Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Haish!
Apa ke hal saya buat entri pasal Orang Gila ni?!
Buang tabiat ke hape?
Hehehe
Tak kesah la...
Ada apa dengan Orang Gila?!
Kenapa di panggil Orang Gila?
Pernahkah terbit persoalan dalam diri kita bila melihat Orang Gila?
Persoalan macam....
Macam mana dia boleh jadi gila?!
Mesti la pernah kan!
Tapi persoalan itu hanya terbit sementara
Sebab, makin lama kita tengok orang gila, makin kita meluat
Bila orang gila datang je ke arah kita, terus kita lari
Ye la...
Kang tak pasal2 kalau kita TERlayan dia, kita pun jadi gila macam dia
Hehehe
Bila tengok je orang2 macam gambar kat atas ni, terus kita panggil dia ORANG GILA?!
Tengok orang yang dok bercakap sorang-sorang, yang dok kutip tin-tin kosong, kita terus panggil dia ORANG GILA?!
Yang rambut panjang-panjang dan keras macam sarang tebuan, pun kita panggil ORANG GILA
Yang berbogel kat tepi-tepi jalan, kita panggil ORANG GILA
Kenapa ya?
WHY?!
Sedarkah kita, banyak lagi jenis2 ORANG GILA kat dalam dunia ni...
Ni haa..spesis ORANG GILA:
GILA PANGKAT
Ini adalah spesis orang yang sibuk dok kejar pangkat. Buat keje malas..Gaji nak banyak je..Bab mengampu bos nombor SATU!
Korang yang dah keje jangan jadi macam ni ya!
Hik3
GILA JUDI
Haa.....spesis ni spesis yang agak bahaya la...sekali terjebak dengan tahi judi, terus tergila-gila ngan TAHI ni je..Sampai anak bini kat rumah pun tak di hirau kan!...Sampai ada yang bunuh mak sendiri!.!!
Nauzubillahiminzalik
Mintak2 dijauhkan dari berlaku perkara ni....
>_<
GILA NAMA
Gambar ni tak ada kaitan ya!...Gila kan nama ni takpa...hehe
Spesis gila nama ni agak menular la kat Msia sekarang ni...Derma ciput je, tapi dah menghebah-hebahkan kat seluruh dunia macam dia dah derma 1 gunung harta!
Haiyyaa....apa nak jadi..
Korang jangan jadi macam ni tau!
Menderma tu biar lah ikhlas...
GILA TALAK
Uish!...yang ni pun bahaya nih!....
Asal gaduh je, terus cakap nak cerai...pastu mula la menangis-nangis merayu nak rujuk balik...esok lusa lepas rujuk, buat lagi..
Hmmm...
Pada lelaki...jaga perkataan yang keluar dari mulut anda k!
Kalau tak, menyesal tak sudah la korang nanti...
GILA HARTA
Spesis gila harta ni selalu kita tengok dalam drama TV..Asal nampak duit je, mata terus bersinar-sinar....Mula nak menggesel sana sini..Macam kucing miang!...Opsss!..hehe
Alah...bukan kat drama TV aja..kat realiti pun ada..Kalau tengok artis yang lawa, kahwin ngan lelaki tua hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong tu..SAH!...Gila Harta...hehehe..
Pandangan saya je...jangan marah
>_<
GILA SEKS
Spesis ni spesis yang paling merbahaya bagi para wanita....dengar pun dah ngeri !!...huhuhu
Cerita pasal spesis ni, kawan saya pernah terkena penangan orang gila macam ni..Masa tu dia naik bas nak balik Kelate..waktu malam.....Dapat pulak seat sebelah lelaki...Dah la tempat 2 dari belakang!
Ingatkan lelaki tu ok...Sekali tangan dia MERAYAP ko tahu!
Apa lagi...!!..memang marah la kawan saya tu..
Lelaki tu boleh pulak cakap.."Haa...kenapa?..apa saya dah buat?..saya tido tadi.."...Hai bro..memang hebat la lakonan kau!
Pastu, masing-masing diam je..kawan saya malas nak layan....tapi dia buat2 tido..kalau ikutkan memang ngantuk gila..tapi dia tahan sebab takut jadi lagi...
Sekali...memang Lelaki Keparat tu buat lagi!!
Haa...yang ni memang kawan saya takleh nak maafkan la..
Nak jerit takut orang terjaga dari tido
Terus kawan saya mintak tukar tempat duduk dengan sorang lelaki kat sebelah seat dia duduk...
Nasib baik laki tu nak tukar
Dapat lah kawan saya tido ngan lena sementara tunggu sampai kelate sebab seat yang dia baru tukar tu single seat..
Sampai je kelate, lelaki tu terus lari turun..takut kena pukul kat hubby kawan saya la tu...hehe
Begitulah al-kisahnya...
Korang yang lelaki ni..jangan jadi gila macam ni eh!
and
da last one!
GILA KENTANG
Spesis ni jenis orang yang gila babas nak makan kentang kot!
Hahaha...
Ok....tipu!
Spesis Gila kentang ni saya tak tahu spesis apa benda
Tapi orang selalu je sebut gila kentang
Kenapa ya?!
Hehehe
Ok la...
Dah lari dari topik sebenarnya..
Hehe
Saya sebenarnya nak cerita pasal macam mana terjadinya Orang Gila yang kita tengok bercakap sorang-sorang tu..
Ok...Straight to the point!
Once again : Kenapa terjadinya Orang Gila?
Kita selalu pikir, orang gila ni terjadi sebab dia terlampau stress!
Ya..Mungkin jugak itu satu penyebabnya
Tapi dalam kita tak sedar,
Sebenarnya....
Orang yang terlampau KESUNYIAN pun boleh jadi gila..!!
Haiyya...sunyi susah
Stress pun susah
Kenapa orang kesunyian boleh jadi gila?!
Sebab....bila seseorang dalam kesunyian...fikirannya akan menerawang entah ke mana...Dia akan berfikir, kalau lah itu...kalau lah ini...Kalau lah dia jadi macam ni..Kalau lah dia jadi macam tu...
Satu khayalan yang menyimpang dari realiti akan mula merasuk diri..
Manusia yang kesepian itu akan lebih suka bermimpi yang indah-indah daripada menghadapi realiti...
Kenapa jadi macam tu?!
Kerana jiwanya KOSONG!
Sekali lagi...
K.O.S.O.N.G
Bila hati yang sepi dan kosong tidak di isi dengan sebarang aktiviti, manusia akan mudah berkhayal......
Ketika itu, makhluk dari alam lain a.k.a JIN akan mula merasuk kedalam fikiran manusia
Malah, ada yang menjelmakan diri dalam bentuk manusia
Mungkin dalam bentuk manusia yang begitu di kasihi oleh manusia kesepian itu!
Tapi, mereka hanya menjelmakan diri hanya dalam mimpi..
dan
Makhluk itu akan cuba memerangkap manusia agar terus terperangkap di dalam mimpinya
Kenapa?
Kerana, mimpi itu lebih baik dari realiti
Malah..mungkin lebih bahagia dari realiti
Makhluk itu akan memperdaya manusia bahawa dunia yang satu lagi adalah 1000 kali lebih baik dari kehidupan manusia
Dan
Manusia yang lemah iman, akan terperangkap selamanya dalam mimpi yang di rancang oleh makhluk Jin atau lebih tepat BUNIAN itu..
Manusia yang dah termasuk dalam perangkap jin itu tidak mudah untuk di ubati
Walaupun matanya terbuka, namun hati dan fikirannya sudah terperangkap dalam mimpi di siang harinya
Dia dah tak kisah dah apa yang dah jadi dengan dirinya di dunia manusia, yang penting dirinya sudah bahagia di dunia yang satu lagi...
Sebab itu lah, kalau kita jumpa dengan orang Gila, mesti dia dok bercakap seorang diri
Kita fikir, mesti dia tengah bercakap dengan dirinya sendiri..
Tapi...kita silap!
Sebenarnya dia bukan cakap sorang-sorang tau!
Dia bercakap dengan makhluk di dalam fikirannya
Wah!...dasyat kan?!
Selalunya orang yang boleh terjebak dalam perkara ni adalah orang yang sepi dari cinta manusia
Sepi dari cinta ibu bapa
Sepi dari cinta suami / isteri
Sepi dari cinta adik beradik
Sepi dari cinta sanak saudara
Sepi dari cinta kawan-kawan
dan jugak, diri sendiri yang TIDAK mencintai ALLAH!
Kalau dah sekali terjebak dengan permainan makhluk halus itu, memang susah nak keluar ke alam nyata!
Huhuhuhu
Mintak di jauhkan la diri kita dari terjadi benda ni kan?!
Sebab itu la, kalau kita sunyi, kita jangan biarkan fikiran kita berkhayal!
Nanti kang, ada "benda" yang nak join khayalan kita tuu...hehe
He..He...He....heeeee
Takut tak?!
Kih3
Oleh itu...
Bila sunyi, lebih baik baca Al-Quran @ berzikir
Itu yang lebih baik!
Hmmmmmm....
Mesti ada antara korang yang tak percaya kan cerita saya ni?!
Saya pun tak tahu jugak betul ke tak asal usul Orang Gila ni....tapi saya dapat ni melalui pembacaan
Dari Novel Cinta!
hehe
Tajuk novel tu..."Jangan Ganggu Lenaku"
Cuba la baca
Best jugak la...
Kisah seorang isteri yang dahagakan kasih dari suami..Si suami pulak tak faham2...
Di biarnya isteri terkurung dalam rumah sorang2...Dia ingat dengan kekayaan mampu membahagiakan isterinya..
Namun dia SILAP!
Isteri yang kesepian itu hampir terjebak dalam perangkap makhluk bunian yang menyamar menjadi suaminya yang penyayang dalam mimpinya
Si isteri kalau boleh taknak bangun dari lenanya sebab nak bersama dengan suami dalam mimpinya!
Nak tahu cerita selanjut nya?!
Korang baca la sendiri!
Hahahaha
P/S: Kalau saya ada salah, tolong betul kan!
SEKIAN