October 31, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - Part 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tajuk tak leh blah langsung!...hehehe
Jom!..... Mari membaca entri yang agak panjang ini....Harap tak ada yang jemu....

...............................................................................................................................

Actually saya baru je memulakan perjalanan hidup di ibu kota ni pada 10 September 2013. Ketika entri ini ditulis iaitu pada 10/10/2013, maka genaplah SEBULAN saya mencari rezeki disini...Tapi dalam tempoh sebulan ni macam-macam dugaan yang telah saya tempuhi....huhuhu

Dugaan pertama bermula seminggu selepas saya lapor diri.....

Dugaan itu ialah dugaan mencari rumah sewa...hehehe... (Macam la dugaan ni besar sangat kan?!)

Pada malam sebelum lapor diri, saya menumpang di rumah kawan di Bandar Tasik Selatan. Dan malam kedua dan seterusnya, menumpang pulak kat rumah kawan di Keramat AU 1. Keje menumpang ke haku neh...hehe..Nasib baik ada kawan...Kalau tak, merempat kat masjid la jawabnya..Takkan nak duk hotel tiap-tiap malam..Kalau jadi anak raja takpe gak..hehe.....

Thanks Kak Sa dan Norsal!...Much love from me...Muahh Muahh!

MashaAllah...Susah sungguh nak cari rumah sewa kat KL ni..Apatah lagi nak cari rumah, nak cari bilik pun susah oiii....huhu.... Search kat mudah.my, iklan di post pada 10.00 pagi, pukul 10.05 pagi dah closed dah sebab ada orang booking...aduhaii...huhu

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, saya dapat contact owner bilik untuk disewa...Bilik tu kat area Keramat AU 2.. Malam tu jugak pegi tengok bilik... Import adik dari Sentul sebagai penunjuk arah...haha.


1. BILIK UNTUK DI SEWA (Apartment Mawar Sari)


Bilik dah ok, tingkat 8 dari 18 tingkat, housemate pulak bela 6 ekor kucing (comel sangat2!!!!), tapi yang masalahnya adalah parking...Sangat-sangat susah nak cari parking...Kena parking kat luar kawasan apartment tu. Tu pun berebut..huhu

Dalam pada nak bagi keputusan untuk sewa kat situ, adik saya pulak bagitahu ada rumah untuk disewa kat area Sentul..Masa tu berbelah bagi sangat-sangat.. Sayang jugak nak lepaskan bilik ni sebab jarak dengan tempat kerja tak sejauh macam kat Sentul.. Pikir punya pikir, last-last lepaskan jugak bilik ni sebab fikirkan faktor parking...Lagi satu faktor adalah sebab rumah yang kat Sentul tu dekat dengan adik...Pendek kata berjiran lah..hehe

Owner bilik tu mintak saya bagi keputusan secepat mungkin sebab ramai sangat yang nak bilik tu..Huhuhu....Last-last, malam tu jugak decide kat tuan bilik tu cakap tak jadi nak sewa bilik tu. Lepas tu kitorang bertolak ke Sentul untuk tengok rumah..Rumah teres dua tingkat, harga sewa RM600 sebulan. Tapi disebabkan dah pukul 10 malam masa tu, takut nak ketuk pintu jiran sebelah rumah (orang yang pegang kunci rumah sebab tuan rumah tinggal jauh). So, kitorang tengok dari luar je la...

Dalam hati masing-masing (saya dan Norsal), nekad nak masuk rumah tu.. deposit RM1600...Cakap dengan adik, esok after working hours kami datang balik dan bayar deposit terus dengan tuan rumah...

Keesokan harinya......


2.  RUMAH UNTUK DI SEWA (Taman Dato' Senu, Sentul)


After working hours, kami terus menuju ke Sentul dari Setiawangsa.... Lebih kurang jam 6.45 petang baru kami sampai... Maklum lah...Jalan jam...huhu...Sampai je terus call adik. Adik pun keluar rumah dah bawa kami jumpa dengan Kak Bie (jiran rumah yang nak disewa tu). Kak Bie ni baik sangat-sangat!... Dia yang pegang kunci untuk rumah tu.


Kak Bie bawa kami masuk tengok rumah tu..Memang boleh tahan jugak la rumah tu... Tingkat bawah ruang tamu dan tandas..Tingkat atas ada 2 bilik yang besar...Cuma masalah kat situ adalah TIKUS!... Tapi memandangkan memang dah terdesak nak dapat rumah sewa, kami anggap masalah tikus tu adalah masalah kecik...Hehee~

Disaat kami bagi keputusan pada Kak Bie yang kami nak sewa rumah tu, Kak Bie cakap sebenarnya sebelum kami datang, dah ada orang datang tengok rumah ni...Mereka suami isteri.... Masa tu rasa macam "Alamak!...Melepas ke?!"....huhu.... Tapi Kak Bie cakap diorang tak bayar deposit lagi... Kalau nak, bayar deposit cepat la.. Cepat-cepat kami cakap kat Kak Bie yang kami nak bayar sekarang jugak.!... (Punya la kami eksaited nak dapat rumah tu!)

Tapi bila Kak Bie call tuan rumah tanya macam mana, rupa-rupanya mereka yang datang tengok tadi dah bank in kat tuan rumah duit deposit tu.....huhuhu...... Masa tu rasa frust yang teramat!!... Melepas sudah.....Wuwuwuwuuu

Kak Bie pujuk cakap dia akan tolong carikan rumah untuk kami.. Adik saya pun pujuk jugak.. Last-last dah tak frust dah sebab pikir, mungkin ada lagi rumah yang lebih baik daripada ni.. Mungkin rumah ni tak sesuai untuk gadis bujang macam kami dan pelbagai "Mungkin" lah yang timbul dalam kepala otak masing -masing... (Sebenarnya, ini adalah cari nak pujuk diri sendiri...hahaha)

Kami pulang dengan hati yang kuciwaa.....


>___________________<"


Boleh dikatakan setiap masa cek kat Mudah.my tengok kalau-kalau ada yang nak sewakan rumah atau bilik....

Tengok la ni...Siap buat list lagi tu...hehehehe



Yang pangkah tu tandanya dah ada orang masuk... 


Seminggu selepas "kejadian melepas @ terlepas" rumah kat Sentul tu, adik saya contact cakap ada 1 bilik yang nak disewakan kat Flat DBKL kat area Sri Rampai...


3. BILIK UNTUK DI SEWA (Flat DBKL)


Pada 17 Sept 2013, kami pergi tengok rumah ni waktu malam selepas waktu isya'..... Nak ke sana ofkos la kena follow adik saya sebab dia yang tahu jalan..hehe

Sampai je flat tu, tunggu kawan adik saya (Ustazah yang mengajar kat sekolah yang sama dengan adik) turun.. Sebab dia pun tinggal dekat flat yang sama.. Dia kat tingkat 15... Rumah yang kami nak tengok ni kat tingkat 2 ...Bila Ustazah tu sampai, terus kami naik ke tingkat 2... Adik saya tak ikut sebab dia kan lelaki...hehehe...So, ustazah tu la yang jadi peneman kami... =)

Saya  ketuk pintu dan bagi salam...Kat belakang saya, kawan saya dan ustazah... Tak lama lepas tu pintu dibuka... Terserlah lah muka tuan rumah.. Muka dia masa tu masam mencuka!... Tetiba rasa berdebar nak masuk rumah ni..huhuhu... Ingatkan dia yang bukakan kunci pintu, rupanya dia suruh penyewa sorang lagi yang bukakan pintu... Kemudian kami dijemput masuk...

Semanis mungkin kami bagi senyuman kat dua orang perempuan tersebut... Dan kemudian masing-masing memperkenalkan diri....

