Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Ada rasa meleleh air liur tak?!
hehehehe
Saya yakin semua orang tahu pasal isu pergaduhan di KFC baru-baru ini, kan?
yang terjadi di KFC i-city tu
Korang tahu kan?
Kalau sapa yang tak tahu tu, boleh tengok kat video ni...
Ini adalah rakaman sebelum kejadian....
Yang ni pulak, masa kes maki - terajang tuh!
hmmm.....
Apa yang korang rasa bila berlaku benda ni?
Siapa yang betul?
Siapa yang salah?
Perlu kah kejadian ini berlaku?
Pada pandangan saya la kan...
Dua - dua belah pihak salah...
Masing-masing tak nak mengalah
Masing-masing ego
Masing-masing nak menang!
Maka terjadi lah perkara macam ni
Sampai sepak terajang,
Maki hamun,
Tuduh menuduh!
MashaALLAH......
Di sebabkan ayam seketul,
Pergaduhan besar berlaku...
Huh!
Bodoh kan manusia ni?!
Benda remeh macam ni pun nak kecoh sampai 1 Malaysia
dan kalau korang perasan, ada sorang mat salleh dalam video rakaman tu tengah tengok pergaduhan tu...
Apa la persepsi dia terhadap orang Malaysia pasni...
Mesti dia fikir, orang Malaysia ni takda budi bahasa
Huhu...
Dan....
Bila dah jadi perkara macam ni,
Mula la timbul isu racist!
Cina tak suka Melayu
Melayu tak suka Cina
Huh!
Memang sah!
Orang Malaysia ni tak matang!
Jangan la disebabkan perkara sekecik ini,
Nak gaduh sampai melibatkan kaum
Malah, sampai BOIKOT makan KFC!!
Hmmm...
Nak jugak saya tahu, sampai bila orang yang boikot KFC ni mampu bertahan dari tak makan KFC!
hehehe
Sapa kat sini Boikot KFC?!
Sila angkat tangan!!!
Ha.....tak nak ngaku la tu.....
hehehe
^_^
Seterusnya...
Bila dah tak suka "sesuatu" tu,
Mula la keluar bukti-bukti negative yang menunjukkan "sesuatu" tu patut di benci!
Macam ni haaa......
Kalau di fikirkan, bukti ni agak kukuh la kan untuk membuat kan kita boikot KFC!
Betul tak?!
Tapi, terfikirkah kita...
Berkemungkinan kat McD pun buat macam tu jugak
Mungkin kat Burger King pun sama
dan kat restoran2 makanan segera yang lain...
Kita tak tahu...
Kita cuma tahu cuma order dan makan jer
Cara pembuatannya dah tak fikir dah
Janji SODAP!
Ye dak?!
hehe
Tapi....
Kenapa hanya KFC yang jadi mangsa rakaman?
Kat restoran lain tak da pun!
Kesian kat KFC....
Walaupun diorang pernah buat salah, jangan la melihat dari sudut negatif je
Kena la tengok dari sudut positif gak
Manusia ni kan.....
1000 kali buat baik, tapi bila dah buat jahat sekali...
...terus dah tak pandang dah kebaikan yang dilakukan
Yang nampak cuma yang jahat tu jer....!!
Macam jugak kita tengok kertas putih...
Bila tengok kertas yang putih bersih tu, kita tak nampak pun apa kelebihan kertas putih itu....
Tapi bila 1 titik hitam tercorak kat kertas putih tu,
terus mata kita terarah ke titik hitam tu...
Dasyat kan?!
Hati manusia ni memang tak leh lari dari mentafsir..
Ada je idea nak mengutuk, mengata
Sedangkan tak sedar, diri sendiri pun penuh kekurangan.....
(peringatan untuk diri sendiri jugak!)
Hmmm....
Kesimpulannya...
Nak elakkan dari berlaku perkara-perkara tak betul macam ni, elok la kita pakat2 makan kat rumah je
Masakan Mak lagi SODAP berganda-ganda dari fast food tuh!
Betul tak?!
Hehehe
Alamak!
Lapar la pulak!
huhuhuhu
Ok la...itu saja
Nak g cari makanan kat dapur......=)
Menulis di awal pagi..pada jam 1.10 pagi, (11/2/2012)
SEKIAN
No comments:
Post a Comment