Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ada yang tak suka makan sushi tak kat sini?... Rugi tau tak suka makan sushi yang sedap ni. Dah la sedap, sihat pulak tu. Tambah-tambah boleh membuatkan kulit kita cantik. Tengok la orang Jepun, kulit diorang cantik-cantik sebab makan pulut... (Ayat pancing!...haha)
Takpe, kalau korang tak suka, lepas cuba resepi ni confirm korang akan fall in love dengan sushi sampai bila-bila!...Woha!
1. FUTOMAKI SUSHI
Gambar sebelah kiri (Kali pertama buat)
Gambar sebelah kanan (Kali kedua buat)
Kalau korang bijak, cuba korang teka apakah perbezaan antara kedua-dua sushi ni??
............................................
OK
Dah jumpa belum apa perbezaannya?? Hihihi
Tak tahu?..Takpe, kalau nak tahu jawapannya, sila baca sampai habis!...Hahaha
BAHAN A (UNTUK NASI PULUT)
Beras Sumo (Kat Tesco / Jusco / Giant ada jual)
Cuka sushi ( guna cuka biasa pun boleh)
Garam
Gula
BAHAN B (UNTUK INTI)
Filamen ketam
Sosej
Telur dadar (goreng biar jadi tebal)
Timun Jepun
Mayonis
BAHAN C
(PERKARA PALING PENTING UNTUK JADIKAN SUSHI! Takde benda nih, tak menjadi la sushi korang...hahaha)
Kepingan Seaweed (Rumpai Laut)
Tikar Buluh Penggulung Sushi (kat Jusco ada jual)
Bahan wajib!
CARA PENYEDIAAN
NASI PULUT
1. Masak beras sumo macam tanak nasi biasa tapi lebihkan air. (Kat luar plastik beras tu ada tulis instruction cara nak masak)
2. Dah masak, sejukkan sekejap. Pindahkan nasi yang dah masak ke dalam mangkuk.
3. Masukkan cuka sushi. Bubuh agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi tu. Kalau terlebih nanti masam pulak. Gaul dengan menggunakan senduk atau lebih senang gaul guna tangan je, tapi kena pakai sarung tangan la.
4. Larutkan sedikit garam dan gula dalam sedikit air. Kemudian tuang ke atas nasi tadi dan gaul rata.
5. Ketepikan.
INTI
1. Rebus sekejap filamen ketam dan sosej. Jangan terlebih masak pulak. Nanti jadi lembik. Saya curah air panas je dan biar dalam 2 minit sebelum angkat.
2. Goreng telur yang dah dicampur dengan sedikit garam menjadi telur dadar. Goreng jangan terlalu nipis.
3. Potong filamen ketam, sosej, telur dadar dan timun jepun dalam bentuk memanjang dan nipis.
CARA NAK MENGGULUNG
1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar buluh.
3. Sapukan sedikit mayonis dan ratakan di separuh kepingan seaweed.
4. Ambil nasi pulut dengan menggunakan tangan dan ratakan di atas kawasan yang dah diletak mayonis tadi. (penyet-penyetkan nasi tu bagi padat)
5. Sapukan mayonis ke seluruh permukaan nasi pulut.
6. Susun bahan inti di tengah-tengah nasi.
7. Gulung menggunakan buluh penggulung. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
8. Dah siap gulung, boleh lah potong. Pastikan pisau anda TAJAM!. Kalau tak tajam, susah nak potong.
9. Dah siap potong, susun dalam pinggan, ambik gambar, dan sedia untuk di makan! Woha!
Ok, next resepi adalah Tuna Sushi. Yang ni 1st time saya buat. Hentam keromo je resepinya. Nasib baik menjadik!..haha
2. TUNA SUSHI
BAHAN UNTUK NASI PULUT
-Sama macam kat atas-
BAHAN UNTUK DRESSING
Tuna dalam tin
Mayonis
Garam
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas buluh penggulung.
3. Letakkan nasi pulut ke atas kepingan seaweed dengan kuantiti separuh daripada permukaan seaweed.
4.Gulung menggunakan tikar buluh. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
5. Potong dalam saiz yang sama. Ketepikan.
6. Campurkan tuna dalam tin, mayonis dan garam dan gaul menggunakan sudu bagi rata. Kuantiti terpulang pada cita rasa masing-masing.
