February 10, 2015

RESEPI: Kek Minyak Kukus Gebu Gebas

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Hari ni saya nak share resepi Kek Minyak atau Oil Cake.... Nama kek tak international langsung!..Haha... Tak tahu la kenapa pencipta resepi kek ni letak nama tu..Nak kata sebab letak minyak banyak, tak jugak sebab nak buat kek pisang pun letak banyak minyak. Sebab tu kalau kita beli kek pisang yang dah siap packing kat Giant ke kat Tesco ke atau kat mana-mana, bila potong dan picit-picit kek tu, confirm berminyak tangan... Tak caya??.... Haaaa....Cepat pegi beli kek pisang sekarang dan test sendiri!...haha

Ok, tanpa membuang masa, mari kita tengok resepi kek minyak yang amat gebu gebas ni...



KEK MINYAK KUKUS GEBU GEBAS

Bahan-bahan

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor 
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 cawan susu pekat
1 sudu besar ovallete / sponge cake stabilizer
1 cawan minyak jagung (minyak masak pun boleh)
1 sudu kecil esen vanilla
sedikit perisa (pisang/strawberri/coklat)- optional.tak letak pun takpe
sedikit pewarna 

Cara-cara penyediaan

1. Ayak tepung + baking powder
2. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper (tak alas pun takpe).
3. Pukul telur bersama gula + ovallete hingga kembang
4. Masukkan susu pekat + esen vanilla. Pukul sekejap
5. Masukkan minyak + perisa. Pukul sekadar sahaja
7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Pukul guna senduk sahaja
8. Bahagi adunan ikut warna yang disukai
9. Masukkan dalam loyang. Kukus selama 30-40 minit/ sehingga masak.



Saya guna 3 pewarna - Biru, Ungu, Hijau.. Lagi 1 tak warnakan (warna asal adunan)

Sebelum kukus. Buat corak sikit

Selepas kukus selama 40 minit. Lupa nak ambik gambar sebelum potong. Excited nak makan punya pasal.Hahaha


Kek ni sangat sedap dimakan sewaktu kek ni masih suam. Ummppphhhh!...Rasa melting je dalam mulut. Lepas makan sepotong, rasa nak makan sepotong lagi..Tambah-tambah kalau makan ramai-ramai, confirm cepat habis sebijik kek ni.hehe


Pada saya, kek ni mudah sangat-sangat nak buat. Sekali sekala nak pikat suami tu, apa salahnya buat kek sendiri. Takkan asyik nak beli kek kat kedai jer...haha.... So, pada sesiapa yang newbie lagi dalam pembuatan kek, boleh la bermula dengan kek ni. Tak perlu nak masuk baking class pun. Buat sekali pasti rasa nak buat berkali-kali!..Hihi

SELAMAT MENCUBA!



4 comments:

  1. kek minyak ni memang sedap kan.. sy juga dh cuba buat n sangat sedap dan moist teksturnya..

    ReplyDelete
  2. Assalam nk tnye klau x bbuh ovalete,x pew kew???kek mnjadi gk knnn???

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI