Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Selepas hampir 3 bulan tangan ni tak buat kek, akhirnya pada 24/11/2013 tercapai jugak hasrat nak cuba buat kek coklat karamel dan kek karamel pelangi...Nasib baik menjadi walaupun first time buat..hehe..Alhamdulillah....
Ok la, tak perlu cakap banyak, jom kita tengok macam mana resepinya... =)
KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful
BAHAN KARAMEL
STEP 1:
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang
STEP 2:
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
STEP 3:
Bahan B
1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )
STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.
BAHAN KEK COKLAT MOIST
Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.
Bahan B:
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak
Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend
CARA PENYEDIAAN
Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.
Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.
Dan....Sedia untuk dimakan!
Selamat Mencoba!
Sedap. Nak cuba
ReplyDeletebahan C tu kena whisk sampai kembang ke mcm mana?
Blog saya takder resepi. Citer pasal pemakanan & anak anak jer.huhuhu
Hai mamasyafi...
DeleteMemang sedap. cuba la buat.hihi
Bahan C tu whisk sampai kembang. Agak2 telur putih dah tak berketul2 tu ok la
Takpe. Blog saya pun biasa2 je. Entry bercampur aduk. hihihi
as salam sis..loyang nk pakai ni yg brp inch??tq
ReplyDeletewaalaikumussalam sis... sy main beli je loyang. haha... tp rasanya dalam size 8inch diameter, 2.5inch tinggi
DeleteSis, perlu sapukn mnyk @ marjerin di loyang x utk sng mse nk tebalikkn?
ReplyDeleteTak perlu sapu sis sebab dah ada karamel / gula hangus... =)
DeleteSaya dah cuba buat, memang sedap... Ikut 100% resepi ni. Tq ya sis
ReplyDeleteWahh....bagus2....moga bermanfaat untuk semua. =)
DeleteKalo 40 mnt xmsk2 jgk....nk buat camne..
ReplyDeletekalau 40minit x masak lagi, kena kukus lagi sehingga masak... cucuk dgn lidi kek tu utk cek dah masak ke belum
DeleteKaramel tu nti berair x..timaksih..
ReplyDeletekaramel tu xkan berair sebab kita rehatkan dulu sebelum terbalikkan. so air karamel tu akan menyerap masuk ke dalam puding... =)
DeleteAssalam, terima Kasih sbb share resepi ni, nk tny, kena terbalikkan dulu & masuk peti @ masuk peti dulu lps tu br terbalikkan?
ReplyDeleteWsalam....sama.. =)
DeleteMasa nak terbalikkan tu, tunggu sejuk pada suhu bilik sahaja. jgn letak dlm peti ais. Dalam 30 minit dah boleh terbalikkan dah.
Bila dah terbalikkan baru simpan dalam peti ais.. Makan time sejuk2...fuhhh...feeling habis...hihi
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam klu bhn tok wt kek tu tkar gula mrah blh ke?Klu blh brp sukatan dia ye tq..
ReplyDeleteWsalam... boleh tapi takut rasanya jadi lain sebab selalunya untuk kek memang kita guna gula putih / gula pasir.... gula kastor tu adalah gula pasir yang di blend...lagpun manisnya berbeza.
DeleteTapi kalau nak cuba juga boleh je...hihi.... boleh letak 1 ketul / 2 ketul. bergantung kepada tahap kemanisan yang kita nak... tapi kena cairkan dulu la
asalammualaikum puan saya nk tanya kek kukus tu kena kukus degan Karamel ke??
Deleteatau setelah kek masak baru letak Karamel di atas kek
Ani ann: Waalaikumussalam... memang kena kukus bersama karamel. mula2 kena kukus karamel dulu.lepas 20 minit macam tu baru tuang adunan kek atas karamel td.lepas tu kukus lagi sekali. Bila dah masak baru boleh terbalikkan. =)
DeletePinjam resepi ye nak cuba.. meleleh air liur tengok.. anak2 pun mesti suka ni..
ReplyDeleteSila2....senang je ni..budak2 memang feberet kalau benda2 manis ni.hihi
Deletetima kasih.. nmpak mcm senang ingat nk buat esok mlm... mintak2la jadii..
ReplyDeletesalam sis aisyah..akak dalam pantang ni..teringin sanagt nk makan kek coklat karamel..tapi kena tunggu abis pantang dulu la :P..akak nak share resepi di blog akak ye..tq..
ReplyDeletep/s: tapi tak konfiden nk buat kek ni sbb selalu xmenjadi kalau buat kek..huhu..
Wsalam...haaa...cuba la buat dulu akak. belum cuba belum tahu skill buat kek ni. mana tahu akak memang ada skill tu..hahaha
DeleteSalam akak nk tnye kalu susu cair nk tukarkan pd susu segar boleh ke
ReplyDeleteWaalaikumussalam... Boleh dik..Lagi sedap kalau letak susu segar. =)
Deleteassalamualaikum kak nak tnya , tepung gandum tu klau letak 1 1/2 cawan takpe ke ?
ReplyDeleteWaalaikumussalam... Boleh je dik,,tp kena gandakan amaun bahan2 lain... macam nak buat 2 biji kek karamel ni sbb 1 1/2 cawan tu sama dengan 2 kali 3/4 cawan... =)
DeleteSy ambik resepi ye.. Tkasih
ReplyDeletesila sis... =)
DeleteTq sis..
ReplyDeleteTq sis..
ReplyDeleteAslm. Dia melekat elok ke sis klu kukus karamel dulu? Sbb sy x biasa kukus lg biasa bakar je tp boh sume sekaligus nk try cara ni plak
ReplyDeletesy nak tnye step 2 tu nk buat gula hangus kena berapa cawan or sudu ye sis
ReplyDelete