1 May 2012

Petua: Menghilangkan Bintik Hitam Di Muka

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh


Bintik hitam di muka merupakan musuh utama bagi setiap orang terutamanya kaum wanita..Betul tak?....Yela...camne tak jadi musuh kalau bintik2 hitam tu menyebabkan muka kita nampak kusam je..



Haa....tengok!!...Kusam + Tua kan?!....huk3


Bintik hitam juga dikenali sebagai brown spot atau dark spot dalam bahasa Inggeris. Ianya merupakan bintik-bintik berwarna coklat yang mana muncul dalam dan sekitar pipi, lengan dan tangan. Lazimnya, orang yang mempunyai warna kulit yang cerah akan lebih kerap menghadapi masalah ini. Walau bagaimanapun, bintik-bintik hitam pada muka akan mengakibatkan kita kelihatan lebih tua daripada usia sebenar kita.....hukhukhuk

Kat muka saya ni pun dah makin banyak dah..Camne tak tumbuh bintik-bintik hitam kalau diri sendiri tak reti nak jaga elok2 muka tu...hehe


Lazimnya bintik hitam di muka muncul di sebabkan beberapa perkara iaitu:

1. pendedahan kepada sinar matahari yang melampau.
2. Tekanan
3. Kehamilan
4. Penuaan
5. Genetik
6. Hormon
7. Langkah penjagaan kulit yang tidak tepat


Yang no.7 tu amat sesuai dengan saya!!....>_<
Maklum la...Saya ni pemalas skit...Tapi bila tengok muka kat cermin mula la menggelabah sebab banyak bintik hitam...huk3







Ok la...Straight to the point..Saya jumpa petua ni kat FB...Ayuh kita cuba buat sama2!...=)




Pilihan 1 - Rendamkan sehelai tisu ke dalam 2 biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Amalkannya 2 kali seminggu.

 




Pilihan 2 - Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.


 





Pilihan 3 - Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian, goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka 2 kali seminggu.













Pada saya, pilihan no 1 yang paling senang nak buat....Betul tak?..Jom kita buat sama-sama!..Harap-harap la petua ni menjadi....>.<














Kan best kalau kulit muka ada zip macam ni...Tumbuh je bintik hitam @ jerawat, tarik je zip pastu keluarlah kulit muka yang baru!...hik3...






Ok...FINE!...ini hanyalah ilusi semata-mata....T_T




SEKIAN

1 comment:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...