February 22, 2012

Dilema Pinjaman Pelajaran VS Simpanan Pelajaran

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh




Orang zaman dahulu, nak belajar pun susah sebab takda duit

Dulu, nilai 10 sen dah macam RM1 sekarang

RM1 dah macam RM10 




Abah saya dulu,

Sebelum sambung belajar, dia sempat pegi keje part time kat Singapura

Tu pun semata-mata nak cari duit poket

Ye la..

Nak harapkan orang tua dia, lagi la susah

Alamatnya tak sambung belajar la dia


Dia pegi Singapura naik kereta api

Haaa....kalau nak tahu..

Abah saya la antara pekerja-pekerja yang buat Changi Airport tu

Wah...bangga..hihi



Hasil duit gaji part time kat sana la dia guna buat sambung belajar



See...!!


Susah kan orang dulu2 nak cari duit untuk belajar





Zaman kita sekarang dah lain dah


Dapat result OK je, terus ada badan2 kerajaan @ swasta yang nak tanggung

Kalau tak dapat biasiswa, boleh buat pinjaman



Tak timbul pun masalah tak cukup duit nak sambung belajar


Tapi..........


Janji diri sendiri tu kena rajin belajar la

Hehe








Cuma....




Yang jadi masalahnya...


Bila dah meminjam ni, kena la bayar



Yela, reti pinjam reti la bayar!


Hehe





Haish!



Memang wajib la bayar kan

Tapi, kalau la kos pentadbiran tak naik kan best

Pinjam banyak tu, bayar pun banyak tu jugak



Tapi itu tak mungkin terjadi

Sebab memang dah syarat sebelum pinjam lagi


Haa...tu la...masa nak wat pinjaman tu, bukan nak baca betul2 syarat dia

Yang nampak, cuma jumlah wang yang nak di pinjam tu je


Rambang mata orang kata


haha





>_<





Dan lihat lah, inilah hasilnya bila dah meminjam







Jumlah pinjaman saya untuk 3 sem masa degree dulu RM10 500


Cek bulan 1 hari tu, kos pentadbiran naik sebanyak RM24.38

Masuk bulan 2, naik lagi RM24.38 

Total jadi RM48.76


Haiyyaa....tak boleh jadi nih


Kalau biar lagi 5 bulan, dah naik RM121.90 dah




Haish!




Mana nak cekau duit nak bayar nih

Dah la sambung belajar


Huhu



Ha...tu la


Ma suruh kerja tak nak

Tahu nak belajar je


>_<




Sabor je la







Lepas tengok penyata ni, tetiba saya teringat yang abah saya ada bukakan akaun SSPN masa saya kat matrik dulu


Seingat saya, abah saya depositkan dalam akaun SSPN tu sebanyak RM2200

RM200 ketika buka akaun

dan RM2000 selepas buka akaun


Ye la..


Masa tu, SSPN kuar kan notis, sapa yang bergaji RM3000 ke atas, anaknya kena ada duit dalam akaun sebanyak RM3000

Tu yang abah saya deposit duit sebanyak tu


Tapi tak lama pastu, kuar pulak notis

Untuk pembukaan SSPN hanya perlu RM20 je

Terus abah saya tak depositkan duit ke dalam akaun tu

Hehehe






Saya buka akaun SSPN ni pada tahun 2008

Dan sekarang dah tahun 2012


Bila cek kat akaun, terkejut jugak tengok

EH..macam mana boleh bertambah duit ni?!





Bertambah RM273.43


Padahal abah saya tak deposit pun duit dalam akaun ni




Apalagi....


Serta merta jadi happy!!




Tadi bukan main lagi sedih bila tengok baki hutang



Hehehehe







So, sekarang ni saya dalam dilema

Nak keluarkan duit dalam SSPN untuk bayar PTPTN 

Atau

Nak kekalkan duit SSPN ( biar jadi bertambah!..haha) dan biarkan hutang PTPTN makin membiak




Hmmm...




Korang rasa apa yang patut saya buat?!








SEKIAN

3 comments:

  1. hahaaha...adoyai...tu la....student biasalah..masa dapat wet pinjaman...wahh very heaven..lepas tu..jadi hutang yg melambak..erkkk..hamikkk...x taw nk cekau mana nk dpt duit..hhhahaha....so moralnye...baik byr sikit2...supaya x berbeban..dr bia dia membiak n kita terbeban di asa depan...hhahahha

    ReplyDelete
  2. haha...betul jugak tu...ingat nnt nak bayar la sikit2..tak sanggup nak biarkan hutang tu beranak pinak dah..hihi

    ReplyDelete
  3. biarkan saja. kdg kala dividen sspn x berbaloi dgn kos pentadbiran bulanan

    ReplyDelete

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI