February 06, 2012

My Work as RA - Minggu Pertama

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh






Wah....seronoknya korang...!!.

Mesti tengah syok goyang kaki kat umah nih!

Jelesnya...



Orang tengah cuti sem, saya pulak tengah melangut kat U lagi


Hmm.....


Takpa la....cari pengalaman keje....






>_<






Apa itu RA?



RA = Research Assistant




Bermula pada 16hb Januari 2012 ritu, 

Saya dan kawan baik saya, Afifah keje dengan lecturer...

Sebagai Research Assistant a.k.a Pembantu Penyelidik




Agak pelik kan saya keje RA?!

Saya sendiri pun rasa pelik!...


Tak pernah dalam hidup saya selama ni sanggup mengabaikan cuti sem semata-mata nak keje

Sebab bagi saya....



Cuti tu EMAS!



hehehe






Macam mana kitorang boleh keje jadi RA?


Al-kisahnya macam ni...

Pada suatu hari,

Lepas habis kelas, masa tu tengah jalan nak ke kereta, 

Tiba-tiba si Afifah ni nampak notis pasal jawatan nak jadi RA nih

Dia bagitahu saya tak salah kita cuba

Lagipun, kat notis tu tulis nak 2 orang dari Pantai Timur

Bayaran gaji pulak dikira sejam = RM5.50

Kira ok la jugak kan

Dan kitorang pun salin no fon lecturer tu

Balik rumah, terus call







Inilah notis itu!





Lecturer tu a.k.a En.Zaid suruh datang jumpa dia keesokan harinya

Mula tu kitorang ingatkan dia nak interview dulu

Agak gelabah jugak la masa nak pegi tu

Ye la...

Mana tahu kot-kot dia nak tengok sijil2 ke....hehe

Bila jumpa, dia tanya sepatah dua je, 

Tengok2 dia terus ambil kitorang keje

Masa tu dalam hati agak berdebar jugak la

Sebab tak tahu camne skop kerja

Tapi bila pikir balik, ahh...biar la

Bila lagi nak cuba kan?!




hehehe










Dan akhirnya

Terlantik lah kitorang sebagai RA

Di bawah Skim Pelajar Bekerja....




Ini surat tawarannya




Hari pertama kerja, rasa nervous sangat!

Risau takut tak mampu nak buat kerja

ilmu di dada ni pun trasa macam tak cukup lagi

huhu

Tapi dalam hati tetap tak putus doa

Alhamdulillah...minggu pertama lepas dengan jayanya








Nak tahu kitorang buat apa pada minggu pertama?!






Kitorang buat sistem rekod artikel

Susun artikel dan jurnal mengikut kategori dan file kan

Dengar macam mudah je kan?!

Tapi nak buat tu, rasa macam nak pecah kepala


>_<



Dah la Jurnal dalam Bahasa Inggeris

Saya ni dah la tak berapa pandai Bahasa Inggeris..hehe

Memang agak sakit kepala la sebab kena baca betul-betul ayat dalam Jurnal tuh

Huhuhu










Saksikan gambar2 kami pada minggu pertama!







Err......nama itu..........


Lupa kan!...hehe


Di sebalik pintu inilah kami mencari rezeki......cewwaaahhh!









Hari Pertama @ 16/1/2012







Hari Kedua @ 17/1/2012







Hari Ketiga @ 18/1/2012








Hari Keempat @ 19/1/2012









Hari Kelima @ 20/1/2012



Setiap hari amik gambar!

Hahaha


Tak nak bagi ngantuk sebenarnya....kih3


(ALASAN!)





Suasana bilik kami



Makanan toksah cakap la..bertimbun!

Setiap kali Encik masuk, mesti kitorang cepat2 sembunyikan


Hmmmm....



Bukan apa....




Takut Encik nak jugak!



Hahahaha..






Pemandangan dari luar tingkap bilik kami di tingkat 5

Tu bangunan fakulti sebelah

FKAAS






Ini sebahagian bangunan Fakulti kami!!

Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional








Selepas seminggu wat keje, inilah hasilnya.....=)













Agak seronok jugak la jadi pembantu penyelidik ni


Dapat kenal rapat ngan lecturer


Dan




 Dapat GAJI !!








Itu yang penting sebenarnya.....kih3






















Ok la, itu saja




Next entry about another 3 weeks will be written later!










SEKIAN

1 comment:

 
All copyright © by Tengku's .DATANG LAGI