May 10, 2012

Petua Untuk Anak Dara Kuruskan Badan


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Err.....Please take note!.....Petua ni hanya untuk ANAK DARA ya!!....Hahaha......Bukan apa...Hanya yang tak kawen lagi je yang mampu mengamalkan petua ni..Yang dah kawen, mana leh amalkan petua ni..Kang tak pasal2 pengsan sebab tak cukup tenaga..Mana nak jaga anak..Mana nak jaga diri sendiri...Mana nak jaga suami..Betul tak?!....hik3









Hari tu saya dah cerita pasal Petua Kuruskan Badan kat ENTRI NI...Tapi petua kali ni lain sikit + lagi ADVANCE!....Konfem boleh turun 5 kilo dalam masa sebulan!...hihi






Ok la....Mari kita tengok apa petuanya....






LARANGAN

1. Jangan makan makanan yang berkarbohidrat tinggi seperti nasi, roti, meehon, keow teow atau mee.


2. Jangan makan makanan yang mempunyai kandungan gula/garam yang tinggi seperti ikan masin, kicap, cili sos, tomato sos, yogurt manis dan sebarang jeruk.

3. Jangan makan frozen food (makanan beku sejuk) seperti burger, bebola ikan, sosej dan sebagainya.

4. Jangan atau kurangkan pengambilan minuman yang berkafein seperti teh dan coklat kerana kafein melambatkan pembakaran lemak.






AMALAN:

1. Minum air masak (air suam atau air sejuk) sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

2. Banyakkan makan sayur-sayuran dan makanan yang berasaskan soya.

3. Anda dibolehkan untuk makan daging, ikan, makanan laut dan juga keju (cheese). Tetapi ingat, jangan makan nasi atau roti.

4. Anda digalakkan bersenam setidak-tidaknya 30 minit sehari.




Amacam?!....Ada berani nak layan petua ni?.....Saya sendiri pun macam tak yakin boleh buat!...hik3...Tapi kalau anda benar2 mahu kurus, silalah amalkan petua ini....Berbaloi-baloi okeh!


Kawan saya ada perkenalkan DIET ATKINS...Kalau nak tahu apa itu diet atkins, silalah baca blog ini...





Baca yang kat dalam kotak merah tuh!





FYI, Pemilik blog ni mampu menurunkan berat badan sebanyak 60kg selepas mengamalkan diet ni....Tak sangka kan?!

Teruja pulak nak cuba diet ni...Tapi mampukah aku?.....wuwuwuuuu




Hmmm...kena kuat semangat la jawabnya...


Meh kita tengok apa menu yang dicadangkan oleh abang Dzul kita nih...(klik atas gambar untuk tumbesaran)



INGAT!!....Jangan makan nasik + roti + yang seangkatan dengan karbohidrat kalau anda mahu kurus!


Kalau anda benar2 mahu kurus, lupakan kata-kata yang menggores hati yang di tujukan kepada anda..Contohnya:


" Laa....sikitnya makan!...Diet letuuww?!"


"Amboi, diet ker?!"


"Al-maklumlah...Orang tu diet.."


Situasi ni dihadapi apabila anda mengambil makanan @ nasi dalam kuantiti sedikit...Betul tak?!


Saya dah selalu mengalaminya....hihi
Agak terencat jugak la plan nak diet bila dengar ayat2 camni....Huhuhu....Tapi takpe...jadikan kata2 itu sebagai motivasi untuk anda berusaha untuk kurus!!!








Caiyok2!!...


SELAMAT MENCUBA...










SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI