Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ok... Akhirnya masuk jugak bab akhir kisah panjang ni...Kalau ikutkan nak buat 2 part je.Tapi macam terlalu panjang pulak. Mesti korang pun dah jemu nak baca kan?...haha... Takpe, yang dah jemu tu, tak payah baca.. Buat yang nak baca, teruskan pembacaan anda..Thank u so much sebab sanggup baca tulisan saya yang lintang pukang ni... Much LOVE from me!..Muuaahhh...hehe.
Tujuan saya menulis blog adalah untuk mencatat setiap memori suka dan duka yang dilalui. At least setiap kenangan tidak hanya tercatat dalam memori, tapi juga tercatat dalam tulisan. Nanti anak-anak pun boleh baca dan tahu betapa peritnya perjalanan hidup mama diorang nih!..hehehe..... (Bila ya nak kawen?!...Woha!)
Ok, jom teruskan journey kisah yang penuh onak duri ni....
..............................................................................................................
Sementara tunggu adik datang, kami bertapa dalam kereta... Maka, berlakulah sesi meluahkan perasaan antara kami berdua...Biasala perempuan...Hehehe....Butiran luahan hati tu rasanya tak perlulah dicerita disini..Faham-faham sendiri la ya...hahaha
Masa dalam kereta tu, kami terintai-intai tengok tingkap rumah dia. Mana la tahu, kami intip dia, rupa-rupanya dia pun intip kami.. Dah sama-sama mengintip pulak kerjanya...hahaha
Dalam pada mengintip tu, adik saya pun datang bersama seorang kawannya.. Lepas berbincang sedikit sebanyak, kami naik ke atas.. Kali ni hati dah lebih yakin sikit sebab ada lelaki yang temankan...hehehe
Tok Tok Tok.....Bertalu-talu adik saya ketuk tapi masih takde respon..Dalam masa yang sama saya cuba call..Talian OK tapi takde orang angkat. Perbuatan kami telah mengundang jiran sebelah rumah menjenguk...Hahaha...Rasa segan pun ada. Ye la...Mesti diorang cakap "Eh, ada lagi budak 2 orang nih. Ingatkan dah balik. Sekarang siap bawak geng lagi"... (Monolog ni hanya dalam diri saya je... Entah2 diorang tak pikir pun macam tu!...Woha!)
Sementara adik dan kawannya bertanya dua tiga soalan pada lelaki-lelaki tersebut, kami pulak mendiamkan diri je.. Dalam kepala ni macam-macam fikir. Lagi satu frust sebab si penipu tu tak nak keluar rumah!...Huhuhu
Memandangkan jiran si penipu tu tak boleh nak tolong kami, terpaksa lah kami ambil inisiatif sendiri.. Cuma yang pasti, diorang cakap kawan-kawan serumah Si Danial tu ada waktu malam sebab diorang kerja siang hari... So, kami decide malam tu nak datang balik.
Turun tempat parking kereta, adik saya pesan suruh balik dulu. Malam nanti baru datang. Saya angguk kepala je.. Lepas adik saya pergi, kami tak balik pun! Kami nekad nak jadi spy hari tu!...Wohaa!...Siap call ofis lagi cakap kami nak cuti half day hari tu sebab ada masalah..Nampak tak betapa nekadnya kami berdua...hahaha
Saya cuba call lagi tapi masih tak berjawab. Last-last bila saya bukak aplikasi Whatsapp, rupanya dia tengah online!.. Apalagi! Memang terus saya serang dia
See!...Boleh pulak dia reply! Nampak sangat dia memang tak nak jawab call...huhu... Bila dia cakap nak bayar balik, terus saya bagi no. akaun. Nak pastikan betul ke tak dia boleh transfer...
Banyak cekadak pulak dia ni...Masa dia bagi no akaun Public Bank untuk kami transfer duit, kami tak banyak songeh pun walaupun terpaksa ke Wangsa Maju untuk cari Public Bank.. huhu...Maybank melambak kat KL ni, takkan tu pun susah nak cari... MENYAMPAH!
Saya siap cakap duit tu pinjam dengan kawan lagi..Padahal duit tu pinjam dengan abah..... Masa balas tu dah mula rasa sedih dah.. Mesti ma dan abah risau kalau tahu anak dia kena tipu...huhuhu..
"Ma..Abah...Kakcik kena tipu..... T_T"
Tapi, kata-kata tu hanya terluah dalam hati... Tak sanggup nak bagitahu diorang... Biarlah jumpa bertentang mata nanti baru bagitahu.. >_<
Dalam pada berbalas mesej tu, kami masih berada di situ..Tapi bukan dalam kereta..Kami ke blok bersebelahan dan duduk disitu memandang tingkap rumah DANIAL IRFAN...Penat duduk blok A, kami berpindah ke blok B pulak (Nama blok dirahsiakan)...Dah macam pengintip pulak. Nasib baik takde teropong. Kalau ada teropong, memang boleh jadi detektif la kami. Detektif berbaju kurung!...Hahaha
Dalam pada mengintip tu, kami nampak seorang lelaki berbaju sekolah masuk dalam rumah tu. Tapi still tak nampak Danial tu keluar.. Huhuhu...Sampailah pukul 4 petang, di sebabkan cuaca macam nak hujan, kami pun blah dari situ.....
Tapi dalam masa yang sama tetap keep in chatting dengan dia...
Mula tu kami setuju bila dia cakap nak bank in sebelum kul 12 malam, tapi lepas bincang dengan adik saya dan kawannya, diorang suruh bagi tempoh sampai pukul 8 malam...
Mula tu saya setuju dia nak transfer online. Tapi tetiba terfikir pulak baik jumpa je terus...Dah dia cakap nak bayar kan. Watpe nak takut kalau jumpa... Tapi, lepas saya cakap macam tu, tetiba pulak dia cakap dia dah transfer.... Bila saya mintak bukti, tak boleh pulak nak tunjuk.. Haish!
Masa reply ni, menggigil tangan saya tahan marah... Bila call tak nak jawab.. Tapi bila sms, boleh pulak balas....huhuhu... Haish, walaupun kes ni sebulan yang lalu, tapi bila baca balik setiap bait ayat yang dia reply, datang pulak sakit hati ni.... +_+
Haa...akhirnya dia mengaku yang dia tak transfer lagi.... Nampak tak kebodohan dia tuh.. Cakap macam k*ling!
Lepas saya cakap nak cash dan nak pergi tempat dia kerja, terus dia tak reply...... Dalam pada menunggu dia reply mesej, saya, kawan saya, adik saya dan kawannya menuju ke rumah si PENIPU tu untuk berjumpa dengan kawan serumah dia......
DAN....
Memang betul!...Si Danial tu telah menipu kami!...huhuhu.... Bila kami cakap yang Danial nak sewakan rumah ni pada kami, kesemua kawan rumah dia terkejut!... Mana tak nya... Danial tu hanya penyewa kat rumah tu dan bukan tuan rumah!.... Huhuhu
Mendengar kata-kata kawan dia, hancur luluh hati ni... Betapa pedihnya ditipu... Rasa macam putus cinta pulak sakitnya!...(Eh!....Ada kaitan ke?!....Woha!)
Saya, adik saya dan kawan adik saya tinggalkan nombor telefon pada kawan rumah Danial tu dengan harapan bila Danial balik, dia akan call salah seorang antara kami...
Selepas berbincang sedikit sebanyak dan memikirkan cara untuk perangkap Danial, kami pun pulang ke rumah...... Saya pulak terus sambung SMS dia....
Mungkin ALLAH nak tolong kami kot... Selepas pulang dari Thailand, Si Danial tu sempat tukar gambar profile dia kat WhatsApp... Tak tahu kenapa, terdetik dihati saya nak copy gambar dia. Padahal masa tu saya tak rasa lagi kami di tipu... Kejap je dia tukar..Rasanya tak sampai sejam!.. Lepas saya copy, bila buka balik, dia dah tukar dah profile picture dia seperti kat gambar saya screen shot kat atas ni.
Sejak dari itu, dia tak pernah balas mesej atau jawab call dari saya...... Saya diamkan diri je.. Malas lagi dah nak push. Segala SMS, WhatsApp dan gambar yang ada sudah cukup dijadikan bukti untuk dikemukakan pada pihak polis...
Mula tu saya ingat keesokan paginya (3/10/2013) nak pergi report polis. Tapi adik saya tak bagi sebab takut susah pihak polis nak jumpa saya memandangkan 4 - 6 /10/2013 saya akan ke Johor untuk majlis konvokesyen. So, saya hold dulu. Biar si Penipu tu leka....
Mak saya pulak asyik call dan SMS je tanya dah masuk rumah baru ke belom... Sedih kot! Saya menangis masa balas SMS cakap kat Mak yang saya tak masuk rumah baru lagi. Mungkin 2-3 hari lagi baru masuk. Kalau dia call pun, benda yang sama saya cakap dan cepat-cepat saya ubah topik sebab taknak dia perasan suara anak dia dah lain sebab tahan nangis!....Uwaaaaa
"Maaa.....Maafkan Kakcik sebab tak bagitahu hal sebenar. Kakcik takut Ma dengan Abah susah hati sebab anak mu ini jarang berjauhan dengan family"
Tapi...Sampai bila tak nak cerita kan... Nak tak nak, apa-apa hal jadi nanti, pada family jugak kita rujuk. Sehari sebelum konvokesyen, saya ceritakan pada mereka sambil menangis mengenangkan nasib ini...haha.. Memalukan je. Dah tua-tua pun nangis lagi. Depan family pulak tu!
Ma dan abah tak marah pun. Cuma Ma cakap patut la dia tak sedap hati bila baca sms saya masa saya reply kat dia bila dia tanya pasal rumah sewa tu.. Biasa la...Instinct orang tua. Lebih-lebih lagi ibu kita...wuwuwuuuu
Abah pulak cakap : "Takpela...tak de rezeki. Janji semuanya selamat"...Thanks abah!
Malam tu tido dengan hati yang tenang. Ye la...esokkan nak konvo...hehe
...............................................................
Pulang dari Johor, hari Isnin (7/10/2013), after waktu Isyak, kami menuju ke Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat report. Kenapa Wangsa Maju? Sebab, saya tak tahu pun kat Setiawangsa ada Balai Polis!...hahaha
Segala mesej-mesej dia sama ada melalui SMS @ WhatsApp, saya print. Resit pembayaran deposit sebanyak RM2000 melalui 2 transaksi pun saya bawa sebagai bukti. Gambar dia pulak saya print besar-besar! Amik kau!
Masa buat report tu ada la beberapa orang polis datang baca setiap mesej-mesej yang saya print tu. Rasa segan pun ada..Haha.... Bila diorang tengok nama yang saya save untuk si penipu tu sebagai "Tuan Rumah", diorang cakap apa tau : "Ni bukan muka Tuan Rumah.. Ini muka Pecah Rumah!"...Hahaha
Lepas buat report kat Wangsa Maju, kami di arah pergi berjumpa dengan Pegawai Penyiasat di Balai Polis Kepong pulak.. Dah satu hal pulak nak cari jalan malam-malam buta ni....Huhuhu... Sesat jugak la...Pukul 11 lebih baru sampai Kepong. Tapi nasib baik jugak Pegawai Penyiasat tu agak hensem. Terus segar je rasa nak bagi keterangan!... (Gatai noo.... Woha!)
Selepas bagi keterangan, kami pun pulang dengan hati yang lega.....
....................................................................
Dipendekkan cerita.... Pada 10/10/2013 iaitu 4 hari selepas kami membuat report, Pegawai Penyiasat a.k.a Sarjan tu call saya bagitahu yang Danial di tangkap dan mintak kami ke Balai Polis Wangsa Maju sekarang jugak untuk buat pengecaman!
Subhanallah.... Syukur sangat-sangat akhirnya tertangkap jugak si Penipu tu... Walaupun jumlah duit yang dia tipu hanyalah berjumlah RM2000, tapi dia telah melukakan hati kami yang terlalu mengharap ni... huhuhu
Polis cakap, Danial tu datang balai polis untuk buat report kehilangan kereta. (Padahal kereta dia kena tarik oleh pihak Bank!) . Sebelum Danial pergi buat report, rakan serumah Danial ada call saya bagitahu yang kereta Danial hilang. Dia tanya saya kalau-kalau saya tahu pasal kehilangan kereta Danial tu ( Dia ingat polis yang tarik kereta tu atau adik saya yang tarik!..Ada ke patut adik saya nak tarik kete dia. No Plat kereta pun kami tak tahu...huhu)
Lepas budak rumah Danial call saya, saya terus call Sarjan tanya pasal ni. Ye la..Mana la tahu memang betul polis yang tarik kan..Hehe... Tapi polis cakap diorang takde hak nak tarik kereta orang tak tentu pasal.. Pastu saya suruh Sarjan tu call budak rumah Danial untuk betulkan persepsi dia yang salah terhadap polis . (Budak rumah Danial tu nampak macam nak backup Danial je...huhuhu)
PADAN MUKA!.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.... Rupa-rupanya, masa Encik Sarjan call budak rumah Danial tu, dia ada cakap yang Danial dah pergi Balai Polis Wangsa Maju untuk buat report kes kehilangan keretanya. Apalagi, terus Sarjan tu call Balai Polis Wangsa Maju suruh tahan terus si Danial penipu tuh!...
Dan malam tu jugak kami pergi buat pengecaman.....Masa jumpa tu rasa nak tampar-tampar je muka si penipu tu. Tapi saya sabarkan diri.. Mana boleh tampar sesuka hati depan polis. Kang tak pasal-pasal saya pulak yang kena tahan...hahahaha
Ya..!... Malam tu kami rasa gembira sangat-sangat!... Penipu itu ditangkap di BALAI POLIS tempat kami buat aduan! Dah macam dia menyerah diri pulak...hahaha... Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Allah... Engkau telah membantu kami insan yang teraniaya ini...
Lelaki jahanam itu telah ditahan reman selama empat hari... Selama ditahan tu memang dia mengaku dia tipu kami...Duit RM2000 tu memang dia nak guna untuk buat modal beli barang dekat Thailand untuk dijual di UpTown Danau Kota (Kalau tak silap la...)
Sesungguhnya kami tak marah...Cuma terkilan kenapa dia buat macam tu... Dia terlalu baik untuk menipu... Kalau dia memang betul nak tipu, kenapa tak lari terus je lepas kami bayar.. Tapi dia "baik"...Dia bagitahu yang dia ke Thailand...Ya!..Memang dia sangat-sangat BAIK (bodoh!)
Ok guys....Begitulah kisahnya.................
Sejak kejadian tu, saya dah tak berani nak buka laman web Mudah.my @ Majalah.com..... Jadi trauma.....huhuhu
Dan.. Syukur Alhamdulillah... Ada hikmah sebenarnya apa yang terjadi ni... Sekarang ni, saya dan Norsal dapat hidup selesa di rumah sewa sekarang kerana kakak yang tak berapa nak mesra tu dah keluar mencari rumah lain... Alhamdulillah..... Kalau sebelum ni kami diibaratkan seperti penyewa bilik je (bilik kecik tu la dunia kami...Ruang tamu dan dapur semua dia konker)..Sekarang ni kami dah bebas......hehehehe
Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Tuhan menguji kita dengan memberi ujian pada kita agar kita sentiasa mengingatiNYA....
p/s: Berkenaan dengan keputusan mahkamah dalam perbicaraan semalam (18/11/2013), saya pun masih tak tahu keputusannya. Dah tanya Encik Sarjan tu tapi dia pun tah tahu sebab dia tak pergi mahkamah sebab ada meeting....InsyaAllah, apa-apa update nanti saya akan bagitahu dalam entry baru....
Ok..Itu saja dari saya... Thank you for reading this long story...
SEKIAN
buat drama la kak cik. mane tau masuk slot samarinda. ad knl producer kt astro ngn a.aida.. nak x?huhuhuhu
ReplyDeleteRasanya kalau buat drama mesti drama ni tak laku...kikiki
Deletedear aisyah,
ReplyDeletepgalaman hdop yg bgitu berharga. jdikan sbgai pgajaran dn smagat tuk trus idop. hdop, adalah utk tros blaja, smoga kmo tros kuat dn anggap, stiap dugaan dri Allah, tersirat berjuta hikmah!
tenkiu senior!....hehe..InsyaAllah..Segala yang berlaku dan bakal berlaku akan ku hadapi dgn tabah..
DeleteKisah yg mulanya duka menjadi titik kebahagian utk awk.begitu hebat Allah atur kan ^_^
ReplyDeleteSy tgh cari bilik. Baca kisah awk ni buat sy gerun nak bankin deposit. Mcm² perangai org kita jumpa. Dah 2 bulan masih belum ada rezeki nak pindah kl. Penat berulang putrajaya-kl ni...
ReplyDeletetu la..macam2 perangai manusia sekarang ni. Hati2 ye bila nak cari rumah sewa. Orang sekarang ni pandai menipu.huhu
DeleteSy baca blog ni sbb nk tgk harga sewa bilik di greenwood je.. last2 sy baca smpi habis kisah danial tu.. bila baca msj dia, eee geramnya.. part ending sgt la epic.. umpama menyerah diri pada sarjan.. tipu duit org rm 2000 last skali kereta harga puluh ribu hilang..
ReplyDeleteMemang pun. padan muka dia!. Tapi si danial ni tak pernah serik. Lepas je tipu saya, memang dia kena tahan tapi dibebaskan semula sebab dia bayar balik duit saya. so saya tarik balik report. Ingatkan dah insaf, rupa2nya aktif lagi menipu.huhu
DeleteKenapa tutup muka si penipu tu, mohon upload semula.. Supaya org lain berhati2 jumpa penipu ni.
ReplyDelete