December 19, 2013

Homemade Oreo Ice Cream

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Oh...sedapnya ais krim!! Ais krim selalunya dicari bila cuaca yang panas terik. Tapi kalau kat rumah, mana nak cari ais krim kan? Nak keluar rumah pergi kedai semata-mata nak beli ais krim dah tentu la malas. So, solution nya??....BUAT LA AIS KRIM SENDIRI! wohaa!


OREO ICE CREAM

BAHAN-BAHAN

1/2 tin susu pekat (terpulang pada tahap kemanisan masing-masing)
1 1/2 cawan susu cair (saya guna susu dutch lady je)
1 sudu kecil ovalette (pastikan halal!)
1 sudu kecil esen vanilla
Biskut oreo perisa vanilla (hancurkan)


CARA PENYEDIAAN

Campurkan semua bahan (kecuali biskut oreo) dan blend sampai gebu.
Tuang dalam bekas, kemudian tabur biskut oreo yang dah dihancurkan.
Dah tabur cantik-cantik boleh la simpan dalam freezer. Dah beku nanti baru boleh makan okeh!


Senang bukan?!


Resepi ni saya dapat kat FB Pakar Diari Hati... Malam tadi (18/12/2013) cuba buat dan alhamdulillah, sekali cuba menjadi. Punya la tak sabar nak makan ais krim, boleh dikatakan setiap setengah jam saya buka peti ais nak cek dah keras ke belum!...Hahaha... Tapi sebab tak larat nak tunggu, saya tidur je. Nasib baik tak mimpi ais krim!..Wohaa! Bangun pagi-pagi tu terus saya terjah peti ais. Makan ais krim pada jam 6.00 pagi!..Buang tabiat betoiii...!! > __________ <

So, buat jangan tak buat..Hihihi.... Boleh buat sebagai dessert time minum petang. Selalunya minum petang mesti goreng pisang + teh O panas je kan? Sekali- sekala ubah la selera ala-ala western sikit baru la keluarga bahagia. Suami makin sayang, anak lagi la bertambah-tambah sayang...ececece...Cakap macam dah kahwin pulak kan...hihihi


SELAMAT MENCOBAA!


p/s: Ovalette tu uols boleh cari kat kedai kek ataupun cari kat TESCO, GIANT, JUSCO @ pasaraya.



SEKIAN

December 13, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - to the finale

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Masih ingat kisah sedih yang tak berapa nak sedih ni? Mesti ada yang cakap kisah macam ni pun nak kecoh!...Haha..Tak kesah la orang nak cakap ape. Blog saya, suka hati saya la nak tulis apa. Hihihihi

Dalam PART 2 hari tu saya ada cerita yang si penipu tu dibicarakan di mahkamah pada 18 November 2013. Tapi saya tak bagitahu lagi apa keputusannya kan??.... Nak tahu tak apa keputusannya?..

KEPUTUSANNYA........Dia minta kes dibicarakan semula dengan diwakili peguam bela...

Ohooiiii...... Banyak betul duit dia nak upah peguam bela.. Tipu duit saya RM2000 je pun. Kalau tak nak saya panjangkan kes ni, bayar je la RM2000, habis cerita.. Saya tarik balik report yang saya buat, dan dia bebas...

Tapi...itu la kan..Masalahnya dia masih nak menegakkan benang yang basah!.... Encik polis cakap peluang dia nak menang tu tipis sebab saya ada bukti yang menyatakan dia benar-benar menipu saya....Memang saya agak yakin yang dia takkan menang!... Tapi... Terselit jugak dihati ni perasaan takut...Macam mana kalau dia menang??!....Saya pulak ke yang dipenjara?...waaa...takutnyaaa!

Kes ini akan dibicara lagi pada 18 Disember 2013 ni (Kalau tak silap laa..)... Saya tak pasti saya kena pergi mahkamah ke tak. Tunggu je la. Kalau dipanggil baru pergi. Tapi takut laa...Kalau dipanggil, terpaksa la menghadap muka peguam bela si penipu tu...Faham-faham la, peguam ni pandai psiko orang!..Kang tak pasal-pasal saya pulak yang dituduh bersalah!... Oh my God!...Mintak dijauhkan...huhuhu

Apapun, moga kes ni cepat berakhir... Biarlah ianya menjadi satu memori.. Bukan kenangan pahit, tapi kenangan terindah...hihihi

Don't u see mata bengkak disebalik kaca mata tu??...Hahaha...Gambar ni diambil sehari selepas penipuan tu terbongkar. Terpaksa pakai spek pergi kerja sebab nak menyembunyikan mata yang bengkak sebab menangis kecewa ditipu...kuikuikui.....Demi nak mengubati hati yang lara, balik je keje, terus pegi kedai makan. Konon nak makan yang best-best, tapi hampeh. Harap deco je cantik, tapi rasanya tawooorrr.....Bertambah lagi 1 kuciwa dijiwa ni....uhukkk


Moga Allah sentiasa bersama orang-orang yang dizalimi...


SEKIAN

December 06, 2013

Habit ketika memandu.....

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Salam Jumaat buat semua makhluk muka bumi.. 
Buat kaum lelaki yang tak pernah missed solat Jumaat, tahniah diucapkan!..Anda telah berjaya menunaikan kewajipan sebagai umat Islam sejati... Sedih sangat bila tengok ramai lelaki yang hanya berbaju melayu pada hari Jumaat, tapi tiba waktu solat Jumaat, tempat yang ditujunya adalah KEDAI MAKAN!... Takde perasaan malu ke dengan rela hati meninggalkan sesuatu yang wajib?!..huhuhu..So, girls..kalau nak cari lelaki nak buat suami, jangan pilih lelaki yang ada kat kedai makan time solat Jumaat tau!...hihihihi

Ok, berbalik pada tajuk entri kali ni...Sebenarnya, entri ni saya dah taip hampir 7 bulan yang lalu. Tapi lupa nak publish!...haha...

.............................................................................

Setiap orang ada habit yang berbeza ketika memandu..Betul tak? Ada yang sambil memandu, sambil menyanyi..Ada yang sambil memandu, sambil korek hidung..Ada yang sambil memandu, sambil main game dalam telefon...... (kesemuanya merujuk kepada habit saya...Hahaha... Opppss!)

Tapi this is a true story!... Memang saya tak tipu...Saya pernah main game POU ketika memandu pulang dari tempat kerja..Semata-mata takut pou tu mati kelaparan, saya rela bg dia makan walaupun masa tu saya tengah memandu!...hahaha..... Memang cari nahas sungguh!... >_<

In a long journey pulak, saya suka cari kereta lain untuk di ajak berlumba.!!..hahaha.... Selalunya saya buat habit ni bila perjalanan jauh seperti dari Johor ke Kelantan (masa belajar di UTHM), Penang ke Kelantan (masa belajar di USM) dan Kedah ke Kelantan (masa praktikal di Jitra)...

Dan, ofkos!...Kereta yang menjadi pilihan adalah kereta yang pemandunya adalah seorang lelaki!...hahaha....Nampak je pemandu lelaki yang bawa slow, terus saya pintas...Bila dia rasa tercabar, dia pintas kereta saya balik...Haha...masa tu rasa seronok sangat..Macam main game pulak!

Pernah sekali dalam perjalanan ke Jitra, saya bersama Afifah (my bestfren) berlumba dengan sebuah kereta putih ( Grand Livina kalau tak silap)...Kami berdua, mereka pun berdua...Dari Grik sampai la Banda Riang kami potong memotong. Bila sampai di trafik light, kami duduk sebelah menyebelah. Si pemandu kereta putih turun kan cermin, ingatkan dia nak ngorat (wahahaha...perasan gila!)...Sekali, tengok-tengok rupanya dia adalah senior yang belajar di USM dulu dan kawan Afifah..Hahaha....Tapi saya tak kenal pun....Selepas kejadian tu, ada jugak dia kirim salam melalui Afifah tapi saya just jawab dalam hati je la.Konon jual mahal....Haish!..Rugi pulak tak mintak no telefon dia dengan Afifah!...Hahaha..Gatai !!.... 

Uit!!..Jangan salah faham, mintak no telefon pun sebab nak mintak tolong dia carikan kerja kat dalam USM.. Maklumlah, dia dah jadi orang kuat USM sekarang.. (kalau tak silap laa..)

Kenangan......Rindu pulak rasanya nak memandu jauh....

Tapi, disebalik kenangan manis, ada jugak kenangan pahit.... Tengok kereta di depan kereta anda accident adalah perkara yang sangat menakutkan!...huhu.....Kejadian tu berlaku di Sik - Jeniang, Kedah...Masa tu, kami (saya dan Afifah) dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari POLIMAS, Jitra.....Lebih kurang pukul 3 petang, saya memandu dalam kelajuan 80km/j (ececece...macam tulis karangan pulak..hehe)...Kereta di depan kereta kami adalah kereta Viva hitam (sama mcm kereta saya), tapi saya perasan macam ada sesuatu yang tak kena je kat bumper depan kereta tu..macam terkopak...Si pemandu pulak macam orang mabuk je bawa kete, kejap laju kejap perlahan..Nak potong pun takut... Dah la jarak antara kete kami dekat je. Tak sampai 5 meter.

Sampai di satu selekoh, tiba-tiba kereta tu hilang arah...Dalam sekelip mata je, kereta tu tiba-tiba masuk ke laluan tengah, kemudian ke tepi dan melanggar tebing bukit di sebelah kiri...Masa tu saya dan Afifah menjerit sekuat hati...Nasib baik saya sempat mengelak, kalau tak memang dah langgar kereta tu..huhu...Kami tak berhenti pun..Kami teruskan perjalanan sebab takut nak tengok..Dah la perjalanan kami jauh lagi......Saya memandu dengan kaki yang menggigil dan mata berair hampir menangis..Dalam hati tak putus istighfar... Bawak kete pun slow je...Nasib baik selamat jugak sampai walaupun hampir jam 10 malam.

Huhuhuhu...

Kejadian tu berlaku pada bulan puasa tahun 2012... 2 bulan sebelum saya pulak yang eksiden...Tapi itu la kan...Ajal maut ditangan Tuhan..Kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan segalanya...


Throwback gambar-gambar masa eksiden setahun yang lalu...







Buat semua pemandu, berhati-hatilah ketika memandu dan ingatlah orang yang tersayang....Dan, apa paling penting!...Tinggalkanlah habit yang buruk ketika memandu....



SEKIAN

December 02, 2013

RESEPI: Futomaki Sushi dan Tuna Sushi (Versi Malaysia)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ada yang tak suka makan sushi tak kat sini?... Rugi tau tak suka makan sushi yang sedap ni. Dah la sedap, sihat pulak tu. Tambah-tambah boleh membuatkan kulit kita cantik. Tengok la orang Jepun, kulit diorang cantik-cantik sebab makan pulut... (Ayat pancing!...haha)

Takpe, kalau korang tak suka, lepas cuba resepi ni confirm korang akan fall in love dengan sushi sampai bila-bila!...Woha!


1. FUTOMAKI SUSHI


Gambar sebelah kiri (Kali pertama buat)
Gambar sebelah kanan (Kali kedua buat)

Kalau korang bijak, cuba korang teka apakah perbezaan antara kedua-dua sushi ni??

............................................

OK
Dah jumpa belum apa perbezaannya?? Hihihi
Tak tahu?..Takpe, kalau nak tahu jawapannya, sila baca sampai habis!...Hahaha


BAHAN A (UNTUK NASI PULUT)

Beras Sumo (Kat Tesco / Jusco / Giant ada jual)
Cuka sushi ( guna cuka biasa pun boleh)
Garam
Gula

BAHAN B (UNTUK INTI)

Filamen ketam
Sosej
Telur dadar (goreng biar jadi tebal)
Timun Jepun
Mayonis

BAHAN C

 (PERKARA PALING PENTING UNTUK JADIKAN SUSHI! Takde benda nih, tak menjadi la sushi korang...hahaha)

Kepingan Seaweed (Rumpai Laut)
Tikar Buluh Penggulung Sushi (kat Jusco ada jual)

Bahan wajib!


CARA PENYEDIAAN

NASI PULUT

1. Masak beras sumo macam tanak nasi biasa tapi lebihkan air. (Kat luar plastik beras tu ada tulis instruction cara nak masak)
2. Dah masak, sejukkan sekejap. Pindahkan nasi yang dah masak ke dalam mangkuk.
3. Masukkan cuka sushi. Bubuh agak-agak sesuai dengan kuantiti nasi tu. Kalau terlebih nanti masam pulak. Gaul dengan menggunakan senduk atau lebih senang gaul guna tangan je, tapi kena pakai sarung tangan la.
4. Larutkan sedikit garam dan gula dalam sedikit air. Kemudian tuang ke atas nasi tadi dan gaul rata.
5. Ketepikan.

INTI

1. Rebus sekejap filamen ketam dan sosej. Jangan terlebih masak pulak. Nanti jadi lembik. Saya curah air panas je dan biar dalam 2 minit sebelum angkat.
2. Goreng telur yang dah dicampur dengan sedikit garam menjadi telur dadar. Goreng jangan terlalu nipis.
3. Potong filamen ketam, sosej, telur dadar dan timun jepun dalam bentuk memanjang dan nipis.


CARA NAK MENGGULUNG


1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas tikar buluh.
3. Sapukan sedikit mayonis dan ratakan di separuh kepingan seaweed.
4. Ambil nasi pulut dengan menggunakan tangan dan ratakan di atas kawasan yang dah diletak mayonis tadi. (penyet-penyetkan nasi tu bagi padat)
5. Sapukan mayonis ke seluruh permukaan nasi pulut.
6. Susun bahan inti di tengah-tengah nasi.
7. Gulung menggunakan buluh penggulung. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
8. Dah siap gulung, boleh lah potong. Pastikan pisau anda TAJAM!. Kalau tak tajam, susah nak potong.
9. Dah siap potong, susun dalam pinggan, ambik gambar, dan sedia untuk di makan! Woha!



Ok, next resepi adalah Tuna Sushi. Yang ni 1st time saya buat. Hentam keromo je resepinya. Nasib baik menjadik!..haha


2. TUNA SUSHI



BAHAN UNTUK NASI PULUT

-Sama macam kat atas-

BAHAN UNTUK DRESSING

Tuna dalam tin
Mayonis
Garam

CARA PENYEDIAAN

1. Sediakan tikar buluh. Pastikan buluh bersih tanpa sebarang habuk!
2. Letakkan kepingan seaweed di atas buluh penggulung.
3. Letakkan nasi pulut ke atas kepingan seaweed dengan kuantiti separuh daripada permukaan seaweed.
4.Gulung menggunakan tikar buluh. Pastikan gulung dengan ketat-ketat sebab nak bagi nasi tu jadi padat.
5. Potong dalam saiz yang sama. Ketepikan.
6. Campurkan tuna dalam tin, mayonis dan garam dan gaul menggunakan sudu bagi rata. Kuantiti terpulang pada cita rasa masing-masing.
7. Susun nasi pulut yang dah dipotong tadi ke dalam pinggan. (Permukaan nasi di atas)
8. Letakkan campuran tuna tadi ke atas permukaan nasi. Kuantiti ikut suka hati. Jangan terlebih pulak nanti melimpah.
9. Dah siap, susun cantik-cantik, ambil gambar, post dalam FB @ Instagram, dan sedia untuk di makan!...Woha!


Minggu lepas, disebabkan nak buat potluck kat opis, saya teringin sangat nak buat sushi. Bahan-bahan semuanya dah ada. Tapi yang tak sempat beli adalah tikar buluh!... Dah ada dah tikar buluh tu, tapi lupa nak bawak datang KL..Huhuhu... Cari kat Econsave dan Giant, tapi takde. Nak pegi Jusco malas. Last-last saya guna benda kat bawah nih buat tikar gulung sushi!Hahaha


Nampak tak apa benda tu?....Saya guna kertas yang di laminate sebagai tikar buluh untuk gulung sushi!...Wah!!..Hebat tak?...hahaha. Susah kot nak gulung sushi guna benda alah ni...huhu.......Tapi nasib baik menjadik jugak.

>____________<


Haa....Amacam??....Korang tak nak cuba buat ke?
Tunggu apa lagi!..Cepat buat dan bagi kat bakal mak mertua makan!.. Confirm serta merta beliau terpikat dengan anda dan tak sabar-sabar nak anda kawen dengan anaknya. Wohaa!.... Dan, bila dah jadi menantu nanti, anda lah menantu kesayangan beliau!... Ececece... Nak tahu sebab apa?....Sebabnya, buat sushi ni, semua benda anda pegang dengan jari. Pegang nasi, pegang sosej, pegang seaweed and so on. Pendek kata, air tangan tu dah melekat kat setiap butir nasik lah!...Orang kata, air tangan isteri pengikat kasih suami. Tapi bagi yang tak kawen lagi, anda boleh la guna peluang ni untuk pikat BAKAL-BAKAL mak mertua anda!.. Wohaa!

Tapi, nak buat sushi ni yang lecehnya bila nak cari barang. Kalau kat Kelantan, saya dah cari banyak tempat dah kat Tesco, kat Giant, kat Mydin Mall, tapi yang jumpanya hanyalah beras sushi. Cuka, kicap dan tikar buluh tak jumpa pun. Nasib baik masa belajar kat USM dulu pernah beli tikar buluh untuk simpan berus water color....hehe...Boleh la guna untuk menggulung sushi tuh.


Masa tengah mengidam nak buat sushi (ada jugak orang macam ni..haha..abaikan), pernah jugak terfikir, alangkah bestnya kalau ada orang jual bahan-bahan nak buat sushi secara online. Tak perlu la nak bersusah payah sampai sesat dalam pasaraya sebab nak cari bahan yang simple ni...haha

Memandangkan saya dah melalui saat tu, dan mungkin juga anda akan melalui perkara yang sama macam saya, so saya akan tolong anda. Mana tahu hasil pertolongan saya, anda boleh buka empayar sushi citarasa melayu terbesar di Malaysia..Ececece...... Nanti saya akan tolong belikan bahan-bahannya, dan poskan untuk anda.  Tapi barang kering je macam beras sumo, cuka sushi, kicap sushi, tikar buluh dan seaweed je la yang boleh pos. Takkan la timun jepun pun nak saya pos jugak. Nanti kang baik-baik saya bungkus timun jepun pos kat anda, sampai-sampai jadi SELIPAR JEPUN!.. Tak ke meroyan kamu nanti!...HAHAHAHA


Ok.. Sesiapa yang nak pesan bahan-bahan sushi, boleh la contact saya kat FB (sila tengok side bar kat sebelah kanan anda ada)





p/s: Jawapan pada perbezaan yang saya tanya tadi adalah SAIZNYA!.... Kali pertama buat, saya buat saiz besar. Jenuh nak makan. Muak..huhu..So, untuk kali kedua ni, saya kecikkan saiznya. So, bila makan, takde la muak sangat.



SEKIAN

November 29, 2013

RESEPI : Puding Triffle

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Dalam banyak-banyak jenis puding, saya rasa puding ni adalah salah satu puding yang agak senang dan mudah untuk dibuat. Lepas habis Degree dulu (sementara tunggu nak daftar masuk Master), saya pernah buat puding ni untuk dijual kat sekolah abah saya. Laku kot!...haha....Jual kat cikgu-cikgu memang la laku...

Dalam tempoh seminggu, saya buat puding Triffle ni, pastu buat Mashed Potato (yang macam kat KFC tu), Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam Bersalut Nestum...Semua ni saya bagi kat abah suruh jual kat kawan-kawan dia dan budak-budak kat sekolah...Hahaha.. Ni la cara saya nak cari duit poket. Nak buat macam mana, nak kerja, maa dan abah saya tak bagi walaupun saya ada tempoh 4 bulan sementara tunggu nak sambung master.huhuhu

Ni LINK resepi untuk Sardin Ring dan Roti Gulung Isi Ketam

1. SARDINE RING
Sori kalau korang tak dapat tengok gambar. Saya pun tak tahu kenapa gambar tu tak dapat tengok. Mungkin sebab entri tu dah lama kot. Yela...pada tahun 2011 lagi..hehe

Yang ni saya jual yang tak masak lagi tau!.. Saya packing dalam plastik, buat macam sejuk beku.hehe


Ok dah.Itu cerita dah lama. Tak payah la nak ungkit-ungkit lagi..hehe...Jom kita tengok resepi Puding Triffle ni


PUDING TRIFFLE

BAHAN A
Kek gulung/ Kek Chiffon

BAHAN B
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula pasir
1/2 tin air masak

BAHAN C
Buah-buahan dalam tin (Koktel buah)

BAHAN D
1 Kotak serbuk jelly (Perisa terpulang pada citarasa masing-masing)



CARA PENYEDIAAN

1. Potong nipis-nipis Bahan A dan susun di dalam bekas / mangkuk kaca. Saya lebih suka guna kek chiffon sebab texture kek lebih lembut berbanding kek gulung.

2. Siram (basahkan) kepingan kek yang dipotong tadi dengan air daripada buah dalam tin.

3. Campur kesemua Bahan B dan masak di atas dapur dengan api yang perlahan. Pastikan adunan sentiasa di kacau. Kalau tak, adunan akan jadi berketul-ketul. Masak sehingga adunan menjadi pekat.

4. Tuang Bahan B ke atas kepingan kek. Pastikan keseluruhan kek ditutupi dengan adunan Bahan B.

5. Taburkan buah-buahan dalam tin ke atas adunan.

6. Masak jelly mengikut arahan di kotak. Sejukkan sementara sebelum tuang ke atas adunan. Jangan terlebih sejuk, nanti jelly tu mengeras!

7. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!




Nak tahu tak kenapa nama puding ni diberi nama Puding Triffle? 

Sebabnya, puding ni ada 3 lapisan. Lapisan Kek, Lapisan Kastard dan Lapisan Jelly. TRI means Three (tiga lapisan), FFLE pulak diambil dari perkataan waffle...Bila digabungkan, jadila THREEWAFFLE...tapi disebabkan panjang sangat, nama tu diubah jadi TRIFFLE!! Wohaa!....Memandai je aku neh. Korang jangan percaya tau!...hehehehe


Ok la...Selamat mencuba ya kawan-kawan!


SEKIAN

RESEPI: Kek Puding Karamel Pelangi Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Hari tu saya dah share resepi Kek Coklat Karamel Moist Kukus, kali ni saya nak share resepi Kek Karamel Pelangi Kukus pulak. Senang je caranya... Cuma agak leceh jugak la sebab ada banyak jenis adunan.

Jom kita tengok apa resepinya....


KEK PUDING KARAMEL PELANGI KUKUS
Resepi asal : Hasue


BAHAN A - GULA HANGUS:

2 sudu besar gula - tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan


BAHAN B - BAHAGIAN ATAS:

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur
2 biji telur (putih & kuning)



BAHAN C - LAPISAN KEK:

140 gm tepung gandum  - Ayak bersama baking powder
70 gm gula kastor
3 bj kuning telur
135 ml air biasa
1 sudu teh baking powder
45 ml minyak masak
2 sudu besar susu pekat manis


BAHAN D - MERINGUE

6 biji putih telur
70 gm gula kastor
1 sudu teh krim tartar

CARA MEMBUATNYA :

  1. Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
  2. Kacau semua bahan (B) perlahan-lahan, jangan bagi berbuih
  3. Tapis bahan (B) dalam loyang gula hangus (A) kemudian ketepikan
  4. Pukul bahan (C), campurkan semua dan pukul dengan senduk. Kemudian ketepikan
  5. Pukul bahan (D) sampai jadi kembang
  6. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul hingga sebati
  7. Bahagikan kepada beberapa bahagian & letak pewarna
  8. Masukkan dalam loyang yang ada gula hangus dan keremel tadi (A + B). Selang seli warna, letak ditengah-tengah loyang, adunan kek akan terapung
  9. Kukus dalam pengukus selama 40 minit atau bakar cara double boiling/waterbath (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak  *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja
  10. Dah masak, sejukkan pada suhu bilik. Kemudian terbalikkan.
  11. Simpan dalam peti ais dalam 30 minit dan sedia untuk dihidangkan!


Hari tu saya buat dalam keadaan kelam kabut. Loyangnya kecik je tapi saya isi adunan sampai penuh. haha... Pastu, jadi la macam ni... Padan muka!... >_<


Menggelembung jadinya... Nak terbalikkan pun susah...wuwuwu. Tapi, nasib baik bila diterbalikkan rupanya nampak ok...haha




Adik beradik saya semuanya suka kek yang ni berbanding dengan kek coklat karamel sebab yang ni keknya lebih lembut.

Korang pun cuba la buat ya.. Senang je ni..hehe...
Sedap di makan sebagai dessert!

Selamat Mencuba!


SEKIAN

November 26, 2013

RESEPI: Kek Coklat Karamel Moist Kukus

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Selepas hampir 3 bulan tangan ni tak buat kek, akhirnya pada 24/11/2013 tercapai jugak hasrat nak cuba buat kek coklat karamel dan kek karamel pelangi...Nasib baik menjadi walaupun first time buat..hehe..Alhamdulillah....




Ok la, tak perlu cakap banyak, jom kita tengok macam mana resepinya... =)


KEK COKLAT KARAMEL MOIST KUKUS
Resepi asal : Kak Yana Shaiful



BAHAN KARAMEL

STEP 1: 
2 sudu gula pasir di tabur dalam loyang

STEP 2: 
Buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas

STEP 3: 
Bahan B

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
1 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur
2 biji telur ( putih & kuning )

STEP 4:
Kacau perlahan bahan B. Make sure jangan berbuih!.. Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.

STEP 5:
Kukus selama 15 minit.. Nak guna kaedah steam bake pun boleh. Tapi saya lebih suka guna kaedah kukus sebab lagi senang.


BAHAN KEK COKLAT MOIST

Bahan A:
1 cawan serbuk koko (jangan terlebih nanti pahit!)
1 cawan susu cair 
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA PENYEDIAAN

Satukan semua bahan ke dalam periuk, kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dengan api perlahan sambil kacau hingga sebati. Padamkan api dan rehatkan sekejap.

Bahan B: 
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
*semua bahan diatas di ayak

Bahan C:
4 biji telur- pukul dgn whisk, mixer atau blend

CARA PENYEDIAAN

Satukan Bahan B dan Bahan C berselang seli dengan Bahan A dan gaul sebati dengan menggunakan senduk. Tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi. Kukus selama 40 minit sehingga masak. Nak tahu dah masak ke belum, cuba cucuk dengan lidi sate atau garfu. Kalau tak melekat, maksudnya dah masak la tu.

Dah masak, rehatkan sekejap pada suhu bilik. Dah sejuk nanti baru boleh terbalikkan. Tak boleh terbalikkan masa kek panas sebab kek dan karamel boleh pecah nanti. Kemudian sejukkan dalam peti ais dalam sejam dua.

Dan....Sedia untuk dimakan!




Selamat Mencoba!

November 19, 2013

Kisah Sedih di Ibu Kota - Part 3

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Ok... Akhirnya masuk jugak bab akhir kisah panjang ni...Kalau ikutkan nak buat 2 part je.Tapi macam terlalu panjang pulak. Mesti korang pun dah jemu nak baca kan?...haha... Takpe, yang dah jemu tu, tak payah baca.. Buat yang nak baca, teruskan pembacaan anda..Thank u so much sebab sanggup baca tulisan saya yang lintang pukang ni... Much LOVE from me!..Muuaahhh...hehe. 

Tujuan saya menulis blog adalah untuk mencatat setiap memori suka dan duka yang dilalui. At least setiap kenangan tidak hanya tercatat dalam memori, tapi juga tercatat dalam tulisan. Nanti anak-anak pun boleh baca dan tahu betapa peritnya perjalanan hidup mama diorang nih!..hehehe..... (Bila ya nak kawen?!...Woha!)

Ok, jom teruskan journey kisah yang penuh onak duri ni....

..............................................................................................................


Sementara tunggu adik datang, kami bertapa dalam kereta... Maka, berlakulah sesi meluahkan perasaan antara kami berdua...Biasala perempuan...Hehehe....Butiran luahan hati tu rasanya tak perlulah dicerita disini..Faham-faham sendiri la ya...hahaha

 Masa dalam kereta tu, kami terintai-intai tengok tingkap rumah dia. Mana la tahu, kami intip dia, rupa-rupanya dia pun intip kami.. Dah sama-sama mengintip pulak kerjanya...hahaha 

Dalam pada mengintip tu, adik saya pun datang bersama seorang kawannya.. Lepas berbincang sedikit sebanyak, kami naik ke atas.. Kali ni hati dah lebih yakin sikit sebab ada lelaki yang temankan...hehehe

Tok Tok Tok.....Bertalu-talu adik saya ketuk tapi masih takde respon..Dalam masa yang sama saya cuba call..Talian OK tapi takde orang angkat. Perbuatan kami telah mengundang jiran sebelah rumah menjenguk...Hahaha...Rasa segan pun ada. Ye la...Mesti diorang cakap "Eh, ada lagi budak 2 orang nih. Ingatkan dah balik. Sekarang siap bawak geng lagi"... (Monolog ni hanya dalam diri saya je... Entah2 diorang tak pikir pun macam tu!...Woha!)

Sementara adik dan kawannya bertanya dua tiga soalan pada lelaki-lelaki tersebut, kami pulak mendiamkan diri je.. Dalam kepala ni macam-macam fikir. Lagi satu frust sebab si penipu tu tak nak keluar rumah!...Huhuhu

Memandangkan jiran si penipu tu tak boleh nak tolong kami, terpaksa lah kami ambil inisiatif sendiri.. Cuma yang pasti, diorang cakap kawan-kawan serumah Si Danial tu ada waktu malam sebab diorang kerja siang hari... So, kami decide malam tu nak datang balik.

Turun tempat parking kereta, adik saya pesan suruh balik dulu. Malam nanti baru datang. Saya angguk kepala je.. Lepas adik saya pergi, kami tak balik pun! Kami nekad nak jadi spy hari tu!...Wohaa!...Siap call ofis lagi cakap kami nak cuti half day hari tu sebab ada masalah..Nampak tak betapa nekadnya kami berdua...hahaha

Saya cuba call lagi tapi masih tak berjawab. Last-last bila saya bukak aplikasi Whatsapp, rupanya dia tengah online!.. Apalagi! Memang terus saya serang dia


See!...Boleh pulak dia reply! Nampak sangat dia memang tak nak jawab call...huhu... Bila dia cakap nak bayar balik, terus saya bagi no. akaun. Nak pastikan betul ke tak dia boleh transfer...


Banyak cekadak pulak dia ni...Masa dia bagi no akaun Public Bank untuk kami transfer duit, kami tak banyak songeh pun walaupun terpaksa ke Wangsa Maju untuk cari Public Bank.. huhu...Maybank melambak kat KL ni, takkan tu pun susah nak cari... MENYAMPAH!


Saya siap cakap duit tu pinjam dengan kawan lagi..Padahal duit tu pinjam dengan abah..... Masa balas tu dah mula rasa sedih dah.. Mesti ma dan abah risau kalau tahu anak dia kena tipu...huhuhu.. 

"Ma..Abah...Kakcik kena tipu..... T_T"

Tapi, kata-kata tu hanya terluah dalam hati... Tak sanggup nak bagitahu diorang... Biarlah jumpa bertentang mata nanti baru bagitahu.. >_<

Dalam pada berbalas mesej tu, kami masih berada di situ..Tapi bukan dalam kereta..Kami ke blok bersebelahan dan duduk disitu memandang tingkap rumah DANIAL IRFAN...Penat duduk blok A, kami berpindah ke blok B pulak (Nama blok dirahsiakan)...Dah macam pengintip pulak. Nasib baik takde teropong. Kalau ada teropong, memang boleh jadi detektif la kami. Detektif berbaju kurung!...Hahaha

Dalam pada mengintip tu, kami nampak seorang lelaki berbaju sekolah masuk dalam rumah tu. Tapi still tak nampak Danial tu keluar.. Huhuhu...Sampailah pukul 4 petang, di sebabkan cuaca macam nak hujan, kami pun blah dari situ.....

Tapi dalam masa yang sama tetap keep in chatting dengan dia...


Mula tu kami setuju bila dia cakap nak bank in sebelum kul 12 malam, tapi lepas bincang dengan adik saya dan kawannya, diorang suruh bagi tempoh sampai pukul 8 malam...




Mula tu saya setuju dia nak transfer online. Tapi tetiba terfikir pulak baik jumpa je terus...Dah dia cakap nak bayar kan. Watpe nak takut kalau jumpa... Tapi, lepas saya cakap macam tu, tetiba pulak dia cakap dia dah transfer.... Bila saya mintak bukti, tak boleh pulak nak tunjuk.. Haish!



Masa reply ni, menggigil tangan saya tahan marah... Bila call tak nak jawab.. Tapi bila sms, boleh pulak balas....huhuhu... Haish, walaupun kes ni sebulan yang lalu, tapi bila baca balik setiap bait ayat yang dia reply, datang pulak sakit hati ni.... +_+



Haa...akhirnya dia mengaku yang dia tak transfer lagi.... Nampak tak kebodohan dia tuh.. Cakap macam k*ling!



Lepas saya cakap nak cash dan nak pergi tempat dia kerja, terus dia tak reply...... Dalam pada menunggu dia reply mesej, saya, kawan saya, adik saya dan kawannya menuju ke rumah si PENIPU tu untuk berjumpa dengan kawan serumah dia......

DAN....

Memang betul!...Si Danial tu telah menipu kami!...huhuhu.... Bila kami cakap yang Danial nak sewakan rumah ni pada kami, kesemua kawan rumah dia terkejut!... Mana tak nya... Danial tu hanya penyewa kat rumah tu dan bukan tuan rumah!.... Huhuhu

Mendengar kata-kata kawan dia, hancur luluh hati ni... Betapa pedihnya ditipu... Rasa macam putus cinta pulak sakitnya!...(Eh!....Ada kaitan ke?!....Woha!)

Saya, adik saya dan kawan adik saya tinggalkan nombor telefon pada kawan rumah Danial tu dengan harapan bila Danial balik, dia akan call salah seorang antara kami...

Selepas berbincang sedikit sebanyak dan memikirkan cara untuk perangkap Danial, kami pun pulang ke rumah...... Saya pulak terus sambung SMS dia....




Mungkin ALLAH nak tolong kami kot... Selepas pulang dari Thailand, Si Danial tu sempat tukar gambar profile dia kat WhatsApp... Tak tahu kenapa, terdetik dihati saya nak copy gambar dia. Padahal masa tu saya tak rasa lagi kami di tipu... Kejap je dia tukar..Rasanya tak sampai sejam!.. Lepas saya copy, bila buka balik, dia dah tukar dah profile picture dia seperti kat gambar saya screen shot kat atas ni.

Sejak dari itu, dia tak pernah balas mesej atau jawab call dari saya...... Saya diamkan diri je.. Malas lagi dah nak push. Segala SMS, WhatsApp dan gambar yang ada sudah cukup dijadikan bukti untuk dikemukakan pada pihak polis...

Mula tu saya ingat keesokan paginya (3/10/2013) nak pergi report polis. Tapi adik saya tak bagi sebab takut susah pihak polis nak jumpa saya memandangkan 4 - 6 /10/2013 saya akan ke Johor untuk majlis konvokesyen. So, saya hold dulu. Biar si Penipu tu leka....

Mak saya pulak asyik call dan SMS je tanya dah masuk rumah baru ke belom... Sedih kot! Saya menangis masa balas SMS cakap kat Mak yang saya tak masuk rumah baru lagi. Mungkin 2-3 hari lagi baru masuk. Kalau dia call pun, benda yang sama saya cakap dan cepat-cepat saya ubah topik sebab taknak dia perasan suara anak dia dah lain sebab tahan nangis!....Uwaaaaa

"Maaa.....Maafkan Kakcik sebab tak bagitahu hal sebenar. Kakcik takut Ma dengan Abah susah hati sebab anak mu ini jarang berjauhan dengan family"

Tapi...Sampai bila tak nak cerita kan... Nak tak nak, apa-apa hal jadi nanti, pada family jugak kita rujuk. Sehari sebelum konvokesyen, saya ceritakan pada mereka sambil menangis mengenangkan nasib ini...haha.. Memalukan je. Dah tua-tua pun nangis lagi. Depan family pulak tu!

Ma dan abah tak marah pun. Cuma Ma cakap patut la dia tak sedap hati bila baca sms saya masa saya reply kat dia bila dia tanya pasal rumah sewa tu.. Biasa la...Instinct orang tua. Lebih-lebih lagi ibu kita...wuwuwuuuu

Abah pulak cakap : "Takpela...tak de rezeki. Janji semuanya selamat"...Thanks abah!

Malam tu tido dengan hati yang tenang. Ye la...esokkan nak konvo...hehe

...............................................................

Pulang dari Johor, hari Isnin (7/10/2013), after waktu Isyak, kami menuju ke Balai Polis Wangsa Maju untuk membuat report. Kenapa Wangsa Maju? Sebab, saya tak tahu pun kat Setiawangsa ada Balai Polis!...hahaha

Segala mesej-mesej dia sama ada melalui SMS @ WhatsApp, saya print. Resit pembayaran deposit sebanyak RM2000 melalui 2 transaksi pun saya bawa sebagai bukti. Gambar dia pulak saya print besar-besar! Amik kau!

Masa buat report tu ada la beberapa orang polis datang baca setiap mesej-mesej yang saya print tu. Rasa segan pun ada..Haha.... Bila diorang tengok nama yang saya save untuk si penipu tu sebagai "Tuan Rumah", diorang cakap apa tau : "Ni bukan muka Tuan Rumah.. Ini muka Pecah Rumah!"...Hahaha

Lepas buat report kat Wangsa Maju, kami di arah pergi berjumpa dengan Pegawai Penyiasat di Balai Polis Kepong pulak.. Dah satu hal pulak nak cari jalan malam-malam buta ni....Huhuhu... Sesat jugak la...Pukul 11 lebih baru sampai Kepong. Tapi nasib baik jugak Pegawai Penyiasat tu agak hensem. Terus segar je rasa nak bagi keterangan!... (Gatai noo.... Woha!)

Selepas bagi keterangan, kami pun pulang dengan hati yang lega.....

....................................................................

Dipendekkan cerita.... Pada 10/10/2013 iaitu 4 hari selepas kami membuat report, Pegawai Penyiasat a.k.a Sarjan tu call saya bagitahu yang Danial di tangkap dan mintak kami ke Balai Polis Wangsa Maju sekarang jugak untuk buat pengecaman!

Subhanallah.... Syukur sangat-sangat akhirnya tertangkap jugak si Penipu tu... Walaupun jumlah duit yang dia tipu hanyalah berjumlah RM2000, tapi dia telah melukakan hati kami yang terlalu mengharap ni... huhuhu

Polis cakap, Danial tu datang balai polis untuk buat report kehilangan kereta. (Padahal kereta dia kena tarik oleh pihak Bank!) . Sebelum Danial pergi buat report, rakan serumah Danial ada call saya bagitahu yang kereta Danial hilang. Dia tanya saya kalau-kalau saya tahu pasal kehilangan kereta Danial tu ( Dia ingat polis yang tarik kereta tu atau adik saya yang tarik!..Ada ke patut adik saya nak tarik kete dia. No Plat kereta pun kami tak tahu...huhu)

Lepas budak rumah Danial call saya, saya terus call Sarjan tanya pasal ni. Ye la..Mana la tahu memang betul polis yang tarik kan..Hehe... Tapi polis cakap diorang takde hak nak tarik kereta orang tak tentu pasal.. Pastu saya suruh Sarjan tu call budak rumah Danial untuk betulkan persepsi dia yang salah terhadap polis . (Budak rumah Danial tu nampak macam nak backup Danial je...huhuhu)


 PADAN MUKA!.. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua.... Rupa-rupanya, masa Encik Sarjan call budak rumah Danial tu, dia ada cakap yang Danial dah pergi Balai Polis Wangsa Maju untuk buat report kes kehilangan keretanya. Apalagi, terus Sarjan tu call Balai Polis Wangsa Maju suruh tahan terus si Danial penipu tuh!...

Dan malam tu jugak kami pergi buat pengecaman.....Masa jumpa tu rasa nak tampar-tampar je muka si penipu tu. Tapi saya sabarkan diri.. Mana boleh tampar sesuka hati depan polis. Kang tak pasal-pasal saya pulak yang kena tahan...hahahaha

Ya..!... Malam tu kami rasa gembira sangat-sangat!... Penipu itu ditangkap di BALAI POLIS tempat kami buat aduan! Dah macam dia menyerah diri pulak...hahaha... Alhamdulillah...Syukur padaMu ya Allah... Engkau telah membantu kami insan yang teraniaya ini...

Lelaki jahanam itu telah ditahan reman selama empat hari... Selama ditahan tu memang dia mengaku dia tipu kami...Duit RM2000 tu memang dia nak guna untuk buat modal beli barang dekat Thailand untuk dijual di UpTown Danau Kota (Kalau tak silap la...)

Sesungguhnya kami tak marah...Cuma terkilan kenapa dia buat macam tu... Dia terlalu baik untuk menipu... Kalau dia memang betul nak tipu, kenapa tak lari terus je lepas kami bayar.. Tapi dia "baik"...Dia bagitahu yang dia ke Thailand...Ya!..Memang dia sangat-sangat BAIK (bodoh!)


Ok guys....Begitulah kisahnya.................


Sejak kejadian tu, saya dah tak berani nak buka laman web Mudah.my @ Majalah.com..... Jadi trauma.....huhuhu

Dan.. Syukur Alhamdulillah... Ada hikmah sebenarnya apa yang terjadi ni... Sekarang ni, saya dan Norsal dapat hidup selesa di rumah sewa sekarang kerana kakak yang tak berapa nak mesra tu dah keluar mencari rumah lain... Alhamdulillah..... Kalau sebelum ni kami diibaratkan seperti penyewa bilik je (bilik kecik tu la dunia kami...Ruang tamu dan dapur semua dia konker)..Sekarang ni kami dah bebas......hehehehe


Sesungguhnya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada hikmahnya... Tuhan menguji kita dengan memberi ujian pada kita agar kita sentiasa mengingatiNYA....




p/s: Berkenaan dengan keputusan mahkamah dalam perbicaraan semalam (18/11/2013), saya pun masih tak tahu keputusannya. Dah tanya Encik Sarjan tu tapi dia pun tah tahu sebab dia tak pergi mahkamah sebab ada meeting....InsyaAllah, apa-apa update nanti saya akan bagitahu dalam entry baru....


Ok..Itu saja dari saya... Thank you for reading this long story...


SEKIAN

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI