July 28, 2015

40 Minggu dan Emosi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Selamat berpuasa buat seluruh umat Islam di seluruh pelosok dunia yang membaca entry ini. Alhamdulillah diberi kesempatan untuk merasai lagi puasa tahun ini (2015) sepanjang hampir 26 tahun hidup. Cuma bezanya tahun ni berpuasa dengan status isteri dan bakal ibu..hehe…

Fuhhh… Rasa kejap je masa berlalu..Pejam celik pejam celik tak sangka dah mencecah 40 minggu dah usia kandungan ni. Bermakna dah 40 minggu jugak la usia perkahwinan kami.hihi.. Berkahwin pada 14 September 2014, dan Alhamdulillah diberi rezeki oleh Allah untuk terus lekat mengandung dan dijangka bersalin pada 18 Jun 2015. Namun,ketika entri ini ditulis (19/6/2015), baby masih selesa bergolek-golek di dalam perut ibunya ni.haha….. Alahai baby, bila baby nak keluar ni? Ibu tak sabar nak jumpa peluk cium baby….

Dukung anak buah je la dulu. Anak sendiri dalam perut lagi.haha


Seronok sebenarnya berkongsi pengalaman mengandung ni.. Macam-macam kisah suka duka dilalui sepanjang mengandung. Betul tak wahai ibu-ibu sekalian?..hehe… Kenangan alahan muntah-muntah, kenangan mengidam, kenangan beli baju mengandung, kenangan beli barang-barang baby dan macam-macam lagi lah…

Saya teringat lagi kenangan pertama kali mengidam. Masa tu tak tahu pun diri dah mengandung. Haha… Masa tu kami laki bini dalam perjalanan balik dari dating (phewiitt..haha) dan nak balik rumah…Lebih kurang masuk minggu ke -4 perkahwinan (kalau tak silap)…. Dah nak sampai rumah dah, tiba-tiba saya ternampak orang jual satay.

Masa tu cakap kat hasben, “Abang, berhenti beli satay jap. Boleh tak?”…

Hasben , “Ala, susah la nak berhenti. Tak payah la. Takkan tak kenyang lagi. Kan baru je makan tadi”…

Saya terus terdiam. Masa tu rasa sedikit kecil hati. Saya diam je sampai la rumah.

Masuk je rumah, terus lepak kat ruang tamu tengok tv. Entah kenapa fikiran saya duk terbayang kat satay tadi. Ingatan pada satay dengan aroma bau satay yang sedap itu membuatkan saya begitu teringin nak makan. Tapi bila mengenangkan hasben taknak berhenti beli tadi, saya rasa kecil hati sangat. Dalam hati cakap Entah-entah dia malas nak berhenti, sebab tu la bagi alasan mcm tu. Padahal boleh je berhenti kejap kat tepi jalan tadi…. Hasben pelik tgk saya diam je. Dia tanya kenapa diam je. Saya cakap la nak makan satay.

Jawapan dia “ Alahai sayang ni, kan kita baru makan je tadi. Malam2 nanti la kita keluar pegi makan satay”… Mendengar je jawapan hasben, saya terdiam. Tiba-tiba menitis air mata ni. Haha.. Hasben panik… Kelam kabut dia tanya kenapa menangis? Saya geleng kepala je.

Jawab saya “Takde ape” sambil kesat air mata dan cuba untuk senyum. Dia pegang tangan, saya tepis. Dia tanya lagi “Sayang ni kenapa? Abang ada buat silap ke?”… Saya makin kuat menangis.. Hasben terkebil-kebil pandang saya bingung dengan perangai saya… Dah reda sikit tangisan, baru saya cakap, “Nak makan satay”…. Dia pun dengan pantas jawab, “Ok.ok..abang turun bawah pegi beli kejap”.. Dengan pantas dia bersiap dan ambik kunci motor, turun bawah pegi beli satay.. Dalam masa tak sampai 30 minit, dia tiba dengan plastic satay di tangan. Masa tu rasa macam nak melompat bersorak gembira sebab dapat apa yang dihajati. Hahaha…. Sambil makan sambil senyum...

Masa tengah syok makan satay tu hasben cakap “Abang rasa sayang mengandung la. Macam pelik je tiba-tiba menangis nak makan satay. Macam orang mengidam.” Katanya sambil senyum-senyum.. Saya geleng kepala je… “ish.. tak la..tak mungkin. Sayang saje je nak makan satay. ”… Dalam hati, TAK MUNGKIN…






Saya betul-betul tahu mengandung bila masuk minggu ke-5 tak datang period. Period saya teratur, so memang worries sangat bila tiba-tiba period tak datang-datang lagi. Last-last beli jugak pregnancy test lepas hasben paksa suruh cek. Bangun pagi sebelum pegi kerja, saya cek dan resultnya positif!... Tunjuk kat hasben, sengih sampai ke telinga.. Haha.. Oh Abang! Sayang ingat lagi muka itu!...Hahaha

Tapi memang teruk jugak la alahan.. Bangun pagi, muntah. Sampai ofis, muntah. Balik kerja muntah. Sampaikan saya pernah muntah dalam kereta masa perjalanan balik dari tempat kerja!... Habis tersembur kat stereng, tudung dan jubah yang saya pakai..haha... Nasib baik masa tu dah masuk kawasan perumahan, so boleh la berhenti kereta tepi jalan... Kalau masa tu tengah kat highway MRR2 tak tahu la macam mana..huhu… Sampai je kawasan parking rumah, kelam kabut cari kain lap stereng dan spray febreez. Takut kena marah kat tuan punya kereta (hasben) bila kereta dia bau masam..hihihi

Selalu jugak la saya balik dari office, disebabkan tak larat sangat, sampai tertidur dengan baju kurung. Haha… Hasben balik pukul 9 malam baru terjaga lepas dia kejut. Memang rasa teruk sangat masa tu. Tak terurus..huhu….Oh! Itulah kenangan..






Pernah jugak saya mengidam nak makan singgang daging. Kat KL susah nak cari orang jual singgang daging. Nak masak sendiri hasben tak bagi. Padahal dah siap mesej Ma lagi mintak resepi.huhu.. 2 minggu saya tahan mengidam singgang daging sampai la ada satu pagi sebelum pergi kerja, dah tak tahan sangat-sangat dah… Pujuk hasben ajak dia pegi cari singgang daging hujung minggu nanti. Dia pulak bagi alasan tak boleh sebab ada hal hujung minggu. Nak main bola la, futsal la, badminton la..Hmmm…. Sedih yang teramat masa tu. Menangis meraung macam orang gila.haha…Padahal masa tu dah siap pakai tudung nak pergi kerja dah. Last-last dia pujuk dan setuju ikut permintaan saya. Happy sekejap walaupun pergi kerja dengan mata bengkak!..Haha…. Pukul 12 tgh hari, hari yang sama, tiba-tiba hasben call cakap dia dah sampai tempat kerja saya. Saya tanya buat ape datang ofis saya? Dia cakap nak bagi singgang daging!... Masa tu rasa nak melompat-lompat gembira sebab dapat apa yang dihajati. Thanks hasben. Siap datang hantar kat office lagi..hihihi


Aduhh... sedapnya singgang daging ni. Lambatnya nak berbuka puasa..Telan air liur je la dulu..


Eh!....Aduyaiii…Semacam dah lari topic asal pulak..Haha… Kalau nak cerita satu-satu kenangan tu memang tak cukup sehari menaip ni. Silap-silap boleh buat novel khas pengalaman mengandung!..Haha




…………………………………………………………………………………………………………





Majlis perkahwinan saya dibuat serentak dengan majlis sambut menantu belah abang saya. Diorang akad nikah 2 hari sebelum saya akad nikah. Dan perbezaan due date antara saya dan kakak ipar saya juga adalah 2 hari!...Haha…. Due date kakak ipar pada 16/6/2015.. Saya pulak 18/6/2015…. Tapi, kakak ipar saya dah selamat bersalin  pada 13/6/2015… Tinggal la saya dengan perut memboyot yang dah overdue ni..huhuhu

Hari-hari duk berdoa moga baby cepat keluar..Jeles tengok kakak ipar dah kelek baby…kah3..Hasben pulak, hari2 duk tanya bila nak bersalin sebab tak sabar nak balik.hihi….Tapi, memandangkan saya belum ada tanda-tanda nak bersalin lagi, pada hari due date, saya diberi temujanji oleh Nurse di klinik desa untuk refer kepada doctor di Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.. Pagi 18/6/2015 tu saya pun pergi la klinik dengan kakak saya.

Tiba di klinik kesihatan, doctor dan nurse ada mesyuarat la pulak pagi tu. So, doctor pengganti yang datang cek saya sebab doctor yang sepatutnya cek tu hadir meeting..Kalau penggantinya perempuan takpe la jugak. Ini tidak, doctor lelaki yang cek!....Adoii… tak suka betul kalau doctor lelaki yang cek..huhu.. Saya dah risau dah kalau-kalau dia cakap nak cek “jalan”.. Arghhh!... tak sanggup kot nak tunjuk!..Kalau tengah sakit tu takpe la jugak sebab dah takde pilihan. Ini kalau tengah tak sakit, saje2 nak tunjuk memang tak la…huhu…….dan Alhamdulillah, nasib baik dia cuma cek perut je. Tapi nak tunjuk perut pun segan jugak sebenarnya.. Dah la penuh dengan strechmark!.. > _ <

Masa scan, ambik ukur lilit kepala baby, tulang paha, jumlah air ketuban dan beberapa perkara lagi, saya tanya doctor berapa berat baby saya sekarang? Bila print out detail scan tu, doctor cakap berat baby lebih kurang 4kg!... Saya terkejut. Adoi…macam mana nak keluarkan baby seberat 4kg ni?!... huhu… Pastu doctor tu cakap la, jgn risau. Berat ni tak pasti lagi sebenarnya..Mungkin keluar nanti kecik je sebab yang berat air ketuban. Fuh..sedikit lega.. Pastu doctor bagi tarikh extend 9 hari sehingga 27/6/2015.. Kalau sebelum tarikh tu takde tanda-tanda lagi memang 27/6/2015 tu kena paksa bersalin!!...Wuaaaaa…. T_T

Balik dari klinik, sempat lagi singgah pasaraya beli kulit popia untuk buat kuih raya nanti..hehe.. Pada hasben saya mesej sahaja bagitahu yang doctor extend tarikh bersalin lagi 9 hari…. Pukul 12 tengah hari, saya tidur sebab mengantuk (kan hari ni 1st day puasa..hehe)… Lebih kurang jam 1.15 petang, telefon berdering mengejutkan saya dari tidur yang lena.. Call daripada nurse klinik desa bagitahu yang saya kena pergi jumpa doctor semula sebab berat baby saya 4kg dan sepatutnya dah kena masuk WAD!

Menggigil tangan saya mendengar perkhabaran itu!... Tergambar di fikiran yang perut saya akan ditoreh untuk mengeluarkan baby seberat 4kg itu! Wuaaaa!.. Tak sanggup!... Pada ma, saya bagitahu dengan nada tahan menangis.. Call hasben pulak dalam keadaan menangis tak mampu bercakap sebab terlalu terkejut dan takut!...Haha…… Dalam masa yang sama rasa geram jugak kat doctor yang cek pagi tadi, kenapa boleh terlepas pandang perkara ni.huhu..

Kelam kabut mandi dan kemas barang2 keperluan untuk deliver nanti. Mak saya pulak dah bersedia barang2 dia untuk jadi peneman saya waktu di wad nanti. Lebih kurang jam2.30 petang, kami menuju ke Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas.. Sampai je klinik, terus saya pergi jumpa doctor.. Kali ni doctor lain. Perempuan.. Dia suruh saya baring atas katil untuk cek perut. Sebelum tu dia minta maaf sebab terlepas pandang hasil pemeriksaan doctor ganti tadi. Katanya berat baby cecah 4kg adalah sedikit tidak normal bagi rakyat kita Malaysia. So, kalau betul la baby saya seberat itu, pada hari itu jugak saya dipaksa untuk bersalin untuk mengelakkan baby bertambah besar!... Fuhhh!.. Memang tersentap tangkai hati ni mendengar kenyataan doctor tu. Risau. Rasa macam tak bersedia lagi nak bersalin..wuwuwuwuuu

Kemudian doctor cek perut saya. Dia buat urutan je. Tak scan pun. Doktor Anis Dhuha (cantik namanya kan?..hehe) tu cakap, pada perkiraannya bila tengok keadaan perut saya, berat baby mungkin hanya dalam lingkungan 3.2kg -3.4kg sahaja... Tapi dia taknak ambil risiko, so dia buat surat refer ke Hospital Raja Perempuan Zainab 2, Kota Bharu untuk saya bersalin di sana.huhu.

Dengan hati yang tak bersedia, saya menuju ke HRPZ2 bersama-sama mak dan adik lelaki…




.........................................................................................................





Sampai je di kaunter pendaftaran Wad Bersalin, saya serahkan buku merah dan Ic.. Masa tu perasaan saya relax saje. Tak nervous  dan tak takut. Macam orang takde perasaan pun ada.haha.. Dah la suami dekat KL.. Saya pesan pada hasben, kalau betul saya kena warded baru saya mintak dia balik.. Dia pulak banyak kerja hari tu, kena baca reman untuk 2 kes.. Mungkin lewat petang baru siap..huhu.. Malas nak kacau dia, saya redha je. Malas nak paksa balik.

Dipendekkan cerita, lebih kurang jam 3.45 petang, saya di periksa oleh dua orang doctor. Sorang lelaki sorang perempuan. Aduyaii… Lelaki lagi.. Muda pulak tu..huhuhu… Baring atas katil, sekali lagi perut saya di scan. Nasib baik yang scan tu doctor perempuan. Doctor lelaki tu cuma menulis apa yang doctor perempuan tu cakap.

Doc P: “Hmm..Kalau tengok pada saiz perut awak ni, baby awak takde la sebesar 4kg. Tapi takpe, biar saya scan dulu.”

Saya hanya membiarkan doctor memusing-musing alat scanner keatas perut saya.

Doc P: “Hmmm.. Ok, kita ambil dulu bacaan ukur lilit kepala, and bla..bla…bla..”…..

Bila doctor cakap “Panjang jugak tulang paha baby awak ni, its about 7cm.”.. Saya senyum je. Dalam hati, ofkos la panjang doctor sebab bapaknya tinggi.haha… Hmm..boleh jd model anak aku ni.. Ceh!

Lepas cek semua, doctor pun cakap yang bacaan yang dia dapat masa scan baby saya cuma lebih kurang 3.2-3.4kg sahaja. So, untuk terus admit masuk wad tu adalah tidak perlu. So, saya dibenarkan extend seminggu lagi sebelum dipaksa bersalin.. Fuhh.. Dalam hati terus lega. Nasib baik tak kena warded hari tu…Belum bersedia mental dan fizikal lagi ni..huhu

Tapi, sebelum balik, doctor suruh nurse cek dulu carta degupan jantung baby. Kalau graf tu ok baru boleh balik sebab risau takut baby lemas dalam perut………..Hmmm.. maka terbaring lah saya diatas katil selama lebih 30 minit dengan alat terpasang disekeliling perut… Sambil terbaring sambil mesej ma bagitahu yang saya mungkin dibenarkan balik. Hasben pula call tanya perlu ke dia balik malam tu, saya cakap tak pasti lagi sebab kena tunggu result graf dulu.

Sebelum doctor berlalu pergi, sempat lagi dia tanya saya; “Awak datang dengan siapa?”. Jawab saya “Dengan mak”.

Doktor: “Ohh!.. Ingat dengan husben. Patutnya hasben kena ada sekali teman awak”.

Saya: “Hasben saya ada kat KL doctor”. Jawab saya sambil tersenyum.

Doktor: “Maknanya tunggu awak bersalin dulu la baru dia balik eh?”.

Saya hanya membalas pertanyaan doctor dengan anggukan dan senyuman. Dalam hati, hmmm..begitula gamaknya doctor. Hati saya mula dilanda emosi.huhuhu

Lepas je doctor pergi, saya termenung mengimbau kembali bait ayat doctor tadi sambil menunggu mesin mencetak graf degupan jantung anak saya serentak dengan hasil bacaan alat yang melekap di perut. Rasa nak je suruh hasben balik sekarang!..Tapi…………………. Aduh… Takpe la. Maa kan ade…

“Lebih baik suami ada disisi saat kita melahirkan anak. Biar dia tahu macam mana sakitnya nak bersalin. Nanti takde la dia buat jahat pada kita”. Tiba-tiba lamunan saya terhenti bila di sapa kata-kata daripada nurse.

Dia pandang saya sambil tersenyum. Saya balas balik senyumannya dengan senyuman pahit. Aduyaaiii..nurse ni pun satu. Makin bergolak hati ini..

Sambil terbaring, saya berbual dengan dia. Cuba seboleh-bolehnya elak topik yang menyentuh berkaitan suami.haha… Saya tanya dia macam-macam. Sakit tak bersalin? Mana lagi ok bersalin normal ke bersalin czer? Dan macam-macam lagi lah….. Hampir jam 5 petang baru selesai graf mencetak degupan jantung baby.. Tapi tak boleh balik lagi sebab kena tunggu nurse pergi tanya doctor dulu pasal graf tu sama ada normal ke tidak. Kalau normal, saya boleh balik dan tunggu sakit bersalin sehingga 25hb. Kalau sebaliknya, saya kena tahan masuk wad. Dalam hati saya duk berdoa moga saya dibenarkan balik sebab nak berbuka puasa dengan family..hehe

Sambil menunggu keputusan doctor, fikiran saya bermonolog sendiri..”Hmmm..apakata suruh hasben ambik cuti awal? Suruh dia balik hujung minggu ni dan tunggu hingga 25hb. Hari ni dah 18hb..Seminggu je pun. Hari tu dia jugak cakap dia ada banyak lagi cuti!”… Dalam hati, saya nekad nak pujuk suami balik awal.hehehe

Lepas nurse datang balik dan bagi semula buku merah memberitahu yang saya dibenarkan balik, saya melangkah keluar dari bilik pemeriksaan dengan senyuman.. Fuhh.. lega tak kena tahan. Kalau tak memang hari-hari la kena seluk cek jalan..huhuhu

Dalam perjalanan balik ke rumah, hasben saya call tanya keadaan saya. Saya cakap la tak kena tahan wad. Dia cakap syukur la. So, dia tak perlu balik lagi. Bila dengar je dia cakap macam tu hati saya betul2 beremosi..Setitis air mata menitik. Sampai hati abang. Ni kan anak pertama kita. Sayang nak abang ada bersama sayang menghadapi saat-saat melahirkan. Huhuhu…  

“ Abang ambik la cuti awal. Abang balik esok ke. Boleh tak?”… Saya cuba memujuk. “Tak boleh la sayang. Sabtu ni abang on. Takde orang nak ganti abang. Susah nak cuti awal”.. Saya semakin sebak tapi suara seboleh-boleh tahan taknak dia tahu saya menangis…. Maa dgn adik kat seat depan tak perasan pun saya menangis.. hehehe

“Nanti sayang dah betul2 sakit abang balik la”. Saya diam je cuba nak hadam apa yang dia cakap. Cuba pujuk diri sendiri… Baru je nak balas kata-kata dia, “Jap eh sayang. Ada pengadu call”… Dia hold call tp saya terus letak telefon. Malas nak tunggu sebab confirm lama.

Mak saya tanya, “Thaqib boleh balik awal tak?”.. Jawab saya, “Tak sempat habis cakap pun ma. Dia busy”..  Saya cuba kawal suara takut maa tahu saya menangis.haha

Dalam 15 minit lepas tu, hasben call balik.. “Bukan abang taknak balik awal tapi susah la. Abang tak boleh cuti sesuka hati nanti kesian orang lain yang nak kena take over kerja abang.”…. Saya pun cakap “Takpe la. Dah nak buat macam mana… Tapi, tak boleh ke balik awal sikit sebelum khamis tu? Sayang nak kena masuk wad 24hb lagi kalau takde tanda-tanda nak bersalin lagi”. Saya cuba lagi memujuk.hihihi….Gigih!

“Jap eh sayang. Ada orang datang pulak”…….. TUP. Telefon diletak. Saya terkaku. Makin deras air mata ni menitis.. Oh suami ku!... Engkau bukan milik ku seorang. Perhatianmu bukan padaku seorang tapi juga pada insan-insan yang memerlukan pertolongan mu. Saya sedih dan terkilan. Disaat diri ini perlukannya untuk menemani saat2 melahirkan anaknya, dia pula turut diperlukan oleh orang lain. Saya cuba bertenang dan pujuk diri sendiri. Takpe la… sekurang-kurangnya saya sekarang berada disisi keluarga. Maa dan abah kan ada….

Air mata mengalir perlahan serentak dengan hati yg sedikit terhiris.. Saya istighfar banyak-banyak supaya air mata tak mengalir makin deras. Malu kalau Ma tahu..hehe… Telefon berdering lagi. Hasben call. Saya malas nak jawab. Tapi last-last angkat jugak….”Hello, sayang!”.......... “Emm..” Jawab saya sepatah…. “Sorry sangat ada orang datang tadi. Pasal balik tu, sayang sabar la. Nanti sayang dah betul2 sakit nak bersalin abang balik la.. Abang balik naik flight.”…. Saya diam tanpa kata. Air mata terus menitis. (Ceh!...Manja betul!..haha)… “Sayang? Kenapa diam ni?”… Saya tetap berdiam diri. Tanda protes…“Sayang!”…. Saya diam.. “Sayang! Cakap la.”….. TUP. Saya letak telefon!... Sepanjang kahwin, ini kali pertama saya buat perangai macam ni. Haha.. Jahat betul! Ini semua salah EMOSI!.. Eh. Emosi pulak yang disalahkan…. = ___ =

Hasben tak call balik. Tapi 10 minit lepas tu dia mesej “ Sayang marah abang ke?”…. Kesian encik suami, dia dah la banyak kerja. Si bini pulak buat merajuk. Saya tarik nafas dalam-dalam cuba bertenang dan rasionalkan diri. Ikutkan hati nak je balas “Ya! Memang tengah marah ni!”… Tapi saya tak sampai hati nak buat fikiran dia bertambah serabut. Biarlah saya pendam je rasa terkilan ni. Dengan lambat-lambat saya balas mesej hasben.. “Tak de la. Emosi tak stabil”… Ayat berkias tu. Padahal nak cakap memang marah pun.haha

Sampai rumah, saya mandi dan bertenang. Istighfar banyak2. Pujuk diri sendiri. Lepas tu cepat-cepat masuk dapur tolong Ma siapkan juadah berbuka puasa.hehe……Dengan tempoh mengandung dah overdue ni memang saya betul-betul beremosi. Siapa tak nak suaminya teman ketika dalam wad bersalin tambah-tambah ini adalah pengalaman pertama. Ye tak? 

Apapun saya redha je. Kalau hasben sempat balik dan sempat teman saya dalam labour room, syukur Alhamdulillah. Tapi kalau tak sempat, nak buat macam mana kan? Semuanya ketentuan Allah. InsyaAllah moga-moga segalanya dipermudahkan. Aminn...




Eh. Panjang betul entry kali ini. Masa menaip kadang tak sedar pun dah panjang. Cuba kalau tulis karangan bertajuk “Punca kegawatan ekonomi di Malaysia”, rasanya nak dapat 2-3 perenggan pun susah..kahkahkah


Ok la…itu sahaja luahan hati mak buyung. InsyaAllah akan saya kongsikan juga pengalaman bersalin nanti.


SEKIAN


p/s: Cerita ini hanyalah luahan hati saya semata-mata dalam diari alam maya ini. Bila anak dah besar, boleh suruh dia baca blog ni.Kenangan pertemuan pertama ibu dgn ayah dia pun ada dalam ni.haha. Pertemuan dalam cerita sadis....




No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI