November 26, 2013

RESEPI: Kek Coklat Karamel Moist Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selepas hampir 3 bulan tangan ni tak buat kek, akhirnya pada 24/11/2013 tercapai jugak hasrat nak cuba buat kek coklat karamel dan kek karamel pelangi...Nasib baik menjadi walaupun first time buat..hehe..Alhamdulillah....




Ok la, tak perlu cakap banyak, jom kita tengok macam mana resepinya... =)


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful



BAHAN KARAMEL

STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3: 
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!




Selamat Mencoba!

34 comments:

  1. Sedap. Nak cuba

    bahan C tu kena whisk sampai kembang ke mcm mana?

    Blog saya takder resepi. Citer pasal pemakanan & anak anak jer.huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai mamasyafi...

      Memang sedap. cuba la buat.hihi
      Bahan C tu whisk sampai kembang. Agak2 telur putih dah tak berketul2 tu ok la
      Takpe. Blog saya pun biasa2 je. Entry bercampur aduk. hihihi

      Delete
  2. as salam sis..loyang nk pakai ni yg brp inch??tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sis... sy main beli je loyang. haha... tp rasanya dalam size 8inch diameter, 2.5inch tinggi

      Delete
  3. Sis, perlu sapukn mnyk @ marjerin di loyang x utk sng mse nk tebalikkn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu sapu sis sebab dah ada karamel / gula hangus... =)

      Delete
  4. Saya dah cuba buat, memang sedap... Ikut 100% resepi ni. Tq ya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahh....bagus2....moga bermanfaat untuk semua. =)

      Delete
  5. Kalo 40 mnt xmsk2 jgk....nk buat camne..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau 40minit x masak lagi, kena kukus lagi sehingga masak... cucuk dgn lidi kek tu utk cek dah masak ke belum

      Delete
  6. Karamel tu nti berair x..timaksih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. karamel tu xkan berair sebab kita rehatkan dulu sebelum terbalikkan. so air karamel tu akan menyerap masuk ke dalam puding... =)

      Delete
  7. Assalam, terima Kasih sbb share resepi ni, nk tny, kena terbalikkan dulu & masuk peti @ masuk peti dulu lps tu br terbalikkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....sama.. =)
      Masa nak terbalikkan tu, tunggu sejuk pada suhu bilik sahaja. jgn letak dlm peti ais. Dalam 30 minit dah boleh terbalikkan dah.

      Bila dah terbalikkan baru simpan dalam peti ais.. Makan time sejuk2...fuhhh...feeling habis...hihi

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam klu bhn tok wt kek tu tkar gula mrah blh ke?Klu blh brp sukatan dia ye tq..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam... boleh tapi takut rasanya jadi lain sebab selalunya untuk kek memang kita guna gula putih / gula pasir.... gula kastor tu adalah gula pasir yang di blend...lagpun manisnya berbeza.

      Tapi kalau nak cuba juga boleh je...hihi.... boleh letak 1 ketul / 2 ketul. bergantung kepada tahap kemanisan yang kita nak... tapi kena cairkan dulu la

      Delete
    2. asalammualaikum puan saya nk tanya kek kukus tu kena kukus degan Karamel ke??
      atau setelah kek masak baru letak Karamel di atas kek

      Delete
    3. Ani ann: Waalaikumussalam... memang kena kukus bersama karamel. mula2 kena kukus karamel dulu.lepas 20 minit macam tu baru tuang adunan kek atas karamel td.lepas tu kukus lagi sekali. Bila dah masak baru boleh terbalikkan. =)

      Delete
  10. Pinjam resepi ye nak cuba.. meleleh air liur tengok.. anak2 pun mesti suka ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila2....senang je ni..budak2 memang feberet kalau benda2 manis ni.hihi

      Delete
  11. tima kasih.. nmpak mcm senang ingat nk buat esok mlm... mintak2la jadii..

    ReplyDelete
  12. salam sis aisyah..akak dalam pantang ni..teringin sanagt nk makan kek coklat karamel..tapi kena tunggu abis pantang dulu la :P..akak nak share resepi di blog akak ye..tq..
    p/s: tapi tak konfiden nk buat kek ni sbb selalu xmenjadi kalau buat kek..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam...haaa...cuba la buat dulu akak. belum cuba belum tahu skill buat kek ni. mana tahu akak memang ada skill tu..hahaha

      Delete
  13. Salam akak nk tnye kalu susu cair nk tukarkan pd susu segar boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Boleh dik..Lagi sedap kalau letak susu segar. =)

      Delete
  14. assalamualaikum kak nak tnya , tepung gandum tu klau letak 1 1/2 cawan takpe ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam... Boleh je dik,,tp kena gandakan amaun bahan2 lain... macam nak buat 2 biji kek karamel ni sbb 1 1/2 cawan tu sama dengan 2 kali 3/4 cawan... =)

      Delete
  15. Aslm. Dia melekat elok ke sis klu kukus karamel dulu? Sbb sy x biasa kukus lg biasa bakar je tp boh sume sekaligus nk try cara ni plak

    ReplyDelete
  16. sy nak tnye step 2 tu nk buat gula hangus kena berapa cawan or sudu ye sis

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI