?!....





Ya Allah, pelihara lah kesejahteraan yang kami miliki di negara Malaysia ini sampai bila-bila, dan sejahterakanlah kehidupan rakyat di negara-negara yang masih belum bebas dari cengkaman pengganas..Merdekakanlah negara mereka sebagaimana negara kami merdeka......Amin...





SEKIAN

August 13, 2012

Antara Ibu Bapa dan Rezeki..

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Buat renungan semua...


(Saya hanya memanjangkan dari kiriman dari saudara seIslam. Semoga Allah SWT memberkatinya)




Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .

" Setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup atau telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...





Berdasarkan Hadith Nabi :


"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tua nya dalam sehari"





Huraian hadith:


- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar

mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua kita , termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah







Kesimpulannya:


- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris..... Cuma jangan lupa
doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g.. makan, kesihatan, k as ih sayang, ilmu dsb nya..) InsyaAllah



-Berusaha dan bertawakal.. ...insyallah , - rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM, (kata Azmil Mustapha)... X de ijazah pun ble jadi jutawan jika berusaha 

..Mari kita cuba .Allahhuakhbar. ..


Insya Allah



Allahu Akbar !










Ma...Abah.....I LOVE YOU SO MUCH!...Thanks for everything






SEKIAN

August 09, 2012

Petua Mencari dan Tanda-tanda Malam Lailatul Qadar

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Malam Lailatulqadar adalah suatu malam yang paling utama di antara malam-malam yang ada di bulan Ramadan bahkan sepanjang tahun. Ia adalah malam yang penuh keberkatan dan mempunyai keistimewaan. Melakukan amal ibadat di malam tersebut adalah lebih baik ganjarannya dari melakukan amal ibadat selama seribu bulan. 

Firman Allah di dalam surah Al-Qadr ayat 3:
Tafsirnya: Malam Lailatulqadar itu lebih baik dari seribu bulan."

Lailatulqadar adalah anugerah Allah S.W.T hanya untuk umat Nabi Muhammad S.A.W berlaku setiap kali bulan Ramadan sepanjang tahun sampai Hari Kiamat. Lailatulqadar ialah malam kemuliaan, malam keselamatan, malam kelimpahan rahmat Allah, iaitu satu malam yang mengandungi peristiwa penting bagi kemuliaan insan. Malam penuh kelebihan dan keistimewaan yang berlaku di bulan Ramadan dengan mempunyai keutamaan seperti berikut :-

1. Malam diturunkan Al-Quran Al-Karim.
2. Malam yang lebih baik dari seribu bulan.
3. Malam Malaikat Jibril Alaihissalam turun untuk mengatur segala urusan dengan izin Allah.
4. Malam penuh kesejahteraan.





Petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk cari mencari malam Lailatul Qadar

Jika awal ramadhan jatuh pada hari:

I) Ahad atau rabu malam qadar dijangka berlaku pada malam 29 ramadhan

II) Isnin – malam qadar dijangka berlaku pada malam 21 ramadhan;

III) Selasa atau jumaat – malam qadar dijangka berlaku pada malam 27 ramadhan;

IV) Khamis- malam qadar dijangka berlaku pada malam 25 ramadhan;

V) Sabtu- malam qadar dijangka berlaku pada malam 23 ramadhan

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas. Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga.




Selain itu, Nabi S.A.W pernah mengkhabarkan kita di beberapa sabda beliau tentang tanda-tanda Lailatul Qadar, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas r.a berkata: Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya
Dari Ubay bin Ka’ab r.a, bahwasanya Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)
3. Terkadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairoh r.a pernah bertutur: Kami pernah berdiskusi tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah shallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.” (HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)
Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah S.A.W:
“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.





Agak2 mampukah kita mengecap nikmat malam Lailatul Qadar?...Sama-sama la kita beribadat dan selalu berdoa kepadaNYA....





SEKIAN

August 08, 2012

Sinopsis Kau Yang Terindah (Slot Akasia TV3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Akhirnya..Tamat sudah cerita Dejavu Di Kinabalu yang agak menyentuh hati..Boleh tahan la cerita tu kan?!...hihi

Ok, dah habis cerita Nadira, Bazli dan Ammar tu, keluar pula cerita Kau Yang Terindah yang dilakonkan oleh Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra.

Semua dah kenal Neelofa dan Nazim kan?...Tapi mesti korang tak kenal sape Hafil Andrio Putra tu kan?

Buat pengetahuan semua, Hafil tu pelakon Indonesia..Jauh bebenor Erma Fatima tu import pelakon..Patut la dalam cerita tu Erma berlakon jadi orang Indon!...Rupanya ada ikan masin di sebalik kailan goreng!...hahaha

Ok la...jom kita baca sinopsisnya...

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3. 








SUMBER : EDTV

Harap2 la cite ni sebest cerita sebelum2 ni...hihi




SEKIAN

Sebelum Kita Mengeluh....



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Salam Ramadhan buat pembaca blog yang semakin lama semakin kusam tak terupdate ini...Hari ni saya nak share mutiara kata....Di ciplak dari blog Mutiara Kata Yang Indah....

Jom kita hayati....




Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !





SEKIAN
 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI