December 14, 2012

Jenis Tudung VS Peribadi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Kadang-kadang, pemakaian tudung boleh menggambarkan peribadi seseorang.


 Betul ke????

Apapun, betul atau tidak kenyataan tu, terpulang pada diri anda. Sebab hanya anda yang tahu siapa diri anda....


Ok...Kita teruskan kepada tajuk di atas...Nak tahu macam mana nak teka peribadi anda?...Caranya mudah sajer. Cuma pilih jenis tudung yang menjadi kegemaran anda atau yang paling kerap anda gunakan....


a) Pashmina @ Shawl

b) Tudung Segi Empat

c) Tudung Instant (Terus pakai)
















Dah pilih dah jawapan???























Ok....Ini Jawapannya....=)



Jika A adalah jawapan anda :
Anda suka menggunakan tudung pashmina ? wah ternyata anda seorang yang berani dan inovatif. Tidak ramai yang mengenakan pashmina kerana rata rata kurang yakin mereka tidak akan kelihatan cantik apabila memakai tudung jenis ini :) Jelas sekali anda seorang yang kuat motivasi , dan akan berusaha untuk mencapai impian.


Jika B adalah jawapan anda : 
Ini dia si kreatif yang masih menjaga tradisi. Anda termasuk orang yang stabil dan konsisten dengan nilai yang anda pegang. Anda cukup kreatif di waktu-waktu yang sukar sekalipun. Anda juga merupakan seorang yang optimis dan tidak suka sesuatu yang berlebihan. Anda menyukai gaya klasik dan percaya diri dengan hal itu. Walaupun ada yang menganggap anda ketinggalan tetapi anda cukup bersedia menerima cabaran dalam hidup anda.



Jika C adalah jawapan anda : 
Tudung terus pakai ( instant) memang praktikal seperti anda. Tidak suka basa-basi atau yang berbelit-belit menunjukkan anda matang, straight to the point. Anda termasuk orang yang rajin, masa anda banyak dihabiskan untuk hal-hal yang penting dalam hidup bahkan anda seorang yang  multitasking. Anda tampil sederhana, namun mempunyai banyak kejutan yang istimewa.





Haaa....macam mana?..Sesuai tak dengan peribadi anda?...hehe

Kuiz ini hanyalah untuk suka-suka saja...Diulangi SUKA-SUKA sahaja...Don't take it seriously okeh!...Kalau tersama tu, cuma kebetulan je....hehe....=)





Ok la....itu saje...Entri ringkas yang dicopy daripada FemaleHive.com






SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI