November 29, 2013

RESEPI: Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Hari tu saya dah share resepi Kek Coklat Karamel Moist Kukus, kali ni saya nak share resepi Kek Karamel Pelangi Kukus pulak. Senang je caranya... Cuma agak leceh jugak la sebab ada banyak jenis adunan.

Jom kita tengok apa resepinya....


KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
Resepi asal : Hasue


BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
  10. Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
  11. Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!


Hari tu saya buat dalam keadaan kelam kabut. Loyangnya kecik je tapi saya isi adunan sampai penuh. haha... Pastu, jadi la macam ni... Padan muka!... >_<


Menggelembung jadinya... Nak terbalikkan pun susah...wuwuwu. Tapi, nasib baik bila diterbalikkan rupanya nampak ok...haha




Adik beradik saya semuanya suka kek yang ni berbanding dengan kek coklat karamel sebab yang ni keknya lebih lembut.

Korang pun cuba la buat ya.. Senang je ni..hehe...
Sedap di makan sebagai dessert!

Selamat Mencuba!


SEKIAN

65 comments:

  1. Assalamualaikum saudari...betul ke kek karamel ni boleh dikukus ? saya nak sangat buat..teringin nak makan..haritu buat dengan oven, tapi ni oven dah rosak..ingat nak try kukus,,tapi ramai cakap tak jadi..betul ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam saudari.... boleh je kukus. saya lebih suka kukus sebab kek jadi lebih moist. kalau bakar kena buat doubleboiling. agak leceh la jugak nak kena isi air dlm tray.hihi....tapi tu terpulang pada kemahiran masing-masing. kalau saya la, saya lebih suka kukus sebab senang. tapi make sure meringue tu menjadi la. kalau x jadi, adunan kek tu takkan terapung atas adunan puding karamel...good luck awak!... selamat mencuba..hihi

      Delete
    2. Kak klau xguna krim tatar xbole ker..hihi sy ni dok kat kg...susah nk cri...huhu

      Delete
    3. Sorry lambat reply. Boleh dik kalau guna krim tartar. Tapi kena kukus dulu puding tu bg kental sikit baru boleh letak adunan kek. Krim tartar tu nak bg adunan kek terapung je sebenarnya. hehe

      Delete
    4. Kak...asal kek nya xkembang...mohon tnjuk ajar.. Hehe

      Delete
    5. This comment has been removed by the author.

      Delete
    6. Kak...asal kek nya xkembang...mohon tnjuk ajar.. Hehe

      Delete
    7. Kek tak kembang? adunan dah buat betul ke tu? kadang2 kalau meringue (bahan D) tak dipukul betul2 sampai kembang, susah jgk kek nak kembang

      Delete
  2. alhamdulillah...lega saya baca komen saudari..terima kasih ya..:)

    ReplyDelete
  3. saya dah buat ikut resepi ni. jadi cantik kek nya. pakai waterbath. thorrrbaik (Y) thanks share ye ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wahhh!!.....Alhamdulillah...bagus la kalau menjadi...hihi

      Delete
    2. Water bath tu lebih kurang macam double boiling..Letak loyang kek didalam loyang besar sikit berisi air..cuma bezanya water bath kita letak loyang td dalam oven. doubleboiling pulak letak atas dapur gas

      Delete
  4. assalamu'alaikum sedaghi..amboihhh..ghajinnye sedaghi ni baking..hikhik

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam sedaghi....ofkos la kena ghajin.. pasni nak jadi bini orang kann....hikhikhik

      Delete
  5. Salam..meringue mmg kna pkul lm ehh??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....meringue tu awak pukul sampai la bila awak terbalikkan mangkuk, adunan tu tak jatuh. ade la dalam 5 minit jugak

      Delete
  6. Krim of tar-tar tu nk bli kat mana yeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krim of tar tar awk boleh beli dekat kedai yg jual bahan2 kek. Kat pasaraya macam Tesco, Giant, Aeon, Mydin, Econsave pun ade. Selalunya berdekatan dengan rak yang jual esen vanilla

      Delete
  7. Salam.. nk tanya la.. lepas kte dh pukul bahan puding karamel tu x payah kukus dlu ea..?
    sbb ble kte msukkan bahan lapisan kek tu ats puding karamel tu dye x bercmpur ke adunan tu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Maaf lambat reply.... bahan untuk puding karamel tu tak payah kukus dulu sebab kek puding ni tak sama macam kek coklat puding karamel.. Bahan kek tu akan terapung diatas adunan puding karamel sebab putih telur yg kita pukul td dah meringankan adunan kek tu. Tapi make sure masa pukul putih telur tu memang betul2 kembang la. kalau tak kembang nanti tak menjadi.hihi

      Delete
  8. Salam.. nk tanya la.. lepas kte dh pukul bahan puding karamel tu x payah kukus dlu ea..?
    sbb ble kte msukkan bahan lapisan kek tu ats puding karamel tu dye x bercmpur ke adunan tu..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam. Maaf lambat reply.... bahan untuk puding karamel tu tak payah kukus dulu sebab kek puding ni tak sama macam kek coklat puding karamel.. Bahan kek tu akan terapung diatas adunan puding karamel sebab putih telur yg kita pukul td dah meringankan adunan kek tu. Tapi make sure masa pukul putih telur tu memang betul2 kembang la. kalau tak kembang nanti tak menjadi.hihi

      Delete
  9. Camne nak buat puding di bwh n kek mcm marble plangi kat atas puding tu...x jumpa resipe

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi ada kat atas awak....= )

      KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
      Resepi asal : Hasue


      BAHAN A - GULA HANGUS:

      2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


      BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

      1 cawan susu cair
      1 cawan susu pekat manis
      1 sudu teh esen vanila
      3 bj kuning telur
      2 biji telur (putih & kuning)



      BAHAN C - LAPISAN KEK:

      140 gm tepung gandum - Ayak bersama baking powder
      70 gm gula kastor
      3 bj kuning telur
      135 ml air biasa
      1 sudu teh baking powder
      45 ml minyak masak
      2 sudu besar susu pekat manis


      BAHAN D - MERINGUE

      6 biji putih telur
      70 gm gula kastor
      1 sudu teh krim tartar

      CARA MEMBUATNYA :

      Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
      Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
      Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
      Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
      Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
      Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
      Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
      Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
      Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
      Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
      Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!

      Delete
  10. Salam sis nk ty...kalo kukus kena buat double boiling jgk tk atau terus kukus jer...tq in advance sis...cantik cake sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam...maaf lambat reply... kalau kukus dah tak perlu buat kaedah double boiling dah sayang...thanks...kalau sis buat pun mesti cantik jgk kek nya..hihi

      Delete
  11. Salam....saya dah cuba buat kek ni ikut resepi tapi xsukses lorr.kek saya tterus turun bila buka tutup pengukus...dah 2 kali try tp still jadik camtu gak...huhuhu...help me plezzz

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.....biasa la tu.jgn putus asa...praktis make perfect..hihi.... normally kalau jadi macam tu sebab air yang terkondensasi kat bawah penutup pengukus tu menitik kena atas adunan kek... untuk elakkan air wap tu menitik, awak boleh balut penutup pengukus dengan kain tuala bersih... tapi stakat saya buat ni takde masalah yang timbul

      Delete
  12. salam sis... ari ni punya eksaited sy ikut resepi sis, macam sis jugak, loyang kecik... huhu hasilnya, yg sis punya lebih comel dr saya... :( adik2 siap gelak sakan sbb x lawa ! tapi alhamdulilah.. sedap sgt ! thanks share resepi tu... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam sis.....Alhamdulillah...seronok bila ada yang follow resepi ni..hihi...

      Takpe..rupa x penting janji sodapp...kikiki

      Delete
  13. Mohon ambil resepi ya...budak baru blajar

    ReplyDelete
  14. Boleh tak tengku tukarkn gram ke dlm sukatan cwn?pls....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry lambat reply... boleh dik...

      140gm tepung = 1 setengah cawan
      70gm gula = setengah cawan

      Delete
  15. Nak tanye utk adunan resepi ni pakai loyang berape inci ye..? Tq

    -iera-

    ReplyDelete
    Replies
    1. hari tu saya pakai loyang 8 inci diameter... better pakai yg 10/ 11/ 12 inci

      Delete
  16. Salam..nk tny..kalau x guna cream of tar tar boleh tak? Ke ad benda yg boleh ganti cream of tar tar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. wsalam.... kalau tak pakai krim of tar tar tu takut nanti adunan tak terapung atas adunan puding. Melainkan awak kukus dulu puding dalam 10 -20 minit, lepas tu baru awak tuang adunan kek.

      Delete
    2. Ohh boleh ehh kukus puding dlu? Kiranya, x payah letak lah kan lapisan meringue tu? Kira kukus puding dlu, pastu kukus kek..gitu ke?

      Delete
    3. boleh je kalau kukus puding dulu..tp make sure jgn bg puding tu betul2 masak.takut nanti puding tak melekat dengan adunan kek...tp seeloknya buat lapisan meringue tu sebab kek akan jadi lembut.

      Delete
  17. Assalamualaikum sis... hr ni dh msuk kali ke2 sy bt... 2 2 x mnjadi, yg jd caremalnya aje.
    1st trail, ikut sebj resepi. Bhn2 kek x terapung pun.
    2nd trail, kukus dulu caremal tu, tp kek pulak bantat. Adoi peningnya sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam....laaa..yeke?.. takpe.cuba lagi.hihi. selalunya kalau kek tak terapung, sama ada adunan putih telur tak cukup kental ataupun terlebih adunan tepung....Make sure putih telur tu tak bercampur ape2 bendasing even kuning telur sikit pun tak boleh.

      Tapi normal la tu kalau tak menjadi. cuba lagi ok!.jangan putus asa.hihi

      Delete
  18. nk try buat..harp mnjadi ..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah menjadi...baca doa dulu sebelum buat..kiki

      Delete
  19. Karamel tu x perlu kukus dulu ke sebelum letak adunan kek? Klu x kukus, x tenggelam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak perlu kukus dulu sbb adunan D tu yg akan membuatkan adunan kek jd terapung. =).... selamat mencuba!... =)

      Delete
  20. mohon share resepi sedap ni ye :) hopefully menjadi dgn sukses...yeeeaaayyyy!

    ReplyDelete
  21. Salam tengku... Saya dah cuba resepi di atas... Semua dah menjadi, tp masalahnya, kek jd turun apbila dikuarkan dr pengukus... Tlg bagi tip utk cara mengukus yg baik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam....Tu la..saya pun kadang2 bila kukus kek akan jadi turun bila dah keluar dari pengukus. Normally dia jadi macam tu sebab air dari penutup kukusan tu menitik atas kek. Untuk atasi air dari penutup tu menitik, awak boleh balut penutup dengan kain tuala kecik.. InsyaAllah air takkan menitis atas kek.... =)

      Delete
  22. Salam sis klau sy nk kukus brape lme yer??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. Sorry lambat reply. Agak busy minggu lepas. Awk boleh kukus selama 40 minit atau lebih. Tapi sebenarnya tempoh kukusan ni bergantung pada periuk pengukus awak. Saya lebih suka cek selepas 30 minit pertama, kemudian 10 minit seterusnya. nak cek tu awak cucuk dengan lidi atau garfu. kalau melekat tu tandanya tak masak lagi. So, tunggu lg 10 minit kemudiannya... Kalau dah masak tu bila tak melekat pada garfu/ lidi.. =)

      Delete
  23. kalau masa nk kukus tu kite tutup loyang dgn aluminium foil bole ke sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamak. sorry lambat reply. dah lama x buka blog.hihi... boleh je tutup aluminium foil. lagi bagus sebab wap air kat penutup periuk kukusan tak menitik jatuh atas kek... =)

      Delete
  24. wow...menarik nya...nak test resepi ni (",)

    ReplyDelete
  25. Nk tya ovalette bleh ke gnti crem tar tar tu abb mlas nk kua..ovlatte jek yg ad...actlly da 3x buat kek ni tp xjd...tlur dkt 10 mnt pkul tp still xkental...mcm mn ek kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry lambat reply. tengah berpantang, tu yang jarang online.hehe.. Saya tak pasti tapi rasanya tak boleh sebab cream of tar tar tu nak bagi adunan ringan. ovalette pulak nak bagi adunan gebu (sesuai buat kek span/ chiffon).

      Telur awk pukul guna apa? kalau tak kental selalunya terjadi bila telur kurang segar. nak tahu telur segar ke tak, tengok pada kadar kepekatan/kelikatan putih telur tu. kalau pekat, mmg segar. kalau putih telur tu cair maksudnya tak segar la tu. pukul la bnyk kali pn mmg takkan kental kalau guna telur kurang segar.hihi

      Delete
  26. Assalam, tahniah dgn kehadiran baby :)
    nak tanya,
    kalu guna tepung self raising ok x?
    pasal ada orang tu alergik ngan soda bikarbonat..
    Tengkiu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam. Terima kasih. =)
      Boleh sis. Takde masalah guna tepung self raising sebab fungsinya sama mcm tepung biasa + baking powder. Fungsinya adalah untuk bagi kek naik dan gebu. =)

      Delete
  27. Sori, pembetulan...
    bukan soda..
    baking powder.. :D

    ReplyDelete
  28. kak, knp kek yg kukus saya buat jadi lembik ye?

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI