April 30, 2012

Jenis-jenis Personaliti Wanita Berdasarkan Pakaian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

WARNING!!!


Entri kali ini hanyalah untuk kaum wanita.....Kaum lelaki tak payah baca...hihihi
-
-
-
-
-
-
-
Penampilan yang menarik tak semestinya bersandarkan pada gaya solekan semata-mata, sebaliknya ia boleh terserlah melalui gaya pemakaian busana.Malah, busana yang dipilih andai sesuai dikenakan, pasti mengundang mata memandang tak kurang juga mulut yang memuji...Wah,Gitu!!....Siapa SETUJU?!...Angkat tangan!..hihihi....Siapa yang tak pandai mekap macam saya ni mesti  la setuju kan?!....Takpe tak pandai mekap janji pakaian yang dipakai buat kita makin yakin dengan penampilan kita....^_^


Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk mengaplikasikan gaya mereka sendiri..Adakah hanya bersandarkan kepada minat, selesa atau trend semasa?!........Haaa.....Ayuh kita lihat apakah jenis-jenis gaya yang mungkin sesuai dengan personaliti kita...


ROMANTIS

Romantis adalah wanita yang mempunyai kebiasaan yang sangat feminin. Golongan ini selesa tampil dengan pakaian yang sederhana namun cantik dan feminin selain fokus utama lebih ke arah menonjolkan kecantikannya.

Kebiasaannya, wanita ini gemar dengan busana bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan sebagainya. Pilihan warnanya akan cenderung lebih lembut, seperti merah jambu, langit biru, hijau atau kebiru-biruan. Untuk kasut pula, mereka selesa memilih jenis bertumit tinggi berbanding jenis sandal.



DIVA

Gaya diva adalah wanita yang ingin tampil menjadi sorotan di hadapan semua orang. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana cara wanita tersebut yang bijak mengekspresikan gayanya dan memancarkan keyakinan serta daya tarikan.

Kebiasaannya, busana dengan rona cerah menjadi pilihan selain rekaan yang ceria dengan banyak gemerlapan dan eksesori yang mempersona. Nama pun ingin menonjol, mestilah kena pilih eksesori yang "bling bling"...hihi




AKTIF

Pencinta alam terbuka adalah wanita yang tampil dengan karakter yang ramah yang sesuai dengan penampilan mereka. Wanita kategori ini sememangnya sangat aktif, riang dan bukan seorang yang malas.

Jenis busana yang menjadi pilihan pastinya yang sporty seperti jean atau cenderung menggunakan baju dengan gaya klasik, kasut atau sandal. Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan aksesori memandangkan wanita ini kurang gemar berbandan. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah dan selesa tatkala dikenakan.





TRADISIONAL

Tradisional adalah wanita yang menyukai gaya klasik dan sesuatu yang sangat tradisional, konservatif. Wanita sebegini dapat mengekspresikan gayanya dengan praktis dan fungsional.

Untuk mengenali wanita jenis tradisional mudah saja, lihat dari segi pakaian mereka yang bertemakan klasik, gaya yang sangat konservatif dan tidak mempunyai banyak variasi warna. Bagi mereka, itu bukan sesuatu yang penting...Janji pakai baju...hak3






PINTAR DAN BERWIBAWA

Wanita dalam kategori ini amat menghargai busana kerana bagi mereka ia adalah lambang status. Wanita sebegini akan selalu kelihatan sempurna tanpa ada cacat mulai dari hujung kepala hingga hujung kaki.

Selain itu, mereka juga tidak kisah melaburkan ribuan ringgit hanya untuk pakaian dan rawatan kerana bagi mereka kedua-duanya paling penting dalam gaya hidup mereka. Tidak hairanlah jika dibuka almari pakaian mereka, pasti kelihatan busana dari jenama yang mahal dan rekaan eksklusif dari pereka terkenal memandangkan wanita jenis ini amat mementingkan kualiti untuk bergaya...Biar papa asal bergaya okeh!...=p



SI PENGGODA

Wanita ini suka tampil dengan gaya yang seksi dan kelihatan cukup menggoda. Mereka memancarkan sensualiti dan tidak memilih busana yang akan dipakai. Mereka lebih gemar baju dengan rekaan bergaris atau bermotif kulit haiwan. Mereka juga selalunya tampil dengan kasut bertumit tinggi malah dilihat seksi..Selalunya artis la tu.....




Alamak!....Segan pulak nak buh gambar..Takut ada pulak yang tergoda...hik3








Haa....macam mana?!....Dah tahu dah anda jenis yang macam mana?..hihi...


Apa pun....tak salah nak bergaya janji tak melebih-lebih...Aurat tetap kena jaga.Kita bukan macam artis yang suka dedah sana dedah sini...Perempuan cantik adalah perempuan yang terpelihara auratnya....Betul tak?!....Peringatan untuk diri saya sendiri jugak!....>_<












Sumber: Mingguan Wanita


SEKIAN

April 21, 2012

Himpunan Doa Harian

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Jangan lupa jawab salam ya...hehe

Di sini saya nak share himpunan doa-doa harian yang boleh kita amalkan..Jom kita lihat apa doa-doa itu...



P/S : SILA KLIK ATAS GAMBAR UNTUK TUMBESARAN


































 Doa Mudah Mendapat Ilmu





 Doa Pendinding

























Semoga dengan perkongsian doa-doa ini, dapat kita sama-sama amalkan dalam kehidupan seharian kita....Ingatlah ALLAH ketika suka dan duka...Jangan tika sedih je baru nak ingat....Sekali kita ingat Allah, berkali-kali ganda Allah ingat kat kita...Tapi sekali kita lupa Allah, Allah takkan pernah lupakan kita.......Betapa baiknya Allah...Tapi kita ni kadang-kadang alpa...Masa happy, kita lupa nak bersyukur..Tapi bila sedih, Allah jugak tempat kita mengadu......Siapa la kita tanpa kasih sayang Allah......T_T



Peringatan untuk diri sendiri...>_<




SEKIAN



April 17, 2012

Petua: Untuk Badan Kelihatan Berisi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Semenjak 2 menjak ni saya asyik share petua je kan?!..Yela...Tu je yang ada idea..Kalau tak, memang bersawang la blog ni sebab tak ber"idea" nak update apa.Tambah2 pula,kerja sekolah makin menimbun...!!...huhuhu...

Ok la...Straight to the point...Di sebabkan ada request dari kawan saya masa blaja kat USM dulu, maka saya buat la entri petua nak gemukkan badan ni...Maklum la...badannya slim melim berbanding ngan saya yang badan macam shrek nih!...Kalau la lemak ni boleh transfer, dah lama dah saya transfer kat sesiapa yang memerlukannya...hikhikhik

Ok la.....AIN, this is for you....^_^

PETUA UTK BADAN KELIHATAN BERISI

1. Makan Makanan Berkalori Tinggi. Ini langkah mustahak dalam penambahan berat badan. Lebihkan memakan makanan berkalori sebanyak 500 - 1000 kcal dalam sajian anda setiap hari. Dengan cara ini, anda boleh menambahkan berat badan anda sebanyak 0.5 kilogram hingga 1 kilogram dalam tempoh seminggu.
.....Hari2 sila makan ayam KFC ya!!...hik3




2. Makan Makanan Berkarbohidrat Tinggi. Ini perlu dan biasa dilakukan untuk menambahkan berat badan. Kalori yang berlebihan daripada makanan yang berkabohidrat tinggi seperti nasi lemak adalah seperti minyak enjin kepada badan anda.
......Haaaa....Pastu makan nasi banyak2...Kalau selalu makan 1/2 pinggan, biasakan makan 2 pinggan nasi 3 kali sehari!...Wah, muntah nasik la korang yang nak gemuk...ahaks...



3. Makan Mengikut Jadual. Makan dengan sukatan yang besar sekurang-kurangnya 3 kali sehari bersertakan snek yang berkalori tinggi seperti karipap di antara waktu makan, terutamanya pada awal percubaan untuk menambahkan berat. Bagaimanapun, snek yang dimakan itu tidak seharusnya menggantikan makanan-makanan yang berkhasiat. Makan selalu dan jangan abaikan waktu makan anda.
......Makan ikut jadual ni memang penting bagi mengelakkan gastrik!




4. Makan Lewat Malam. Dengan memakan snek pada waktu lewat malam dapat mengelakkan badan anda daripada membakar terlalu banyak kalori ketika anda tidur. Ini dapat mengekalkan berat badan anda.

.......Tepat kul12 tengah malam, keluar la pi cari kedai Mamak...Pi pekana roti canai 2-3 bijik...Best jugak tuh!...hihi

5. Makan Daging Merah Lebih. Daging merah, seperti daging lembu, mengandungi zat besi yang tinggi dan merupakan sumber protein yang baik untuk pertumbuhan otot-otot. Namun begitu, adalah lebih baik jika anda pelbagaikan pemakanan untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

..........Makin banyak daging merah yg korang makan, makin longgar la gigi korang sebab daging kekadang liat!..hihi






SUMBER: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA




SELAMAT MENCUBA buat kawan2 yang ingin mem"besar'' kan diri anda k!...Semoga berjaya!...hihi




Tapi...jangan jadi gemuk macam ni pulak!!...hihihi



SEKIAN

Idaman Kalbu Selamanya.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Zaman kecik-kecik dulu, saya tak pernah berimpian pun nak punya kereta..Sebab masa tu saya rasa saya akan bergantung kepada seorang lelaki bergelar suami yang akan memandukan keretanya untuk saya!...Biar dia sorang je ada kereta!...Auuwww..Gedix u!...hahaha.....

Tapi lama-lama khayalan bak cinderella tu hilang bila semakin banyak kereta2  yang gojes dikeluarkan...Sekarang ni, saya pulak berimpian nak memiliki kereta yang gojes iteww..~

Sebenarnya, sejak sebelum saya memiliki VIVA lagi, saya dah lama jatuh cinta dengan "kereta ni"...Tapi nak beli "kereta ni" tak mampu..So, idam dari jauh je la..wuwuwu..

Semenjak 2 menjak ni, bila Honda keluarkan model "kereta ni" yang ada warna kegemaran saya, makin menjadi-jadi la impian saya nak dapatkan "kereta ni" .......>_<

Kereta apakah?!....Cer teka cer teka?!

Adakah kereta ini...?!


Jawapannya.............TIDAK!!

Kerana....


Ya....Jazz.....Inilah kereta idaman saya..!!...

Cantikkan?!

Honda Jazz Hybrid.....Sangat cantik!...Teruja sangat bila tengok warna hijau ni..Dulu masa nak beli viva, saya tak teruja pun bila tengok viva kaler hijau sebab bagi saya hijau tu tak cantik...Tapi hijau Jazz ni super duper cantik!...

Ayuh kita explore pasal Honda Jazz Hybrid kaler Fresh Lime Metallic ni..

View dari belakang..


Cermin sisi yang POWER!




Pintu boleh bukak luas2 tau!...Tak perlu risau lah..Takkan patah punya...haha




Semua dah tahu kan?! ini adalah tempat bubuh minyak..hihi


Lampu depan yang mengancam!...Auummmmm



Lampu belakang yang menggoda....Auuuwww


Bahagian depan yang super gojes!!


Bahagian dalam yang luas + selesa


Kerusi yang boleh lipat...Viva takde nih!...>_<



Haa....boleh simpan papan peluncur lagi tau!


Wah....Banyaknya button!....Tapi stereng tu menarik la...=)


Letak mesin basuh pun muat ni..Tak payah susah2 suruh orang kedai hantar yang sah2 kena bayor...Ke guano?!..haha


Boleh letak pokok lagi u !!

Wah...tempat charger pun ada..!..menarik



Basikal pun boleh letak...Senang kalau nak gi berbasikal kat taman yang jauh..wiwiiittt


Haaa.....menarikkan Jazz ni?!!

Nak beli !!

Tapii........


Tengoklah harganya.......

Harga atas jalan = RM94,800 kot!....Lagi RM5200 je nak cukup RM100,000.....wuwuwuwu....

Kalau amik yang 9 tahun, sebulan dah cecah RM1003.30

Kalau bergaji RM5000 keatas boley la beli...

Ish..takleh jadi nih!...Kena blajaq rajin2 dulu..Keluar nanti jadi Cikgu Besaq yang bergaji RM7000 sebulan..hihihi


Jom kawan2!!...Kita sama2 berimpian memiliki Jazz yang gojes ini...hik3




Ok la...itu saja



SEKIAN

April 14, 2012

Petua : Kecilkan Paha

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Saya berani jamin yang majoriti perempuan suka dengan tajuk entri kali ni..Betul tak?!!....Sebabnya saya sendiri pun teruja nak tahu apa petuanya...hehe

Aiyyakkk....bila la nak dapat paha kecik molek macam ni...>_<

Petua ni saya petik dari FB Ensaiklopedia Petua Melayu Lama...Sape2 yang dah baca tu, jom baca lagi sekali...hehe


1. Anda hanya perlu baring terlentang.

2. Angkat kedua-dua belah kaki keatas -90 darjah. Tarik nafas ketika angkat dan lepas nafas perlahan-lahan ketika turunkan kaki anda. Lakukan setiap hari 3 set. 1 set adalah 10 kali.

3. Angkat sebelah kaki ke atas. 3 set juga seperti di atas.

4. Sit-up – Lakukan sit-up setiap hari sebanyak 3 set juga.



Nah, mudah kan?!!....Tapi nak buat tu yang malas..hehe





SEKIAN

Hati Lembut Macam Kapas!!

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Di sebabkan saya menangis dalam dewan al-Farabi khamis lepas, maka tercetuslah idea nak mengupdate blog yang kusam ini....

Kenapa saya menangis?!....Sebabnya hanya simple...Bermula dengan tengok video kisah pengorbanan seorang AYAH masa praktis slot "Garisan Hidup" dalam meeting khamis lepas....Wah, touching betul engkau!!...Alah, bukan setakat tengok video-video camni je saya boleh menangis. Tengok wayang @ cerita sedih pun dengan automatik saya boleh menangis. Dah macam saya yang berlakon dalam cerita tu pulak...hahaha...Malah, kalau ada kawan2 yang luah kisah sedihnya kat saya, saya yang nangis bukan orang yang bercerita itu yang nangis!!....Hikhikhik...Memalukan!!.....

Tapi....Dalam slot "Garisan Hidup" yang di terajui oleh kawan2 saya semalam memang SANGAT-SANGAT terkesan di hati...wuwuwuwuu...

p/s : Hujung bulan ni, kami satu kelas akan buat satu kem motivasi di IKBN Pertak, Hulu Selangor. Salah satu slot yang kami buat adalah slot "Garisan Hidup"


Pantang orang sebut pasal pengorbanan seorang abah @ ayah @ bapa, saya memang cepat tersentuh... Tu belum sebut pasal pengorbanan seorang ibu @ mak @ umi...Kalau tak,memang lencun habis la baju..hik3

Mak saya suka cerita pasal kisah2 masa saya kecik-kecik dulu...

Saya dilahirkan di Sabah ketika abah bertugas mengajar di sana..Kedua kakak dan abang saya sempat di lahirkan di Kelantan sebab mak saya sempat balik. Lagipun abah cuti masa tu... Namun, tiba saat kelahiran saya, mak saya tak sempat balik Kelantan disebabkan abah tak dapat cuti.. Maka lahirlah saya di sana berbidankan orang Kg. Lormalong..

Nak dijadikan cerita, selepas saya lahir, mak saya terpaksa di tahan di wad di sebabkan apendix..Terpaksa dibedah buang apendix yang semakin membesar itu.. Saya macam mana?!.....Saya di letak dibawah jagaan jiran ma dan abah masa menetap di sana..Orang Filipina...Sedih kot!...Kecik2 lagi dah kena berpisah sementara dengan mama tersayang...Sebab tu saya di panggil "Kakcik" sebab masa kecik, badan saya kecik sangat sebab tak dapat minum susu ibu...hehehe

Selama mak saya di tahan di wad, abah saya la yang bersusah payah..Mana nak gi mengajar..Mana nak urus anak-anak...Mana nak urus isteri....Oh, abah!...Banyaknya tanggungan mu.... T_T

Semasa saya berumur 1 tahun lebih, kami sekeluarga pulang ke Kelantan sebab abah dapat tukar mengajar kat sekolah di Kelantan..Tapi masa tu tak dapat mengajar kat sekolah di Pasir Mas lagi..Dapat kat sekolah di Tanah Merah....Masa tu kenderaan yang ada hanyalah sebuah motor..Memang susah giler nak gerak sana sini...

Tak sampai setahun menetap di Tanah Merah, adik saya di lahirkan..Masa tu umur saya ada lagi 2 bulan nak masuk 2 tahun...Betapa susahnya ma dan abah nak jaga kami 4 beradik masa tu sampaikan saya terpaksa di hantar ke rumah nenek saya di Pasir Mas untuk dijaga buat sementara waktu sehingga adik saya yang kecik tu besar...

Wuaaa......Entah macam mana la keadaan saya masa tu ya terpaksa berpisah ngan family..Kalau mak saya tak cerita ni, saya takkan tahu...

Masa mak bagi cadangan nak hantar saya kat umah nenek, abah saya bantah keras!..Abah saya kata; "Anak kita, tanggungjawab kita..Kenapa nak susahkan orang lain pulak?!!". ...Oh, abah...Terharu pulak bila abah cakap camtu..>_<

Tapi mak saya berkeras jugak nak hantar saya ke rumah nenek sebab terdesak tak cukup tangan nak jaga. Biasa la..adik lelaki saya memang hyperaktif...hik3...Tanpa kerelaan, saya pun di hantar ke pangkuan atuk dan nenek..Tak boleh salahkan mak saya jugak.Mungkin masa tu mak saya pikir, daripada biarkan saya terbiar tak sempat nak dijaga, lebih baik saya di jaga oleh atuk dan nenek...

Saya tak tahu berapa lama saya tinggal dengan atuk dan nenek..Kejap je kot..Tapi, sepanjang berjauhan dengan family, abah saya selalu datang jenguk..Habis je waktu sekolah, abah pecut motor nya balik Pasir Mas semata-mata nak jenguk saya...Abah tak bagitahu pun kat mak yang dia nak datang jenguk saya..Bila abah balik baru abah bagitahu mak...

Oh, abah.....Ni yang sayang kat abah ni...>_<


Masa mak saya cerita semua ni, saya rasa nak nangis je..Abah jarang tunjuk kasih sayangnya kat anak-anak..Tapi bila mak saya cerita ni, baru saya tahu betapa pengasihnya abah....wuwuwu...

Pernah saya tanya abah, "Kenapa abah tak pimpin tangan Kakcik, masa Kakcik lintas jalan?!! Macam kat dalam TV..Ayah pimpin tangan anak perempuan bila nak lintas jalan.."..Wah, soalan aku!!...Hahaha...Masa tu saya umur belasan tahun...Abah tak jawab..Abah senyum je...

Ok..saya mengaku, saya terkilan bila abah tak jawab....T_T...Padahal saya tahu soalan saya adalah soalan BODOH!...haha...

Tapi apapun, saya tahu, abah sayang kami adik beradik.....Kan abah kan?!

Tapi dalam ramai-ramai, saya sorang je tak pernah kena tampar @ jentik oleh abah...hihihi

Kakak saya dulu kena libas ngan tasbih
Abang dan adik lelaki saya pulak kena tampar
Adik lelaki saya yang belajar kat ALAM tu lagi la...Bukan setakat tampar, kena libas ngan tali pinggang n pembaris kayu yang panjang sampai berbirat..hahaha...Ni kes terlalu nakal la ni..(Tapi dalam ramai-ramai, dia yang paling excellent, 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM)

Masa diorang2 semua kena balun ngan abah, saya hanya mampu tengok je
Takut nak masuk campur..Nanti kang kena jugak...hehe

Tapi bila dah makin tua ni, hot tempered abah dah makin kurang dah..Malah terlalu tak garang pulak...hihi

Mungkin cerita saya ni tak de la sehebat cerita orang lain tentang bapanya..Tapi saya nak share jugak...Tapi takat sini saja la...Kalau nak cerita pengorbanan abah hingga saya besar ni memang jenuh la korang nak baca...hihihi


Apapun, jom kita layan video yang mampu menyentuh hati saya ni...



Wuaaaa.....cedih!!...

Setiap kali tengok mesti nangis...wuwuwuwuuu



Oh, abah.....Kakcik sayang abah sangat2....Kat ma jugak....


SEKIAN

April 11, 2012

Petua : Kuruskan Badan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Setuju tak kalau saya kata lebih 70% manusia tidak berpuas hati dengan berat badannya?!......Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus!..Haish!!....Dan saya sebenarnya salah seorang antara "yang gemuk nak kurus" tuh!...haha


Memandangkan saya sekarang tengah berusaha untuk mencapai berat badan yang di impikan,maka hari ni saya nak share petua kuruskan badan dengan anda-anda semua yang baca blog yang tak seberapa ni...hehe


Meh kita tengok apa petuanya...


1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur.


(Sedang berusaha!...Tapi kejap naik kejap turun....wuwuwuuu...T_T)

2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doctor. Ada banyak risikonya.



(Setakat ni takde lagi...Tapi ingat nak cuba pakai Losyen Yusmira Halia Bara @ Losyen Mustajab...Losyen je kan.Bukan telan pun..hehe..Agak2 menjadi tak?!....Kalau menjadi,ramping la i nanti ...auwww!!...) <-----Lempang nak?!

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

( Baik !!.....Sekarang ni tengah berusaha makan nasi sikit je...)




4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan.



(Malam-malam cuba untuk makan buah je...Tapi nafsu itu maha hebat!..Asyik tergoda je ngan meggi @ kueytiaw goreng @ macam2 lagi...wuwuwuwuu)

5. Banyakkan minum air mineral.

(Yang ni sudah tentu!)

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.



( Wah....5 kali sehari tuu....InsyaAllah saya cuba!...Tapi risau gak..Nanti bukan makin kurus, tapi makin gemuk!!...hihi)

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV.



(Nasib baik kat rumah sewa ni takde TV...selalu makan depan laptop je..haha)

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.



(Kat kedai makan selalu sediakan pinggan besar!...Macam mana ni?!! )

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai Contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari:

a) 10 minit untuk setiap sesi.
b) Buat 10 minit di waktu pagi
c) 10 minit pada waktu tengahari
d) 10 minit sewaktu petang.

(Tiap2 petang saya jogging...Balik jogging saya skipping + main bola...Kadang2 main badminton!..Wah, hebat kau!!..Malam2 tido awal sebab sakit seluruh badan!...wuwuwuuu)


10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

(Yang ni paling senang di capai!...hik3)




SUMBER dari: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA




Haa.....apalagi kawan2!!...Jom kita penuhi setiap kriteria petua kuruskan badan ni...Confirm dalam masa sebulan je dah boleh kurangkan 1-2 kg..hehe

Kepada kawan2 yang nak gemuk, boleh la terbalikkan 10 kriteria petua ni ya..Contohnya macam, kalau makan nasi pinggan kecik, korang amik la pinggan yang super duper besarnya!!...Pastu hari2 makan KFC + mcD + Pizza...Wah, confirm menjadi!...ahaks..




Tapi kan....Diet tu diet jugak, tapi jangan sampai kesihatan tak terjaga pulak!... >_<



Ok la ....itu saja..Selamat mencuba kawan2 semua...=)



SEKIAN
 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI