August 08, 2012

Sinopsis Kau Yang Terindah (Slot Akasia TV3)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Akhirnya..Tamat sudah cerita Dejavu Di Kinabalu yang agak menyentuh hati..Boleh tahan la cerita tu kan?!...hihi

Ok, dah habis cerita Nadira, Bazli dan Ammar tu, keluar pula cerita Kau Yang Terindah yang dilakonkan oleh Neelofa, Nazim Othman dan Hafil Andrio Putra.

Semua dah kenal Neelofa dan Nazim kan?...Tapi mesti korang tak kenal sape Hafil Andrio Putra tu kan?

Buat pengetahuan semua, Hafil tu pelakon Indonesia..Jauh bebenor Erma Fatima tu import pelakon..Patut la dalam cerita tu Erma berlakon jadi orang Indon!...Rupanya ada ikan masin di sebalik kailan goreng!...hahaha

Ok la...jom kita baca sinopsisnya...

Drama Kau Yang Terindah mengisahkan tentang Firman (Hafil Andrio Putra) yang berhijrah ke Malaysia untuk bekerja. Firman merupakan anak pembantu rumah Alisya (Neelofa). Firman bekerja menjadi pembantu bersama ibunya di rumah Alisya. Hari demi hari, Alisya telah jatuh cinta dengan Firman tetapi Firman menolaknya pada awalnya. Tetapi, lama kelamaan Firman juga akhirnya jatuh cinta kepada Alisya. Kerana perbezaan darjat, keluarga Alisya tidak bersetuju dengan percintaan Alisya dan Firman. Keluarga Alisya telah menjodohkan Alisya dengan Kapten Syamiel (Nazim Othman). Kapten Syamiel amat mencintai Alisya.  Akhirnya, Firman akur dan berhijrah ke Mekah. Adakah Alisya akan mencari cinta sejatinya Firman ke Mekah? Bagaimana kisah cintanya? Sama-sama kita saksikan sebuah lagi drama hebat dalam slot Akasia TV3. 








SUMBER : EDTV

Harap2 la cite ni sebest cerita sebelum2 ni...hihi




SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI