Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Sapa suka makan Potato Wedges @ Cheesy Wedges?
Saya rasa majoriti orang suka makan. Tapi kalau beli kat KFC tu agak mahal jugak la . Baru 5 Ketul pun dah RM3.40. Makan tak sempat nak kenyang pun!
Baik buat sendiri...Lagi jimat!....Hehehe
Haa....hari ni saya nak share resepi kampungan dari saya macam mana nak buat Potato Wedges!
POTATO WEDGES
Bahan-bahan
Kentang
Telur
Serbuk Cili
Tepung Jagung
Garam
Bukan apa...bila potong, takde la nampak ciput cinonet sangat..hehehe
Kupas cantik-cantik, pastu potong macam ni
Kupas cantik-cantik, pastu potong macam ni
Macam mana nak potong macam ni?..Senang je...
Korang belah 2 kentang tu
Pastu potong dalam 5-6 slice bagi setiap belahan tadi
Make sure each slice tadi tak nipis sangat & tak tebal sangat okeh
Sebab kalau nipis, nanti bila goreng, tak rasa sangat isi kentang tu
Kalau tebal, takut tak masak kat bahagian dalam pulak
Ok...seterusnya bahagian rempah-ratusnya pulak
Pecahkan sebiji telur, kacau sampai berbuih
Tuang ke atas hirisan kentang tadi pastu gaul rata
Masukkan serbuk cili, tepung jagung dan garam
Sukatan ikut suka hati ya...
Kemudian gaul rata...
Make sure bersalut dengan hirisan kentang okeh!
Saya cuba buat macam gambar kat atas ni..tapi jadi berketul-ketul pulak..
Korang jangan buat macam ni ya!
Bila dah siap gaul rata, tinggalkan kejap
Dalam 10 minit ke
Then...
Boleh la di goreng!
Goreng di atas api yang sederhana ya
Tak kecik sangat, tak besar sangat
Bila dah nampak keperangan tu, dah kira masak la tu
And..
Taddaaa
Siap!
Sedap okeh!...Lagi sedap dari yang kat KFC tuh!
hahaha
Makan petang-petang sodap nih!
Jom buat!..hehe
Selamat mencuba!
SEKIAN
boleh la masak kat BP td..hehe
ReplyDelete