Ayat pertama yang dia tanya : "Ni sape yang nak menyewa ni? Apasal ramai sangat sampai 3 orang?..Kata 2 orang je?!"............Saya pun jawab : " Kami berdua je yang nak menyewa..Yang ni dia teman je".......Si tuan rumah memandang sinis pada ustazah tu..." Kenapa perlu berteman?"

Alamak...Soalan cepucemas sungguh!...huhu

Ustazah tu cakap la saje nak teman sebab dia pun tinggal kat situ jugak..Lagipun kitorang tak tahu jalan......

Dipendekkan cerita, kali pertama jumpa tuan rumah tu hati saya dah tak sedap dah...Memang la bilik yang dia offer tu ok..Tapi masalahnya sikap dia yang pelik..

Boleh pulak dia cakap penduduk flat tu suka pandang serong kat orang terutamanya dia.. Sebab tu dia taknak duduk situ....Banyak yang dia cerita..Siap cakap rumah ni mak dia punya...Tapi mak dia bagi kat dia...Dia cakap sayang nak jual rumah ni walaupun dia tak duduk sini.. Adik-beradik semuanya ada rumah kondo yang ada kolam renang..(Haaa...part ni macam riak pulak didengar!...hehe)

Dia cakap dia tak percaya pada semua orang kat flat ni sebab mentality penduduk flat suka ambil tahu kisah orang. Dari gaya dia cakap tu memang nampak la dia tak suka kat ustazah yang teman kami tu...Huhuhu.... Masa tu boleh pulak saya pikir " Kau tu salah orang nampak je.Salah kau sendiri tak nampak pulak. Mana la orang nak rapat kalau asyik pikir negatif je pasal orang"...Hahaha...Jahat sungguh fikiran nih!

Tapi tuan rumah ni memang banyak mulut..Kami yang nak sewa ni diam je. Nasib baik ada ustazah tu yang sememangnya banyak cakap jadi wakil kami bercakap..haha....Kami ok je dengan ustazah tu sebab ustazah tu memang ramah sangat-sangat. Rasa macam dah kenal lama.... Tapi si tuan rumah tu pulak tak suka kat ustazah tu...huhuhu

Lebih sejam jugak la dengar cerita tuan rumah pasal penduduk flat tu yang tak suka dia sampai kami pun dah naik bosan... Rasa nak cakap je " Tu hal akak dengan mereka..Takde kaitan pun dengan kami!"...huhu..Tapi takut nak cakap macam tu...haha

Masa nak balik tu, dia mintak kami bagi keputusan secepat mungkin sebab kalau taknak, dia nak sewa kat orang lain. Pastu kami cakap kat dia yang kami akan bagi keputusan esok.

Tapi...Tak sempat esok kami bagi keputusan, dia dah mesej dah...huhuhu...Malas la nak cerita lebih lanjut pasal akak psiko tu..Korang boleh baca mesej-mesej dia kat bawah ni...








P/S: Azian tu penyewa kat situ..Dia pun baru je sewa dalam 2-3 hari..Dia tak banyak cakap pun..Yang banyak cakap cuma tuan rumah je... >_<

So, kesudahan bagi rumah ni = KAMI TOLAK! sebab nak jaga hati semua pihak... Nak jaga nama baik ustazah tu dan malas nak pikir negatif pasal tuan rumah tu...huhuhu



...................................................................................





Kisah perjalanan mencari rumah sewa yang penuh onak duri ini akan bersambung dalam Part 2 akan datang yang mana yang lebih mencabar jiwa dan raga sehinggakan mengalirkan air mata!!.... Stay tuned!

Ceh!...Macam cerita sinetron pulak kan?!..Wohhaa



SEKIAN

October 27, 2013

Pengalaman Temu Duga SPA - ARKITEK J41

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bersua kita kembali selepas hampir 4 bulan blog ini sepi tanpa sebarang entri....Wuwuwuuuu

Ok, straight to the point...... Saya pasti ramai dikalangan pembaca blog ini majoritinya pernah menghadiri sesi temu duga daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam....betul tak?... Mungkin dah berkali- kali dah... Tapi saya.... Temu duga ini adalah kali PERTAMA yang saya dapat...hahaha....Macam jakun pulak... Ape daaa.... dapat panggilan interview pn dah kecoh!!...... Ngeeee~




Actually, surat panggilan temu duga ni adalah surat panggilan yang kedua selepas panggilan menghadiri peperiksaan PTD M41.




Exam PTD tersangatlah psiko.... wuwuwuwuuu.... Bukan ape...Psiko pada orang yang agak kurang membaca macam saya ni.... >_<

And the result is ... ofkos la GAGAL!

Hihihihiiii



Ok.... Kembali pada pengalaman temu duga bagi jawatan ARKITEK J41 ni... 

On Sept 19, I've got this email from SPA...


Masa dapat email ni rasa macam terkejut jugak...Yela.. Tak percaya... I just have Part 1 Degree in Architecture... To fulfill this position of course I must have Part 2 Degree in Architecture ( Means kena sambung lagi 2 tahun dalam bidang senibina..Macam sambung Master jugak la.. Tapi tak dipanggil Master sebaliknya dipanggil Part 2...hehe)... Masalahnya saya ada Master dalam Pendidikan dan bukannya  Part 2!!

Tapi memandangkan dah dipanggil, so pergi je la walaupun peluang nak dapat tu tipis senipis kulit bawang...hehehehe

Interview on 22 October 2013 jam 10.00 pagi di Kota Bharu, Kelantan...... Padahal boleh je tukar tempat interview memandangkan sekarang saya tinggal kat KL..Tapi saje je malas nak tukar sebab kalau interview kat Kelantan, at least boleh jumpa Ma dan Abah sebelum pergi interview...hihihi...Mohon restu lah katakan.... Of course I must do it coz they are my parents!... =)

21 October 2013, Jam 8.30 malam, saya naik flight balik Kelate.... (Sebenarnya dah beli tiket bas balik 18 October tu..... Tapi disebabkan masalah tertentu, terpaksa mem "burn" kan tiket tuh!...huhuhu...Melayang duit beli tiket flight!)

Sampai Kelantan, terpaksa pulak meminjam kereta untuk pergerakan ke tempat temu duga.... Nak buat macam mana, kereta saya kat KL... Abah, abang dan kakak pulak kerja... Memang tak boleh nak mintak tolong diorang hantarkan laa... Saya pulak hanya reti drive kereta yang kecik-kecik comel macam Kancil dan Viva je...hihihi

Dipendekkan cerita, memandulah saya menaiki WGM ke tempat temu duga... Nasib baik tuan punya WGM baik hati...kikikiki... TQ so muchhhhh!!

Dan... Bermulalah kisah di Pusat Temu Duga SPA Kota Bharu.....

Saya sampai kat bangunan tu tepat jam 10.00 pagi... Sampai-sampai je terus pegi kaunter register (follow orang je nih!...Maklumlah kali pertama nak interview...hihi)

Sampai di meja kaunter, ada 2 orang pegawai yang bertugas... Seorang perempuan dan sorang lelaki... 



(AWAS!.. Perbualan ini dalam loghat Kelantan.... Hanya Kelantanese kot yang faham...heheee)

Saya: Assalamualaikum puan...Saya nak daftar
Makcik Pegawai: Yaa.... Jawate gapo tuh?
Saya: Jawate Arkitek..Puan
Makcik Pegawai : Nah...Tengok list nih!..Cari namo awok..Pahtu bilo jumpa, tunjuk ko saya.

Saya pun carilah nama saya kat list nama yang dia bagi tuh.... Masa tu ada 2-3 orang kat sebelah saya yang nak register jugak...

Saya: Maaf...Takdop laa namo sayo....
Makcik Pegawai: Haish!...Mano buleh takdok... Cari molek gaakkk.!!... Namo sendiri pun tak reti nok eja ke??!

Gulp!... Tersentap mak!... Amboi makcik...Kasar bahasa nampak... Dah la orang tengah nervous nk interview, makcik ni boleh pulak buat haku naik hangin!...huhuhu...Sabar... sabar...

Saya pun cari lagi sekali.... Satu persatu saya go through name list tuh... But!.. Memang takde nama TENGKU NORAISYAH BINTI TENGKU ZAHARI dalam senarai tuh!

Saya: Maaf puan, memang takdop namo sayo dalam list nih!
Makcik Pegawai: Ish ish ish budok nih!.... Tokkea la takdok... Hoo doh kalu takdok gak, takdok la... Meme namo awok takdok dale interview ari ni! ...... (Katanya sambil ambik list tuh dari tangan saya)

Arghhhh!!...Geramnya hati ni... Ape ni... Kalau takde nama saya, mustahil saya dapat surat panggilan temu duga....huhuhu... Sambil tengah menahan sabar dalam hati, saya tengok name list lain atas meja dia... Dan ternampak lah nama saya dalam salah satu kertas kat atas meja tuh!... Alhamdulillah...

Saya: Puan... Tu namo saya... (Sambil tunjuk kat kertas atas meja dia)
Makcik Pegawai: Mano mano??......Ho...Kertas nih?!.. (Sambil ambil kertas yang saya tunjuk)
Saya: H0o... Ni la namo saya... (Sambil tunjuk nama saya kat kertas tuh)
Makcik Pegawai: Ok... Untuk jawate gapo doh sakni?
Saya : Arkitek
Makcik Pegawai: Hooo...Patutlaa...Saloh bagi kertas sakni...

Dalam hati mengucap panjang je la mampu sambil tersenyum tawar.... Alahai makcik...Makcik tahu tak?? Makcik dah buatkan saya kehilangan mood untuk datang interview hari ni......huhuhuhu.....

Ok...Setakat itu sahaja cerita saya tentang makcik itu.... Panjang lagi kisahnya tapi saya malas nak cerita...Buat sakit hati je....wuwuwuwuuuu

Pada hari tersebut, 22 October 2013, ada lebih kurang 4 jawatan yang di temu duga.... Yang saya ingat cuma Arkitek J41, Pegawai Sains Kaji Serangga dan Pegawai Pemeriksa Kilang dan Jentera... Semuanya Gred 41...

Bagi jawatan Arkitek, ada 2 buah bilik temu duga . Satu kat Aras 1 dan satu lagi kat Aras 2.. Saya dapat panel penemu duga kat Aras 1.... Agak berdebar jugak laa masa tunggu turn. Rasa macam tunggu turn nak kena hukuman pulak rasanya...haha... Mana tak berdebarnya kalau prepare pun ala kadar je...haha

 Nombor giliran saya...... 3010 means Bilik Temu Duga 3, calon ke 10...

Dalam pada menunggu giliran tu, sempat jugak la berbual dengan calon-calon yang lain... Kebanyakannya hanya ada Part 1 macam saya... Sorang je yang saya jumpa ada Part 2.... 

Tunggu sejam lebih jugak la baru di panggil masuk...Dalam pada menunggu tu, sempat jugak la study pasal JKR... Baca je...Tapi satu pun  tak lekat kat kepala...hahaha


Bilik Temu Duga yang saya akan masuk adalah bilik yang hujung tuh

Bila tiba nombor giliran dipanggil, terus berdebar rasa macam nak tercabut jantung ni...hahaha...

Sebelum masuk, ofkos la kena ketuk pintu dulu..... Etika tuh!...Hehe... Tok Tok Tok....Bila panel panggil masuk baru buka pintu okeh!... Sambil buka pintu sambil bagi salam...

Masuk je terus bagi dokumen... Sijil, portfolio dan sebagainya lah...

Ada 2 orang panel... Sorang lelaki Melayu (rasanya wakil JKR)...Sorang perempuan Cina (yang ni Pengerusi Temu Duga)

Baru je duduk, terus panel tu tanya... "Awak ada Part 2 tak?"
Haa....Soalan yang saya memang dah jangka dari awal lagi.... Tak sempat nak introduce diri lagi dia dah tanya dah....hahaha

Saya: Maaf...Saya takde Part 2.. Saya cuma ada Part 1 je
Panel: Ala... Sayangnya.... Kenapa you tak ambil Part 2?
Saya: Tak lepas temuduga untuk ke Part 2, Puan....hehehe

 (Padahal tak pernah pergi temuduga untuk ambil Part 2 pun sebab memang niat saya sebelum habis degree lagi saya nak ambik Master Pendidikan....Ngeeee~)

Panel : You dari U mana?
Saya : Saya dari USM, Puan
Panel : Haiiyaaa.... Susah sangat ke temuduga untuk sambung Part 2?.. Tak patut la Universiti buat syarat ketat-ketat macam tu.. Kesian student yang nak sambung belajar.. You tak cuba Universiti lain?

Tak sempat saya nak jawab, panel lelaki tu cakap dekat panel perempuan tu... Lain Universiti, lain syarat kemasukannya... Kalau nak sambung Part 2, better ambil kat Universiti yang sama...

Panel: You tahu kan jawatan ni memerlukan calon yang ada Part 2?
Saya: Ya..Saya tahu sebab kawan-kawan saya cakap jawatan Arkitek di JKR memang nak calon yang ada Part 2.
Panel: Habis tu kenapa you datang interview ni?

Alamak!...Nak jawab ape?!... Dah memang orang SPA panggil temuduga, mana la saya tahu calon Part 1 tak layak untuk jawatan ni.....huhuhu... (Ayat ni hanya terluah dalam perut je... >_<)

Saya: Saya memang tahu saya peluang saya tipis untuk dapat jawatan ni..Tapi saya datang juga untuk cuba nasib dan ambil pengalaman dari temu duga ni...hehehe

Kedua-dua panel diam sambil belek sijil akademik, resume dan portfolio saya....

Panel : You kerja kat mana sekarang?
Saya: Saya kerja kat KL, Puan... Mengajar di Kolej swasta
Panel: Oo... You ajar bidang ape?
Saya: Saya ajar bidang Architecture... Diploma in Architecture
Panel: Kenapa you tak pergi interview di KL saje?.. Lebih dekat sebab you dah ada kat sana.
Saya: Saya ada hal pada tarikh temu duga di KL..Sebab tu saya tak tukar tempat temu duga... (Padahal sengaja tak nak tukar...hehehe)

- Perbulan dipendekkan sebab lebih berkisarkan hal peribadi....Takkan nak tulis kat sini pulak..hehehe -

Panel: So...You memang minat ke nak jadi Arkitek ni? Kerja JKR ni susah.. Banyak projek-projek besar yang you kena handle... If ada masalah yang timbul, you yang kena jawab..
Saya: Actually saya lebih minat mengajar.. That's why saya ambil master pendidikan..Tapi, saya memang suka Architecture..Kalau diberi peluang untuk jadi Arkitek, saya akan buat yang terbaik semampu saya.... (Jujur.....)
Panel : Tapi kami nak yang ada Part 2... Sayang kalau you tak sambung Part 2...Based on your portfolio, you ada effort nak dapat jawatan ni.. Apakata you sambung Part 2, then another few years you mintak lagi jawatan ni....

Fuhh.... Dah terang lagi nyata saya dah GAGAL dalam temuduga ini tanpa perlu tunggu keputusan temu duga keluar bulan 11 nanti....hehehe

Saya: InsyaAllah... I'll try my best. Terima Kasih Puan... Encik...

Then, saya terus melangkah keluar dengan perasaan lega....

Walaupun saya tahu saya takde peluang langsung untuk dapat jawatan ni tapi at least saya dapat pengalaman ditemu duga oleh pegawai SPA....Hehehe

Ketentuan ALLAH.... Apapun pekerjaan itu, dimana pun pekerjaan itu, jika sudah tercatat memang untuk kita, satu hari nanti kita akan dapat jua....

Yang penting DOA + USAHA + TAWAKAL..

Sekian....

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI