March 29, 2012

Sinopsis Cinta Buat Emelda

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Korang tengok tak cerita Cinta Buat Emelda kat TV3, setiap Isnin-Khamis jam 7.00 malam?...Boleh tahan jugak la cerita ni kan....Cerita ni membawa lakonan Fizo Omar, Almi Nadia, Wawa Zainal, Mia Sara Nasuha, Diana Amir dan ramai lagi pelakon (Saya tak kenal sangat..so tak leh tulis nama diorang)...haha



Apapun...jom kita baca sinopsis cerita yang diadaptasi dari novel Kasih Antara Kita ni....




SINOPSIS CINTA BUAT EMELDA

Di adaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, mengisahkan tentang pasangan kembar, Emelda dan Emira yang mempunyai personaliti yang berbeza. Emelda seorang yang ulat buku manakala Emira seorang yang ceria dan suka bersosial. Emira terlanjur dengan kekasihnya, Aeril Fatah dan dia telah mengandung. Malangnya, Emira telah meninggal dunia selepas melahirkan anaknya kerana penyakit kanser. Bagi menjaga maruah kakaknya, Emelda mengaku bahawa bayi tersebut adalah anaknya. 

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda ya kawan-kawan semua!....hehe




Almy Nadia dan Mia Sara Nasuha


Alololo......Comelnya Mia nih!....>_<


Barisan pelakon Cinta Buat Emelda



Agak2 berapa rating nak bagi kat cerita ni ya?
Hmmm....kena tengok sampai habis dulu la baru bleh bagi bintang...hehe




SEKIAN
 

2 comments:

  1. owh...lagu sebelum ni eh?...SALAHKAH KITA oleh Asmirandah....=)

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI