May 10, 2014

RESEPI: Cheesecake Biskut @ Cheesekut

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Jangan terkejut kalau saya kata resepi Cheesecake Biskut atau lebih dikenali Cheesekut ni TERSANGAT LA MUDAH!

YA sayang....sangat mudah dan simple...hihi



Jom kita tengok apa resepinya..

CHEESECAKE BISKUT @ CHEESEKUT

Bahan-Bahan

Cream Cheese (250g)
1/2 tin susu pekat manis
Nestum
Biskut Hup Seng (Deluxe Cracker. Jangan guna Cream Cracker sebab berminyak)
Susu segar (Dutch Lady full cream pun ok)


Cara-cara penyediaan

1. Pukul cream cheese sampai kembang. Saya guna cream cheese jenis Tatura.
2. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis. Saya kurangkan sebab tak nak manis. 
3. Gaul sehingga sebati.
4. Ambil biskut. Celup dalam susu segar. Celup jangan sampai lembik tau!.
5. Susun biskut tadi dalam loyang.
6. Calitkan adunan cream cheese tadi. Jangan terlalu tebal.
7. Tabur nestum
8. Ulang step 4-7.. Saya buat dalam 5 lapisan
9. Untuk topping atas sekali, make sure cream cheese atas lebih tebal dari yang bawah.
10. Taburkan nestum. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan semalaman.
11. Esok pagi keluarkan, dan potong mengikut saiz yang dikehendaki.
12. Makan sampai kenyang!..hihi




Potong kecik-kecik, letak dalm bekas, simpan dalam peti ais.. Makan time menonton TV ke, buat kudapan time minum petang ke...sedappp....=) =)


Haaa....amacam? Mudahkan?!
Tak perlu bakar dalam oven pun. Cuma yang leceh sebab nak putar cream cheese tu. Kalau takde hand mixer/ stand mixer, anda boleh guna secara manual guna whisk (pemukul telur). Tapi confirm naik muscle kat lengan tu...hihi

Selamat mencoba ya!


SEKIAN


8 comments:

  1. Wahh..nampak sedap..dah macam baclava arab dah..thumbs up..

    tp
    WAJIB BACA NI JUGA ----> PCOS Dan Peluang Kehamilan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello admin. I dh try your recepi. Mmg sedap and menjadi. Anak2 sedara datang rumah memang suka. Thx ya for sharing. Anyway, free2 jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.

      >>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<

      Delete
    2. Hai Aisyah. Eh! nama kita sama..hehehe... Alhamdulillah. happy bila boleh berkongsi resepi. =)

      Delete
  2. salam...
    ooo... senang jer resipi ciskut nih. betullah mcm kuih arab namanya kinafah.
    jemput singgah blog saya ya... sudi2kan.

    maipilihdotcom.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Guna blender pun boleh kalau mixer tkde. Tp make sure bkn blnder yg kita blend chili kang pedas pulak hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...betul tu...nnt x jd Cheesekut tp jadi Chilikut...kikiki

      Delete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI