April 11, 2012

Petua : Kuruskan Badan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Setuju tak kalau saya kata lebih 70% manusia tidak berpuas hati dengan berat badannya?!......Yang kurus nak gemuk, yang gemuk nak kurus!..Haish!!....Dan saya sebenarnya salah seorang antara "yang gemuk nak kurus" tuh!...haha


Memandangkan saya sekarang tengah berusaha untuk mencapai berat badan yang di impikan,maka hari ni saya nak share petua kuruskan badan dengan anda-anda semua yang baca blog yang tak seberapa ni...hehe


Meh kita tengok apa petuanya...


1. Kurangkan berat badan anda secara perlahan-lahan, iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kg ke 1.0 kg dalam seminggu. Biasanya 0.5 kg adalah angka yang mampu dicapai oleh kebanyakan orang. Tetapi jangan terlalu memaksa jika anda tidak berupaya mencapai sasaran awal. Disiplinkan diri dan lakukan secara beransur-ansur.


(Sedang berusaha!...Tapi kejap naik kejap turun....wuwuwuuu...T_T)

2. Jangan amalkan sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan. Lebih-lebih lagi tanpa mendapat nasihat atau kebenaran doctor. Ada banyak risikonya.



(Setakat ni takde lagi...Tapi ingat nak cuba pakai Losyen Yusmira Halia Bara @ Losyen Mustajab...Losyen je kan.Bukan telan pun..hehe..Agak2 menjadi tak?!....Kalau menjadi,ramping la i nanti ...auwww!!...) <-----Lempang nak?!

3. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori dan mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkanlah sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan. Juga, kurangkan pengambilan makanan ataupun minuman yang manis (kandungan gula yang tinggi). Lebihkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

( Baik !!.....Sekarang ni tengah berusaha makan nasi sikit je...)




4. Elakkan memakan makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, anda boleh gantikan dengan sekeping biskut cream crackers dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun makan saja buah-buahan.



(Malam-malam cuba untuk makan buah je...Tapi nafsu itu maha hebat!..Asyik tergoda je ngan meggi @ kueytiaw goreng @ macam2 lagi...wuwuwuwuu)

5. Banyakkan minum air mineral.

(Yang ni sudah tentu!)

6. Tetapkan waktu makan anda setiap hari.

Sebagai contoh:

Sarapan di antara jam 7.00 ke 7.30 pagi,

Makan di antara waktu pagi dan tengahari (10.00 - 11.00 pagi),

Makan tengahari (12.30 tengahari - 1.30 petang)

Minum petang (3.30 - 4.00 petang)

Makan malam (6.30 petang - 7.30 malam)

Kemudian, disiplinkan diri anda agar makan pada waktu yang ditetapkan. Jika dicepatkan atau dilambatkan sedikit pun tidak menjadi hal. Ikut keadaan dan kesesuaian anda.



( Wah....5 kali sehari tuu....InsyaAllah saya cuba!...Tapi risau gak..Nanti bukan makin kurus, tapi makin gemuk!!...hihi)

7. Makanlah di ruang makan dan bukannya di depan TV.



(Nasib baik kat rumah sewa ni takde TV...selalu makan depan laptop je..haha)

8. Biasakan diri menggunakan pinggan yang lebih kecil semasa makan. Tujuannya, supaya anda tidak mengambil terlalu banyak atau menambah lauk-pauk yang berlemak atau berkalori tinggi.



(Kat kedai makan selalu sediakan pinggan besar!...Macam mana ni?!! )

9. Penuhkan hari anda dengan melakukan aktiviti tertentu bagi mengelakkan daripada asyik teringatkan makanan.

Sebagai Contoh:

Lakukan aktiviti senaman 3 hingga 5 kali seminggu. Lakukan selama 30 minit setiap hari.

Anda juga boleh pecahkan kepada 3 sesi setiap hari:

a) 10 minit untuk setiap sesi.
b) Buat 10 minit di waktu pagi
c) 10 minit pada waktu tengahari
d) 10 minit sewaktu petang.

(Tiap2 petang saya jogging...Balik jogging saya skipping + main bola...Kadang2 main badminton!..Wah, hebat kau!!..Malam2 tido awal sebab sakit seluruh badan!...wuwuwuuu)


10. Rehat mesti secukupnya. Tidurlah dalam 6 hingga 8 jam sehari.

(Yang ni paling senang di capai!...hik3)




SUMBER dari: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA




Haa.....apalagi kawan2!!...Jom kita penuhi setiap kriteria petua kuruskan badan ni...Confirm dalam masa sebulan je dah boleh kurangkan 1-2 kg..hehe

Kepada kawan2 yang nak gemuk, boleh la terbalikkan 10 kriteria petua ni ya..Contohnya macam, kalau makan nasi pinggan kecik, korang amik la pinggan yang super duper besarnya!!...Pastu hari2 makan KFC + mcD + Pizza...Wah, confirm menjadi!...ahaks..




Tapi kan....Diet tu diet jugak, tapi jangan sampai kesihatan tak terjaga pulak!... >_<



Ok la ....itu saja..Selamat mencuba kawan2 semua...=)



SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI