November 29, 2013

RESEPI : Puding Triffle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Dalam banyak-banyak jenis puding, saya rasa puding ni adalah salah satu puding yang agak senang dan mudah untuk dibuat. Lepas habis Degree dulu (sementara tunggu nak daftar masuk Master), saya pernah buat puding ni untuk dijual kat sekolah abah saya. Laku kot!...haha....Jual kat cikgu-cikgu memang la laku...

Dalam tempoh seminggu, saya buat puding Triffle ni, pastu buat Mashed Potato (yang macam kat KFC tu), Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam Bersalut Nestum...Semua ni saya bagi kat abah suruh jual kat kawan-kawan dia dan budak-budak kat sekolah...Hahaha.. Ni la cara saya nak cari duit poket. Nak buat macam mana, nak kerja, maa dan abah saya tak bagi walaupun saya ada tempoh 4 bulan sementara tunggu nak sambung master.huhuhu

Ni LINK resepi untuk Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam

1. SARDINE RING
Sori kalau korang tak dapat tengok gambar. Saya pun tak tahu kenapa gambar tu tak dapat tengok. Mungkin sebab entri tu dah lama kot. Yela...pada tahun 2011 lagi..hehe

Yang ni saya jual yang tak masak lagi tau!.. Saya packing dalam plastik, buat macam sejuk beku.hehe


Ok dah.Itu cerita dah lama. Tak payah la nak ungkit-ungkit lagi..hehe...Jom kita tengok resepi Puding Triffle ni


PUDING TRIFFLE

BAHAN A
Kek gulung/ Kek Chiffon

BAHAN B
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/2 tin air masak

BAHAN C
Buah-buahan dalam tin (Koktel buah)

BAHAN D
1 Kotak serbuk jelly (Perisa terpulang pada citarasa masing-masing)



CARA PENYEDIAAN

1. Potong nipis-nipis Bahan A dan susun di dalam bekas / mangkuk kaca. Saya lebih suka guna kek chiffon sebab texture kek lebih lembut berbanding kek gulung.

2. Siram (basahkan) kepingan kek yang dipotong tadi dengan air daripada buah dalam tin.

3. Campur kesemua Bahan B dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Pastikan adunan sentiasa di kacau. Kalau tak, adunan akan jadi berketul-ketul. Masak sehingga adunan menjadi pekat.

4. Tuang Bahan B ke atas kepingan kek. Pastikan keseluruhan kek ditutupi dengan adunan Bahan B.

5. Taburkan buah-buahan dalam tin ke atas adunan.

6. Masak jelly mengikut arahan di kotak. Sejukkan sementara sebelum tuang ke atas adunan. Jangan terlebih sejuk, nanti jelly tu mengeras!

7. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!




Nak tahu tak kenapa nama puding ni diberi nama Puding Triffle? 

Sebabnya, puding ni ada 3 lapisan. Lapisan Kek, Lapisan Kastard dan Lapisan Jelly. TRI means Three (tiga lapisan), FFLE pulak diambil dari perkataan waffle...Bila digabungkan, jadila THREEWAFFLE...tapi disebabkan panjang sangat, nama tu diubah jadi TRIFFLE!! Wohaa!....Memandai je aku neh. Korang jangan percaya tau!...hehehehe


Ok la...Selamat mencuba ya kawan-kawan!


SEKIAN

RESEPI: Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Hari tu saya dah share resepi Kek Coklat Karamel Moist Kukus, kali ni saya nak share resepi Kek Karamel Pelangi Kukus pulak. Senang je caranya... Cuma agak leceh jugak la sebab ada banyak jenis adunan.

Jom kita tengok apa resepinya....


KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
Resepi asal : Hasue


BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
  10. Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
  11. Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!


Hari tu saya buat dalam keadaan kelam kabut. Loyangnya kecik je tapi saya isi adunan sampai penuh. haha... Pastu, jadi la macam ni... Padan muka!... >_<


Menggelembung jadinya... Nak terbalikkan pun susah...wuwuwu. Tapi, nasib baik bila diterbalikkan rupanya nampak ok...haha




Adik beradik saya semuanya suka kek yang ni berbanding dengan kek coklat karamel sebab yang ni keknya lebih lembut.

Korang pun cuba la buat ya.. Senang je ni..hehe...
Sedap di makan sebagai dessert!

Selamat Mencuba!


SEKIAN

November 26, 2013

RESEPI: Kek Coklat Karamel Moist Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selepas hampir 3 bulan tangan ni tak buat kek, akhirnya pada 24/11/2013 tercapai jugak hasrat nak cuba buat kek coklat karamel dan kek karamel pelangi...Nasib baik menjadi walaupun first time buat..hehe..Alhamdulillah....




Ok la, tak perlu cakap banyak, jom kita tengok macam mana resepinya... =)


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful



BAHAN KARAMEL

STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3: 
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!




Selamat Mencoba!

November 19, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - Part 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ok... Akhirnya masuk jugak bab akhir kisah panjang ni...Kalau ikutkan nak buat 2 part je.Tapi macam terlalu panjang pulak. Mesti korang pun dah jemu nak baca kan?...haha... Takpe, yang dah jemu tu, tak payah baca.. Buat yang nak baca, teruskan pembacaan anda..Thank u so much sebab sanggup baca tulisan saya yang lintang pukang ni... Much LOVE from me!..Muuaahhh...hehe. 

Tujuan saya menulis blog adalah untuk mencatat setiap memori suka dan duka yang dilalui. At least setiap kenangan tidak hanya tercatat dalam memori, tapi juga tercatat dalam tulisan. Nanti anak-anak pun boleh baca dan tahu betapa peritnya perjalanan hidup mama diorang nih!..hehehe..... (Bila ya nak kawen?!...Woha!)

Ok, jom teruskan journey kisah yang penuh onak duri ni....

..............................................................................................................


Sementara tunggu adik datang, kami bertapa dalam kereta... Maka, berlakulah sesi meluahkan perasaan antara kami berdua...Biasala perempuan...Hehehe....Butiran luahan hati tu rasanya tak perlulah dicerita disini..Faham-faham sendiri la ya...hahaha

 Masa dalam kereta tu, kami terintai-intai tengok tingkap rumah dia. Mana la tahu, kami intip dia, rupa-rupanya dia pun intip kami.. Dah sama-sama mengintip pulak kerjanya...hahaha 

Dalam pada mengintip tu, adik saya pun datang bersama seorang kawannya.. Lepas berbincang sedikit sebanyak, kami naik ke atas.. Kali ni hati dah lebih yakin sikit sebab ada lelaki yang temankan...hehehe

Tok Tok Tok.....Bertalu-talu adik saya ketuk tapi masih takde respon..Dalam masa yang sama saya cuba call..Talian OK tapi takde orang angkat. Perbuatan kami telah mengundang jiran sebelah rumah menjenguk...Hahaha...Rasa segan pun ada. Ye la...Mesti diorang cakap "Eh, ada lagi budak 2 orang nih. Ingatkan dah balik. Sekarang siap bawak geng lagi"... (Monolog ni hanya dalam diri saya je... Entah2 diorang tak pikir pun macam tu!...Woha!)

Sementara adik dan kawannya bertanya dua tiga soalan pada lelaki-lelaki tersebut, kami pulak mendiamkan diri je.. Dalam kepala ni macam-macam fikir. Lagi satu frust sebab si penipu tu tak nak keluar rumah!...Huhuhu

Memandangkan jiran si penipu tu tak boleh nak tolong kami, terpaksa lah kami ambil inisiatif sendiri.. Cuma yang pasti, diorang cakap kawan-kawan serumah Si Danial tu ada waktu malam sebab diorang kerja siang hari... So, kami decide malam tu nak datang balik.

Turun tempat parking kereta, adik saya pesan suruh balik dulu. Malam nanti baru datang. Saya angguk kepala je.. Lepas adik saya pergi, kami tak balik pun! Kami nekad nak jadi spy hari tu!...Wohaa!...Siap call ofis lagi cakap kami nak cuti half day hari tu sebab ada masalah..Nampak tak betapa nekadnya kami berdua...hahaha

Saya cuba call lagi tapi masih tak berjawab. Last-last bila saya bukak aplikasi Whatsapp, rupanya dia tengah online!.. Apalagi! Memang terus saya serang dia


See!...Boleh pulak dia reply! Nampak sangat dia memang tak nak jawab call...huhu... Bila dia cakap nak bayar balik, terus saya bagi no. akaun. Nak pastikan betul ke tak dia boleh transfer...


Banyak cekadak pulak dia ni...Masa dia bagi no akaun Public Bank untuk kami transfer duit, kami tak banyak songeh pun walaupun terpaksa ke Wangsa Maju untuk cari Public Bank.. huhu...Maybank melambak kat KL ni, takkan tu pun susah nak cari... MENYAMPAH!


Saya siap cakap duit tu pinjam dengan kawan lagi..Padahal duit tu pinjam dengan abah..... Masa balas tu dah mula rasa sedih dah.. Mesti ma dan abah risau kalau tahu anak dia kena tipu...huhuhu.. 

"Ma..Abah...Kakcik kena tipu..... T_T"

Tapi, kata-kata tu hanya terluah dalam hati... Tak sanggup nak bagitahu diorang... Biarlah jumpa bertentang mata nanti baru bagitahu.. >_<

Dalam pada berbalas mesej tu, kami masih berada di situ..Tapi bukan dalam kereta..Kami ke blok bersebelahan dan duduk disitu memandang tingkap rumah DANIAL IRFAN...Penat duduk blok A, kami berpindah ke blok B pulak (Nama blok dirahsiakan)...Dah macam pengintip pulak. Nasib baik takde teropong. Kalau ada teropong, memang boleh jadi detektif la kami. Detektif berbaju kurung!...Hahaha

Dalam pada mengintip tu, kami nampak seorang lelaki berbaju sekolah masuk dalam rumah tu. Tapi still tak nampak Danial tu keluar.. Huhuhu...Sampailah pukul 4 petang, di sebabkan cuaca macam nak hujan, kami pun blah dari situ.....

Tapi dalam masa yang sama tetap keep in chatting dengan dia...


Mula tu kami setuju bila dia cakap nak bank in sebelum kul 12 malam, tapi lepas bincang dengan adik saya dan kawannya, diorang suruh bagi tempoh sampai pukul 8 malam...




Mula tu saya setuju dia nak transfer online. Tapi tetiba terfikir pulak baik jumpa je terus...Dah dia cakap nak bayar kan. Watpe nak takut kalau jumpa... Tapi, lepas saya cakap macam tu, tetiba pulak dia cakap dia dah transfer.... Bila saya mintak bukti, tak boleh pulak nak tunjuk.. Haish!



Masa reply ni, menggigil tangan saya tahan marah... Bila call tak nak jawab.. Tapi bila sms, boleh pulak balas....huhuhu... Haish, walaupun kes ni sebulan yang lalu, tapi bila baca balik setiap bait ayat yang dia reply, datang pulak sakit hati ni.... +_+



Haa...akhirnya dia mengaku yang dia tak transfer lagi.... Nampak tak kebodohan dia tuh.. Cakap macam k*ling!



Lepas saya cakap nak cash dan nak pergi tempat dia kerja, terus dia tak reply...... Dalam pada menunggu dia reply mesej, saya, kawan saya, adik saya dan kawannya menuju ke rumah si PENIPU tu untuk berjumpa dengan kawan serumah dia......

DAN....

Memang betul!...Si Danial tu telah menipu kami!...huhuhu.... Bila kami cakap yang Danial nak sewakan rumah ni pada kami, kesemua kawan rumah dia terkejut!... Mana tak nya... Danial tu hanya penyewa kat rumah tu dan bukan tuan rumah!.... Huhuhu

Mendengar kata-kata kawan dia, hancur luluh hati ni... Betapa pedihnya ditipu... Rasa macam putus cinta pulak sakitnya!...(Eh!....Ada kaitan ke?!....Woha!)

Saya, adik saya dan kawan adik saya tinggalkan nombor telefon pada kawan rumah Danial tu dengan harapan bila Danial balik, dia akan call salah seorang antara kami...

Selepas berbincang sedikit sebanyak dan memikirkan cara untuk perangkap Danial, kami pun pulang ke rumah...... Saya pulak terus sambung SMS dia....




Mungkin ALLAH nak tolong kami kot... Selepas pulang dari Thailand, Si Danial tu sempat tukar gambar profile dia kat WhatsApp... Tak tahu kenapa, terdetik dihati saya nak copy gambar dia. Padahal masa tu saya tak rasa lagi kami di tipu... Kejap je dia tukar..Rasanya tak sampai sejam!.. Lepas saya copy, bila buka balik, dia dah tukar dah profile picture dia seperti kat gambar saya screen shot kat atas ni.

Sejak dari itu, dia tak pernah balas mesej atau jawab call dari saya...... Saya diamkan diri je.. Malas lagi dah nak push. Segala SMS, WhatsApp dan gambar yang ada sudah cukup dijadikan bukti untuk dikemukakan pada pihak polis...

Mula tu saya ingat keesokan paginya (3/10/2013) nak pergi report polis. Tapi adik saya tak bagi sebab takut susah pihak polis nak jumpa saya memandangkan 4 - 6 /10/2013 saya akan ke Johor untuk majlis konvokesyen. So, saya hold dulu. Biar si Penipu tu leka....

Mak saya pulak asyik call dan SMS je tanya dah masuk rumah baru ke belom... Sedih kot! Saya menangis masa balas SMS cakap kat Mak yang saya tak masuk rumah baru lagi. Mungkin 2-3 hari lagi baru masuk. Kalau dia call pun, benda yang sama saya cakap dan cepat-cepat saya ubah topik sebab taknak dia perasan suara anak dia dah lain sebab tahan nangis!....Uwaaaaa

"Maaa.....Maafkan Kakcik sebab tak bagitahu hal sebenar. Kakcik takut Ma dengan Abah susah hati sebab anak mu ini jarang berjauhan dengan family"

Tapi...Sampai bila tak nak cerita kan... Nak tak nak, apa-apa hal jadi nanti, pada family jugak kita rujuk. Sehari sebelum konvokesyen, saya ceritakan pada mereka sambil menangis mengenangkan nasib ini...haha.. Memalukan je. Dah tua-tua pun nangis lagi. Depan family pulak tu!

Ma dan abah tak marah pun. Cuma Ma cakap patut la dia tak sedap hati bila baca sms saya masa saya reply kat dia bila dia tanya pasal rumah sewa tu.. Biasa la...Instinct orang tua. Lebih-lebih lagi ibu kita...wuwuwuuuu

Abah pulak cakap : "Takpela...tak de rezeki. Janji semuanya selamat"...Thanks abah!

Malam tu tido dengan hati yang tenang. Ye la...esokkan nak konvo...hehe

...............................................................

Pulang dari Johor, hari Isnin (7/10/2013), after waktu Isyak, kami menuju ke Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat report. Kenapa Wangsa Maju? Sebab, saya tak tahu pun kat Setiawangsa ada Balai Polis!...hahaha

Segala mesej-mesej dia sama ada melalui SMS @ WhatsApp, saya print. Resit pembayaran deposit sebanyak RM2000 melalui 2 transaksi pun saya bawa sebagai bukti. Gambar dia pulak saya print besar-besar! Amik kau!

Masa buat report tu ada la beberapa orang polis datang baca setiap mesej-mesej yang saya print tu. Rasa segan pun ada..Haha.... Bila diorang tengok nama yang saya save untuk si penipu tu sebagai "Tuan Rumah", diorang cakap apa tau : "Ni bukan muka Tuan Rumah.. Ini muka Pecah Rumah!"...Hahaha

Lepas buat report kat Wangsa Maju, kami di arah pergi berjumpa dengan Pegawai Penyiasat di Balai Polis Kepong pulak.. Dah satu hal pulak nak cari jalan malam-malam buta ni....Huhuhu... Sesat jugak la...Pukul 11 lebih baru sampai Kepong. Tapi nasib baik jugak Pegawai Penyiasat tu agak hensem. Terus segar je rasa nak bagi keterangan!... (Gatai noo.... Woha!)

Selepas bagi keterangan, kami pun pulang dengan hati yang lega.....

....................................................................

Dipendekkan cerita.... Pada 10/10/2013 iaitu 4 hari selepas kami membuat report, Pegawai Penyiasat a.k.a Sarjan tu call saya bagitahu yang Danial di tangkap dan mintak kami ke Balai Polis Wangsa Maju sekarang jugak untuk buat pengecaman!

Subhanallah.... Syukur sangat-sangat akhirnya tertangkap jugak si Penipu tu... Walaupun jumlah duit yang dia tipu hanyalah berjumlah RM2000, tapi dia telah melukakan hati kami yang terlalu mengharap ni... huhuhu

Polis cakap, Danial tu datang balai polis untuk buat report kehilangan kereta. (Padahal kereta dia kena tarik oleh pihak Bank!) . Sebelum Danial pergi buat report, rakan serumah Danial ada call saya bagitahu yang kereta Danial hilang. Dia tanya saya kalau-kalau saya tahu pasal kehilangan kereta Danial tu ( Dia ingat polis yang tarik kereta tu atau adik saya yang tarik!..Ada ke patut adik saya nak tarik kete dia. No Plat kereta pun kami tak tahu...huhu)

Lepas budak rumah Danial call saya, saya terus call Sarjan tanya pasal ni. Ye la..Mana la tahu memang betul polis yang tarik kan..Hehe... Tapi polis cakap diorang takde hak nak tarik kereta orang tak tentu pasal.. Pastu saya suruh Sarjan tu call budak rumah Danial untuk betulkan persepsi dia yang salah terhadap polis . (Budak rumah Danial tu nampak macam nak backup Danial je...huhuhu)


 PADAN MUKA!.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.... Rupa-rupanya, masa Encik Sarjan call budak rumah Danial tu, dia ada cakap yang Danial dah pergi Balai Polis Wangsa Maju untuk buat report kes kehilangan keretanya. Apalagi, terus Sarjan tu call Balai Polis Wangsa Maju suruh tahan terus si Danial penipu tuh!...

Dan malam tu jugak kami pergi buat pengecaman.....Masa jumpa tu rasa nak tampar-tampar je muka si penipu tu. Tapi saya sabarkan diri.. Mana boleh tampar sesuka hati depan polis. Kang tak pasal-pasal saya pulak yang kena tahan...hahahaha

Ya..!... Malam tu kami rasa gembira sangat-sangat!... Penipu itu ditangkap di BALAI POLIS tempat kami buat aduan! Dah macam dia menyerah diri pulak...hahaha... Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Allah... Engkau telah membantu kami insan yang teraniaya ini...

Lelaki jahanam itu telah ditahan reman selama empat hari... Selama ditahan tu memang dia mengaku dia tipu kami...Duit RM2000 tu memang dia nak guna untuk buat modal beli barang dekat Thailand untuk dijual di UpTown Danau Kota (Kalau tak silap la...)

Sesungguhnya kami tak marah...Cuma terkilan kenapa dia buat macam tu... Dia terlalu baik untuk menipu... Kalau dia memang betul nak tipu, kenapa tak lari terus je lepas kami bayar.. Tapi dia "baik"...Dia bagitahu yang dia ke Thailand...Ya!..Memang dia sangat-sangat BAIK (bodoh!)


Ok guys....Begitulah kisahnya.................


Sejak kejadian tu, saya dah tak berani nak buka laman web Mudah.my @ Majalah.com..... Jadi trauma.....huhuhu

Dan.. Syukur Alhamdulillah... Ada hikmah sebenarnya apa yang terjadi ni... Sekarang ni, saya dan Norsal dapat hidup selesa di rumah sewa sekarang kerana kakak yang tak berapa nak mesra tu dah keluar mencari rumah lain... Alhamdulillah..... Kalau sebelum ni kami diibaratkan seperti penyewa bilik je (bilik kecik tu la dunia kami...Ruang tamu dan dapur semua dia konker)..Sekarang ni kami dah bebas......hehehehe


Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Tuhan menguji kita dengan memberi ujian pada kita agar kita sentiasa mengingatiNYA....




p/s: Berkenaan dengan keputusan mahkamah dalam perbicaraan semalam (18/11/2013), saya pun masih tak tahu keputusannya. Dah tanya Encik Sarjan tu tapi dia pun tah tahu sebab dia tak pergi mahkamah sebab ada meeting....InsyaAllah, apa-apa update nanti saya akan bagitahu dalam entry baru....


Ok..Itu saja dari saya... Thank you for reading this long story...


SEKIAN

November 18, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - Part 2

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Yok!...Sambung kisah seterusnya...

Buat sesiapa yang tak baca lagi PART 1, boleh la baca kat sini ------> KISAH SEDIH DI IBU KOTA - PART 1



Selepas kejadian hari tu, agak sedikit tawar hati la nak cari rumah sewa...huhuhu.... Tapi nak tak nak kena cari jugak sebab rumah yang saya tumpang sekarang tak boleh duduk lama...Kat rumah tu pun bermasalah jugak.. Masalah housemate yang tak mesra alam dan suka cari kesalahan orang...huhuhu

Sedang saya searching rumah sewa / bilik sewa kat laman web Mudah.my, rakan sekerja saya, Faizal bagitahu ada satu laman web yang banyak iklan pasal rumah untuk disewa selain mudah.my...Laman web tu adalah http://www.majalah.com/

Saya pun apalagi...terus buka laman web tu... Bila tengok ramai yang post "Mencari Rumah Untuk di Sewa", saya pun tergerak hati nak post jugak iklan tu..


Sejak post kat laman web ni, boleh dikatakan setiap masa saya semak takut-takut ada yang tinggal comment tapi saya terlambat nak semak...hehe

Dalam masa yang sama saya tetap tengok laman web mudah.my.... Akhirnya.. Dapat jugak 1 rumah untuk di sewa di Greenwood dengan harga RM500 sebulan...Contact tuan rumah cakap dengan dia hujung minggu ni nak pergi tengok...


4. RUMAH UNTUK DI SEWA (Greenwood)

Pada hari Sabtu, 21 Sept 2013, kami berdua (Saya dan Norsal) menuju ke Sentul dulu ambil adik lelaki saya dan kawannya sebagai penunjuk jalan nak ke Greenwood...Maklumlah si kakak tak tahu jalan...hehe

Cari punya cari akhirnya jumpa jugak rumah tu berdasarkan gambar yang diiklankan kat laman web mudah.my tu...... Dah sampai depan rumah, tapi bila call tuan rumah, taknak pulak dia nak jawab..huhu...Bila kawan adik saya call, dia angkat pulak...Haiiyyaaa...Call saya dia taknak jawab!...huhu

Kawan adik saya cakap dengan dia yang kitorang dah ada kat bawah untuk datang tengok rumah yang nak disewa tu..Pastu tuan rumah tu cakap kejap lagi dia turun... Tunggu punya tunggu dekat 15 minit tak turun-turun jugak tuan rumah tu....Pelik sungguh!...huhuhu

Dalam masa yang sama adik saya pulak cakap dia tak suka dan tak setuju kalau saya tinggal kat situ sebab kawasan rumah tu nampak macam tak selamat je untuk gadis bujang macam kami tinggal...huhu...Last-last kami blah macam tu je..Ingat nak jugak try tengok ruang dalam rumah tu macam mana tapi dah tuan rumah macam nak tak nak je bagi sewa rumah dia tuh, tu yang kami blah macam tu je... >_<


Agak penat jugak la sebenarnya.. Ke sana ke mari mencari rumah sewa....huhuhuhu

Tapi apa yang membuatkan diri lebih terasa penat adalah penat nak hadap macam-macam kerenah manusia... >_<





Hari Isnin, 23 Sept 2013, kawan saya (Syazwan) mesej cakap ada 1 bilik kosong untuk disewa.


5. BILIK UNTUK DI SEWA (Keramat AU3)


Petang tu jugak kami pergi tengok bilik tu..... Tuan rumah agak ramah jugak la.At least bukan macam tuan-tuan rumah sebelum ni..hehehe

Sewa bilik RM400 untuk 2 orang termasuk bil air api...Kira ok la kan sebab semuanya lengkap. Ada peti ais, mesin basuh dan dapur gas..Cuma yang tak best nye akak tu cakap dia ada sorang anak lelaki. Anak lelaki dia tu jarang balik rumah.

"Jarang" tu maksudnya ada jugak la waktunya dia akan balik kan?!

Masa tu berbelah bagi sangat-sangat.Susah betul nak bagi keputusan..huhu..Kalau dari segi rumah, semuanya dah ok...Jarak dengan tempat keje pun tak jauh sangat.. Tapi tang anak dia tu yang kena pikir 2-3 kali...Mana la tahu time mak dia pegi keje, anak dia balik rumah. Tak ke bahaya tu?...huhuhu

Last-last cakap dekat akak tu, esok atau lusa baru boleh bagi jawapan dan akak tu ok je sebab dia tak terdesak sangat nak cari penyewa....

Malam tu pikir masak-masak.... Sebab dah tak larat dah nak cari rumah sewa dan takut nak menghadap kerenah manusia yang bermacam-macam lagi dah...huhu...Kalau boleh, dapat masuk rumah sewa baru sebelum bulan 10 lagi..Pikir punya pikir, saya pun dengan berat hati membuat keputusan untuk masuk rumah akak tu yang kat AU3 tu dalam minggu tu jugak...Tapi saya sorang je la dulu yang masuk sebab Norsal kena inform dulu dekat tuan rumah yang dia sewa sekarang at least sebulan sebelum keluar.

Malam tu sebelum tidur, dah simpan dah dalam mindset bangun pagi esok, nak bagitahu akak tu yang saya jadi nak menyewa kat situ.






Namun..........................

Segala perancangan berubah sekelip mata selepas bangun pagi keesokan harinya................

Sedang saya bersiap - siap nak pergi kerja, tiba-tiba saya dapat mesej bertanyakan pasal rumah!




Ya Allah....Masa tu rasa macam nak menjerit sekuat hati meluahkan rasa gembira!...Rasa macam keadaan masa tu macam kena pulak dengan peribahasa "Orang mengantuk disorongkan bantal"...Ceh! Sempat lagi pikir pasal peribahasa...hihi.....Menggigil tangan saya reply mesej tu! Menggigil sebab excited!... >_<

Bila tanya tempat dan set masa dengan tuan rumah tu, tengah hari tu jugak kitorang pergi tengok rumah..Punya la excited sebab takut terlepas pada orang lain.hehe.. Pergi tengah hari waktu lunch sebab tuan rumah kerja waktu petang sampai malam.



6. RUMAH UNTUK DI SEWA (Wangsa Maju Seksyen 1)


Mula tu kitorang ingatkan tuan rumah tu perempuan sebab dia cakap dah sampai nanti bagitahu dia sebab takut dia takde kat rumah pergi ambil anak..Lagi satu sebab mesej. Perempuan je yang suka mesej-mesej ni. Lelaki mesti malas nak mesej kan sebab lambat. Betul tak??  Assume je ni...Hehehe... So, dalam fikiran kami, tuan rumah yang bakal kami jumpa ni adalah perempuan! Tapi, bila call masa sampai rumah dia tu, rupa-rupanya, tuan rumah tu seorang lelaki!

Kami dijemput masuk dalam rumah.. Tuan rumah tu cakap melayu tapi muka cina...Confuse giler masa tu..Dah la dia dukung budak perempuan muka macam cina. Masa tu dalam fikiran masing-masing, kitorang nak sewa rumah orang cina ke ni?...Haha...Mata melilau mencari bukti yang dia adalah seorang muslim sebab permulaan mesej dia sebelum ni dia bagi salam...Bila tengok ada frame nama ALLAH tergantung kat dinding, terus lega....Fuhhhh..

Tuan rumah tu cakap dia nak pindah rumah dalam minggu ni jugak. So, memang dia nak cepat-cepat let go rumah tu... Barang-barang dalam rumah tu semua dia tinggal. Mesin basuh, peti ais, TV, Sofa, Dapur, Katil, Almari dan sebagainya.... Pendek kata semua kelengkapan rumah la dia tinggal dan sewa rumah cuma RM600 sebulan!

Masa tu excited kot! Rasa macam apa yang kita impikan selama ni ditunaikan.....Tapi...Kami tak sedar...Semua ni rupanya bukanlah sebuah realiti yang indah...Dalam pada kami seronok nak dapat rumah sewa tu, rupanya "beliau" juga sedang bersorak gembira kerana berjaya memerangkap kami yang naif ini......huhuhuhu



Maka....Bermulalah kisah sedih ini..........


Bayangkanlah....Tengah hari kami pergi jumpa tuan rumah dan tengok rumah, petang tu jugak kami pergi bayar duit booking rumah sebanyak RM500! Betapa percayanya kami pada beliau...huhu...Saya pulak siap call mak lagi cakap nak pinjam duit dengan abah sebab nak bayar deposit rumah sebanyak RM2000 (bahagi 2 orang jadi RM1000 seorang)..

Lepas bayar booking, tuan rumah cakap dia nak wat agreement. Lagi lah bertambah percaya kami pada dia...haha

Mula tu lepas bayar booking, kami cakap kat dia yang balance RM1500 tu kami nak bayar cash je masa sign agreement dan serah kunci. Tapi dia nak jugak kami bank in duit tu...huhuhu

Haaa......Macam ni la...Apakata korang baca je mesej-mesej ni...I dah tak larat nak karang dah ni...hehehe



Selalunya booking RM100 pun  dah cukup..Tapi tak tahu kenapa kami dengan mudah je bagi RM500 sebagai duit booking... Kebodohan kami. Mungkin!




Haaa....cer korang baca ayat-ayat dia kat atas nih.. Macam mana la kami tak percaya...wuwuwuuu






Nak buat agreement konon!...Huh



See!....Siap nak cek lagi bila boleh clear payment!..Alahai..Kenapa la masa ni kami tak meragui langsung si penipu nih!.... >_<



Dengan sabar kami menunggu hari Isnin seperti yang beliau cakap..... Namun....


Beliau ke Thailand kot!.... Masa tu dah terdetik dah di hati yang dia cuba nak menipu dengan ambil duit kami RM2000 sebagai modal ke Thailand...Tapi cepat-cepat tepis fikiran negatif nih. Mungkin dia memang perlukan duit tu....So, kami sabar lagi.....




Lebih 10 kali kot saya call tapi dia tak jawab pun!


Pandainya dia bercakap....Haish!...Datang pulak sakit hati ni bila baca mesej-mesej ni.... >_<


Time ni memang dah geram dah ni.... 








Hahaha..... Betapa desperate nya kami nak dapat rumah tu...



Time ni memang kami geram sangat2..Tapi kami sabar dan cuba think positif...Mana tahu memang betul dia ada masalah.....




Cuba tengok tarikh dan masa SMS ni di hantar... Pukul 5 pagi kot!...Saya SMS sambil nangis mengenangkan nasib kami yang diibaratkan digantung tak bertali... huhuhu

Bangun pagi tu, kami nekad nak pergi rumah dia lunch hour nanti... Kami nak tanya dia apa masalah dia sampai tak boleh pindah keluar lagi sedangkan hari ni dah masuk 2hb Oktober dah....

Can u imagine!.. 2 orang perempuan pergi serbu rumah tu tanpa ada lelaki sebagai peneman?!...Hahaha....Memang kami nekad masa tu.. Tapi ada jugak terselit rasa takut... Nak ketuk pintu rumah pun rasa menggigil...hahaha

Ketuk dan ketuk bersulamkan bagi salam tapi masih takde orang jawab...Kami tahu dia ada kat dalam sebab dia kan peniaga pasar malam, mesti la petang baru mula kerja... Dah naik lenguh dah tangan ni.. Last-last kami ambil keputusan nak tanya jiran sebelah rumah sebab kebetulan masa tu pintu rumah jiran sebelah tu terbuka luas...

Dalam rumah tu ada lebih kurang 4 orang lelaki...Agak gementar jugak la tapi kuatkan hati jugak untuk bertanya.

Kami : "Assalamualaikum Bang, boleh tanya tak? orang sebelah rumah ni suami isteri kan? Si suami kerja pasar malam kan? Selalunya time-time macam ni mesti dia ada kat rumah kan?"

Bertalu-talu soalan kami tanya..

Lelaki A : "Suami isteri??...Eh, takde la...Sebelah rumah ni orang bujang yang duduk..Ada la dalam 5 orang"

APA!!!.....BUJANG!....

Mendengar kata-kata lelaki tu, rasa macam nak tercabut jantung ni...Masa tu rasa macam nak menjerit sekuat hati.. "Ya Allah, sesungguhnya kami telah ditipu!"

Tapi cepat-cepat kawal perasaan dan terus bertanya lagi....

Saya: "Ada tak dalam rumah tu lelaki yang bernama Danial? Danial Irfan....Lelaki cina yang peluk Islam?"

Lelaki A : "Owh...Danny ke? Ada...Dia pun penyewa kat rumah tu... Ada apa tu dik? Sebelum ni ada jugak yang cari dia.."

Saya: " Sepatutnya kami sewa rumah ni..Dah bayar deposit dah..Dia cakap nak pindah rumah dengan isteri dan anak dia"

Lelaki A: " Danny tu bujang lagi...Mana ada isteri apatah lagi anak"

Kata-kata lelaki tu sangat-sangat menghiris hati kami yang masih mengharap bahawa Danial tidak menipu kami....huhuhu...Tapi, apakan daya...Kebenaran sudah terungkai...

Dengan hati yang sakit dan terluka, kami melangkah turun dengan longlai.... Tapi masa tu, tiada setitis pun air mata yang keluar... Mungkin sebab terlalu terkejut kot......Ya.. MUNGKIN!

Turun bawah, masuk dalam kereta, kami diam tanpa kata.... Masa tu saya teringat kat adik lelaki saya.. Terus call dia suruh datang segera... Ya, mungkin adik saya boleh tolong! Kami percaya lelaki itu masih ada dalam rumah tu. Cuma dia bersembunyi tak nak keluar...........


.....................................................................

Kisah ini akan bersambung dalam PART 3 nanti.... Sabar ya.... Takut ada yang bosan nanti kalau tulis panjang- panjang...

HEHEHE



P/S : Hari ini 18/11/2013 adalah tarikh perbicaraan kes ini di mahkamah...Moga segalanya berjalan lancar.....Doakan ya!



SEKIAN

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI