August 19, 2011

Roti Gulung Isi Ketam Bersalut Nestum

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


ROTI GULUNG ISI KETAM BERSALUT NESTUM............Panjang giler nama resepi ni...Tak tahu nak letak nama apa...Main letak je.Straight to the point pulak tu..haha

Ok la...kita terus ke resepi di atas..

BAHAN-BAHAN

- Roti Sandwich
- 1 biji telur
- Filamen ketam
- Nestum Original








CARA- CARA

1- Potong bahagian tepi roti 

2- Lenyekkan roti menjadi leper

3- Letak isi ketam di atas roti dan gulung

4- Sapu telur di penghujung gulungan roti supaya roti bercantum gulungannya

5- Sapu telur di keseluruhan gulungan roti dan kemudian salutkan dengan nestum


6- Goreng dalam minyak yang panas dan SIAP!




Yang ni yang saya buat!


Saya buat kecik je..roti potong 2  dan filamen ketam pn potong 2


sapu telur di sekeliling roti

kemudian salut dengan nestum

sebelum di goreng

selepas di goreng
Lebihan tepi roti jangan di buang...korang buat cara yang sama dengan yang di atas..sapu telur dan salut dengan nestum...dan GORENG!.....sedap di makan sebab sangat-sangat crispy!...>_<



kulit tepi roti gaul dalam telur


salut dengan nestum



Sedap di makan sebagai dessert untuk berbuka atau bersahur.....makan cicah dengan sos ye!



Selamat Mencuba!


Wassalam





August 18, 2011

Adakah anda faham perasaan seorang tukang jahit?!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tajuk bukan main lagi kan?...haha…..Korang pandai menjahit tak?..kalau sapa-sapa pandai menjahit tu bagus la…boleh buat side income….macam abang dan abah saya….

Orang selalu fikir kalau ayah/ibu tukang jahit,mesti anak-anak pun pandai menjahit..kan kan?.. tapi realitinya tidak..sebab saya tak pandai menjahit + KURANG berminat untuk menjahit ( mungkin buat masa sekarang kot…hehe…masa-masa akan datang,MUGKIN AKAN BERMINAT!..wohoo)…

Pernah tak korang tempah baju, tapi baju korang tak siap?..dah la baju raya kan..memang hangin la kan..tak pun korang tempah baju bulan 2, tapi bulan 8 baru siap…setengah tahun menunggu..(dasyat tu…aku pun hangin kalo jadi macam ni…haha)….tak pun, baju yang korang tempah tu jahitannya tak cantik @ kemas, besar sangat la,kecik sangat la dan sebagainya yang negatif lah bagi korang……mesti kes-kes di atas pernah jadi pada korang kan?

Apa yang korang rasa kalau kes-kes di atas terjadi pada korang?...of course la MARAH kan…tak kan tak de perasaan marah langsung…kalau tak marah banyak,marah sikit..haha

Saya anak tukang jahit..so, saya tahu apa perasaan tukang jahit bila baju-baju tempahan tak sempat siap..

mesin-mesin jahit di rumah saya
tempat abang saya menjahit
Saya tahu bagaimana susahnya tukang jahit nak fikir cara nak potong kain supaya potongan kain tu cukup dengan kain yang di beri…

meja memotong kain
Saya tahu macam mana stressnya tukang jahit nak potong kain mengikut bunga/ corak supaya bila baju siap, coraknya terletak cantik…..

Saya tahu betapa seorang tukang jahit sanggup bersengkang mata menjahit baju 5 pasang sehari demi mengejar DUE DATE baju yang orang nak…

mesin tebuk lubang butang baju
mesin buat butang bungkus
mesin tebuk lubang butang baju
Saya tahu perasaan tukang jahit apabila mesin jahitnya rosak di kala banyak lagi kain – kain di dalam plastic beg / paper beg yang menunggu untuk bertukar menjadi baju…..

timbunan kain 1
timbunan kain 2
timbunan kain 3
DAN…..

Saya juga tahu apa perasaan tukang jahit apabila orang-orang yang menempah baju dengannya memulangkan kembali baju tersebut sebab baju tu BESAR sangat tak ikut body, KECIK sangat sampai tak muat nak pakai dan yang paling teruk bila ADA ORANG YANG TAK NAK BAYAR BAJU YANG DI JAHIT!
baju-baju yang dah siap
Oh!.......kesiannya tukang jahit..

Rumah saya jadi tumpuan tukang- tukang jahit kecil-kecilan sebagai pusat membeli barang-barang untuk menjahit seperti benang, zip,  butang baju dan sebagainya.Kebanyakan mereka adalah IBU TUNGGAL!...dengan menjahitlah mereka mencari rezeki…..Ya ALLAH,murahkanlah rezeki mereka…

Tapi….. itulah lumrah hidup seorang tukang jahit..kena BERSABAR dan BERSABAR dan sentiasa BERSABAR demi mencari sesuap nasi…
Almari Benang
Benangsss......

kelengkapan lain...

timbunan Zipsss.....

Ok, stop kat situ dulu…..saya nak cerita pasal abah dan abang saya…………………sebagai tukang jahit sambilan!

Abah saya seorang guru..Abang saya pulak seorang penyelia di kilang kain..masing-masing  ada PERMENENT CUSTOMER!

Abah dengan kawan-kawan nya di sekolah yang setiap tahun tempah baju dengan dia.
Abang pulak dengan kawan-kawannya yang nak tempah baju.
Itu tak termasuk lagi dengan orang-orang kampung, jiran tetangga dan sanak saudara yang tempah..
Nak tolak tempahan, tak sampai hati sebab kawan baik …sebab saudara…sebab jiran….

Maka…......bertimbun lah kain-kain yang ingin menjadi baju yang cantik!

Abah saya belajar menjahit masa dia tengah tunggu keputusan SPM..Dia belajar dengan pakcik saudaranya…hebatkan abah saya?!...pandai menjahit tu…..jarang orang lelaki suka menjahit…hehe..Dulu, abah saya ambik tempahan ribuan NECK TIE dan VEST dari sekolah-sekolah..sekolah kat Kolumpo pun ada yang tempah..tapi abah saya ni jadi tukang jahit je..Dapat income 1/3 je dari keuntungan ribuan TIE tu..2/3 lagi dapat kat orang tengah yang mencari tender…..Mula-mula orang tengah a.k.a guru sekolah tempat abah mengajar tu bayar elok..Tapi lama-lama dia buat hal..makan duit untung tu sorang-sorang je..tak bayar pun kat abah…beribu-riban dia hutang ngan abah..Bila abah mintak, dia bagi RM500 je..Dia pun dah pandai tukar nombor bila abah call…Last-last lesap macam tu je…Bila sekolah pun dah kena tukar,lagi la senang nak larikan diri..Dari kawan-kawan, abah dapat tahu dia beli kete baru dan BINI baru!......dan akhirnya, menghilanglah dia dengan hutang beribu-riban dengan abah……bukan sekali abah kena tipu..DUA kali pulak tu..situasi yang sama!...Dan akhirnya abah dah serik nak ambik tender macam tu lagi……….huhu…kesian abah…>_<

ni abah saya.....nsem tak?..haha
Jadi GURU dan juga TUKANG JAHIT memang mencabar!..Abah saya, bila balik sekolah, mandi + solat zohor + tidur kejap…bangun je tido dah kena menghadap mesin jahit..Di bulan puasa ni, lepas sembahyang terawih, sambung menjahit lagi..kemudian tido dalam pukul 12…pastu bangun pulak pukul 4 untuk menjahit..lepas sahur, sambung menjahit lagi..pastu berhenti untuk sembahyang subuh di masjid…pastu bersiap-siap pegi sekolah…..dan…..begitulah kitarannya setiap hari……

Abang pun macam tu jugak…dialah satu-satunya penyambung gene abah untuk terus menjahit…Maklumlah, anak-anak perempuannya semuanya tak minat menjahit…haha..abang saya ni belajarnya biasa-biasa aje..tak pandai macam saya…wohoo!..(perasan...haha…tapi itulah realitinya!!)…..lepas habis SPM, dia amik sijil rekaan fesyen lelaki di Institiut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP)…belajar di sana tak sampai 2 bulan, dah keluar sebab di BULI!...haha…macam kelakar pulak di buli..tapi itulah yang jadi..maklum lah, abang saya baru je masuk belajar di sana tak sampai sebulan dah di lantik menjadi President pelajar…budak-budak yang amik kemahiran bengkel/automotif tu memang hangin la…yela, boleh kalah dengan budak kelas fesyen yang pelajar kelas tu hanya 2 orang lelaki yang di kelilingi perempuan….diorang pukul abang saya waktu rehat..abang saya pergi kelas dengan lebam-lebam..bila pensyarah tanya kenapa lebam, dia cakap jatuh tangga (sebab kena ugut)..sampai la dia pengsan dan masuk wad…dari situ la tahu dia kena buli…bila dah jadi macam ni, abah dan ma suruh berhenti je…lepas keluar IKIP, dia sambung belajar di Giat Mara sampai la habis…dan sekarang jadi penyelia kilang kain dan juga TUKANG JAHIT SAMBILAN di rumah.

abang saya bersama bekas tunang nya
Wah..panjang pulak cerita pasal abah dan abang saya ni…haha…tapi situasi abang  sebagai seorang tukang jahit sambilan sama la macam abah saya…hari-hari tido lambat dan bangun awal..stress tu tak yah cakap la bila hari sabtu pun kena pergi kerja….oh!kesiannya abang saya…>_<

ABAH….ABE MAT…berTABAH la ye….moga kain-kain tu sempat korang setelkan sebelum raya…nanti boleh la malam raya kita main BUNGA API!...wohoo…..Sori kakcik tak boleh tolong sebab tak pandai menjahit…hehehe

Ok la, kesimpulannya…fahamilah situasi seorang tukang jahit..jangan cepat melatah bila baju anda lambat siap kerana tukang jahit pasti akan memenuhi keinginan anda walaupun lambat!...

TEKA-TEKI: Siapakah orang yang tidak suka dengar lagu raya, tension bila dengar lagu raya dan sedih bila dengar lagu raya??!!

Jawapannya adalah:

  • 1-      Orang yang duduk oversea dan tak boleh balik beraya di kampung…alololo…cedihnye
  • 2-      Orang yang kematian ibu bapa ( anak-anak yatim)….Ya Allah, lapangkan hari-hari mereka..
  • 3-      Orang bukan ISLAM!...sebab diorang tak raya!..haha
  • 4-      TUKANG JAHIT!!...stress sebab tinggal beberapa hari lagi nak raya tapi baju-baju yang di tempah tak siap-siap lagi………hohoho!
Wassalam


UPDATE 2014: Abang saya sekarang ni dah buka company sendiri TG MIZI Ent... Menerima tempahan baju korporat, tempah banner + banting dan segala jenis jahitan.

August 16, 2011

Agar - agar Pelangi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


P.E.L.A.N.G.I....sapa tak kenal pelangi angkat tangan!.....haha...


Hari ni saya nak share Agar-agar Pelangi yang telah saya buat..

comel tak?..hehe


BAHAN-BAHAN

Bahan A

2 sudu makan serbuk agar-agar
1200 ml air
200 gram gula
Pewarna- hijau, merah dll


Bahan B

2 sudu makan serbuk agar2
400 ml santan ( guna susu cair pon boleh)
800 ml air
200 gram gula
1/2 sudu teh garam


CARA-CARA

  1. Masak bahan A hingga hancur- kecuali warna
  2. Kemudian tapiskan..letak dlm mangkuk. biarkan dlm bekas lain (kaedah double boiler) @ biarkan dgn api kecil
  3. Masak bahan B hingga hancur - kecuali santan & garam
  4. Dh masak..masukkn santan dan garam..didihkan sekejap shaja. Buat spt bhn A - tapis letak dlm mangkuk..biarkan dlm bekas lain ( double boiler) @ biarkan atas api kecil
  5. CARA MELAPIS: Sukat 250 ml agar2 (A) letak pewarna..masukan dlm loyang..biarkan dlm 5 minit @ agak keras
  6. Lapisan pertama dh agk keras.lorek2 permukaan agar2 yg dh agak keras td dgn garfu supaya lapisan akan melekat.sukat lg 250 ml agar2 (B) tuang dlm loyang..biarkan dlm 5 minit
  7. Ulangi langkah 5 & 6...hingga habis..tp setiap kali turn agar2 (A) kena letak pewarna..ikut sukalah nk letak warna apa..TAPI jgn lupa setiap lapisan yg dh keras mesti dlorek2 dgn garfu. agar2 (B) tetap clear warna putih santan je...ala2 mcm kek lapis
  8. Sapa2 yg tak suka manis sgt blh adjust rasa dia...



saya letak yang warna biru dulu



lepas tu warna hijau


yang ni lapisan bahan B



siap melapis!


cantik kan?...rasa pon sodap!..hehe

Ada rasa lapar tak bila tengok agar-agar ni?..dah la bulan pose kan?..haha....

Selamat mencuba buat sapa2 yang nak cuba buat!....=)




Wassalam


"Muntahlah atas tangan Amid",....


17 tahun dulu…..

PETANG itu, di serambi rumah using milik keluarga kami di Kuala Terengganu, saya duduk bersila berhadapan dengan adik bongsu, Amid atau nama sebenarnya Syed Mohammad Nazri Syed Bidin.

“Kenapa kau nak berhenti sekolah?” soal saya.

Amid menundukkan kepala dan membisu. Saya tidak puas hati. Sekali lagi saya ulang soalan yang sama.

“Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Amid nak jaga emak sampai akhir hayat”, jawab Amid dengan lembut, tetapi tegas.

Saya tersentak mendengar jawapan Amid.
“Isy….betul ke budak ni? Baru darjah enam, masa seronok budak-budak pun masih belum habis,” hati saya berkata-kata.

“Cakap betul-betul dengan abang. Kenapa tak nak sekolah? Ada budak jahat kacau ke?” pujuk saya lagi. Saya tidak mahu Amid berhenti sekolah kerana tidak tahan dengan gangguan budak-budak nakal.

“Betul bang, Amid tak tipu. Amid tak nak sekolah sebab nak jaga emak. Nanti kalau Amid belajar pandai-pandai, kena duduk jauh dari mak. Amid tak nak tinggalkan mak,” katanya separuh merayu.

Melihat kesungguhannya , saya jadi buntu. Nampak gayanya, Amid tidak bergurau.

“Betul ke ni?” soal saya masih tidak percaya.

“Betul,” balas Amid tanpa ragu-ragu.

“Suka hati adiklah,” kata saya selepas lama termenung. Mendengar jawapan saya, Amid tersenyum lalu meminta izin untuk masuk ke dalam rumah.

Saya termenung di serambi. Kata-kata Amid benar-benar memberi  kesan terhadap jiwa saya. Kecil-kecil lagi sudah ada kesedaran mahu berbakti kepada emak.

Tetapi, peristiwa itu berlaku 17 tahun dulu. Kini Amid sudah dewasa, umur pun sudah mencecah 29 tahun. Saya tidak lagi ragu-ragu terhadap Amid. Memang betul, Amid tidak mahu bersekolah dulu kerana mahu menjaga emak. Amid tidak bergurau. Amid telah membuktikan kepada saya dan adik beradiknya yang lain, memang dia ikhlas mahu menjaga emak.

Memang tidak dapat dinafikan, di antara kami Sembilan beradik, Amidlah anak yang paling taat terhadap emak. Tingkah lakunya, tutur katanya, begitu tertib ketika bersama emak atau orang yang lebih tua darinya. Seumur hidup, saya dan adik-beradik lain tidak pernah melihat Amid bersikap atau bercakap kasar terhadap emak.

Apa saja keputusan atau kehendaknya, Amid akan merujuk kepada emak terlebih dahulu. Emaklah yang akan memutuskan. A kata emak, A jugalah katanya. Hitam kata emak, hitamlah kata Amid. Saya sendiri, termasuk adik beradik lain tidak mampu untuk bersikap seperti Amid.

Pernah juga saya mengajak Amid bekerja di Kuala Lumpur mencari rezeki di sana, tetapi dia menolak. Katanya, biarlah dia tinggal bersama emak.

“Kalau semua pergi, sapa nak jaga emak? Sapa nak uruskan lembu kambing? Kakak? Dia perempuan. Mana larat buat kerja yang berat-berat. Lagipun takkan nak biarkan rumah ni tak ada lelaki?”

“Abang dan kakak pun dah ada keluarga masing-masing. Abang Usop dan Abang Mat pula dah duduk di KL. Jadi, biarlah Amid duduk di kampung aja. Kerja jaga kambing dan lembu pun tak apalah,” kata Amid kepada saya.




Setiap kali saya mengajak, pasti jawapan Amid sama. Lama-kelamaan saya mengalah.
Kami adik-beradik sudah faham perangai Amid. Saya tahu, pasti Amid tidak akan setuju untuk ke Kuala Lumpur. Amid dan emak bagaikan isi dengan kuku. Bagaikan satu nyawa. Tidak boleh berpisah. Dia lebih rela menjadi menjadi gembala lembu daripada meninggalkan emak yang sudah tua itu.

Bukan itu saja, dalam hal-hal makan minum pun, Amid tetap akan mendahulukan emak. Sekiranya dia membawa pulang kuih-muih yang dibeli dari pekan, janganlah sesiapa sentuh, selagi emak tidak menjamah terlebih dulu. Ada kalanya saya perasan, emak menjamah sikit makanan itu, semata-mata untuk menjaga hati Amid.

Jika Amid berkenan untuk membeli sesuatu barangan, dia tidak akan terus membelinya. Amid terlebih dulu akan pulang dan meminta izin emak untuk membeli barang tersebut. Sekiranya emak mengizinkan, barulah dia beli barangan itu. Jika tidak, dia tidak akan beli, biarpun barangan itu memang dia inginkan.

Ketika emak terlantar sakit dan hamper lumpuh, Amidlah yang menjaganya. Kami adik-beradik ketika itu benar-benar mengharapkan Amid sebagai anak lelaki untuk menjaga emak. Maklumlah, kami di Kuala Lumpur. Tetapi Amid memang tidak mengecewakan kami.

Cerita emak kepada saya, setiap malam Amid akan tidur berdekatan emak di ruang tamu rumah tempat emak terbaring. Tidak pernah sekalipun dia tidur di biliknya selama emak terlantar. Pantang terdengar emak bergerak atau terbatuk di tengah malam buta, Amid pasti terjaga.

“Kenapa mak? Mak nak buang air ke? Lapar? Mak nak minum?” Amid akan bertanya pada emak.

Sekiranya emak mahu buang air, Amid akan memapahnya ke bilik air. Jika emak mahu minum, dia akan menyediakan minuman. Kalau emak pening, Amid akan memicit-micit kepala emak sehingga orang tua itu terlena. Jika emak menggigil kesejukan, Amid akan menarik selimut menutupi tubuh emak daripada kedinginan malam.

Satu malam, cerita emak kepada saya lagi, ketika sedang berbaring, tiba- tiba dia berasa pening kepala. Lalu emak pun mengadu pada Amid yang sedang berbaring di sebelahnya.
Amid bingkas bangun lalu memicit-micit kepala emak. Tiba-tiba, emak terasa nak muntah sangat- sangat. Amid yang baru saja bangun untuk mengambil besen, apabila melihatkan keadaan emak. Membatalkan hasratnya ke dapur. Amid segera berteleku dihadapan emak lalu menadah tangannya, meminta emak muntah di telapak tangannya. Berlambak muntak emak di telapak tangan Amid. Tetapi, Amid sedikit pun tidak kisah atau berasa geli-geleman.

Apabila mendengar cerita emak, saya sendiri yang menitis air mata. Memang, Amid sanggup berbuat apa sahaja untuk emaknya. Sehingga kini, apabila saya teringatkan peristiwa itu, air mata pasti bergenang. Sebak hati saya apabila emak menceritakan bagaimana Amid melayannya ketika dia sedang terlantar sakit.
Pengorbanan Amid terhadap emak memang tidak mampu dilakukan oleh adik-beradik yang lain termasuk saya sendiri.

Di samping itu, Amid juga bertanggungjawab memberi makan lembu kambing sebanyak 30 ekor. Semuanya Amid laksanakan tanpa bersungut. Amid menjaga emak sehingga sembuh sepenuhnya.

Semenjak berhenti sekolah, sehingga ke usianya hanmpir mencecah 30-an, rutin hidup Amid tidak pernah berubah. Pagi, Amid akan ke kebun dan selepas solat Zuhur, dia akan pulang untuk makan tengah hari. Sementara menunggu petang menjelang, dia akan tidur sebentar melepaskan lelah.

Kemudian, selepas solat Asar, Amid akan keluar semula. Dia akan ke kebun yang jaraknya kira-kira dua kilometer dari rumah untuk memastikan lembu kambing yang sudah kekenyangan itu dimasukkan semula ke dalam kandang.

Begitulah kehidupan Amid seharian. Biarpun ketika itu, usianya sudah cukup matang untuk mendirikan rumah tangga,namun dia langsung tidak terfikir ke arah itu.

Katanya pada saya, buat masa ini, cukuplah wanita bergelar ibu di dalam hidupnya.


Khamis 7 Oktober 2004


AJAL dan maut di tangan Tuhan. Tidak ada sesiapa yang mampu menolak ketentuan Ilahi. Saya sendiri tidak menyangka, hari itu, Amid akan meninggalkan kami buat selamanya. Terlalu cepat rasanya Amid pergi terutama dalam usianya yang masih muda.

Ceritanya begini. Pada hari itu, selepas pulang dari kebun menghantar emak ke rumah, Amid menunaikan solat Asar. Selepas selesai, dia akan menunggang motosikal buruknya ke kebun untuk menghalau kambing dan lembu masuk semula ke kandang. Ketika itu, langit sudah gelap. Kilat mula memancar diiringi dentuman guruh. Menurut cerita kakak saya, Mek, Amid berada di kandang sehingga pukul 6.00 petang.

Mek nampak Amid menghalau lembu kambingnya sebab rumah Mek dekat saja dengan kandang haiwan itu.
Kira-kira pukul 6.15 petang, hujan mula turun dengan lebat. Kakak saya, Mek, Jah bersama adik saya, Nor dan Ana sedang berada di rumah mereka pada waktu itu.

Apabila hujan lebat turun dan guruh serta petir sabung-menyabung, mereka sangkakan Amid sudah pulang ke rumah emak. Jadi mereka langsung tidak memikirkan tentang Amid kerana menyangka Amid sudah pulang ke rumah sebelum hujan turun.


Tiba-tiba…….



PRRRRRANGGG……DUMMMMMT!




Dentuman serta panahan petir yang teramat kuat itu membuatkan Mek, Jah, Nor dan Ana terperanjat. Panahan petir itu turut membelah beberapa batang pokok pisang yang ditanam di belakang rumah serta merobekkan dinding dan pintu bilik air rumah Mek.

Pada masa yang sama, emak yang sedang berada di halaman rumahnya kira-kira dua kilometer dari rumah Mek, turut terperanjat mendengar bunyi dentuman petir itu. Darahnya berderau. Lutut emak tiba-tiba saja jadi lemah. Dirinya terasa seperti di awing-awangan.

Tiba-tiba mulut emak terpacut kat-kata, “Ya Allah…..anak aku!”

Hati emak jadi berdebar-debar. Dia teringatkan Amid yang sedang berada di kebun. Emak tiba-tiba bimbang terjadi sesuatu yang buruk terhadap Amid.

Kira-kira setengah jam berlalu, hujan semakin reda. Pancaran kilat dan guruh juga sudah sayup-sayup bunyinya. Tiba-tiba Mek teringatkan Amid. Dia menghubungi emak, tetapi kata emak, Amid masih belum pulang.

Mek mula rasa tidak sedap hati. Dia mengajak abang kami, Pok Yee untuk keluar bersama mencari Amid. Mereka berdua menuju ke kandang yang tidak jauh dari rumah mereka itu.
Sampai di sana….

“Ya Allah, adik akuuuuu!!!” jerit Mek sebaik melihat Amid terbaring mengring di bawah pohon sentul di depan kandang kambingnya.

Mek memangku kepala Amid. Mek jerit nama Amid beberapa kali, tapi Amid tidak lagi menyahut. Tubuhnya kaku. Cerita Mek kepada saya, ketika itu dia melihat darah mengalir laju keluar dari telinga Amid. Kesan lukanya pula seperti terkena tembakan peluru. Dari wajahnya, sehingga ke paras dada, menjadi hitam kesan terbakar.

Amid dibawa ke hospital dengan bantuan seorang jiran dan disahkan sudah meninggal dunia. Ketika menunggu hospital membenarkan kami membawa pulang jenazah Amid, Mek pun bercerita kepada kami bagaimana dia melihat sesuatu yang agak pelik pada mayat Amid ketika dia mula-mula menjumpainya.
Cerita Mek, mayat Amid dijumpainya terbaring mengiring menghadap kearah kiblat dan kedua-dua tangannya pula dalam keadaan kiam.

Lazimnya seseorang yang di panah petir, tercampak dan keadaan anggota badannya tidak teratur. Tetapi ini tidak, mayat Amid seolah-olah dibaringkan dan tangannya dikiamkan ke dada, cerita Mek kepada kami lagi.


Pagi Jumaat 8 Oktober 2004


PAGI itu, suasana pilu menyelubungi rumah kami. Mayat Amid terbujur kaku diselimuti kain kapan di ruang tamu. Saya termasuk beberapa orang adik-beradik dan orang kampung, sibuk menguruskan urusan pengebumian Amid.

Di sekeliling mayat, kelihatan saudara-mara memenuhi ruangan rumah, termasuk orang-orang kampung membacakan surah Yasin. Setelah solat jenazah, mayat Amid dibawa ke perkuburan. Sebaik selesai urusan pengebumian, azan solat Jumaat pun berkumandang.



Sehari selepas Amid dikebumikan, saya ke kuburnya untuk membacakan surah Yasin. Saya tiba di tanah perkuburan kira-kira pukul 9.00 pagi. Ketika sedang khusyuk membaca Yasin, tiba-tiba saya terdengar suara burung berkicauan di atas pokok-pokok di tanah kuburan itu.

Pada mulanya saya tidak hiraukan kicauan burung-burung tersebut. Tetapi lama-kelamaan, saya terdengar bunyi kicauan itu semakin kuat dan rancak. Saya pun mendongak, kelihatanlah sekumpulan burung sedang berpusing dan galak berkicau. Mula timbul rasa pelik dalam diri saya sebab sewaktu mula-mula sampai ke tanah perkuburan, langsung tidak nampak kelibat seekor burung pun.

Saya menyambung kembali bacaan sehingga tamat. Anehnya, sebaik saya habis membaca surah Yasin, bunyi kicauan burung itu gilang serta-merta. Apabila saya mendongak, saya dapati sekawan burung yang berterbangan tadi juga sudah ghaib entah ke mana.

Serentak itu, saya terbau satu haruman yang tidak pernah saya rasai sebelum ini. Baunya amat harum. Saya mencari-cari dari mana datangnya bau harum itu, mungkin dari orang lain yang berkunjung ke kawasan perkuburan itu, tapi saya tidak menemuinya. Tiada orang lain di kawasan perkuburan itu kecuali saya.
Saya kemudian meninggalkan pusara Amid, sedang dalam kepala masih terfikir-fikir tentang kejadian pelik sebentar tadi. Apabila pulang ke rumah emak, tambah memeranjatkan, apabila saya terbau haruman yang sama di dalam bilik Amid. Saya masuk ke biliknya dan mendapati bau tersebut datangnya dari sudut bilik tempat Amid sering bersembahyang.

Subhanallah! Itu saja yang mampu saya katakan dalam hati.

Bukanlah tujuan saya untuk bercerita tentang kebaikan adik sendiri atau bertujuan untuk berbangga, riak dan sebagainya, tetapi bagi keluarga kami, Amid menjadi contoh seorang anak yang begitu taat kepada ibunya. Dan kisah ini ingin saya kongsikan bersama sebagai satu pengajaran buat kita semua.

Setiap kali saya terbaca kisah-kisah sadis dan kejam seperti kejadian anak membunuh ibu, atau anak sanggup menghantar ibu bapa ke rumah jagaan orang-orang tua di akhbar atau majalah, pasti saya teringatkan sikap Amid.




Biarpun Amid sudah pergi meninggalkan kami hampir bertahun lamanya, namun apabila saya terkenangkannya, saya akan menitiskan air mata. Sedih dan terharu apabila mengenangkan pengorbanan Amid terhadap emak.

Namun, dalam sedih, ada terselit di hati saya rasa gembira. Sikap taatnya kepada ibu, dan peristiwa pelik yang berlaku pada Amid ketika kematiannya, membuatkan saya yakin, itu adalah petunjuk dari Tuhan, sebagai balasan buat seorang anak yang telah mengabdikan diri terhadap ibu sehingga ke akhir hayatnya.



“ Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung sehingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ki dan kepada kedua-dua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali ( untuk menerima balasan)”, -Surah Luqman ayat 14.



SUMBER: Mastika Februari 2007

August 13, 2011

Asal Usul Nama YUYUE

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Y.U.Y.U.E...................yuyue....yuyue.....yuyue....yuyue....Sedap tak bunyik nyer?...haha

Mesti korang semua nak tahu kan apa maksud YUYUE...Macam mana dapat nama YUYUE...Dan segala yang berkaitan dengan YUYUE lah...Sebab nama sebenar saya bukan YUYUE.....haha....kan? kan?


Ok..ok............Meh sini nak cerita..


YUYUE ni berasal dari nama watak kartun dalam komik KYO SAMURAI DEEPER.....Pernah baca tak komik ni?...Dulu zaman muda-muda (tingkatan 3) saya suka sangat baca komik KREKO sebab dalam komik tu ada banyak cerita kartun termasuklah cerita KYO SAMURAI DEEPER ni....Bahkan cerita NARUTO pun saya dah baca dulu sebelum keluar dalam TV....Saya sanggup simpan duit semata-mata nak beli komik ni yang keluar 4 kali sebulan..Satu buku RM3.50...Memandangkan kami adik-beradik suka baca komik ni, setiap kali keluaran, setiap sorang kena keluarkan duit untuk bergilir-gilir beli..Selalunya dalam sebulan, saya beli 2 kali keluaran...adik lelaki saya 2 orang masing- masing beli satu keluaran.



Kyo Samurai Deeper



Dalam komik KYO SAMURAI DEEPER ni, heroin nya nama QUIRE YUYUE....Yuyue ni kekasih Kyo..Kyo ni seorang Samurai tapi seorang yang sangat dingin, susah nak senyum dan sangat serius...Dia tak tunjuk pun kat Yuyue yang dia suka kat Yuyue..Tapi bila Yuyue dalam kesusahan,api kemarahan dia cepat membara...ye la....awek dalam kesusahan tuuu....haha.... Maka, jadilah dia seorang SAMURAI yang hebat.....wohoho......

ni la Quire Yuyue.....comel kan?...hehe





Mibu Kyoshiro...bergaya gitu....haha






Kyo bila marah!





rindunya nak baca cerita ni balik.....tapi komik2 dah lupa letak kat mana...huk3



Haaa.........camtu la cerita nya....terukkan....fanatik sangat dengan kartun sampai nama watak kartun pun nak buat nama samaran........hehehe




Y.U.Y.U.E di kereta ku...........p/s : Y kat depan telah tercabut



P/s: Sekarang ni dah tak payah susah-susah beli komik....baca komik online pom boleh!...=)



Wassalam

August 10, 2011

Puding Cendol

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



first time buat nih...hehe




Hari ni saya nak share resepi Puding Cendol......selalunya cendol orang buat air..tapi apa salahnya kalau kita cuba mengkretifkan lagi kegunaan cendol...betul tak?..hehe..ok..ini resepinya...


BAHAN-BAHAN

Lapisan Bawah
- 500ml air
- 180 gm gula pasir
- 300ml santan pekat
- 10 gm agar-agar powder
- 500gm cendol
- sedikit garam


Lapisan Atas
- 500ml air
- 200gm gula merah
- 300ml santan pekat
- 10gm agar-agar powder
- 1 biji kuning telur 
- sedikit garam


CARA-CARA

Cara membuat Lapisan Bawah:
  1. Masakkan air, agar-agar powder dan gula sehingga mendidih.
  2. Masukkan santan dan garam. Biarkan mendidih sedikit.
  3. Masukkan cendol. Kacau sedikit. Angkat. Tuangkan kedalam acuan.
Tips : untuk acuan. Basahkan dengan sedikit air. Lapikkan dengan plastic (saiz plastic mestilah lebih besar dari acuan) supaya mudah keluarkan dari acuan nanti untuk dipotong.

cara membuat Lapisan Atas:

  1. Masakan gula merah dengan sedikit air (drp 500ml dalam resepi ye) sehingga gula hancur.
  2. Tapiskan air gula.
  3. Masukkan air gula + baki air dan agar-agar powder. Masak sehingga mendidih.
  4. Kocoh kuning telur di dalam santan.
  5. Tuangkan santan kedalam adunan. Masukkan garam.
  6. Biar mendidih sekejab. Padamkan api.
Tips : Sebelum tuang adunan atas, pastikan adunan bawah sudah keras dan cucuk dengan garpu di serata adunan.
Tips 2 : Tuang adunan lapisan atas perlahan-lahan. Sebaik-baiknya tahan adunan dengan sudu supaya adunan jatuh dengan perlahan.




SELAMAT MENCUBA!


Wassalam



 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI