June 30, 2012

Tahniah Irma Hasmie bersama Putera Kayangannya





PUTRAJAYA: Pertemuan singkat di Tanah Suci ketika mengerjakan umrah pada 14 Februari lalu adalah petanda jodoh antara pengacara dan pelakon jelita, Irma Hasmie Ibrahim, 30, bersama jejaka pilihan hatinya yang juga ahli perniagaan, Redza Syah Azmeer Datuk Mohd Radzuan, 31.


Pasangan merpati dua sejoli itu sah bergelar suami isteri selepas selamat dinikahkan bapa Irma, Ibrahim Othman di hadapan Penolong Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk, Putrajaya, Ustaz Mohd Redha Ahmad di dewan persidangan Perbadanan Putrajaya tepat jam 4.55 petang di sini, semalam.




Tampan dan cantik menggayakan busana berwarna putih, dengan sekali lafaz Irma menjadi milik Redza. Pada majlis pernikahan yang berlangsung serba meriah itu, Redza turut membawa 11 dulang hantaran dan dibalas 13 dulang daripada pengantin perempuan.


Ketika ditemui selepas majlis selesai, Irma berkata dia dan Redza ditakdirkan bercinta selepas mereka disatukan sebagai suami dan isteri. Katanya, dia tidak pernah menyangka jodohnya sepantas ini. Apatah lagi, pertemuan dia dan Redza pula berlaku di tempat baik dan ketika mengerjakan umrah.




“Perasaan saya sekarang sangat gembira kerana ditentukan Allah bertemu jodoh dengan Redza. Saya akui sangat teruja melalui percintaan selepas kahwin.




“Redza berjaya menawan hati saya dengan sikapnya yang penyayang, bertanggungjawab dan amat disenangi. Saya berasa sangat selesa sepanjang berada di sisinya kerana dia seorang yang tenang,” katanya.


Menurut Irma, kini jadual hidupnya sudah berubah dan dia akan berusaha menjadi isteri yang baik buat Redza. Malah, katanya, biarpun suami masih memberi kebebasan padanya untuk terus bekerja, tetapi keluarga adalah perkara utama. Sementara itu, Redza berkata, dia memang sudah mengenali Irma sebagai seorang artis. Namun, pertemuan di Tanah Suci itu sudah cukup membuat hatinya terbuka untuk menjadikan Irma sebagai teman hidup. Katanya, Irma seorang wanita yang baik, bertanggungjawab dan penyayang.




“Malah, saya juga tertawan dengan Irma kerana sikapnya yang menghormati orang tua. Hubungan dia dengan keluarga juga sangat rapat dan membuatkan saya yakin untuk memperisterikannya.


“Saya percaya dia mampu menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, saya takkan menghalang Irma daripada meneruskan karier seni diceburinya. Saya akan sentiasa memberikan sokongan kepadanya,” katanya.




Di majlis bersejarah itu, Irma turut menerima cincin perkahwinan, wang hantaran sebanyak RM33,333,33 serta mas kahwin RM2,200. Majlis resepsi akan dilangsungkan esok di dewan Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS).






SUMBER: Harian Metro




Gambar sekitar Majlis akad nikah



















Tahniah Irma....Rasa macam cerita dalam novel lak kisah percintaan diorang berdua ni...>_<

Apepun, semoga bahagia hingga ke syurga...amin



SEKIAN

June 29, 2012

Mak Arwah YasminJHunwick Bagi Komen Kat Blog!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Dah lama rasanya tangan ini tidak menaip..blog pun makin lama makin sepi..
Ape nak buat....BUSY!

Memandangkan ada masa terluang ni, bleh la update kejap


Hmmmm.....Ingat tak saya pernah buat entry pasal arwah Yasmin J yang meninggal bersama 2 orang kawannya?

Kat entry ni-------> KLIK SINI


Tak sangka MAK dia reply ucap terima kasih sebab entry yang saya tulis tentang arwah anak dia!

(klik untuk tumbesaran)


Terkezut jugak den masa tengok nama si pengomen sebelum baca komennya....Ye la...Takkan orang yang dah meninggal bleh bagi komen?!..hiihihi.Tapi bila tengok mak dia yang reply guna blog anak dia, rasa terharu pulak.....>_<

Lepas tu saya buka blog arwah yasmin...Sekali lagi TERKEZUTTT!...Eh, camne ada entry terbaru yang bertarikh 27th June 2012 ni?!!...Arwah kan dah takde?!


Baca punya baca...rupanya mak dia published semua entry yang terdapat dalam draft yang tak sempat arwah anaknya published...feuuww!!...Saya dah mula pikir bukan2 dah tadi...haha...Maaf Aunty!..>_<


Ini adalah entry dari ibu bapa arwah Yasmin kat dalam blog anaknya...


(klik untuk tumbesaran)



Apepun,buat Aunty Saz....Kami semua doakan semoga arwah di tempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman...AMIN





SEKIAN

June 17, 2012

Antara Cinta dan Benci

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



''Aku Mencintai Orang Yang Soleh, Walaupun Aku Bukan Daripada Kalangan Mereka, Aku Membenci Orang Yang Melakukan Maksiat, Sekalipun Aku Pernah Melakukannya.''

(Imam As Syafie)






Salam Hujung Minggu...=)




SEKIAN

June 10, 2012

Ujian Psikologi:Cara Mengenali Perangai Kawan


 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Ini formula saintifik untuk mengenali perangai kawan-kawan kita. Ia berbentuk soalan psikologi dan boleh diambil kira sebagai panduan. Cara ini merupakan cara orang tua-tua dahulu dalam membaca/mengenali perangai seseorang. Sila jawab dengan ikhlas.

Tapi sebelum test kat kawan-kawan...Mari kita test diri sendiri dulu ya!..=)

 ......................................................................................................

Anda diminta untuk menanam sebatang POKOK KELAPA. Ada 4 tempat berasingan yang perlu anda pilih untuk menanamnya. 


Tempat-tempatnya ialah :
1. Di Tepi Sungai
2. Di Halaman Rumah
3. Di Tepi/Tengah Padang
4. Di Belakang Rumah / Tepi Dapur


Kalau andalah, anda akan tanam di lokasi mana? Fikir dengan tenang dan jawablah dengan jujur.






............................................................................................................

Haa....pikir jangan tak pikir jawapannya..





Dah dapat jawapan dah?











Nak tahu maksud jawapan anda?!!

















































Sabar....



















































Ini dia maksudnya.........






































Jawapan No. 1. : Di Tepi Sungai



Orang yang pilih kelapa tepi sungai ialah jenis orang yang BOROS. Dia amat sukar untuk berjimat. Ada saja duit, dia akan berbelanja, berbelanja dan terus berbelanja. Orang jenis ini juga boleh dikategorikan sebagai orang yang PEMURAH. Dan kadang-kadang dia seorang yang PEMBAZIR.




Jawapan No. 2. : Di Halaman Rumah



Dia seorang yang SANGAT SUKA DIPUJI. Orang jenis ini pantang dipuji, apabila kena puji sikit, dia akan jadi sangat baik dan sangat pemurah. Apabila ada orang bodek, maka dia akan begitu mudah terkesan dengan bodekan itu. Selalunya, setiap pujian yang dia terima, maka dia tanpa ragu-ragu akan membalasnya dengan kebaikan.




Jawapan No. 3. : Di Tepi/Tengah Padang



Orang jenis ini berkemungkinan besar adalah seorang yang SANGAT BERKIRA. Senang kata, orang jenis ini mungkin seorang yang KEDEKUT. Dia sangat sukar untuk belanja kawan-kawannya atau orang lain. Apabila melibatkan hal yang berkaitan dengan duit, dia menjadi seorang yang sangat teliti dan sangat berkira-kira.




Jawapan No. 4. : Di Belakang Rumah / Tepi Dapur


Orang jenis ini adalah seorang PENJIMAT dan BIJAK MENGURUSKAN KEWANGAN. Dia selalunya mempunyai perancangan dan berpandangan jauh. Sentiasa mengambil kira soal masa depan dan untung rugi. Orang jenis ini adalah yang paling sederhana. Dia tidak kedekut, tidak boros dan tidak pula mudah termakan pujian/bodekan orang. Dia sentiasa rasional dalam tindakannya.




Camane?...Dah tahu dah apa maksud setiap jawapan anda? Dah tahu dah anda orang yang bagaimana?..hihi...So, pasni boleh la amik soalan ni, cuba tanya kat kawan-kawan anda..Tengok mereka jenis orang yang bagaimana...=)

Semoga berjaya!



SUMBER: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama


SEKIAN

June 07, 2012

Tanda-Tanda Sebelum Pemergian Yasmin J Huncwick

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Semenjak 2 menjak ni, laman sosial dan media di gemparkan dengan berita kematian 3 orang remaja perempuan secara serentak selepas motosikal yang dinaiki di rempuh oleh sebuah Van ketika mereka cuba membuat pusingan U..Kejadian berlaku di Langkawi.

Namun, di antara ketiga-tiga mangsa tersebut, salah seorang daripadanya amat menarik perhatian media massa...Kenapa?!

Sebabnya sebelum kematian, arwah ada menunjukkan tanda-tanda awal bahawa maut bakal menjemputnya...

MasyaAllah...

Hanya ENGKAU Yang Maha Mengetahui segala yang berlaku di muka bumi ini, Ya ALLAH

Sebelum entri ni, saya dah ada buat entri berkaitan arwah....KLIK SINI



Apa perasaan anda bila baca kes arwah ini?!

Simpati? Takut? Kesian? Tak rasa pape?



Kadang-kadang saya terfikir, adakah sebelum sampai saat Malaikat Maut menjemput nanti, saya akan turut mengalami perkara yang sama yang dialami oleh arwah Yasmin?...Perasaan takut, risau, sedih dah bercampur aduk...Ya ALLAH..Rasanya masih tak cukup lagi amal ibadah yang ku lakukan untuk menuju ke Syurga Mu, Ya ALLAH....Sempatkah?!....Huhu


Saya ada terbaca satu bait ayat yang di tulis oleh Arwan Yasmin di dalam BLOG NYA


Entri tersebut ditulis pada 6 April 2012...Bermakna lebih kurang 2 bulan sebelum tarikh kematiannya...

Bait-bait ayat yang ditulisnya itu turut menjadi satu petanda sebelum kematiannya..Dan, tengok-tengok, memang betul dia accident!

MasyaAllah...Hanya kepadaMU kami berlindung...


Oleh itu, berhati-hatilah ketika berkata-kata kerana KATA-KATA itu ADALAH SATU DOA!



Apepun...Takziah kepada keluarga TIGA mangsa kemalangan tersebut...Semoga mereka ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman...AMIN.



SEKIAN

June 05, 2012

Al-Fatihah Buat Yasmin dan Kawan-kawannya

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Saya tak tahu kenapa saya boleh buat entry pasal gadis yang saya tak kenal ini..Tapi kisahnya sebelum meninggal kerana dilanggar sebuah van membuatkan saya tertarik untuk turut berkongsi...

Siapa Yasmin J Hunwick ni??!

Arwah adalah seorang yang aktif berblog dan bertwitter...



Comel kan orangnya...Tapi comel camne pun, kalau dah ajal nak buat camne...Sape la kita nak lawan takdir Allah...

Sebelum kemalangan itu, arwah ada upload satu gambar sebuah buku di instagramnya...



Arwah macam tahu2 je yang ajal dia dah dekat...Sampaikan dia tak boleh tido malam bila baca buku ni...


Bila baca semua ni, rasa menggigil je badan...MasyaAllah, sekurang-kurangnya dia diberi hidayah untuk mengenal Allah dan Neraka Allah walaupun melalui pembacaan sebelum arwah maut...Kita macam mana nanti?!!....Ya Allah, matikanlah aku dalam Husnul Khatimah...

Ini adalah sedikit biodata arwah:

Biodata Yasmin Johan Eusoff
Nama Sebenar : Yasmin Johan Eusoffe
Nama Famous Samaran : Yasmin J Hunwick
Tarikh Lahir : 22.2.1995
Asal : Georgetown, Penang
Menetap : Langkawi, Kedah
Status : Yang pasti aku tak kahwin lagi.
Seorang yang : periang , tidak suka perkara remeh temeh , suka berkawan , agak kasar , open-minded , pendiam pada mulanya berkawan tapi akan menggila kemudian , pemain piano , catur , arimathical ,cheerleader.
Tinggi : 164 cm
Berat : 43.2kg
Ciri ciri Fizikal : sangat kurus , berdarah kacukan melayu-inggeris , berjerawat pasir -..-

Facebook : Yasmin J Hunwick / Yasmin J Hunwick II

Kalau nak tahu lebih lanjut pasal kemalangan yang berlaku, sila baca di sini...http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiganaiksatumotormatidilanggar/Article/index_html


Sama-sama la kita sedekahkan Al-Fatihah buat tiga mangsa kemalangan itu....Semoga roh mereka di cucuri rahmat...Amin

SEKIAN

June 04, 2012

Sikit- Sikit Lama-Lama Makin SIKIT!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Sape tak jawab salam,dosa!...hihi

Title nak gempak je kan?!.....
Eh...Suka hati I la....Hihi...
Baru2 ni saya ada buat entry  SIKIT-SIKIT LAMA-LAMA JADI BUKIT...Hari ni bukan jadi bukit lagi dah..Tapi jadi SIKIT!...hihi


Kalo simpan duit, sikit2 lama2 jadi banyak
Tapi kalo selalu shopping, sikit2 lama2 boleh pokai !....Ye dak?!...hihi



Selain duit, apa yang kita buat sikit2 lama2 jadi sikit?!


Haaa....jawapannya adalah DIET!


Sikit2 Lama2 Jadi Kuruih!...hik3

Sesiapa yang terdekat ngan saya mesti tahu kan saya sekarang ni on DIET!..

"Eh, ko dah kurus, wat pe nak diet?!"

"Ala, hang takyah la diet..Wat naya perut je"


Eh....Suka hati I la nak diet ke tak!....Hanya diri sendiri yang tahu kenapa perlu diet okeh!...Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...Begitu lah perumpamaan yang sesuai dengan kes saya ni..."Berat lemak awak, berat lagi lemak saya, tahu!"....hik3



Nak tahu tak?!...Saya tak pernah sangka yang berat saya boleh cecah angka 5 kat depan!...Ohh...Beratnyaa hakuuu..!!


Wuwuwuwuu....


Zaman USM dulu, paling berat pun 47kg je...Apasal la masuk UTHM ni berat boleh cecah hampir 55kg!!!


Apabila balik kampung pun, jiran tegur apesal gemuk sangat!.Rasa tersiat2 je hati ini....huk3....So, kerana terkecik hati dengar kata2 jiran dan kawan2 mak kite iteeww, kite dengan bersemangat waja telah berusaha untuk diet!!


Akhirnya.....PERANG DIET SUDAH BERMULA!!




Segalanya bermula pada 3 MEI 2012 dengan berat 54.1kg...Selepas 22 hari, berat saya dah cecah 52.1kg !...Yeayy!!...Da turun 2kg...Suka sangat2!!






Lepas tu saya join pulak program Lost 5kg in 10 Days....


Ini lah hasilnya....(klik atas gambar untuk tumbesaran!)




Tak jejas sangat aih!...Sebabnya saya tak jaga makan...hik3...
Hmmm.....Lambatnya nak capai 45 -47kg!...Huk3...


Takpela..Tadi saya sendirik jugak yang kata "sikit2 lama2 jadi sikit!" kan...So, SABAR lah.....SABAR itu separuh daripada iman.....




Kepada kawan2 diet ku...Jangan putus asa k!....Caiyok2...Kita smua boleh kuruih!...Lupakan kata2 sumbang tuh..Hanya orang2 yang jeles je yang berkata2 sebegitu dengan kita. Jeles sebab kita mampu diet diorang tak mampu!..hik3








SEKIAN
 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI