Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Tanggal 11-1-1959
Abah di lahirkan di dunia yang penuh pancaroba.
Di beri nama Tengku Zahari b. Tuan Hamat.
Menjadi anak tunggal lelaki
yang juga
Merangkap anak bongsu dari isteri ke-2 Tuan Hamat
Abah,
Perjalanan hidupmu penuh duka,
Setiap langkah mu penuh pancaroba,
Hanya kerana dirimu,
Anak seorang wanita yang dikatakan perampas bapamu,
Engkau di caci dan di hina
Di gelar dengan perkataan-perkataan yang jijik
Di benci oleh adik beradik seayah sendiri
Namun,
Engkau tidak melawan
Engkau hanya mendiamkan diri
Membiarkan mereka menghina mencaci mu
Kerana kasihmu pada mereka
Anak kepada ayahmu
Abah,
Tatkala mereka membesar dengan bersenang lenang,
Engkau pula membesar dengan jerit perih sendiri,
Demi untuk membalas jasa ibu mu,
Engkau kuatkan diri
Abah,
Segalanya engkau tempuhi dengan tenang,
Engkau jalani hidupmu dengan tabah,
Tanpa memperlihatkan kesedihan mu,
Dengan ulas senyuman di bibir,
Kerana Engkau tahu,
ALLAH ada bersamamu
Dan,
Kini,engkau telah berjaya abahku,
Berjaya menjadi seorang pendidik bangsa,
Berjaya menjadi seorang anak yang berguna buat orang tua mu,
dan
Berjaya untuk keluar dari kepompong hidupmu yang duka lara
Abah,
Walau hidupmu tanpa kasih sayang seorang ayah,
Walau hidupmu hanya bergantung pada kasih seorang ibu,
Namun,
Engkau mampu menjadi abah yang terbaik buat anak-anakmu,
Seorang abah yang terbaik di dunia,
dan
Seorang suami yang terbaik buat isterimu
Hingga ke akhir hayat
Terima kasih abah,
Untuk segala-galanya
Sayang abah selamanya......
Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Yang ke-53, Abah.............
Dari anak ketiga mu...
hai kucahhh
ReplyDeletehai kak yaya!....hehe
ReplyDelete