October 31, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - Part 1

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Tajuk tak leh blah langsung!...hehehe
Jom!..... Mari membaca entri yang agak panjang ini....Harap tak ada yang jemu....

...............................................................................................................................

Actually saya baru je memulakan perjalanan hidup di ibu kota ni pada 10 September 2013. Ketika entri ini ditulis iaitu pada 10/10/2013, maka genaplah SEBULAN saya mencari rezeki disini...Tapi dalam tempoh sebulan ni macam-macam dugaan yang telah saya tempuhi....huhuhu

Dugaan pertama bermula seminggu selepas saya lapor diri.....

Dugaan itu ialah dugaan mencari rumah sewa...hehehe... (Macam la dugaan ni besar sangat kan?!)

Pada malam sebelum lapor diri, saya menumpang di rumah kawan di Bandar Tasik Selatan. Dan malam kedua dan seterusnya, menumpang pulak kat rumah kawan di Keramat AU 1. Keje menumpang ke haku neh...hehe..Nasib baik ada kawan...Kalau tak, merempat kat masjid la jawabnya..Takkan nak duk hotel tiap-tiap malam..Kalau jadi anak raja takpe gak..hehe.....

Thanks Kak Sa dan Norsal!...Much love from me...Muahh Muahh!

MashaAllah...Susah sungguh nak cari rumah sewa kat KL ni..Apatah lagi nak cari rumah, nak cari bilik pun susah oiii....huhu.... Search kat mudah.my, iklan di post pada 10.00 pagi, pukul 10.05 pagi dah closed dah sebab ada orang booking...aduhaii...huhu

Nak dijadikan cerita, pada suatu hari, saya dapat contact owner bilik untuk disewa...Bilik tu kat area Keramat AU 2.. Malam tu jugak pegi tengok bilik... Import adik dari Sentul sebagai penunjuk arah...haha.


1. BILIK UNTUK DI SEWA (Apartment Mawar Sari)


Bilik dah ok, tingkat 8 dari 18 tingkat, housemate pulak bela 6 ekor kucing (comel sangat2!!!!), tapi yang masalahnya adalah parking...Sangat-sangat susah nak cari parking...Kena parking kat luar kawasan apartment tu. Tu pun berebut..huhu

Dalam pada nak bagi keputusan untuk sewa kat situ, adik saya pulak bagitahu ada rumah untuk disewa kat area Sentul..Masa tu berbelah bagi sangat-sangat.. Sayang jugak nak lepaskan bilik ni sebab jarak dengan tempat kerja tak sejauh macam kat Sentul.. Pikir punya pikir, last-last lepaskan jugak bilik ni sebab fikirkan faktor parking...Lagi satu faktor adalah sebab rumah yang kat Sentul tu dekat dengan adik...Pendek kata berjiran lah..hehe

Owner bilik tu mintak saya bagi keputusan secepat mungkin sebab ramai sangat yang nak bilik tu..Huhuhu....Last-last, malam tu jugak decide kat tuan bilik tu cakap tak jadi nak sewa bilik tu. Lepas tu kitorang bertolak ke Sentul untuk tengok rumah..Rumah teres dua tingkat, harga sewa RM600 sebulan. Tapi disebabkan dah pukul 10 malam masa tu, takut nak ketuk pintu jiran sebelah rumah (orang yang pegang kunci rumah sebab tuan rumah tinggal jauh). So, kitorang tengok dari luar je la...

Dalam hati masing-masing (saya dan Norsal), nekad nak masuk rumah tu.. deposit RM1600...Cakap dengan adik, esok after working hours kami datang balik dan bayar deposit terus dengan tuan rumah...

Keesokan harinya......


2.  RUMAH UNTUK DI SEWA (Taman Dato' Senu, Sentul)


After working hours, kami terus menuju ke Sentul dari Setiawangsa.... Lebih kurang jam 6.45 petang baru kami sampai... Maklum lah...Jalan jam...huhu...Sampai je terus call adik. Adik pun keluar rumah dah bawa kami jumpa dengan Kak Bie (jiran rumah yang nak disewa tu). Kak Bie ni baik sangat-sangat!... Dia yang pegang kunci untuk rumah tu.


Kak Bie bawa kami masuk tengok rumah tu..Memang boleh tahan jugak la rumah tu... Tingkat bawah ruang tamu dan tandas..Tingkat atas ada 2 bilik yang besar...Cuma masalah kat situ adalah TIKUS!... Tapi memandangkan memang dah terdesak nak dapat rumah sewa, kami anggap masalah tikus tu adalah masalah kecik...Hehee~

Disaat kami bagi keputusan pada Kak Bie yang kami nak sewa rumah tu, Kak Bie cakap sebenarnya sebelum kami datang, dah ada orang datang tengok rumah ni...Mereka suami isteri.... Masa tu rasa macam "Alamak!...Melepas ke?!"....huhu.... Tapi Kak Bie cakap diorang tak bayar deposit lagi... Kalau nak, bayar deposit cepat la.. Cepat-cepat kami cakap kat Kak Bie yang kami nak bayar sekarang jugak.!... (Punya la kami eksaited nak dapat rumah tu!)

Tapi bila Kak Bie call tuan rumah tanya macam mana, rupa-rupanya mereka yang datang tengok tadi dah bank in kat tuan rumah duit deposit tu.....huhuhu...... Masa tu rasa frust yang teramat!!... Melepas sudah.....Wuwuwuwuuu

Kak Bie pujuk cakap dia akan tolong carikan rumah untuk kami.. Adik saya pun pujuk jugak.. Last-last dah tak frust dah sebab pikir, mungkin ada lagi rumah yang lebih baik daripada ni.. Mungkin rumah ni tak sesuai untuk gadis bujang macam kami dan pelbagai "Mungkin" lah yang timbul dalam kepala otak masing -masing... (Sebenarnya, ini adalah cari nak pujuk diri sendiri...hahaha)

Kami pulang dengan hati yang kuciwaa.....


>___________________<"


Boleh dikatakan setiap masa cek kat Mudah.my tengok kalau-kalau ada yang nak sewakan rumah atau bilik....

Tengok la ni...Siap buat list lagi tu...hehehehe



Yang pangkah tu tandanya dah ada orang masuk... 


Seminggu selepas "kejadian melepas @ terlepas" rumah kat Sentul tu, adik saya contact cakap ada 1 bilik yang nak disewakan kat Flat DBKL kat area Sri Rampai...


3. BILIK UNTUK DI SEWA (Flat DBKL)


Pada 17 Sept 2013, kami pergi tengok rumah ni waktu malam selepas waktu isya'..... Nak ke sana ofkos la kena follow adik saya sebab dia yang tahu jalan..hehe

Sampai je flat tu, tunggu kawan adik saya (Ustazah yang mengajar kat sekolah yang sama dengan adik) turun.. Sebab dia pun tinggal dekat flat yang sama.. Dia kat tingkat 15... Rumah yang kami nak tengok ni kat tingkat 2 ...Bila Ustazah tu sampai, terus kami naik ke tingkat 2... Adik saya tak ikut sebab dia kan lelaki...hehehe...So, ustazah tu la yang jadi peneman kami... =)

Saya  ketuk pintu dan bagi salam...Kat belakang saya, kawan saya dan ustazah... Tak lama lepas tu pintu dibuka... Terserlah lah muka tuan rumah.. Muka dia masa tu masam mencuka!... Tetiba rasa berdebar nak masuk rumah ni..huhuhu... Ingatkan dia yang bukakan kunci pintu, rupanya dia suruh penyewa sorang lagi yang bukakan pintu... Kemudian kami dijemput masuk...

Semanis mungkin kami bagi senyuman kat dua orang perempuan tersebut... Dan kemudian masing-masing memperkenalkan diri....

Ayat pertama yang dia tanya : "Ni sape yang nak menyewa ni? Apasal ramai sangat sampai 3 orang?..Kata 2 orang je?!"............Saya pun jawab : " Kami berdua je yang nak menyewa..Yang ni dia teman je".......Si tuan rumah memandang sinis pada ustazah tu..." Kenapa perlu berteman?"

Alamak...Soalan cepucemas sungguh!...huhu

Ustazah tu cakap la saje nak teman sebab dia pun tinggal kat situ jugak..Lagipun kitorang tak tahu jalan......

Dipendekkan cerita, kali pertama jumpa tuan rumah tu hati saya dah tak sedap dah...Memang la bilik yang dia offer tu ok..Tapi masalahnya sikap dia yang pelik..

Boleh pulak dia cakap penduduk flat tu suka pandang serong kat orang terutamanya dia.. Sebab tu dia taknak duduk situ....Banyak yang dia cerita..Siap cakap rumah ni mak dia punya...Tapi mak dia bagi kat dia...Dia cakap sayang nak jual rumah ni walaupun dia tak duduk sini.. Adik-beradik semuanya ada rumah kondo yang ada kolam renang..(Haaa...part ni macam riak pulak didengar!...hehe)

Dia cakap dia tak percaya pada semua orang kat flat ni sebab mentality penduduk flat suka ambil tahu kisah orang. Dari gaya dia cakap tu memang nampak la dia tak suka kat ustazah yang teman kami tu...Huhuhu.... Masa tu boleh pulak saya pikir " Kau tu salah orang nampak je.Salah kau sendiri tak nampak pulak. Mana la orang nak rapat kalau asyik pikir negatif je pasal orang"...Hahaha...Jahat sungguh fikiran nih!

Tapi tuan rumah ni memang banyak mulut..Kami yang nak sewa ni diam je. Nasib baik ada ustazah tu yang sememangnya banyak cakap jadi wakil kami bercakap..haha....Kami ok je dengan ustazah tu sebab ustazah tu memang ramah sangat-sangat. Rasa macam dah kenal lama.... Tapi si tuan rumah tu pulak tak suka kat ustazah tu...huhuhu

Lebih sejam jugak la dengar cerita tuan rumah pasal penduduk flat tu yang tak suka dia sampai kami pun dah naik bosan... Rasa nak cakap je " Tu hal akak dengan mereka..Takde kaitan pun dengan kami!"...huhu..Tapi takut nak cakap macam tu...haha

Masa nak balik tu, dia mintak kami bagi keputusan secepat mungkin sebab kalau taknak, dia nak sewa kat orang lain. Pastu kami cakap kat dia yang kami akan bagi keputusan esok.

Tapi...Tak sempat esok kami bagi keputusan, dia dah mesej dah...huhuhu...Malas la nak cerita lebih lanjut pasal akak psiko tu..Korang boleh baca mesej-mesej dia kat bawah ni...








P/S: Azian tu penyewa kat situ..Dia pun baru je sewa dalam 2-3 hari..Dia tak banyak cakap pun..Yang banyak cakap cuma tuan rumah je... >_<

So, kesudahan bagi rumah ni = KAMI TOLAK! sebab nak jaga hati semua pihak... Nak jaga nama baik ustazah tu dan malas nak pikir negatif pasal tuan rumah tu...huhuhu



...................................................................................





Kisah perjalanan mencari rumah sewa yang penuh onak duri ini akan bersambung dalam Part 2 akan datang yang mana yang lebih mencabar jiwa dan raga sehinggakan mengalirkan air mata!!.... Stay tuned!

Ceh!...Macam cerita sinetron pulak kan?!..Wohhaa



SEKIAN

7 comments:

  1. lepas ni update blog sokmo la...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. X dey jgk nk update sokmo...byk kijo...haha

      Delete
  2. cantik la blog chah.. baru nk jinak2 menulis balik.. huhu.. blh ajar??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...takde la cantik sangat pun..biasa-biasa je...boleh je..nk blajar menulis ke nk blaja design blog?..haha

      Delete
  3. Salam, saya tgh cari rmh sewa. Asal kelantan, dpt keje kat kl. Ada masa, blh x awk whatsapp sy. Sy tak tau dh nak cari kt mana ni huhu. 0179004504. Thanks ya.

    ReplyDelete
  4. Sis ada lg tak contact number owner yg rumah teres dua tingkat tu. (rm600)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak sorry sis. dah takde dah sbb dah delete sbb tukar telefon

      Delete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI