May 05, 2012

Petua Untuk Hati Yang Selalu Bersedih

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Anda sedih?!!


Jangan risau......

Istimewa untuk hati yang sedang bersedih, jiwa yang sedang berduka, minda yang sedang berkecamuk, inilah petua terbaik buat mengubat resah dan gundah:


1. Amalkan tasbih, tahmid dan takbir - Inilah petua yang diberikan oleh Rasulullah s.w.w. kepada anaknya Siti Fatimah.


2. Berdoa - Mohonlah kepada Allah s.w.t. Ingatlah, doa adalah senjata bagi orang mukmin.


3. Sibukkan Diri dengan Sesuatu - Lakukan aktiviti yang boleh melupakan segala kekusutan seperti perbanyakan membaca al-Quran dan pelbagai bahan bacaan. Libatkan diri dengan aktiviti usrah,kemasyarakatan dan sebagainya.


4. Luahkan Perasaan - Bermacam cara boleh digunakan untuk meluahkan perasaan. Carilah seseorang yang paling anda percaya, menulis diari atau catatan harian, menulis blog dan 
sebagainya.


5. Senyum - Apabila berada dalam tekanan, cubalah untuk senyum. Senyumlah dihadapan cermin dan lihatlah diri anda yang sedang tersenyum. Ia mampu menenangkan fikiran dan hati. 



SUMBER: ENSAIKLOPEDIA PETUA MELAYU LAMA


Saya tahu ramai antara kawan-kawan saya hatinya tidak tenang sekarang ni..Betul tak?!...Tak yah nak sembunyi la...Tengok air muka pun dah tahu dah...hihi...oppsss!..(Macam la pandai sangat tengok air muka orang kan..hehe)....Apapun, semoga hati2 anda semua tenang selepas mengamalkan petua ini...

Senyum macam ni ya!!....=)



Caiyokk2!....Sayang kamu semua....>_<





SEKIAN

No comments:

Post a Comment

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI