Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
WARNING!!!
Entri kali ini hanyalah untuk kaum wanita.....Kaum lelaki tak payah baca...hihihi
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Penampilan yang menarik tak semestinya bersandarkan pada gaya solekan semata-mata, sebaliknya ia boleh terserlah melalui gaya pemakaian busana.Malah, busana yang dipilih andai sesuai dikenakan, pasti mengundang mata memandang tak kurang juga mulut yang memuji...Wah,Gitu!!....Siapa SETUJU?!...Angkat tangan!..hihihi....Siapa yang tak pandai mekap macam saya ni mesti la setuju kan?!....Takpe tak pandai mekap janji pakaian yang dipakai buat kita makin yakin dengan penampilan kita....^_^
Pun begitu, masih ada sesetengah wanita yang tertanya-tanya bagaimana cara mudah untuk mengaplikasikan gaya mereka sendiri..Adakah hanya bersandarkan kepada minat, selesa atau trend semasa?!........Haaa.....Ayuh kita lihat apakah jenis-jenis gaya yang mungkin sesuai dengan personaliti kita...
ROMANTIS
Romantis adalah wanita yang mempunyai kebiasaan yang sangat feminin. Golongan ini selesa tampil dengan pakaian yang sederhana namun cantik dan feminin selain fokus utama lebih ke arah menonjolkan kecantikannya.
Kebiasaannya, wanita ini gemar dengan busana bermotif, jaket lembut, blaus renda, gaun dan sebagainya. Pilihan warnanya akan cenderung lebih lembut, seperti merah jambu, langit biru, hijau atau kebiru-biruan. Untuk kasut pula, mereka selesa memilih jenis bertumit tinggi berbanding jenis sandal.
DIVA
Gaya diva adalah wanita yang ingin tampil menjadi sorotan di hadapan semua orang. Walaupun mungkin tidak memiliki wajah yang menarik, namun mata yang memandang pasti akan tertarik kerana cara wanita tersebut yang bijak mengekspresikan gayanya dan memancarkan keyakinan serta daya tarikan.
Kebiasaannya, busana dengan rona cerah menjadi pilihan selain rekaan yang ceria dengan banyak gemerlapan dan eksesori yang mempersona. Nama pun ingin menonjol, mestilah kena pilih eksesori yang "bling bling"...hihi
AKTIF
Pencinta alam terbuka adalah wanita yang tampil dengan karakter yang ramah yang sesuai dengan penampilan mereka. Wanita kategori ini sememangnya sangat aktif, riang dan bukan seorang yang malas.
Jenis busana yang menjadi pilihan pastinya yang sporty seperti jean atau cenderung menggunakan baju dengan gaya klasik, kasut atau sandal. Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan aksesori memandangkan wanita ini kurang gemar berbandan. Sebaliknya, mereka lebih selesa dengan gaya sederhana asalkan mudah dan selesa tatkala dikenakan.
TRADISIONAL
Tradisional adalah wanita yang menyukai gaya klasik dan sesuatu yang sangat tradisional, konservatif. Wanita sebegini dapat mengekspresikan gayanya dengan praktis dan fungsional.
Untuk mengenali wanita jenis tradisional mudah saja, lihat dari segi pakaian mereka yang bertemakan klasik, gaya yang sangat konservatif dan tidak mempunyai banyak variasi warna. Bagi mereka, itu bukan sesuatu yang penting...Janji pakai baju...hak3
PINTAR DAN BERWIBAWA
Wanita dalam kategori ini amat menghargai busana kerana bagi mereka ia adalah lambang status. Wanita sebegini akan selalu kelihatan sempurna tanpa ada cacat mulai dari hujung kepala hingga hujung kaki.
Selain itu, mereka juga tidak kisah melaburkan ribuan ringgit hanya untuk pakaian dan rawatan kerana bagi mereka kedua-duanya paling penting dalam gaya hidup mereka. Tidak hairanlah jika dibuka almari pakaian mereka, pasti kelihatan busana dari jenama yang mahal dan rekaan eksklusif dari pereka terkenal memandangkan wanita jenis ini amat mementingkan kualiti untuk bergaya...Biar papa asal bergaya okeh!...=p
SI PENGGODA
Wanita ini suka tampil dengan gaya yang seksi dan kelihatan cukup menggoda. Mereka memancarkan sensualiti dan tidak memilih busana yang akan dipakai. Mereka lebih gemar baju dengan rekaan bergaris atau bermotif kulit haiwan. Mereka juga selalunya tampil dengan kasut bertumit tinggi malah dilihat seksi..Selalunya artis la tu.....
Alamak!....Segan pulak nak buh gambar..Takut ada pulak yang tergoda...hik3
Haa....macam mana?!....Dah tahu dah anda jenis yang macam mana?..hihi...
Apa pun....tak salah nak bergaya janji tak melebih-lebih...Aurat tetap kena jaga.Kita bukan macam artis yang suka dedah sana dedah sini...Perempuan cantik adalah perempuan yang terpelihara auratnya....Betul tak?!....Peringatan untuk diri saya sendiri jugak!....>_<
Alamak!....Segan pulak nak buh gambar..Takut ada pulak yang tergoda...hik3
Haa....macam mana?!....Dah tahu dah anda jenis yang macam mana?..hihi...
Apa pun....tak salah nak bergaya janji tak melebih-lebih...Aurat tetap kena jaga.Kita bukan macam artis yang suka dedah sana dedah sini...Perempuan cantik adalah perempuan yang terpelihara auratnya....Betul tak?!....Peringatan untuk diri saya sendiri jugak!....>_<
Sumber: Mingguan Wanita
SEKIAN
No comments:
Post a Comment