August 18, 2011

Adakah anda faham perasaan seorang tukang jahit?!


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Tajuk bukan main lagi kan?...haha…..Korang pandai menjahit tak?..kalau sapa-sapa pandai menjahit tu bagus la…boleh buat side income….macam abang dan abah saya….

Orang selalu fikir kalau ayah/ibu tukang jahit,mesti anak-anak pun pandai menjahit..kan kan?.. tapi realitinya tidak..sebab saya tak pandai menjahit + KURANG berminat untuk menjahit ( mungkin buat masa sekarang kot…hehe…masa-masa akan datang,MUGKIN AKAN BERMINAT!..wohoo)…

Pernah tak korang tempah baju, tapi baju korang tak siap?..dah la baju raya kan..memang hangin la kan..tak pun korang tempah baju bulan 2, tapi bulan 8 baru siap…setengah tahun menunggu..(dasyat tu…aku pun hangin kalo jadi macam ni…haha)….tak pun, baju yang korang tempah tu jahitannya tak cantik @ kemas, besar sangat la,kecik sangat la dan sebagainya yang negatif lah bagi korang……mesti kes-kes di atas pernah jadi pada korang kan?

Apa yang korang rasa kalau kes-kes di atas terjadi pada korang?...of course la MARAH kan…tak kan tak de perasaan marah langsung…kalau tak marah banyak,marah sikit..haha

Saya anak tukang jahit..so, saya tahu apa perasaan tukang jahit bila baju-baju tempahan tak sempat siap..

mesin-mesin jahit di rumah saya
tempat abang saya menjahit
Saya tahu bagaimana susahnya tukang jahit nak fikir cara nak potong kain supaya potongan kain tu cukup dengan kain yang di beri…

meja memotong kain
Saya tahu macam mana stressnya tukang jahit nak potong kain mengikut bunga/ corak supaya bila baju siap, coraknya terletak cantik…..

Saya tahu betapa seorang tukang jahit sanggup bersengkang mata menjahit baju 5 pasang sehari demi mengejar DUE DATE baju yang orang nak…

mesin tebuk lubang butang baju
mesin buat butang bungkus
mesin tebuk lubang butang baju
Saya tahu perasaan tukang jahit apabila mesin jahitnya rosak di kala banyak lagi kain – kain di dalam plastic beg / paper beg yang menunggu untuk bertukar menjadi baju…..

timbunan kain 1
timbunan kain 2
timbunan kain 3
DAN…..

Saya juga tahu apa perasaan tukang jahit apabila orang-orang yang menempah baju dengannya memulangkan kembali baju tersebut sebab baju tu BESAR sangat tak ikut body, KECIK sangat sampai tak muat nak pakai dan yang paling teruk bila ADA ORANG YANG TAK NAK BAYAR BAJU YANG DI JAHIT!
baju-baju yang dah siap
Oh!.......kesiannya tukang jahit..

Rumah saya jadi tumpuan tukang- tukang jahit kecil-kecilan sebagai pusat membeli barang-barang untuk menjahit seperti benang, zip,  butang baju dan sebagainya.Kebanyakan mereka adalah IBU TUNGGAL!...dengan menjahitlah mereka mencari rezeki…..Ya ALLAH,murahkanlah rezeki mereka…

Tapi….. itulah lumrah hidup seorang tukang jahit..kena BERSABAR dan BERSABAR dan sentiasa BERSABAR demi mencari sesuap nasi…
Almari Benang
Benangsss......

kelengkapan lain...

timbunan Zipsss.....

Ok, stop kat situ dulu…..saya nak cerita pasal abah dan abang saya…………………sebagai tukang jahit sambilan!

Abah saya seorang guru..Abang saya pulak seorang penyelia di kilang kain..masing-masing  ada PERMENENT CUSTOMER!

Abah dengan kawan-kawan nya di sekolah yang setiap tahun tempah baju dengan dia.
Abang pulak dengan kawan-kawannya yang nak tempah baju.
Itu tak termasuk lagi dengan orang-orang kampung, jiran tetangga dan sanak saudara yang tempah..
Nak tolak tempahan, tak sampai hati sebab kawan baik …sebab saudara…sebab jiran….

Maka…......bertimbun lah kain-kain yang ingin menjadi baju yang cantik!

Abah saya belajar menjahit masa dia tengah tunggu keputusan SPM..Dia belajar dengan pakcik saudaranya…hebatkan abah saya?!...pandai menjahit tu…..jarang orang lelaki suka menjahit…hehe..Dulu, abah saya ambik tempahan ribuan NECK TIE dan VEST dari sekolah-sekolah..sekolah kat Kolumpo pun ada yang tempah..tapi abah saya ni jadi tukang jahit je..Dapat income 1/3 je dari keuntungan ribuan TIE tu..2/3 lagi dapat kat orang tengah yang mencari tender…..Mula-mula orang tengah a.k.a guru sekolah tempat abah mengajar tu bayar elok..Tapi lama-lama dia buat hal..makan duit untung tu sorang-sorang je..tak bayar pun kat abah…beribu-riban dia hutang ngan abah..Bila abah mintak, dia bagi RM500 je..Dia pun dah pandai tukar nombor bila abah call…Last-last lesap macam tu je…Bila sekolah pun dah kena tukar,lagi la senang nak larikan diri..Dari kawan-kawan, abah dapat tahu dia beli kete baru dan BINI baru!......dan akhirnya, menghilanglah dia dengan hutang beribu-riban dengan abah……bukan sekali abah kena tipu..DUA kali pulak tu..situasi yang sama!...Dan akhirnya abah dah serik nak ambik tender macam tu lagi……….huhu…kesian abah…>_<

ni abah saya.....nsem tak?..haha
Jadi GURU dan juga TUKANG JAHIT memang mencabar!..Abah saya, bila balik sekolah, mandi + solat zohor + tidur kejap…bangun je tido dah kena menghadap mesin jahit..Di bulan puasa ni, lepas sembahyang terawih, sambung menjahit lagi..kemudian tido dalam pukul 12…pastu bangun pulak pukul 4 untuk menjahit..lepas sahur, sambung menjahit lagi..pastu berhenti untuk sembahyang subuh di masjid…pastu bersiap-siap pegi sekolah…..dan…..begitulah kitarannya setiap hari……

Abang pun macam tu jugak…dialah satu-satunya penyambung gene abah untuk terus menjahit…Maklumlah, anak-anak perempuannya semuanya tak minat menjahit…haha..abang saya ni belajarnya biasa-biasa aje..tak pandai macam saya…wohoo!..(perasan...haha…tapi itulah realitinya!!)…..lepas habis SPM, dia amik sijil rekaan fesyen lelaki di Institiut Kemahiran Ikhtisas Pahang (IKIP)…belajar di sana tak sampai 2 bulan, dah keluar sebab di BULI!...haha…macam kelakar pulak di buli..tapi itulah yang jadi..maklum lah, abang saya baru je masuk belajar di sana tak sampai sebulan dah di lantik menjadi President pelajar…budak-budak yang amik kemahiran bengkel/automotif tu memang hangin la…yela, boleh kalah dengan budak kelas fesyen yang pelajar kelas tu hanya 2 orang lelaki yang di kelilingi perempuan….diorang pukul abang saya waktu rehat..abang saya pergi kelas dengan lebam-lebam..bila pensyarah tanya kenapa lebam, dia cakap jatuh tangga (sebab kena ugut)..sampai la dia pengsan dan masuk wad…dari situ la tahu dia kena buli…bila dah jadi macam ni, abah dan ma suruh berhenti je…lepas keluar IKIP, dia sambung belajar di Giat Mara sampai la habis…dan sekarang jadi penyelia kilang kain dan juga TUKANG JAHIT SAMBILAN di rumah.

abang saya bersama bekas tunang nya
Wah..panjang pulak cerita pasal abah dan abang saya ni…haha…tapi situasi abang  sebagai seorang tukang jahit sambilan sama la macam abah saya…hari-hari tido lambat dan bangun awal..stress tu tak yah cakap la bila hari sabtu pun kena pergi kerja….oh!kesiannya abang saya…>_<

ABAH….ABE MAT…berTABAH la ye….moga kain-kain tu sempat korang setelkan sebelum raya…nanti boleh la malam raya kita main BUNGA API!...wohoo…..Sori kakcik tak boleh tolong sebab tak pandai menjahit…hehehe

Ok la, kesimpulannya…fahamilah situasi seorang tukang jahit..jangan cepat melatah bila baju anda lambat siap kerana tukang jahit pasti akan memenuhi keinginan anda walaupun lambat!...

TEKA-TEKI: Siapakah orang yang tidak suka dengar lagu raya, tension bila dengar lagu raya dan sedih bila dengar lagu raya??!!

Jawapannya adalah:

  • 1-      Orang yang duduk oversea dan tak boleh balik beraya di kampung…alololo…cedihnye
  • 2-      Orang yang kematian ibu bapa ( anak-anak yatim)….Ya Allah, lapangkan hari-hari mereka..
  • 3-      Orang bukan ISLAM!...sebab diorang tak raya!..haha
  • 4-      TUKANG JAHIT!!...stress sebab tinggal beberapa hari lagi nak raya tapi baju-baju yang di tempah tak siap-siap lagi………hohoho!
Wassalam


UPDATE 2014: Abang saya sekarang ni dah buka company sendiri TG MIZI Ent... Menerima tempahan baju korporat, tempah banner + banting dan segala jenis jahitan.

2 comments:

  1. Salam...kesian baca kisah ayah dan abang awak...certain mmg betul2 ikhlas mencari rezeki sampingan dgn menjahit..tp tulah, lagi certain yg hanya fikirkan untung semata2 lah yg merosakkan semua nama baik tukang jahit...kesian kan..sy fhm perasaan awak, even parent bukan tukang jahit mcm awak, tp sy tau sbb parent sy berniaga..so tau kat mana susahnya dan stressnya..wuwu kesian kan :(

    semoga awak sekeluarga murah rezeki :) owh ye, u belajarlah menjahit, sekarang ni mmg tgh top buat design baju sendiri, kot2 satu masa nanti u nak tukar bidang ke~ hahaha :p sy ni dah bosan makan gaji, tengah plan nak belajar jahit baju kurng moden...jelesnya ayah awak pandai jahit ! haha :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha...tu la. saya pun ingat nak belajar menjahit. jeles bila tengok kawan-kawan boleh jahit baju sendiri...InsyaAllah one fine day..Mana tahu lepas ni boleh jadi fashion designer!...ahakss.. Apepun, thanks for the wishes...Sy pun doakan moga awak sekeluarga dimurahkan rezeki... :D

      Delete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI