May 28, 2012

Orang Tamak VS Daging Panggang

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh





Cerita ni saya copy dari FB Hamka (Kereta Mayat)

Rugi sangat2 sape yang tak baca tau!....Satu perkongsian dan peringatan buat sesiapa yang tak pernah pegi Kelantan!..hik3

Jom layanzzzz..........



Dalam buku Buku Permata Yang Hilang ms 309, bab 46. ada kisah penderitaan aku yang sangat dahsyat. Dan kebiasaannya kisah penderitaan aku mesti melibatkan perempuan seperti kisah awek sabah dan orang utan, amoi terengganu yang berbulu, muslimah kancil yang kuat politik, dan gadis gedik old Mc donald a.e.i.o.u.. sebelum bertranformasi kepada gadis ayu.,


Okey, ada tak aku cerita kisah awek kelantan sebelum ini? Oh, aku lupa nak masukkan kisah tu dalam buku sebagai pedoman, maka aku tulis kat sini sahajalah..


Seperti biasa, bila melibatkan perempuan, pasti ada penderitaan, maka untuk kisah awek kelantan ini, yang sepatutnya ‘dale bahaso kelate untuk menamboh kese dramatik tapi nyaknye pulok ke demo jadi kawe’ cerita dalam bahasa Malaysia sahajalah..


Semoga lepas korang baca kisah penderitaan aku yang dahsyat ini, maka diharap dapatlah semua kesedihan korang di usir jauh dari sudut hati kerana hakikatnya apabila kita membandingkan kesedihan kita terhadap orang yang jauh lebih menderita, maka masalah korang akan menjadi kecil sahaja, inyAllah.., bab kata pepatah English yang di melayukan:


“Hatiku sedih kerana tidak berkasut baru, namun kesedihanku hilang apabila dijalanan, aku terjumpa dengan manusia yang tiada kaki..”


Chewah!!..


Atau pepatah keretamayat...


“"Sekiranya beginilah caranya Allah mahu ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini..."
Argh, nak berfasalaflah pulak, kita terus pada babak akhir kisah yang menyayat hati ini..


******
Pada suatu hari aku telah di jemput menghadiri jamuan makan bertemu empat mata di rumah awek kelantan yang bertempat di Kok Lanas, Ketereh..


Oleh sebab aku segan dengan bakal bapak mertua yang selalu berserban macam tok guru Nik aziz, maka aku ajak kawan baik aku yang kita namakan sebagai menantu Mak cik Limah.


Pendek cerita.., aku dan menantu Mak cik limah yang bukan orang kelantan telah pergi ke kelantan untuk makan makan, dan sampai di sana, kami di hidangkan dengan laksa kelantan...


Laksa kelantan lebih kurang sama dengan Laksa Terengganu, Cuma di kelantan mereka hidang bersama daging panggang..


Aku yang memang lapar terus berebut dengan menantu Mak Cik Limah akan daging panggang tersebut.., lagipun daging panggang tak banyak, sekitar sepuluh ketul sahaja yang dihidang bersama semangkuk garam dan semangkuk cili boh,


Oleh sebab aku rakus dan pentingkan diri sendiri, aku berjaya merebut 8 ketul daging panggang, manakala menantu Mak cik limah hanya mendapat dua ketul..


Kesian semua hadirin yang lain kerena tidak dapat daging panggang, mereka terkejut melihat aku yang tamak, tapi tidak rugi, nampaknya, pepatah , “orang tamak, selalu rugi” tidak terkesan badinya pada aku, sebaliknya, pepatah aku adalah: “orang tamak selalu haloba,” Woha!


Dalam kegembiraan aku nak makan laksa, akupun makan dahulu seketul daging panggang sebagai pembuka selera..


Perghhhh, kenapa rasa daging panggang ni rasanya macam daging mayat zombie?!


Tapi sebab awek kelantan sedang tersenyum pelik melihat aku, maka aku habiskan juga seketul daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie..


Menantu Mak cik limah lagi teruk, sebaik daging panggang tu masuk mulut, terus menghembur keluar siap meludah lagi..


Perkara ini menimbulkan malu kepada awek kelantan dan membangkitkan marah pada bapanya..


Pendek cerita, percintaan kami terkubur bersama daging panggang yang rasa masam melekit masin semasin peluh mayat zombie itu, “Hait Ptuihhh..!”


Rupa-rupanya.., apa yang kami makan itu bukan daging panggang, tetapi belacan panggang! Sebab tu lah rasanya macam gampang!




Woha!


Ps: Lain kali jika pergi kelantan makan laksa, jangan sangka belacan panggang tu daging walaupun rupanya nampak sama, tapi seksa memakannya, tuhan sahaja yang tahu.., ya aku setuju..,Orang tamak selalu rugi, woha!






Amacam?!...Dah tahu dah keseluruhan cerita?....Hihi...Tu la..Orang tamak selalu rugi...So, sebelum tamak tu, sila kawal diri anda!...hik3


SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI