Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ada yang tak suka makan sushi tak kat sini?... Rugi tau tak suka makan sushi yang sedap ni. Dah la sedap, sihat pulak tu. Tambah-tambah boleh membuatkan kulit kita cantik. Tengok la orang Jepun, kulit diorang cantik-cantik sebab makan pulut... (Ayat pancing!...haha)
Takpe, kalau korang tak suka, lepas cuba resepi ni confirm korang akan fall in love dengan sushi sampai bila-bila!...Woha!
1. FUTOMAKI SUSHI
Gambar sebelah kiri (Kali pertama buat)
Gambar sebelah kanan (Kali kedua buat)
Kalau korang bijak, cuba korang teka apakah perbezaan antara kedua-dua sushi ni??
............................................
OK
Dah jumpa belum apa perbezaannya?? Hihihi
Tak tahu?..Takpe, kalau nak tahu jawapannya, sila baca sampai habis!...Hahaha
BAHAN A (UNTUK NASI PULUT)
Beras Sumo (Kat Tesco / Jusco / Giant ada jual)
Cuka sushi ( guna cuka biasa pun boleh)
Garam
Gula
BAHAN B (UNTUK INTI)
Filamen ketam
Sosej
Telur dadar (goreng biar jadi tebal)
Timun Jepun
Mayonis
BAHAN C
(PERKARA PALING PENTING UNTUK JADIKAN SUSHI! Takde benda nih, tak menjadi la sushi korang...hahaha)
Kepingan Seaweed (Rumpai Laut)
Tikar Buluh Penggulung Sushi (kat Jusco ada jual)
Bahan wajib!
CARA PENYEDIAAN
NASI PULUT
1. Masak beras sumo macam tanak nasi biasa tapi lebihkan air. (Kat luar plastik beras tu ada tulis instruction cara nak masak)
2. Dah masak, sejukkan sekejap. Pindahkan nasi yang dah masak ke dalam mangkuk.
3. Masukkan cuka sushi. Bubuh agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi tu. Kalau terlebih nanti masam pulak. Gaul dengan menggunakan senduk atau lebih senang gaul guna tangan je, tapi kena pakai sarung tangan la.
4. Larutkan sedikit garam dan gula dalam sedikit air. Kemudian tuang ke atas nasi tadi dan gaul rata.
5. Ketepikan.
INTI
1. Rebus sekejap filamen ketam dan sosej. Jangan terlebih masak pulak. Nanti jadi lembik. Saya curah air panas je dan biar dalam 2 minit sebelum angkat.
2. Goreng telur yang dah dicampur dengan sedikit garam menjadi telur dadar. Goreng jangan terlalu nipis.
3. Potong filamen ketam, sosej, telur dadar dan timun jepun dalam bentuk memanjang dan nipis.
CARA NAK MENGGULUNG
1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar buluh.
3. Sapukan sedikit mayonis dan ratakan di separuh kepingan seaweed.
4. Ambil nasi pulut dengan menggunakan tangan dan ratakan di atas kawasan yang dah diletak mayonis tadi. (penyet-penyetkan nasi tu bagi padat)
5. Sapukan mayonis ke seluruh permukaan nasi pulut.
6. Susun bahan inti di tengah-tengah nasi.
7. Gulung menggunakan buluh penggulung. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
8. Dah siap gulung, boleh lah potong. Pastikan pisau anda TAJAM!. Kalau tak tajam, susah nak potong.
9. Dah siap potong, susun dalam pinggan, ambik gambar, dan sedia untuk di makan! Woha!
Ok, next resepi adalah Tuna Sushi. Yang ni 1st time saya buat. Hentam keromo je resepinya. Nasib baik menjadik!..haha
2. TUNA SUSHI
BAHAN UNTUK NASI PULUT
-Sama macam kat atas-
BAHAN UNTUK DRESSING
Tuna dalam tin
Mayonis
Garam
CARA PENYEDIAAN
1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas buluh penggulung.
3. Letakkan nasi pulut ke atas kepingan seaweed dengan kuantiti separuh daripada permukaan seaweed.
4.Gulung menggunakan tikar buluh. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
5. Potong dalam saiz yang sama. Ketepikan.
6. Campurkan tuna dalam tin, mayonis dan garam dan gaul menggunakan sudu bagi rata. Kuantiti terpulang pada cita rasa masing-masing.
7. Susun nasi pulut yang dah dipotong tadi ke dalam pinggan. (Permukaan nasi di atas)
8. Letakkan campuran tuna tadi ke atas permukaan nasi. Kuantiti ikut suka hati. Jangan terlebih pulak nanti melimpah.
9. Dah siap, susun cantik-cantik, ambil gambar, post dalam FB @ Instagram, dan sedia untuk di makan!...Woha!
Minggu lepas, disebabkan nak buat potluck kat opis, saya teringin sangat nak buat sushi. Bahan-bahan semuanya dah ada. Tapi yang tak sempat beli adalah tikar buluh!... Dah ada dah tikar buluh tu, tapi lupa nak bawak datang KL..Huhuhu... Cari kat Econsave dan Giant, tapi takde. Nak pegi Jusco malas. Last-last saya guna benda kat bawah nih buat tikar gulung sushi!Hahaha
Nampak tak apa benda tu?....Saya guna kertas yang di laminate sebagai tikar buluh untuk gulung sushi!...Wah!!..Hebat tak?...hahaha. Susah kot nak gulung sushi guna benda alah ni...huhu.......Tapi nasib baik menjadik jugak.
>____________<
Haa....Amacam??....Korang tak nak cuba buat ke?
Tunggu apa lagi!..Cepat buat dan bagi kat bakal mak mertua makan!.. Confirm serta merta beliau terpikat dengan anda dan tak sabar-sabar nak anda kawen dengan anaknya. Wohaa!.... Dan, bila dah jadi menantu nanti, anda lah menantu kesayangan beliau!... Ececece... Nak tahu sebab apa?....Sebabnya, buat sushi ni, semua benda anda pegang dengan jari. Pegang nasi, pegang sosej, pegang seaweed and so on. Pendek kata, air tangan tu dah melekat kat setiap butir nasik lah!...Orang kata, air tangan isteri pengikat kasih suami. Tapi bagi yang tak kawen lagi, anda boleh la guna peluang ni untuk pikat BAKAL-BAKAL mak mertua anda!.. Wohaa!
Tapi, nak buat sushi ni yang lecehnya bila nak cari barang. Kalau kat Kelantan, saya dah cari banyak tempat dah kat Tesco, kat Giant, kat Mydin Mall, tapi yang jumpanya hanyalah beras sushi. Cuka, kicap dan tikar buluh tak jumpa pun. Nasib baik masa belajar kat USM dulu pernah beli tikar buluh untuk simpan berus water color....hehe...Boleh la guna untuk menggulung sushi tuh.
Masa tengah mengidam nak buat sushi (ada jugak orang macam ni..haha..abaikan), pernah jugak terfikir, alangkah bestnya kalau ada orang jual bahan-bahan nak buat sushi secara online. Tak perlu la nak bersusah payah sampai sesat dalam pasaraya sebab nak cari bahan yang simple ni...haha
Memandangkan saya dah melalui saat tu, dan mungkin juga anda akan melalui perkara yang sama macam saya, so saya akan tolong anda. Mana tahu hasil pertolongan saya, anda boleh buka empayar sushi citarasa melayu terbesar di Malaysia..Ececece...... Nanti saya akan tolong belikan bahan-bahannya, dan poskan untuk anda. Tapi barang kering je macam beras sumo, cuka sushi, kicap sushi, tikar buluh dan seaweed je la yang boleh pos. Takkan la timun jepun pun nak saya pos jugak. Nanti kang baik-baik saya bungkus timun jepun pos kat anda, sampai-sampai jadi SELIPAR JEPUN!.. Tak ke meroyan kamu nanti!...HAHAHAHA
Ok.. Sesiapa yang nak pesan bahan-bahan sushi, boleh la contact saya kat FB (sila tengok side bar kat sebelah kanan anda ada)
p/s: Jawapan pada perbezaan yang saya tanya tadi adalah SAIZNYA!.... Kali pertama buat, saya buat saiz besar. Jenuh nak makan. Muak..huhu..So, untuk kali kedua ni, saya kecikkan saiznya. So, bila makan, takde la muak sangat.
SEKIAN
Salam kak . Boleh order kat akak ke nak beli tikar gulung , seaweed n cuka tu ? Mcm mane nak contact ?
ReplyDeleteWsalam dik...boleh je. sms/whatsapp kat no ni 013-7011172
DeleteSalam kak. Klau guna nasi sumo tk payah letak cuma, garam lgi kn? Klau guna nasi biasa bru letak smua tu kn?
DeleteWsalam, kalau guna beras sumo pn still kena letak garam gula dik. sebab nak bagi perasa. beza beras biasa dgn beras cuma dia punya kuantiti kanji.. =)
DeleteKak ade jual lgi ke?
DeleteAde jual lgi ke...nak beli
Deleteskrng kt shopee dngn lazada dh ada bnyk dh jual
Deletehaiii berapa ringgit ea awk amik untuk barang barang tu semua? i nak bajet dulu
ReplyDeleteHai awak, ni harga barang:
DeleteCuka Sushi = RM9.50
Kicap Sushi = RM8.00
Bamboo Mat = RM6.50
Kepingan Seaweed 10 keping = RM8.00
Beras Sumo 1kg = RM12.00
Total RM44 tak termasuk kos pos
Assalamualaikum kak... Still buat lagi perkhidmatan membelikan brg shushi x... 😊
DeleteAssalamualaikum kak... Still buat lagi perkhidmatan membelikan brg shushi x... 😊
DeleteWaalaikumussalam... Buat lagi dik.. boleh contact akak di 013-7011172
Deleteassalamualaikum kak.. yg telur ikan biji kecik warna oren tu nk dpt kt mana ye?
Deletehai....
ReplyDeletenak tanya....boleh x tlg beli bamboo mat tu...
Hai awak... Boleh je.... SMS/Whatsapp saya kat no ni : 013-7011172
Deletedekat kelantan memang susah nak cari bahan2 nk buat sushi ni..dah lama teringin nak buat..boleh la order ngan awk..hihi
ReplyDeleteBoleh je awk kalau nk order...hihi...boleh SMS/Whatsapp saya kat no ni : 013-7011172
Deletesaya gune plastik bungkus seaweed utk gulung sushi tadi... hahaha.. desperate sgt malas nak turun kafe.. ni lah nasib student yg xbalik study week T_T
ReplyDeleteHaha...yeke?...takpe...kreativiti masing2...janji menjadi sushi. jgn jadi benda lain sudah...kih3
Deletetmpg tny..nk buat sushi leh x gntikan sushi rice dgn beras pulut y bt ketupat palas tu je??hehe kt klntan cm susah nk cri sushi rice. lg 1 mne nk dpt seaweed ea kt area psir mas, tau x?? hee thanks
ReplyDeleteHai aini.. ore kelate ko terr??...hihi
DeleteSushi rice berbeza dgn beras pulut. Berbeza dari segi texture dan rasa. beras sushi bentuknya bulat2.Kalau beras pulut, bentuknya panjang2. Kandungan kanji pun berbeza. Saya tak pernah cuba buat sushi guna beras pulut sebab lekitan beras tu sgt berbeza. nanti susah nak letak inti. Nak potong pun susah...hihi.... Tapi tak salah kalau awak nak cuba buat. =))
Kat pasir mas takde seaweed. Saya dah cari byk kali kat Pantai Timur tu. Dulu rasanya ada tapi skrg dah takde. Kalau ade pun awk boleh cari kat Tesco KB @ Mydin Mall Kubang Kerian @ Giant KBMall..
Salam. Kalau cuka tu apa brandnye and senang nak beli kat mane?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteWsalam. Cuka tu brand GOLD MARK.. cari kat JUSCO / AEON ada...kat tesco pun ada
Deleteassalamualaikum. nak tanye cuka niy ade logo halal tak ?
ReplyDeleteassalamualaikum. nak tanye cuka niy ade logo halal tak ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Yang brand Gold Mark ni ada logo halal JAKIM Malaysia.
Deletemana nak dapatkan kicap sushi yang halal ni?
ReplyDeletecuba cari dekat AEON.. =)
Deleteblh tau x jenama ape kicap sushi yg halal.... sbb susah nk cr????
DeleteSlalunya saya cari yg brand Gold Mark... yang ni memang ada logo halal JAKIM Malaysia.. =) Kat AEON Jusco ada jual brand ni. Kat tempat lain saya tak pasti.Tapi kebanyakannya ada cop halal luar dari Malaysia.
Deletesalam kak,boleh order lg ke?
ReplyDeleteboleh lagi dik.. =)
Deleteboleh sms / whatsapp ke no 0137011172
DeleteSlm saya nak tmpah tikar ngan berad tpi x tau cam ne nak bayar dan tempah
ReplyDeletewsalam. boleh sms/ whatsapp 013-7011172
DeleteTikar sushi, cuka sushi Dan kicap sushi kalau dekat jusco... bahagian mana yang boleh jumpa barang2 ni???
ReplyDeletekalau kat jusco, awak boleh cari kat bahagian yg jual mee @maggi jenama jepun / china/ korea... cuka dan kicap boleh cari kat rak yg jual sushi yg dh siap
DeleteAssalam.... kak duk cari lamo dh tikar buluh tu....xjupo klate kito nim... bleh ko kak order nga Tg. Aisyah..?? hargo brapo+pos... tq tq
ReplyDeleteSalam akak. Boleh order lagi tak? Kalau total rm44. Postage berapa? Kalau nak beli semua. Thank you kak.
ReplyDeleteWasalam... sorry dik.akak stop kejap ambik order bahan2 sushi ni. nanti dah sambung balik akak bagitahu ye...sorry.. >_<
DeleteOoo ye ke. Ermm. Tak pe la kak. Tapi nanti ambik balik ye. Sebab kat tempat saye memang tak de jual. Tapi nak buat. Hihi. Mekasih kak.
Deletesalam kak, nak tnya kicap tu time bile nak pkai dan mcm mna nak bgi telur tu jadi tebal dan pnjng ye?
ReplyDeleteWsalam. Sorry lambat reply.Busy sangat minggu lepas. Kicap tu pakai untuk cicah je. Akak tak suka cicah kicap, suka makan mcm tu je.Hehe..
DeleteTelur tu awak goreng sikit2.. mula2 tuang 1 senduk dan dadarkan dalam kuali. bagi besar permukaan.Lepas tu awk lipat-lipat telur tu. Jangan terbalikkan. Letak disudut kuali. Pastu tuang lagi adunan telur, buat macam tadi jugak pastu gulung/lipatkan dengan telur yg dh diletak kat sudut kuali tadi. Ulang sampai habis adunan telur. Dah siap nnt dia akan jadi tebal dan panjang. nnt senang la awak nk potong... =)
owhh terima kasih kak for sharing, btw kak ada jual lgi x stok barg2 sushi?
DeleteSorry dik, akak dah tak jual dah buat masa ni. kekangan masa dan kesihatan. =(...InsyaAllah dah ok nanti baru nak sambung balik..
Deletewsalam...kena pandai cari sebab tak semua cuka ada tanda halal.. selalunya saya jumpa cuka yg ada halal Malaysia kat AEON
ReplyDeletesalam..sis still bt tmpahan x tuk brg sushi ni??
ReplyDeleteWsalam... yup. saya ambik lagi.. boleh contact kat no ni 013-7011172
Deletetumpang taye rumpai laut tu bley beli kt mana ye??
ReplyDeletesorry lambat reply. Rumpai laut boleh cari kat Aeon atau mana2 pasaraya spt Tesco, Giant dan sbgnya
ReplyDeleteassalamualaikum sis, nk tnya sis masih jual barang2 sushi tu x?
ReplyDeleteJual lagi. Boleh contact saya di 013-7011172
DeleteAssalamualaikum kak. boleh buat tempahan barang2 sushi tak?
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh contact saya di 013-7011172
DeleteAssalamualaikum akak . Boleh x kalau nak tempah beras sumo tu saja? barang lain dah ada kecuali beras sumo saja x prnah jumpa2x jga .. hihi
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Boleh dik. hubungi akak di 013-7011172
DeleteSlm kak..blh x kalau x cmpur cuka tu dlm beras..xsuka cuka..n kat klatan kt mana ade jual beras tu?
ReplyDeletewsalam. Boleh je kalau tak campur. terpulang pada citarasa masing2. Akak letak sikit je cuka sbb nak bg blend dgn rasa seaweed yg masin.. Kat kelantan adik boleh cari beras tu kat Tesco KB/ Giant KB/ Mydin Mall Kubang Kerian... =)
DeleteWsalam. ada dik. boleh hubungi akak melalui sms/whatsapp di 0137011172
ReplyDeleteSalam. Macam mana kecikkan size sushi ye? Seaweed tu potong 1/2 ke?
ReplyDeletewsalam... sorry baru sempat reply. Yup..seaweed potong 2 ataupun boleh potong 3/4...balance 1/4 tu jangan buang. nanti gabung je 1/4 tu dengan 1/4 yg lain..
DeleteSalam. Macam mana kecikkan size sushi ye? Seaweed tu potong 1/2 ke?
ReplyDeleteAssalamualaikum. Kak, ada jual lagi x bahan2 utk sushi tu?
ReplyDeletewaalaikumussalam. ada dik. contact akak kat 013-7011172
DeleteAssalamualaikum. Kak, ada jual lagi x bahan2 utk sushi tu?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekat mana nak beli bahan2 sushi tu?
ReplyDeleteboleh cari di pasaraya. atau kalau nak order dengan saya pun boleh. contact 013-7011172
Deletetikar buluh boleh cari dekat DIY
ReplyDeleteHarga beras sumo berapa kalau hantar berapa kos
ReplyDeleteBeras sumo RM12... pos ke semenanjung RM7
DeleteSalam.. Wahhh Bestnye buat sendiri sushi..barang2 sushi ni dari mana ye? Sy di kelantan, thu kat mana nk cari brg2 buat sushi (seaweed, cuka, beras)? Terima kasih
ReplyDeleteLupe nk bgthu, Kelantan area kota Bharu.
Deletewsalam.. kalau kat kelate cuba cari kat Tesco KB/ Giant KB / Mydin Mall Kubang Kerian... Beras tu insyaAllah ada. tapi seaweed dgn cuka tak pasti. Cuba la cari dulu mana tahu ada.hehe.. Kalau tak jumpa, boleh order dgn saya. Apa2 boleh contact 013-7011172
DeleteAssalamualaikum. kak, ada jual lagi tak barang2 sushi tu.. saya tak jumpa sos seasoning n soy sos tu. jenuh cari.
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Jual lg dik.. boleh contact akak kat 013-7011172
DeleteDik..halal ker barangan ni..
ReplyDeleteDik..halal ker barangan ni..
ReplyDeleteAs'salammualaikum, Kak Aisyah.. Maaflah yer, kalau ganggu.. Nak tanyo, Kak still ambk order lg kow, utk barg² nok buat sushi nie..?? Maaflah, sy baru baco post Kak thn 2014 tu, pado 06/01/2017 hri nie... Hehhehee.. Tolg bg respon yer..??~ Terimo kasih byk², Kak..~ :)
ReplyDeleteSalam alaik kak. Hehe mohon bagi resepi lain2 please. Nak sgt buat sushi octopus, sushi seaweed hidup..
ReplyDeleteAssalamualaikum.. nk tnye, seaweed brand apa pn halal ke.. sbb ada gak yg jual kt kedai brg hiasan n kek.
ReplyDeleteAssalamualaikum,sy nak tanya boleh order lagi ke barang untuk buat sushi tu?
ReplyDeleteAssalamualaikum sya nk tny ada lgi x kicap sushi n tikar gulung.. nk order.. klu ada ws bolh ws sya trus... www.wasap.my/60184651600
DeleteSaya ada buat pjj kelas sushi..boleh add di fb Rizza cakes n cookies atau wssp saya 0199100048
ReplyDeleteSalam kak..masih buat oder lagj ke brg2 sushi?
ReplyDelete