7. Susun nasi pulut yang dah dipotong tadi ke dalam pinggan. (Permukaan nasi di atas)
8. Letakkan campuran tuna tadi ke atas permukaan nasi. Kuantiti ikut suka hati. Jangan terlebih pulak nanti melimpah.
9. Dah siap, susun cantik-cantik, ambil gambar, post dalam FB @ Instagram, dan sedia untuk di makan!...Woha!
Minggu lepas, disebabkan nak buat potluck kat opis, saya teringin sangat nak buat sushi. Bahan-bahan semuanya dah ada. Tapi yang tak sempat beli adalah tikar buluh!... Dah ada dah tikar buluh tu, tapi lupa nak bawak datang KL..Huhuhu... Cari kat Econsave dan Giant, tapi takde. Nak pegi Jusco malas. Last-last saya guna benda kat bawah nih buat tikar gulung sushi!Hahaha
Nampak tak apa benda tu?....Saya guna kertas yang di laminate sebagai tikar buluh untuk gulung sushi!...Wah!!..Hebat tak?...hahaha. Susah kot nak gulung sushi guna benda alah ni...huhu.......Tapi nasib baik menjadik jugak.
>____________<
Haa....Amacam??....Korang tak nak cuba buat ke?
Tunggu apa lagi!..Cepat buat dan bagi kat bakal mak mertua makan!.. Confirm serta merta beliau terpikat dengan anda dan tak sabar-sabar nak anda kawen dengan anaknya. Wohaa!.... Dan, bila dah jadi menantu nanti, anda lah menantu kesayangan beliau!... Ececece... Nak tahu sebab apa?....Sebabnya, buat sushi ni, semua benda anda pegang dengan jari. Pegang nasi, pegang sosej, pegang seaweed and so on. Pendek kata, air tangan tu dah melekat kat setiap butir nasik lah!...Orang kata, air tangan isteri pengikat kasih suami. Tapi bagi yang tak kawen lagi, anda boleh la guna peluang ni untuk pikat BAKAL-BAKAL mak mertua anda!.. Wohaa!
Tapi, nak buat sushi ni yang lecehnya bila nak cari barang. Kalau kat Kelantan, saya dah cari banyak tempat dah kat Tesco, kat Giant, kat Mydin Mall, tapi yang jumpanya hanyalah beras sushi. Cuka, kicap dan tikar buluh tak jumpa pun. Nasib baik masa belajar kat USM dulu pernah beli tikar buluh untuk simpan berus water color....hehe...Boleh la guna untuk menggulung sushi tuh.
Masa tengah mengidam nak buat sushi (ada jugak orang macam ni..haha..abaikan), pernah jugak terfikir, alangkah bestnya kalau ada orang jual bahan-bahan nak buat sushi secara online. Tak perlu la nak bersusah payah sampai sesat dalam pasaraya sebab nak cari bahan yang simple ni...haha
Memandangkan saya dah melalui saat tu, dan mungkin juga anda akan melalui perkara yang sama macam saya, so saya akan tolong anda. Mana tahu hasil pertolongan saya, anda boleh buka empayar sushi citarasa melayu terbesar di Malaysia..Ececece...... Nanti saya akan tolong belikan bahan-bahannya, dan poskan untuk anda. Tapi barang kering je macam beras sumo, cuka sushi, kicap sushi, tikar buluh dan seaweed je la yang boleh pos. Takkan la timun jepun pun nak saya pos jugak. Nanti kang baik-baik saya bungkus timun jepun pos kat anda, sampai-sampai jadi SELIPAR JEPUN!.. Tak ke meroyan kamu nanti!...HAHAHAHA
Ok.. Sesiapa yang nak pesan bahan-bahan sushi, boleh la contact saya kat FB (sila tengok side bar kat sebelah kanan anda ada)
p/s: Jawapan pada perbezaan yang saya tanya tadi adalah SAIZNYA!.... Kali pertama buat, saya buat saiz besar. Jenuh nak makan. Muak..huhu..So, untuk kali kedua ni, saya kecikkan saiznya. So, bila makan, takde la muak sangat.
SEKIAN